STAM OH STAM

Published March 11, 2011 by wana93

Hari ini adalah hari yang paling seronok dalam belajar STAM sebab dapat berjumpa dengan kakak-kakak dan abang-abang senior yang ambil STAM (Multaqa’ Stam 2011). Kebanyakan mereka adalah daripada Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. Bumi Kinanah. Saya memang dah pasang niat untuk menapak ke sana. Mudah-mudahan tercapai hajatku. Amin. Ada juga daripada Universiti Kebangsaan Malaysia dan Universiti Sains Islam Malaysia. Saya juga memang dah rancang awal-awal, kalau tak dapat ke luar negara seperti Mesir atau Jordan, USIM atau UIA adalah pilihan kedua saya. Insya-Allah.

Memang sejuk mata saya ni memandang kakak-kakak dan abang-abang dari Mesir. Semuanya adalah pelajar-pelajar cemerlang dalam STAM. Doakan semoga saya juga berjaya dan cemerlang seperti mereka.

PELUANG SAMBUNG BELAJAR CERAH

Siapa yang kata bahawa peluang budak-budak aliran agama ni sangat nipis untuk mereka terus sambung belajar adalah salah sama sekali. Alhamdulillah, peluang pelajar-pelajar STAM ni cerah dan amat luas. Masa juga boleh dijimatkan kerana STAM hanya setahun. Kita akan terus ke Ijazah Sarjana Muda jika melangkah ke IPT nanti. Itu salah satu kelebihannya.Yang penting, usaha ke arah  kejayaan dan terus berusaha tanpa rasa putus asa.

STAM

Program Multaqa’ STAM 2011 ni banyak memberi pendedahan kepada pelajar-pelajar lepasan STAM iaitu hala tuju selepas ini. Antaranya :

Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Aliran Sastera :-

–   Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan

  • Sarjana Muda Dakwah dan Pengurusan Islam dengan Kepujian
  • Sajana Muda Kaunseling dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian

–   Fakulti Pengajian Quran dan Sunnah

  • Sarjana Muda Pengajian Quran dan Sunnah dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pengajian Quran dengan Multimedia dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pengajian Sunnah dengan Pengurusan Maklumat dengan Kepujian

–  Fakulti Pengajian Bahasa Utama

  • Sarjana Muda Bahasa Arab dan Komunikasi dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pendidikan dengan Kepujian

–  Fakulti Syariah dan Undang-undang

  • Sarjana Muda Syariah dan Undang-undang dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Fiqh dan Fatwa dengan Kepujian

–   Fakulti Ekonomi dan Muamalat

  • Sarjana Muda Pentadbiran Muamalat dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Perakaunan dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pentadbiran Korporat dan Perhubungan dengan Kepujian
  • Sarjana Muda Pemasaran (Perkhidmatan Kewangan) dengan Kepujian

Kelayakan Masuk Program Sarjana Muda (calon STAM) :-

  • Lulus SPM / setaraf dengan memperolehi Kepujian dalam Bahasa Melayu.
  • Memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayyid dalam STAM.
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam MUET. (tapi sebelum gred, kena dapatkan Band 3, baru boleh gred.)
  • Memenuhi syarat khas program.

Maklumat lanjut : www.usim.edu.my

 

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Aliran Sastera :-

–   Fakulti Sains dan Kemanusiaan

  • Antropologi dan Sosiologi
  • Kerja sosial
  • Komunikasi Media
  • Linguistik
  • Psikologi
  • Sains Politik
  • Sejarah (Sarjana Muda Sastera dengan kepujian)

–   Fakulti Pengajian Islam

  • Pengajian Al-Quran dan Sunnah
  • Pengajian Arab dan Tamadun Islam
  • Pengajian Dakwah dan Kepimpinan
  • Syariah
  • Usuluddin dan Falsafah

Kelayakan (calon STAM) :-

  • Lulus SPM / setaraf dengan memperolehi Kepujian dalam Bahasa Melayu.
  • Memperolehi sekurang-kurangnya pangkat Jayyid dalam STAM.
  • Mendapat sekurang-kurangnya Tahap 1 (Band 1) dalam MUET.

Maklumat lanjut : www.ukm.my

Universiti Al-Azhar, Mesir

Banyak sangat bidang yang ada dan boleh diambil oleh lepasa STAM.

Maklumat lanjut : Al-Azhar, mesir

 

KEYAKINAN DAN USAHA

Kata seorang abang senior, pelajar-pelajar STAM ni dah selangkah ke IPT. Antara tips yang dikongsi oleh pelajar cemerlang STAM 2010 yang dapat mumtaz sofi :

  • Belajar sebelum guru mengajar
  • Hafaz dari sekarang
  • Hafaz dan faham
  • Biasakan diri dengan soalan-soalan sebenar STAM.
  • Bina semangat dan keyakinan (spt tulis kata-kata motivasi untuk diri)
  • Buat persediaan awal
  • Fokus dalam kelas
  • Bantu rakan-rakan lain (sama-sama mencari jawapan jika tak tahu)
  • Kalau boleh, jangan tinggal solat Hajat
  • Doa (yakin Allah dengar dan Allah makbulkan)

Saya dan kawan-kawan akan usaha dan cuba dapatkan yang terbaik untuk STAM pada tahun ni. Insya-Allah, kami akan usaha dan terus berusaha tanpa rasa putus asa. Saya akan cuba praktikkan apa yang kakak-kakak dan abang-abang senior kongsikan tadi. Mudah-mudahan Allah memudahkan segala urusan dalam pembelajaran saya ni. Semoga kita semua dipermudahkan-Nya urusan dunia dan akhirat. Akhir kalam, doakanlah kejayaan kita bersama.  🙂

109 comments on “STAM OH STAM

  • waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh..
    erm..
    azim..
    STAM ada buku soklan2 tahun lepas gak..
    cuma, agak sukar nak mencarinya..
    saya pun, bila nak beli, asyik xde jer..
    cuba dapatkan dengan ustaz/ustazah atau senior2 lepas..
    insyaAllah, ada jalan..
    semoga berjaya memperoleh Mumtaz Sofi..
    doakan ana dan rakan2 juga..
    wassalam..

    • waalaikumussalam..
      tajuk spot??
      entahlah..xde kot..
      sebab..soalan stam ni die byk ulang2..
      tp xdela sume subjek..
      ape yg kite belajar, ape yg cikgu slalu tekankan..
      hapal n kene studyla..
      cmtu jela kot..
      n paling penting..faham..
      insyaAllah..
      bittaufiq wannajah..

  • assalamualaikum…kami sangat berterima kasih atas perkongsian strategi menghadapi STAM.Subjek STAM nampak macam sedikit tetapi hakikatnya banyak.

    Mengapa tidak?Ada beberapa subjek digabungkan menjadi satu seperti nahu & sarf, insyak & muthala’ah,tafsir & ulum al-quran dll.

    MUET pula teman setia STAM.Biasalah, sekurang-kurangya dapat mengasah kembali kemahiran Bahasa Inggeris kita supaya sentiasa bertambah baik. Boleh digunakan utk tujuan komunikasi, dakwah dsb. Tak rugi sebenarnya menjadi seorang yang multi-languages.

    Syekh Nuruddin Al-Banjari hafizohullah pernah berpesan tentang adab dengan kitab iaitu apabila hendak menyusun buku atau kitab , pastikan Alquran paling atas, kemudian tafsir kemudian hadis kemudian fiqh dan seterusnya. Pendek kata:Susunlah kitab ilmu yg paling banyak ayat Al-quran di bahagian paling atas, KEMUDIAN yang paling banyak hadith, barulah seterusnya.

    Dan menjadi salah satu adab dengan kitab ialah, jangan disusun sederet dengan majalah-majalah, atau komik dsb kerana mungkin sekali terdapat pemandangan yg tidak patut yang menyebabkan tercalarnya kehormatan kitab-kitab ilmu agama.

    Adab-adab Ini bertujuan sebagai magnet yang merapatkan kita dengan keberkatan ilmu, keberkatan ulama yg banyak tenaga, berkorban sihat, berjaga malam demi menyambung perjuangan suci Rasulullah (selawat dan salam ke atas baginda, sahabat dan ahli qerabatnya) supaya umat Islam terus mendapat ilmu-ilmu yang bermanfaat di dunia DAN AKHIRAT

  • ana nak kongsi bersama teman-teman tentang adab-adab dengan kitab hasil drpd mendengar kuliah syeikh nuruddin hafizohullah:

    1)untuk mendapat keberkatan ilmu, jgn bawa atau pegang kitab dgn tangan kiri

    2)untuk mendapat keberkatan ilmu, jgn bawa kitab seperti membawa ikan yg dibeli dr pasar atau dgn maksud lain iaitu membawanya lebih rendah drpd paras dada (sebaliknya bawa kitab dengan merapatkan ke dada dgn menggunakan tangan kanan)

    3)apabila menyusun kitab, pastikan kitab yang mempunyai paling banyak ayat alquran berada di tingkat atau rak paling atas(mula-mula al quran pastu tafsir), kemudian kitab yg paling banyak hadith nabawi(mcm sahih imam bukhari , muslim ,abu daud, pastu kitab -kitab syarah hadith spt fathul bari, umdatul qari, aunul ma’buud, bahrul mazi dll) kemudian barulah feqh, nahu , sarf , balaghah dn seterusnya…..

    dan ini pesanan seorang habib drpd yaman iaitu jgn susun kitab dengan majalah-majalah kerana dikhuatiri ada pemandangan yg tidak elok di dalamnya yg boleh mencemar kemuliaan kitab.

  • http://bukustam.blogspot.com/p/buku-rujukan-dan-latihan-stam.html

    ini mungkin boleh membantu pelajar stam untuk membiasakan diri dengan bentuk2 soalan stam.

    sekiranya antum berada di johor bahru,
    antum boleh dapatkannya terus di
    badan cemerlang bookstore,
    aras 3, plaza angsana, johor bahru.

    apabila tiba di depan kedai itu, pilih pintu masuk paling kanan, dn terus menuju ke rak paling kanan di bahagian belakang.

    di situ tersusun buku praktis mumtaz stam beserta notanya.

  • terima kasih shafiq sasteraarab… 🙂
    perkongsian yang menarik juga.. 🙂
    alfu syukran..
    d0akan ana dan rakan2 dapat keptusan yang cemerlang utk STAM 2011.. 🙂

    • Assalamualaikum…

      Ada sapa2 tau x,macam mana saya nak dapatkan buku2 teks n rujukan untuk STAM, klau saya nak ambik STAM sebagai Calon Persendirian??

      • waalaikumussalam..
        buku teks biasanya ada di kedai2 buku..
        tapi, tak semua kedai ada..
        kena tengok tempat jugaklah..
        ermm..bab rujukan tu..
        kenalah tanya dengan bekas2 calon stam..
        nota tu kadang2, guru yang bagi..
        lg satu, kadang2, potostat sendiri daripada sekolah lain..
        kalo buku latihan, boleh dapat dari link komen yang kat atas ni la..
        mudah2an, dipermudahkan oleh-Nya.. ^^

    • waalaikumussalam warahmatullah..
      erm..
      kalau dekat Selangor ni..
      Klang, bawah jambatan tu ada satu kedai buku..
      Kedai Buku Alam Murni.. dulu, KK DAUD..
      aritu saya pernah pergi sana, diorang ada jual buku teks utk stam..
      moga dipermudahkanlah ye..
      semoga berjaya.. ^^

  • salam ukhuwah 🙂

    ana calon stam 2011 jgk, dri mhad kt kelantan. sama mcm enti, semoga MUMTAZ SOFI milik kita bersama, doa2kn jg utk saudara seislammu ini, insyaAllah, kalo boleh ana nk further study kt tmur tgh jgk *mesir,jordan* (sama jgk mcm enti ckp) hehe ^^ ad rezki boleh kita jmpe kt sna, kn?? ok salam, fi amaanillah.

    • salam ukhuwah.. 🙂
      Alhamdulillah.. ^^
      maahad kelantan..?? terbaik punye! ^^
      ana sebenarnya respect dgn negeri kelantan..
      teringin sgt nak pegi sana..
      tp, xde peluang lagi.. hehe

      ana yakin, enti boleh punya! 🙂
      MUMTAZ SOFI..
      erm, cuma, ana je la..
      mumtaz sofi tu memang wallahua’lam la..hehe..
      sbb kerts quran n adab ada sedikit kantoi..huhu..
      bittaufiq wannajah..
      insyaAllah..
      andai itu aturan-Nya, kalau ada jodoh, kita pasti berjumpa..
      x kira di mana.. 🙂

    • waalaikumussalam warahmatullah..
      erm…
      tak pasti laaa..
      kalau ambil persendirian, rasanya boleh lagi..
      kalau amek through skola, memang kena daftar masa awal tahun..
      tak tahulah masih dibuka ke tak..
      maaf ek..

  • assalamualaikum,,saya berminat dlm bidang sains..alhamdulillah baru2 ni result spm ok n layak untuk masuk dlm fakulti sains perubatan..saya confuse.kalau amik stam,boley ke saya pergi ke bidang sains perubatan tadi menerusi stam??@ perlukah saya tinggalkan stam??..tq

    • waalaikumussalam warahmatullah..
      tahniah ye zaira, berapa A?? mesti gempak kan..
      alhamdulillah..

      sebelum tu, saya ada 1 cter..
      kawan stam saya dulu pon, result die gempak,
      10 ke 9 A, tak ingat sgt..
      dia dapat tawaran ke luar ngra..
      tapi, die tolak sbb serius nak amek stam..

      terpulang pd adik..
      kalau adik serius nakkan STAM, just go on! ^^
      boleh je sambung perubatan di Mesir..
      lagi best..tak gitu?? hehe..

      ustazah saya pernah cter,
      dulu pon ada sorang murid ni, dapat straight A SPM..
      dan dia amek STAM..
      habes STAM, dpt result, result die pon ok,
      dia sambung ke Mesir dlm bidang perubatan..

      apa yang penting, niat nak amek stam ni krn Allah..
      nak belajar ilmu agamaNya, nak mantapkan ilmu agama..
      apa2pun, bittaufiq wannajah yea!!
      *adik istikharah tau..semoga tenang hati tu..* 🙂

    • waalaikumussalam..
      saya pun dapat pangkat Jayyid (1 mumtaz, 2 Jayyid dan 7 Jayyid Jiddan)..
      bulan depan rasanya baru dapat tahun result UPU..
      sebelum2 ni, ramai juga yang dapat Jayyid..
      dapat masuk USIM..
      STAM kebiasaannya, kelompok dekat usim..
      sama2lah kita doa ye..
      mudah2an, Allah bg kita rezeki nak masuk U.. 🙂

      • oo,,tahniah ye..mcm mne ea nk dpat result mcm wana??
        mumtaz tu madah ape ye??kalau blh tahu .. tp
        knp ye ustazah kt skolah bgtau kalau pngkat
        jayyid kne buat rayuan..

      • awak pun ambil STAM juga ke?? ^^
        all the best yea! 🙂
        saya mumtaz subjek Insy’ Mutolaah..sahaja..hehe..
        erm, entahlah, mungkin, ada yang tak dapat kot..
        kalau tak dapat, baru buat rayuan..
        awak doakan saya dapat u ye.. ^^

        kalau nak tahu kawan2 saya yang dapat mumtaz, boleh baca di sini..

        TAHNIAH CALON STAM 2011!!

        *percaya dengan Allah, insyaAllah, segalanya boleh berlaku, dengan izin-Nya. ^_^

  • hehe..a’a stam jgk taun ni..waahhh,,bgus ye aek dpt mumtaz
    madah tu,,susa nk jumpe..hehe..awk blh bg tips x cmane nk dpt result cam awk???
    insayALLAH..sy doa kn ok..

    • terima kasih ye sebab sudi doakan saya.. ^_^
      semoga awak berjaya dapat Mumtaz dalam STAM tahun ni! 🙂
      dan, semoga awak berjaya mengamalkan ilmu2 yang dipelajari.. 🙂
      belajar bukan sebab nak sijil, nak mumtaz, tp sebab nak menuntut ilmu kerana Allah. ^^

      eh, tips nak dapat result mcm saya?
      jangan…tak bagus kot..hehe..
      apepun, buat banyak latihan..
      kalau insya mutola’ah tu, kene rajin tengok kamus dan rajin buat karangan, pastu, suruh cikgu semak.. ^^
      yg lain2, kene paham..
      kalau hafal je, x lama dlm ingatan..
      tp, kalau paham dan hapal, insyaAllah, lama..
      mcm kwn2 sy yang dpt cemerlang tu..
      diorang rajin menghapal dan paham bila ada kawan tanya..
      suka bantu kawan.. ^^
      rajinkan buat soklan2 tahun2 lepas dan soklan2 yang ditarget..
      struggkle betul2 tau..
      makin nak dekat exam, makin dekatkan diri dengan Allah.. ^^,
      all the best!
      insyaAllah.. 🙂

      yang penting, DUIT!
      D- DOA, U-USAHA, I-ISTIQOMAH, T-TAWAKKAL

      • kak wana..rase2 smpat x lau kita stdy btl2 skrng nie…x yakin lah ..takt x dpt result ok..ada 4 bln ag..

      • insyaAllah..sempat..dan belum lagi terlambat.. 🙂
        hargai masa yg ada sekarang dan teruskan usaha anda! bittaufiq! akak doakan kamu berjaya kerana-Nya.. 🙂
        ingat satu je, study kerana Allah, exam pon kerana Allah.. ^_^

  • subjek yg dh lulus tu tidak mengapa klu xpegi ambil semula wlupun dah daftar…die kire yg lulus tu jugak..cume rugi dan membazir je lah klu daftar tp x pegi ambil…mane tahu..boleh tingkt kn lg…:)

  • Sesiapa yang ingin dapatkan buku-buku ringkasan STAM (ringkasan daripada buku tekas) dan buku modul STAM sila hubungi Pustaka Raudhah (019 5165614) atau pengedar kamai diseluruh negara

    • mungkin boleh dapatkan buku2 latihan STAM..
      sebab setahu saya, soalannya lebih kurang je..
      pusing2 pun, itu jugakk..
      cuma, mungkin ada ramalan2 tajuk2nya..
      wallahua’lam..

    • waalaikumussalam..
      kalau ada rezeki, dapat lahh..insyaAllah.. 🙂
      tapi, mungkin sukar sedikit..
      sebab makin lama, makin ramai yang bersaing dengan kita..
      tapi, dont give up!
      kawan saya tak dapat masuk U, tapi, dia masih boleh sambung belajar..
      cuma mungkin, swasta.. 🙂

    • I think, from spm to level degree, impossible..
      except you continue your study at oversea like Jordan, Mesir and so on..
      if not, you must take diploma or tamhidi or matrik or stpm or stam.. 🙂

      • Salam…anak makcik nak sambung stam 2013…mana nak dapatkan borang…tak ada pun dalam muat turun mana2 sektor pendidikan islam negri…tk

      • waalaikumussalam..
        yang tu, saya tak berapa nak tahu..maaf ye makcik..
        erm..cuba makcik pergi ke sekolah2 yang ada menawarkan STAM..
        mungkin, mereka ada penyelesaiannya.. 🙂

  • salam, korang di atas ni budak semenanjung ka??????
    nak tanya mcm mana ya nak cari buku nota STAM selain daripada jenama “mumtaz”
    atau guru korang ada bwt kan nota ka ….
    kalau ada tolong respon mesej ni ya….

    • waalaikumussalam..yup, kami ni budak semenanjung..
      utk cari buku nota selain ‘mumtaz’, maaf, saya tak tahu..
      dan, betul, ada antara guru saya yang buatkan nota utk kami, pelajarnya..
      kadang2, cari sendiri jugak, tgk nota2 sekolah lain..sebab kdg2 ada guru diorg pon wat nota cmtu..
      so, saling tukar-menukar..

  • jadi wana93 ni adalah nota nya .. atau mungkin boleh tolong kami ni… budak tawau sabah.. sebab kami ni kurang nota STAM .. kalau boleh wana93 atau ada kawan-kawan lain boleh tolong kasi nota ni melalui pos pada alamat :
    MOHD ADIL MAKMUR
    D/A UST AMIN NASIR
    PEJ JAKIM TAWAU
    PETI SURAT 61299
    91032 TAWAU

    … harap rakan rakan yang komen di STAM OH STAM ni dapat tolong ana dan rakan2 ana yang lain…

  • assalamualaikum,,,
    boleh tanya,,taw x atau ingat lg x tajuk kitab tauhid stam , siapa pngarangnya dan bile ia dicetak????

  • ujian lisan STAM menggerunkan saya
    I am really scare…… 15 julai nie……..
    lepas tu….. selang seminggu percubaan pulak….
    I am not belive it….ustaz pown taw last2 minit…
    aaaaaaaa jgnlah…..

  • salam,saya nak tanya.saya nak ambil stam tapi calon prsendirian,,saya drpd johor memang ada mengambil sdka tapi waktu tu 13 tahun,,skrg saya 17 tahun ,,,saya berminat nak ambil stam tahun depan tapi belajar sendiri tu sya tak yakin

  • salam…. u tw x ap beza pengurusan muamalat (um) n pentadbiran muamalat (like in usim n uum) ?? hope u dpt tlg.. i lpsn stam 2013.. still tgu result.. wish me good luck.

  • Assalamualaikum w.b.t. maaf jika pertanyaan ini sedikit sebanyak mengganggu anda. saya ingin bertanya. Jika ambil stam boleh ke tidak kita mnyambung ke aliran sains?

    • waalaikumussalam warahmatullah.. masuk STAM, boleh je sambung apa2 aliran yg kita suka, asalkan SPM kita aliran sains kalau nak sambung aliran sains.. 🙂

  • Saya calon Stam untk tahun ni.. Dari Maahad Muhammadi Perempuan kelantan.. Agak susah untk dptkn 10mumtaz yg dharapkan oleh sekolah. Terkadang rasa nak nangis, susah sangat nk ingat dgn baek.nak dalami dgn baek..Masih layak lg ke untk yg dpt jayyid dpt smbg blajar di timur tgh. Sy tringin sgt2 nk pi sana..? .byk yg saya dpt nasihat..rezki Allah kan luas .terima kasi juga untk Perkongsian yg amat2 menarik ni. :’)

  • saya bukan daripada aliran agama, namun lepas sahaja saya grad dlm bidang engineering tahun lepas saya terus ke kelantan utk belajar bahasa ‘arab selama 6bulan dan saya ke terengganu utk belajar tafsir al-quran. Selepas raya tahun ni saya pulang alor setar dan buat keputusan untuk ambil STAM sebagai calon persendirian tahun depan (insya-Allah).

    mohon nasihat dan apa-apa cadangan untuk saya sebagai calon persendirian bagi membuat persediaan awal. Saya juga ingin tahu dimana saya boleh dapat nota2, contoh2 soalan,..

    jika tidak keberatan, mohon kongsi ilmu dan pengalaman dgn saya melalui whats’up : 0174707374(nik).

    • waalaikumussalam warahmatullah..

      alhamdulillah, akak sekarang belajar di USIM, Tahun 3 sudah.. doakan akak jugak ye.. 🙂

      Semoga munirah berjaya di dunia dan akhirat..

  • Assalam. Saya ingin mengajukan soalan berkenaan stam. Layakkah seseorang untuk menduduki stam tanpa mempunyai sijil sma dsb. ? tq

  • Assalamualaikum.. Saya calon STAM 2015 .. nk tnya ckt.. lps tamat STAM nieh.. kite bley kerja ape ?! Maksud saya yg ambik STAM nieh nk jd ape sbnrnya nnti ?!

  • Salam…
    Akak kalau nk amik bidang kewangan islam/ akaun/muamalat kat u dgn result stam bleh ker? Kalau x bleh mesti amik diploma akaun pulak ke kat u nnti?

  • Kak, nak tanya. Nak ambil stam tapi kalau spm kita x ambil bahasa arab, just ambil tasawwur boleh ambil stam ke?
    hajad lepas spm nih nak ambil stam kat mane yeh kalau kat kl?
    Kena pergi PPD ke?

    • Tempat yg saya tahu terima pelajar bukan aliran agama spm yang nak ambil stam ialah di sekolah al-hidayah (perak) , akademi ikatan muslimin (perak) dan kolej islam darul ulum (kedah). Kalau di KL, minta maaf saya takpasti ada ke tak

  • assalamualaikum,ana baqu ambl stam thun ni,ada dak nota atau buku rujukan yg prlu ana ada??
    ada dak laman web stam yg lengkap..pasai subjek dan sub topik

      • Assaalamualaikum . Boleh ke kita nak apply ke jordan dgn result stam dan apakah program yg ditawarkan boleh share link tak 😁syukran

      • waalaikumussalam warahmatullah.. yang tu saya tak pasti.. maaf ye.. mungkin boleh tanya bahagian pendidikan Jais dan yang berkaitan..

      • Assalamualaikum sy merupakan pelajar yang baru mengambil sijil menengah agama 2017 daripada pahang mcmmna yer utk sy dptkan nota-ii nyaa latihan. Harap ada yg mmbaca ada nota-2. SMA yg ade adik belaja di sekolah agma phg. Boley contact@wasap no 0179561587

  • Aku dengan STAM macam punggok rindukan bulan. Umur dah 64 , dulu sekolah omputih dari standard 1 hingga form 5, buta jawi sebab langsung takde belajar jawi dalam sukatan mata pelajaran. Alhamdulillah boleh baca Quran sikit2 sebab ada tanda baris….kalau takde tanda baris….”balik awallah” (pinjam kata Ustaz Azhar Idrus) Orang macam aku ni kena masuk Kelas Tadika aliran Arab sebagai tangga paling bawah. Tadika mana yang boleh terima aku ? ?

  • Leave a reply to wana93 Cancel reply