TARBIYAH RAMADHAN

Published August 13, 2010 by wana93

Barangsiapa berpuasa Ramadhan dengan keimanan dan mengharap pahala (keredhaan) Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang terdahulu. (Hadis Riwayat Bukhari)

Alhamdulillah, kita diberi kesempatan olehNya untuk menempuh madarasah Ramadhan lagi. Tak semua insan bertuah kerana ramai insan yang dulunya pernah berpuasa, namun, kini, sudah tiada lagi di dunia. Mereka telah dijemput oleh sakaratul maut dan berada di alam kubur. Kita juga pasti akan menyusul mereka. Cuma, bila, bagaimana, kita mengahdapi sakaratul maut, kita tak tahu. Hanya Allah yang Maha Mengetahui. Bersyukurlah kerana Allah masih lagi memberi kita pinjaman nyawa dan kekuatan untuk menghadapi Ramadhan.

Bulan Ramadhan inilah satu-satunya bulan yang sangat-sangat istimewa kerana masa inilah pahala segala amalan baik kita akan diganda-gandakan. Jika kita berpuasa dengan ikhlas tanpa dipaksa, mengharap redha Allah, mendamba kasihNya dan memohon keampunanNya, puasa kita itu akan benar-benar puasa. Bukan seperti puasa main-main sekadar lapar dan dahaga. Sebenar-benarnya, puasa kita dengan Pencipta kita. Puasa dengan berasakan kehadiran Tuhan iaitu Allah s.w.t.

Ramadhan Mubarak

Pernah Rasulullah SAW, manusia yang agung bersabda: “Ada orang yang berpuasa tapi tiada baginya pahala, yang dapat hanyalah lapar dan dahaga”.

Bulan Ramadhan ini jugalah saatnya untuk kita mujahadah melawan nafsu yang sentiasa ingin bermaharajalela dalam diri kita. Syaitan sudah tiada! Syaitan diikat dan dipenjara! Jika kita masih mahu melakukan dosa dan maksiat, melakukan perkara-perkara jahat, itu semua kehendak nafsu kita! Bukan dorongan syaitan lagi! Jika nafsu tidak dijinakkan, tidak dikawal, maka, sia-sialah Ramadhan ini. Jika kita gagal mengawal nafsu, maka, nafsulah yang akan mengawal kita. Bila nafsu yang mengawal diri, kita akan sesat kerana disesatkan oleh nafsu sendiri! Mujahadahlah melawan nafsu durjana agar iman dan takwa kita terpelihara sentiasa.

Bulan inilah kita mesti tingkatkan segala amal kebaikan dan amal ibadah sunat kita kerana pahala digandakan daripada bulan biasa. Inilah kelebihan dan specialnya Ramadhan. Banyak amalan-amalan yang boleh kita lakukan untuk mendapat pahala yang berganda ini.

Apa perlu kita buat?
– Baca al-quran (tadarus)
– Solat Terawih
– Qiamulail (banyakkan solat-solat sunat)
– Bersedekah
– Sentiasa bersyukur dan bertaubat pada Allah
– Luangkan lebih masa untuk membaca buku-buku agama (al-quran, hadis dll)
– Elakkan dari melakukan dosa dan perkara-perkara lagha.
– Banyakkan zikir dan selawat

Apa yang kita kena elakkan?
– Kurangkan menonton televisyen (kecuali hal-hal agama spt ceramah, tazkirah)
– Elakkan dan jauhkan diri dari melihat sesuatu yang boleh mendatangkan dosa
– Cuba untuk tidak merokok (bagi yang merokok)
– Elakkan dari terlampau bersosial
– Jaga anggota kita. Elakkan dari perkara-perkara maksiat dan mungkar

Latihlah diri untuk mula bangun awal supaya dapat bersahur. Bukan untuk kekuatan di siang hari tetapi ia juga adalah suatu ibadah. Paling baik bangun lebih awal sedikit supaya sempat berqiamulail sekurang-kurangnya solat sunat Tahajud dan sunat Taubat. Giatkan lagi pembacaan al-Quran supaya lebih fasih dan tidak terasa berat untuk membaca lebih banyak di bulan Ramadhan. Perbanyakkan amalan sedekah di bulan Ramadan. Kalau boleh buat satu checklist harian atau jadual supaya kita boleh mendisiplinkan diri dengan rutin ibadah dan memastikan kita tidak meninggalkan nikmat beribadah di bulan yang mulia ini.

Akhir sekali, yang paling penting ialah istiqamah. Tidak kira Ramadan atau bukan Ramadan, kita tetap rajin beribadah. Jangan bermusim dalam ibadah. Ramadhan bukanlah bulan penuh dengan adat tetapi ibadah! Justeru, tanamkan dalam hati kita untuk terus istiqamah dalam mengerjakan amal soleh kepada Allah SWT. :)

About these ads

One comment on “TARBIYAH RAMADHAN

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    Join 139 other followers

    %d bloggers like this: