AURAT WANITA DARI AL-QURAN DAN HADIS..MARI LIHAT..

Published June 20, 2009 by wana93

1. Bulu kening
-Menurut Bukhari, “Rasullulah melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.” Riwayat Abu Daud Fi Fathil Bari.

2. Kaki (tumit kaki)
-“Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.” (An-Nur: 31)
Keterangan: Menampakkan kaki dan menghayunkan/melenggokkan badan mengikut hentakan kaki.

3. Wangian
-“Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina.” (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).

4. Dada
-“Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka. ” (An-Nur : 31)

5. Gigi
-‘Rasullulah melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya.’ (Riwayat At-Thabrani)
-“Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah”(Riwayat Bukhari dan Muslim).

6. Muka dan Tangan
-Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah: ‘Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja.” (Riwayat Muslim dan Bukhari).

7. Tangan
-“Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya”(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).

8. Mata
-“Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya.” (An Nur : 31).
-Sabda Nabi SAW, “Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).

9. Mulut (suara)
-“Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.”( Al Ahzab: 32).
-Sabda Rasulullah saw, “Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu dalam bumi.” (Riwayat Ibn Majah).

10. Kemaluan
-“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka. “(An Nur : 31).
-“Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya.” (Riwayat Al Bazzar).
-“Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah.” (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).

11. Pakaian
-“Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah).
-“Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim). Keterangan: Wanita yang berpakaian tipis/jarang, ketat/ membentuk dan berbelah/membuka bahagian-bahagian tertentu.
-“Hai nabi-nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuan mu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Al Ahzab : 59).

12. Rambut
-“Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

tutup aurat

About these ads

18 comments on “AURAT WANITA DARI AL-QURAN DAN HADIS..MARI LIHAT..

  • tp bkpe pyh ngt nk nasihat pompuan..bg hadis nabi,bg hadis al-quran pn diorg xjd ap jgk..alsan dorg msh blom dpt hidayah..bkn sorg pompuan sy cbe ubh tp rmi..mcm mne lg nk dakwah diorg ni?

    • erm..
      ayie : kite kena ingat, kita hanya penyambung dkwh, bukan penentu. Allah yg bg hidayah. Tugas kita hanya menyampaikan tanpa ada rasa putus asa. Namun, jgn terlalu mendesak lebih2 lg mendesak wanita. Perempuan dia memang susah sikit nak terima nasihat org lelaki tp dia respect dgn lelaki yg bg dia nasihat. Nasihatlah perempuan dgn cara yg baik, berhikmah dan gunakan keimanan, bukan paksaan atau gesaan.

      Bukan mudh nk jd daie..banyak yg kita kena hadapi. Sebab tu tak boleh ada rasa putus asa. Macam tu lah Nabi kita, berdakwah dan terus berdakwah dgn penuh hikmah tanpa memaksa. Tidak ada paksaan dlm agama. Namun, mjd satu kewajipan utk setiap muslim berdkwh membwa saudara muslimnya ke jalan Allah.

      Jangan lupa utk berdoa setelah kita penat berusaha. Semoga dipermudhkan segalanya. Wallahua’lam..

      • wana93..
        1. “Tidak ada paksaan dlm agama” bermaksud orang yang bukan islam tidak dipaksa untuk masuk islam. tetapi apabila seseorang itu mengucapkan La illaha ilallah, maka WAJIB patuh dan tunduk kpd perintah Allah.
        2. memang Allah yang bg hidayah, tetapi seseorang itu perlu berusaha mencari hidayah.
        3. Adakah anda rasa terdesak untuk patuh kepada hukum Allah..
        – sama2lah kita saling mengingatkan dan menegakkan hukum Allah. Assalamualaikum..

  • truskan usaha anti utk berdakwah… moga Allah masukkan cahaya keimanan kpd muslimah yg blum mendapat hidayah dan menerangkan kembali cahaya iman yg sudah pudar di hati muslimah yg sudah pudar imannya… dan bagi muslimah yg sudahpun menutup aurat… tabahkanlah hati anda… baik panas di dunia drpd panas di neraka… nauzubillahhi min zalik…

  • Assalamualaikum boleh berkongsi ilmu2@cara untuk berdakwah x? Jika ada kelapangan waktu, mohon di message ke no ini.. Saya ingin menambahkan ilmu2 untuk berdakwah.. Jika tidak salah, tolong massage no ini ya.. 0145036905… Syukran

  • assalamualaikum..saya tidak faham dgn aurat wanita(suara)..tlg jelaskan soalan ini..
    mengikut syariat islam adakah dibenarkan seorang wanita membaca sepotongan ayat al-quran/nasyid dlm sesebuah majlis?ada tak hadith dan dalil yg mengatakan boleh atau tak boleh?terima kasih

    • waalaikumussalam…
      terima kasih atas soalan yang begitu baik..
      di sini, saya nak kongsi dua perkara :-
      1) Ceramah ustaz Azhar Idrus – http://www.youtube.com/watch?v=lCCjgBEwKC4

      2) Ustaz Zaharudddin – http://www.zaharuddin.net/lelaki-&-wanita/495-bolehkah-wanita-berdakwah-dengan-nashid.html

      Harap dapat luangkan masa untuk mendengar dan membaca serta memahami apa yang saya link kan .. :)
      InsyaAllah, anda akan bertemu jawapan..
      Bagi diri saya sendiri, suara wanita, jika kita ketawa kuat2 pun orang lelaki dah pandang..
      apatah lagi bila kita menyanyi dan apatah lagi jika suara itu merdu dan sedap didengar..
      ditambah pula dengan pakaian penyanyi tersebut..
      pasti akan banyak mata yang melihat dan memerhati..
      boleh menjadi fitnah untuk lelaki yang ingin menjaga hati..
      dan, pasti syaitan akan bertambah suka…

      ”Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik.”( Al Ahzab: 32)

      Para ulama tafsir menyebut, suara wanita yang dilagukan adalah termasuk dari kecantikan-kecantikan (yang tidak harus dipertonton dan dipeerdengarkan kepada lelaki bukan mahram) tiada khilaf dalam hal ini ( Adwa al-Bayan, 5/10 : At-Tashil Li Ulum At-Tanzil, 3/137 ; )

      Imam As-Suddi berkata : larang ini bermaksud larangan kepada kaum wanita menipiskan suaranya (lembut, lunak dan manja) apabila bercakap di hadapan khalayak lelaki. Imam Qurtubi pula mengatakan, kerana suara yang sebegini akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat ( Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami’ Li Ahkam Al-Quran, 14/177)

      Berdasarkan dalil ayat ini, apa yang boleh saya fahami adalah nasheed wanita juga tergolong dalam bab yang diharamkan oleh Islam apabila ia diperdengarkan kepada lelaki yang bukan mahram. Adapun jika ia dinyanyikan oleh kanak-kanak wanita yang belum baligh atau ia dinyanyikan khas untuk para wanita. Ia adalah harus. (Ustaz Zaharuddin).

      Wallahua’lam…

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    Join 133 other followers

    %d bloggers like this: