PERHUBUNGAN LELAKI-PEREMPUAN KERANA ALLAH??

Published July 11, 2009 by wana93

Soalan:
Saya mengenali seorang perempuan yang menyebabkan saya lebih dekat dengan ALLAH. Dia terlalu baik dan mempunyai ciri-ciri wanita solehah. Kami selalu berjumpa untuk membincangkan hal-hal agama dan meningkatkan kecintaan kepada ALLAH.

Dia selalu menggalakkan saya supaya menghafal al-Quran, menunaikan solat malam, menasihati saya supaya lebih dekat kepada ALLAH. Saya keliru dengan perhubungan ini. Adakah perhubungan ini dibenarkan kerana kami berkawan kerana ingin mencari redha ALLAH?

Jawapan:
Ramai pemuda ISLAM melakukan kesilapan dalam hal ini. Mereka telah terperangkap dalam mainan syaitan yang sentiasa menggesa ummat ISLAM melakukan kejahatan.

Berhati-hatilah dengan tipu daya syaitan yang membuatkan kejahatan dipandang sebagai kebaikan. Syaitan sentiasa mengetuk pintu dan menyelewengkan hidayah ALLAH daripada kamu.

Firman ALLAH maksudnya:
“Iblis berkata: Disebabkan Engkau menghukumkan aku sesat, maka aku akan mengambil tempat menghalangi mereka dari melalui jalanMU yang lurus. Kemudian aku datangi mereka, dari hadapan mereka serta belakang mereka, dari kanan mereka serta dari kiri mereka dan Engkau tidak akan dapati mereka bersyukur.” – Surah al-A’raaf: 16-17.

Ibnu Jauzi rh berkata:
“Iblis sentiasa memerangkap manusia selagi dia mampu. Kadang-kadang kemampuannya berkurang dan bertambah yang mana ia bergantung kepada kesedaran dan kelekaan mereka yang jahil dan berilmu. Ingatlah hati itu seperti kubu. Syaitan sentiasa mengelilingi kubu tersebut untuk melihat pengawalnya dalam keadaan leka. Pengawal perlu tahu setiap pintu kubu yang telah diamanahkan untuk menjaganya. Dia tidak boleh terleka walau sekelip mata kerana musuh tidak pernah membiarkannya. Seorang lelaki bertanya kepada Hasan al-Basri: Adakah iblis itu tidur? Dia menjawab: Jika dia tidur, sudah pasti kita mempunyai masa rehat.” – Rujuk Talbis Iblis ms: 52.

hate maksiat

Ketahuilah, ini cabang panahan syaitan terhadapmu. Bermula dengan pandangan mata sehinggalah kepada perkenalan yang kononnya berlandaskan agama, dihiasi dengan nasihat dan perbincangan-perbincangan agama. Inilah fitnah yang paling besar bagi kamu.
Kamu juga selalu berjumpa dengannya. Inilah pergaulan yang dilarang kerana ALLAH melarang seorang lelaki dan perempuan bersama-sama tanpa hubungan yang sah.

Sabda Rasulullah sallAllahu ‘alaihi wasallam:
“Tidak bersunyi-sunyian lelaki dan wanita (bukan mahram), melainkan syaitan akan menjadi yang ketiga di antara mereka.” – Hadith riwayat al-Tirmizi: 1901.

say no

Di dalam hadith riwayat Ahmad, Nabi sallAllahu ‘alaihi wasallam pernah memalingkan muka al-Fadhal iaitu sepupu Baginda ketika seorang perempuan meminta fatwa. Apabila ditanya kenapa? Baginda sallAllahu ‘alaihi wasallam menjawab “Aku melihat seorang lelaki dan seorang wanita. Mereka berdua tidak aman dari dipengaruhi syaitan (selagi dia terus memandang).”

Kami nasihatkan agar kamu membuat keputusan terhadap perhubungan ini. Samada mengambilnya sebagai isteri jika dia mempunyai akhlaq dan pegangan agama yang baik. Atau memutuskan perhubungan ini kerana ia akan membawa keburukan dan kejahatan.

About these ads

3 comments on “PERHUBUNGAN LELAKI-PEREMPUAN KERANA ALLAH??

  • ingin bertanya.. tapi sya mengakui,dia yg telah bnyk mmbntu saya. tapi tidak dapat dinafikan hidayah adalah milik Allah yg mutlak dn ia dtg daripadaNya. cuma apabila dia (kwn lelaki),yg mmbntu sya dlm perihal agama. antara saya dengan dia cuma kwn biasa shja.. jd bgaimana ye? saya slesa benar brkwn rapat dgn dia. tidak lah berdua-duan. kami brjmpa di khalayak ramai dn dia ibu bapa saya kenal dgn dia sbgai kwn baik saya. bgaimna ye?

    • nurul, sy rasa sy x layak dan x mantap lg ilmu tntg agama..tp, sy akan berkongsi apa yg sy tahu..melalui pembacaan di ats ni pun sy dh psti nurul psti dah tahu..kite diharuskan berhubungan dgn lelaki atas sbb trtntu cnthnye, dlm pmbljrn, baiki kereta, laptop, dan yg swktu dgnnye..kalau ibu bapa dh tahu, itu sudh dikira bagus sbb ibu bapa pantau..laki dan perempuan sbnrnye x boleh berkwn terlalu rapat sbb syaitan pasti akan masuk line..pasti syaitan akan menimbulkn satu prsaan yg aneh dlm hati kite nie..x slh berkwn, tp, berhubung apbile keadaan btul2 perlu sje..dan elakkanlh dr brtemu..kerana dr mata, turun ke hati..so, kite kena sentiasa hati2..berkongsilah perihal agama dgn rakan2 sejantina agar jauh dr godaan syaitan..berkwan x slh, tp, batas2 tu kenalah pndai2 jaga..selagi kite boleh elakkan, maka, elakknlh..agar jauh dan terhindar dr hasutan syaitan yg sentiasa mengajak manusia mungkar dan ingkar kepadaNya..selagi batas2 agama dijaga, syariat dan hukum2 Allah dipegang, selagi itulah ukhuwah itu atas dasar kerana Allah..Wallahua’lam :)

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    Join 131 other followers

    %d bloggers like this: