ANTARA DUA CINTA

Published July 10, 2009 by wana93

‘ Siapalah aku menolak cinta yang hadir di jiwa tanpa dipaksa’

Lirik lagu nasyid yang terkenal daripada kumpulan Inteam itu benar-benar mengingatkan aku pada si Syahir. Rindu pun mula menjengah. Sekarang aku dan dia berada di tingkatan 4. sudah hampir setahun percintaan kami. Memang masih teramat muda lagi,tapi bagiku, perasaan ini datang tanpa diduga. Sukar untuk aku mengelak. Lebih-lebih lagi, aku sedang melalui usia remaja yang penuh dengan gelora rasa ingin menyayangi dan disayangi.

Walaupun aku bercinta, tetapi aku tak pernah ingkar akan perintah Yang Maha Esa. Aku dan Syahir sentiasa menjaga batas-batas pergaulan dalam perhubungan kami. Aku bercinta tak macam orang lain. Kawan-kawanku bercinta ‘jiwang-jiwang’. Ada yang siap buat maksiat lagi. Asyik ‘dating’ berpegangan tangan la, ‘calling’ sayang-sayang la dan macam-macam lagi. Tapi aku dan dia tak macam tu. Kami dah janji tak nak berjumpa. Takut berlaku maksiat. Kami hanya berhubung melalui ‘sms’ dan jarang sekali dia ‘call’ aku. Aku berfikir, dengan cara begini, tak salah bagiku untuk bercinta. Tak langgar batas-batas pun.

Aku nak jadi seorang muslimah yang baik. Kalau kawan-kawan ada buat salah, aku sentiasa nak menasihati mereka. Aku tak boleh la tengok orang buat salah. Memang asyik nak tegur. Kalau kita mencegah dengan hati je, maknanya kita lemah iman. Oleh sebab aku nak jadi seorang yang kuat iman, aku tegur la dengan lidah. Semoga mereka dapat terima segala nasihat-nasihat aku dengan baik.

Suatu hari, 2 orang budak paling nakal dalam kelas aku, Faisal dan Amirul, berjalan di taman bunga sambil ditemani ‘makwe’ masing-masing. Astaghfirullah.. buat dosa je diorang tu. Esoknya, aku nekad untuk menegur kesilapan mereka itu dengan bercakap dengan mereka. Aku berkata kepada Faisal dan Amirul, “ semalam korang berdua ‘dating’ ye dengan ‘makwe’ masing-masing kat taman bunga rumah Aidil tu ek?? Korang ni,buat dosa je. Kat kelas dah la nakal, ‘homework’ tak pernah siap, kat luar, boleh pula ‘dating’..! Buat maksiat je..!” Mereka berdua gelakkan aku. Aku sabar. “Ala, kau pun bercinta nak nasihat kitorang konon. ‘No need’ la Syafilah. Aku lebih rela dengar nasihat Pak Imam kat masjid tempat aku tu daripada aku dengar kau membebel. Hahaha.” Gelak Faisal. Belum sempat aku nak jawab, Amirul pula memotong. “Betul tu. Aku setuju dengan Faisal. Kau tak payahla nak nasihatkan kitorang. Kitorang bercinta, kau pun bercinta juga kan..?? Sama jela kita ni..sebelum kau nasihatkan kitorang, apa kata kau nasihatkan diri kau tu dulu. Betul tak?? Haha.” Gelak mereka… “ Hello!! Aku bercinta takde la menggatal sangat macam korang berdua ni. Siap jalan-jalan berpegang tangan lagi. Tu namanya maksiat. Pegang tangan bukan mahram kan berdosa. Tak belajar ke??” Balas aku. “ Hey,kitorang kan pergi sekolah,mestilah belajar..haha..ala..taula kau jeles kan tak dapat pegang tangan ‘pakwe’ kau tu..haha.. Dahla,buang masa je cakap dengan ustazah macam kau ni.. Nak suruh orang jadi baik konon.. Kau tu yang kena berubah dulu,barula boleh ubah orang lain..haha” Jawab Faisal. “ Betul cakap si Faisal tu. Kau nak nasihatkan kitorang,tapi,kau sendiri pon bercinta. Hampeh je la..haha..” Ketawa Amirul. Aku diam membisu tanpa sepatah kata pun. Salah ke bercinta ni?? Aku bercinta tak la ‘dating-dating’ macam diorang tu. Hmmm…bercinta ni sebenarnya boleh ke tak?? Dosa ke aku bercinta?? Ishh..pening kepala aku!!!

Malamnya, aku tak dapat lelapkan mata. Selesai ‘sms’ dengan Syahir, aku masih tak dapat lelapkan mata. Asyik memikirkan persoalan tentang cinta. Aku mencari jawapan bagi persoalan ku ini dengan melayari laman-laman web Islam seperti iluvislam.com. dan blog-blog Islamik bagi mencari persoalan tentang cinta. Iluvislam.com adalah satu laman yang amat aku minati, aku tekan di skrin computer berkenaan ‘Remaja dan Cinta’. Setelah meneliti dan membaca segala isi yang ada, baru aku tahu, bercinta dan ‘couple’ ini sebenarnya adalah jalan menuju kearah kemaksiatan. Ia dikatakan HARAM kerana ia mendekati zina!! Entah kenapa, susah untuk aku menerima kenyataan. Takkan aku nak putus dengan dia kot. Impossible..!! Sayang tu..!! Rasa macam tak sanggup la pula.

tak nak

Aku teringat akan kawan karib ku, Zana dan Yana, aku hendak berjumpa dengan mereka esok. Aku tekad. Aku akan bertanyakan persoalan cintaku ini pada mereka. Sekenal aku, Zana pernah dipanggil sebagai ‘Dr. Cinta’, kerana dia pernah memberitahuku, ada seorang budak lelaki dalam kenalan internetnya, bertanyakannya tentang cinta. Budak lelaki itu menggelarnya ‘Dr. Cinta’. Bukan budak lelaki itu saja, malah ramai jugalah yang bertanya pasal cinta kat si Zana tu melalui kenalan internetnya. Ya, aku mesti berjumpa dengan mereka berdua.

“ Erm..Zana, ko ‘free’ tak sekarang ni? Yana mana? Tak nampak pun dia.” Aku bertanya pada Zana. Dia senyum dan menjawab “ aku sentiasa ‘free’. Hehe. Yana pergi perpustakaan. Sekejap lagi dia datang la. Kenapa kau tanya? Ada apa-apa ke?” Aku mengangguk lantas berkata “ aku nak tanya kau sesuatu la Zana. Pasal cinta. Kau kan ‘Dr. Cinta’. Hehe. Boleh tak?” Zana gelak. “ Haha. Aku ‘Dr. Cinta’? Sejak bila pula aku dapat gelaran tu ek? Tak pernah tau pun. Ada-ada jela kau ni. Cinta? Erm..insyaALLAH aku akan cuba jawab untuk kau. Nak tanya apa?” “Sebenarnya, bercinta dan ‘couple’ ni boleh ke tak ha dalam Islam? Kau pun dah kenal aku kan. Aku dengan Syahir tu dah bercinta dekat setahun. Tapi, kadang-kadang aku rasa macam kitorang ni ada buat dosa. Tu yang hati tak pernah tenang tu.” Zana menjawab, “Oooo..satu-satunya cinta yang diredhai ALLAH adalah cinta selepas kahwin. Aku nak tanya kau, kau ‘sure’ ke si Syahir tu bakal jadi suami kau 8 tahun akan datang? Kita ni muda lagi. Banyak lagi lelaki yang bakal kita temui kelak. Boleh ke hati kau tu setia pada yang satu dalam 8 tahun lagi? Sanggup? Hmm.. Dalam bercinta ni, satu-satunya zina yang takkan dapat kita elak ialah, zina hati. Kau mesti ada rindu dan selalu bayangkan dia kan..? Itu dah dikira sebagai dosa sebab ianya perkara yang melalaikan. Memangla pada mata kita benda tu nampak baik, sebab syaitan sentiasa menjadikan kita memandang baik pada perkara-perkara mungkar. Begitu juga sebaliknya.”

say no to maksiat

no couple before nikah

Tiba-tiba, satu suara datang memecahkan sepi kami. “ Hai Syafilah,, lama tak nampak kau. Almaklumla..sibuk memanjang kan. Hehe. Korang berdua borak ape ha? Nak menyampuk juga. Haha.” Itulah Yana, seorang yang periang. Aku menjawab dengan nada selamba, “erm,aku tunggu kau lama tau tak. Sebab tu la kitorang mula borak dulu. Aku dah tanya Zana dah pasal persoalan aku tu. Kau pula, apa pandapat kau tentang ‘couple’ ni?” Yana dengan muka selambanya juga menjawab, “ tak habis-habis ‘couple’. Cubalah kau jadi macam aku dengan Zana ni. Kitorang muslimah ‘single’ tau. Hehe. Dulu kau pun tahu kan, aku pernah juga ‘couple’, tapi, lepas aku terbaca artikel tentang ‘COUPLE HARAM’ dan dapatkan nasihat dari kawan kita ni, aku terus putuskan sebab aku tahu, benda tu mendekati zina,banyak dosa berlaku di dalamnya. Sedih tu memangla ada, tapi, untuk dapatkan cinta Illahi, kenala korbankan cinta. Jadi, sekarang aku dah insaf dan sedang menunggu jodoh aku yang bakal aku temui dalam 7 atau 8 tahun lagi,insyaALLAH. Haha. Perasan la pula. Hehe.” Masing-masing tergelak. Zana menyambung, “ betul..betul..betul..aku sokong kau Yana. Aku pun tengah menanti ‘lelaki idaman’ aku. Harap-harap aku bakal bertemu jodoh dengan ‘dia’. Kau selalu la doa macam aku. Aku nak berkawan dengan jodoh aku dulu. Hanya ALLAH saja yang tahu siapa jodoh kita. Kalau dah jodoh, takkan ke mana. Jangan risau.” Katanya dengan senyuman.

Yana sempat berkata padaku, “ kau fikirlah betul-betul ye. Kitorang sentiasa doakan yang terbaik untuk kau. Hidup kita ni takkan sempurna tanpa redha dari Tuhan Yang Esa. Apa yang baik,kita ikut.” Zana berkata lagi “ tengok ‘role model’ kita semua, Nabi Muhammad S.A.W, ada ke baginda bercinta sebelum kahwin? Takde kan..Baginda dan Siti Khadijah bercinta lepas kahwin. Islam takde ajar bercinta sebelum kahwin ni, tu semua ajaran dan budaya Barat. Sampai ramai yang dah terikut-ikut. Aku cadangkan, kau belilah novel ‘Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul’. Best tau.. Dan beli buku ‘Pesona Cinta’. Buku-buku yang camnila mendekatkan kita pada cinta Allah. Buatlah keputusan yang terbaik k..” akhirinya dengan senyuman.

pemilik cintaku

pesona cinta

Betul kata mereka berdua tu. Alhamdulillah, aku mendapat kawan yang sering menasihatiku di saat aku lalai dan terleka. Malam itu juga, aku solat istikharah untuk memilih antara dua cinta. Cinta Illahi ataupun cinta Syahir. Selesai solat, aku berfikir panjang. Hati aku memilih kepada cinta Illahi. Aku tekad menghantar ‘sms’ pada Syahir untuk menyatakan hasratku. Dengan menggunakan akal seorang pelajar tingkatan 4, aku membuat keputusan untuk memutuskan hubungan cintaku dengan dia. “ Salam Syahir, maafkan Syafilah. Selama ini, Ila ingat, dengan menjaga adab-adab perhubungan kita, ia dah dibolehkan, tetapi sebenarnya, ia tetap satu dosa. Saya dan awak sering merindui antara satu sama lain. Zina hati tetap berlaku antara kita. Lupakanlah cinta ini dan marilah kita sama-sama berusaha untuk mencari cinta yang baru bagi mengisi ruang di hati kita iaitu cinta Allah. Jika ada jodoh,insyaALLAH kita akan bertemu jua. Salam.” Air mata ini pun jatuh tak semena-mena. Amat sukar rasanya untuk melepaskan cinta yang sudah hampir 2 tahun itu. Namun Ya Allah, demi cintaMu, akan ku cuba juga. Ya Allah, tabahkanlah hatiku! Berikanlah aku kekuatan dan redhailah kehidupanku. Redhailah ketulusan hatiku ini.Sesungguhnya, aku telah memilih cintaMu.

cinta yang abadi

About these ads

13 comments on “ANTARA DUA CINTA

  • assalamualaikum..erm akan nk komen cket r..akak stuju sgt about this article..!erm kpd sape2 yg kpel 2,lw xtw cmne nk clash,juz forward jew word dlm artikel nie..xpn soh jew bce artikel nie..InsyaAllah couple2 anda semua akn phm..

  • waalaikumussalam akak nadira..
    thnx..
    bt0l tu..
    senanyer,cite ni kish benar yg brlku kat s0rg budk nie..
    tgh rajin2,reka2 la kan jdkn cerpen..
    cume,name je yg ditukar..
    ;p

  • bleh tahan lah artikelnya….jgn lupe nsihatkn kengkwn yg ske bercouple2 tu……tgur ngn lidah pun jadilah..kalo x leh gk,dgn hati pun jdlah…

  • syazana!!!!!!
    aq ske bce cerpen nie…
    bez sangt…
    ermmmmm…,
    cte nie psl kish hdop spe ekh???
    klow xkberatn,gtaw r…
    kte share la cte nie sme2…
    hahahahaha…

  • insyaALLAH..
    cter kat atas ni senanye cter benar..
    la,sakinah,k0 kan dh tau..
    malasla nk kec0h2..
    yg pasti,benda yg kat ats ni sumenye bt0l..
    n bnr2 brlaku..
    ssungghnya,manusia x lari drpd mlkukn kesilpn dn d0sa..
    akn tetapi,ALLAH sntiasa mmbri ruang kpd hamba2nya utk sentiasa bertaubat.. :)

  • best gak cerpen ny n penuh iktibar n nasihat serta
    peringatan yg berguna….
    lau ada agy cte gini tls ara agy…
    leh d jd an teladan sempadan…
    leh gak bce tuk isi mse lpng n wat jwb esei bm k1 spm 6ti….

  • thnx ye izZanie..
    memg skang tgh dlm p0ses nk reka lg 1 cter..
    tggu jela ek..
    tapi,jgn la tiru ayt bm nye..
    byk x bt0l lg tu..
    memg hncur..
    hehe..
    yg baek jdikn amln..
    yg buruk amek pgjrn.. ;)

  • assalamualaikum…
    cerita yg amat bagus…
    keep it up…
    syukur kpd allah krn tlh mmbri ptunjuk supaya mmbaca cerita ini…
    kini jwpn untuk seorang lelaki yg ingin brcinta dgn ku sdh ku dpt…..
    dan tntunya diri ini mmlih cinta kpd allah…
    ALHAMDULILLAH KEPADA MU ILAHI

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    Join 125 other followers

    %d bloggers like this: