CARA NAK DAPATKAN HATI YANG BERSIH DAN TETAP HIDUP

Published August 10, 2009 by wana93

Bagaimanakah cara mendapatkan hati yang bersih dan tetap hidup??

1)      Selalu berzikir kepada ALLAH. Dengan berzikir, hati terus-menerus mendapat kekuatan sehingga hati menjadi sentiasa jernih. Hati yang sentiasa berzikir dipelihara kejernihannya sehingga suara hati iaitu suara fitrah menguasai perasaan dan emosi.

2)      Hendaklah hati ini sentiasa kita gunakan bagi merenung dan mengkaji ayat-ayat ataupun tanda-tanda kekuasaan ALLAH dalam setiap perkara. Biarkanlah hati ini menterjemah hikmah daripada segala sesuatu di sekeliling kita. Dengan hikmah yang kita dapat, hati kita sentiasa hidup dan bebas daripada segala penyakit.

3)      Berusaha memaksa diri bagi terus beribadat dengan ibadat yang terbaik kerana ibadat yang khusyuk menghasilkan kekuatan yang begitu besar demi keteguhan dan kebersihan hati.

Hati adalah tempat tersimpannya iman. Apabila hati kita besih, pasti iman dapat kekal di dalamnya. Keimanan tidak bertahan lama dan tidak hadir pada hati yang kotor. Keimanan hanya kekal pada hati yang bersih. Bersihkanlah hati kita selalu. Inilah modal awal untuk membuktikan yang kita orang Muslim.

ALLAH menjelaskan di dalam Al-Quran surah al-Ahzaab ayat 41 yang bermaksud “hai orang-orang yang beriman, berzikirlah (dengan menyebut nama) ALLAH, dengan zikir yang sebanyak-banyaknya”

About these ads

23 comments on “CARA NAK DAPATKAN HATI YANG BERSIH DAN TETAP HIDUP

  • Asalamualaikum

    hanya hati yang tidak boleh melupakan Allah swt sahaja yang boleh sentisda berzikir.Kebersihan hati itu bermula daripada kebersihan tubuh badanmu. Kebersihan tubuh badan itu bermula dari amalanmu. Kebersehan amalan itu bermula dari persekitaranmu.

    salam hormat terima kaseh.

  • assalamualaikum……….saya nak bertanya sikit nih. macam mane kita nak menghilangkn sifat dengki dalam hati kita nih? minta cadangan sahabat2 sekalian

    • waalaikumussalam..
      pendapat ana, jgn dilayan sgt perasaan dengki tu..
      makin kita dengki, makin syaitan suka..
      think positif..!
      ingatlah Allah selalu..
      insyaAllah..
      rasa tu akan tenggelam..

  • assalamualaikum wr wb
    apakah kita salah tidak menghiraukan orang yang slalu mengurusi(menpunyai sifat iri) terhadap kita, dalam kehidupan kita sehari hari thak’s wassalam

    • wslm..
      erm..
      salah x salah wallahua’lam..
      mulut manusia, kite tak boleh tutup..
      hati manusia, kita xtau pon isi hatinya..
      kita hanya mampu berdoa semoga org itu dilembutkan hatinya dan diberi pertunjuk oleh-Nya..
      insyaAllah..
      kalau kita nak cakap, takut dia marah dan dah tentu tak terima kan..
      jadi, serahkan segalanya pada Yang Maha Esa..
      mudah-mudahan, hatinya lembut dan hilang perasaan iri hatii.
      insyaAllah..

  • terimakasih dengan banyak berzikir memang dapat meneangkan jiwa yang resah, semoga kita semua sentiasa ingat pada allah…. amiinnn….

    • selalu baca doa ni..
      “Ya Muqallibalqulub, thabbit qalbi ‘ala deenik wa a’la ta’atik..”
      “wahai Tuhan yang membolak balikkan hati, tetapkanlah hatiku di atas agamaMu dan atas ketaatan padaMu..”

      memang manusia, mudah lupa..
      nama pun, manusia..^^
      bila solat, khusyukkan hati, cuba sedaya upaya utk lupa soal dunia, ingat Allah..
      hayati makna dalam bacaan solat..
      sebelum tidur, maafkan semua orang dan baca doa tidur, mohon ampun padaNya..
      setiap hari, sesibuk mana pun, cuba luangkan masa utk baca quran..
      sekurang2nya, semuka sehari..
      insyaAllah, bila dah biasa, kita akan sering mengingatiNya..
      tak kira di mana..
      waktu makan, baca doa, itu adalah ingat padaNya..
      waktu nak masuk bilik air, baca doa..
      dan, banyak lagi..
      sibukkan diri dgn aktiviti2 berfaedah spt usrah, ceramah, baca buku bermanfaat..
      bergaul dgn org2 soleh dan baik2, kongsi ilmu dgn kawan2.. :)
      amar makruf dan nahi mungkar.. ^^
      insyaAllah, moga Dia redha.. :)

      • assalamualaikum..saya nk tanya skit boley ?? saya mmg nk sgt2 slalu igt Allah klau boley tiap2 waktu..tpi saya ada msalah ngn diri saya skit ? ktika saya solat , saya susah nk khusyuk ..begitu juga ketika saya berzikir , ssah jga saya nk khusyuk..puas saya memaksa diri ini utk khusyuk..ttapi mmg la saya boley ingat Allah ketika dlm solat n zikir , tpi ktika saya solat atau zikir wjah ibu ayah ataupun org2 yg saya sayangi muncul dlm kpala saya,, walhal mmg la hati saya ingt allah..saya cuma nk tahu .. adakah perkara yg saya mksudkn tdi tu x khusyuk ?? tlg jwab..saya buntu..

      • waalaikumussalam..
        nak dapatkan khusyuk yg sebenar, memang payah dan susah..
        saya sendiri mungkin, kdg2 khusyuk kdg2 tidak..
        kita manusia biasa..pkare2 yg awk bgtau tu, adalah sesuatu yg selalu kita semua alami..
        secara ringkas yg saya boleh jwb :
        Mula-mula, memang susah. Lama-lama nanti, insyaAllah mudah. Khusyuk akan lahir dgn sendirinya andai diri kita benar2 ikhlas utk beribadah pdNya. Ikhlas juga susah. Mula-mula memang kena paksakan diri. Lama-lama, insyaAllah akan terbiasa dan moga-moga ada ikhlas di hati dan diri kita. :)

        Ada nasihat yg mahu saya kongsi di sini. Untuk kita bersama.

        Ibn Athaillah al-Sakandary rahimahullah menyebut : “Jangan kamu meninggalkan zikir (menyebut dan mengingati Allah SWT) disebabkan tidak hadir hatimu terhadap Allah SWT dalam zikir itu, ini kerana kelalaianmu terhadap Allah SWT ketika tidak berzikir lebih berat atau berbahaya drpd kelalaianmu terhadap Allah SWT ketika kamu berzikir. Mudah2an, Allah SWT mengangkat darjatmu daripada zikir yang ada kelalaian, kepada zikir yang hatimu sentiasa sedar. Seterusnya, kpd zikir yang beserta kehadiran Allah SWT dalam hati, dan akhirnya kpd zikir yg lenyap segala yg lain selain Allah SWT. Itu semua tidaklah sukar bg Allah SWT.” :)

        Wallahua’lam..

  • salam,,mcmamne ye,,
    kita nk kuat kan iman kite y snapis kulit bwg ni??
    knp susah sgt kite nk taat kpn Allah..
    knp kite ni lalai sgt dgn perntahNya ye???

    • waalaikumussalam.. :)

      Allah s.w.t berfirman dalam surah Ibrahim ayat 27, yang bermaksud :
      “Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang Dia kehendaki.”

      Iman itu sifatnya menaik dan menurun..
      tatkala iman kita merundum, kita rasa lemah dan malas untuk terus beribadah dan taat pada-Nya..
      tatakala iman kita menaik sihat, kita rasa bersemangat dan bersungguh2 untuk mentaati segala perintah-Nya..
      manusia memang pelupa, selalu alpa dan lalai..
      tapi, tu bukan alasan untuk kita terus2an melakukan kemaksiatan dan ingkar pada-Nya..
      bahkan, kerana kita tahu akan kelemahan itu, kita perbaikinya..
      bagaimana?
      dengan membaca buku2 agama, mendengar ceramah/motivasi di radio atau utube, berdiskusi soal agama bersama sahabat/guru/keluarga, membaca pengisian yang bermanfaat di blog2 yang banyak berkongsi tentang ilmu agama (boleh rujuk di sebelah kiri blog ni, ada banyak link di situ) dll..
      kita juga kena rajin mencari dan mengkaji, bukan semata2 ambil..
      bila kita lemah, cas balik iman kita dengan melaksanakan perkara2 yang boleh meningkatkan iman..
      boleh juga baca di sini, http://wana93.wordpress.com/2011/07/03/iman-bukan-warisan/
      wallahua’lam..

      *Moga Allah reda.. ^^

  • Assalamualaikum..saya nak tanya..macam mana kita nak tahu isi hati kita yang sebenarnya?kadang2 saya keliru dengan isi hati saya sendiri.saya tak pernah faham..

    • Waalaikumussalam warahmatullah.. :)
      Hati kita ni, sifatnya memang berbolak-balik.. sekejap ok, sekejap kalut.. sampai kadang2 kita sendiri tak faham.. kan?

      Mintalah petunjuk daripada si Dia, Yang Berkuasa Membolak-balik hati2 kita.. :)
      Apa2 yang meragukan hati, yang membuat hati rasa bersalah dan berdosa, tinggalkan..
      Apa2 yang menenangkan hati, yang mendekatkan diri dan hati utk ingat pada Ilahi, kita terus dan gandakan..

      Untuk memastikan hati kita sentiasa hidup dan ‘terasa’ dengan nasihat/teguran, maka, hati itu mestilah sentiasa berada dalam keadaan sentiasa bertaubat dan dibersihkan selalu.. Jangan sesekali kita rasa jemu untuk bertaubat dan beristighfar serta melazimi zikir untuk menyucikan hati.. Mujahadah semampu kita untuk menghindari dan menjauhi maksiat dan dosa yang boleh menutupi mata hati kita daripada mem’bau’ dan me’rasa’ sebuah rasa berdosa.. :)

      “(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingat Allah-lah hati menjadi tenteram.” (Surah al-Ra’d : 28)

      Walhhua’lam.. :)

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    Join 137 other followers

    %d bloggers like this: