SAYANGI DAN CINTAI ANAK ANDA

Published January 31, 2012 by wana93

Jangan salah faham dengan tajuk kali ini. Bagi anda yang sudah memiliki anak, sayangi dan cintailah mereka dengan kasih sayang hakiki. Bagi saya, saya menyayangi dan mencintai anak-anak didik saya yang masih berusia 7-12 tahun. Saya cuba memahami perasaan mereka. Saya sayang adik-adik saya juga (walaupun saya suka marah diorang) ^^

Ingin saya jelaskan bahawa segala yang ada di dalam blog ini adalah sekadar perkongsian untuk kebaikan kita bersama di dunia dan akhirat. Bukan untuk mengejar dunia, populariti dan sebagainya. Jauh sekali hendak bongkak dan membangga diri dengan Ilahi. Na’uzubillah. Sebab itu, segala yang ada dalam blog ini adalah untuk dikongsi. Sharing is caring right?? Saya masih jahil. Tapi, tak salah kan untuk kita berkongsi.. ^^

BIAR NAKAL, ASAL TAK JAHAT

Saya pernah luangkan sedikit masa untuk ber’dating’ bersama seorang murid lelaki. Darjah 3. Dia selalu tak bawak buku, tak buat kerja. Dia pernah mengadu, kadang-kadang dia pernah dipukul oleh bapanya. :(

Saya bukanlah nak sibuk hal peribadi dia, tapi, inilah ciri-ciri guru yang prihatin kan.. (hehe) =.=

Ustazah : Kamu buat tak kerja sekolah?
Murid A : Buat..kadang-kadang,saya lupa..
Ustazah : Lupa? Ustazah yang dah tua ni pun masih …ingat lagi tau..kamu, muda2 lg dah lupa..ape laaaa!
Murid A : …(diam je..)

Ustazah : Erm, kamu anak angkat kan?
Murid A : A’ah..
Ustazah : Bila kamu tahu yang kamu ni anak angkat?
Murid A : Errr..umur saya 2 tahun kot..
Ustazah : Haaa?? Awalnya! Kamu faham ke waktu tu? Kamu tahu tak siapa ibubapa kandung kamu? Pernah tengok gambar diorang tak?
Murid A : Tak tahu. Tak pernah, ustazah.. (tunduk je, sedih kot)
Ustazah : Mak ayah angkat kamu tak ada cerita apa-apa?
Murid A : Tak.

Ustazah : Kenapa kamu kata kamu kadang2 kena pukul? Mesti sebab nakal kan. Kamu buat apa je sampai kena pukul?
Murid A : Saya kacau adik saya. Kadang2, saya jumpa dengan kawan yang mak saya tak kenal.
Ustazah : Ayah angkat kamu pukul kamu dengan apa? Sakit?
Murid A : Dulu, guna tali pinggang.. Sekarang, guna hanger. Sakit..(hanya tunduk, matanya sudah mula menakung derita)
Ustazah : Kamu saja ke yang kena pukul?
Murid A : Kakak dengan adik saya pun kadang2 kena juga. Kakak saya kena pukul sebab dia jumpa kawan lelaki. Adik saya pun selalu kacau dan pukul saya, sebab tu dia pun kena.
Ustazah : Laaa..takkan sebab kacau2 pun kena pukul dengan hanger? Kakak kamu jumpa pakwe? Darjah berapa?
Murid A : Kakak saya tingkatan 1.

Ustazah : Kamu sayang diri kamu?
Murid A : (hanya mengangguk)
Ustazah : Kamu sayang mak ayah angkat kamu?
Murid A : (hanya mengangguk)
Ustazah : Kamu sayang ustazah?
Murid A : Sayang.
Ustazah : Kalau macam tu, janji dengan ustazah boleh? Bawak buku, buat kerja, jangan bagi mak ayah marah, jangan bagi ustazah marah. Boleh tak?
Murid A : Boleh..

Ustazah : Ustazah sayang anak2 ustazah. Ustazah sedih bila anak murid ustazah kena pukul, menangis sorang2. Ustazah tak boleh bantu kamu dekat rumah. Ustazah hanya mampu bantu di sekolah saja. Ustazah tak lama pun dekat sini. Sebab tu, ustazah nak bantu selagi ustazah ada. Ustazah sayang kamu. Belajar rajin2. Tak payah nak ada pakwe makwe. Dah besar macam ustazah ni, barulah boleh. Faham? Ustazah pun takde pakwe lagi tau.
Murid A : Baiklah ustazah..saya sayang ustazah..

* Jangan salah faham ya dengan statement ‘Tak payah nak ada pakwe makwe. Dah besar macam ustazah ni, barulah boleh’. Ini hanyalah analogi untuk budak-budak sahaja. ^^

p/s : Sayangilah anak2mu.. Sayangilah anak2 didikmu.. Jangan biarkan mereka terus2an derita dengan pukulan tali pinggang atau hanger hanya kerana mereka nakal.. Jangan sampai emosi mereka terganggu sehingga mengabaikan pelajaran.. Ambil tahu perasaan mereka..

Mereka juga manusia. Ada jiwa. Ada rasa.

JANGAN ASYIK ‘TANGAN’KAN SAHAJA

Andai mereka buat salah, tegurlah dahulu. Jangan asyik hendak ikutkan perasaan amarah saja. Kerana ia akan mengundang derita yang berpanjangan pada jasad di kecil itu.

“Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (Surah An-Nahl : 125)

Kita tak boleh sesuka hati merotan mereka. Tak boleh sesuka hati melibas mereka dengan tali pinggang, memukul mereka dengan hanger dan sebagainya. Bukankah anak itu amanah? Walaupun anak angkat, itu adalah amanah. Setiap amanah pasti akan dipertanggungjawabkan. Tak gitu?

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : “Semua kamu adalah pemimpin dan bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Seorang imam (amir) pemimpin dan bertanggung jawab atas rakyatnya. Seorang suami pemimpin dalam keluarganya dan bertanggung jawab atas kepemimpinannya. Seorang isteri pemimpin dan bertanggung jawab atas penggunaan harta suaminya. Seorang pelayan (karyawan) bertanggung jawab atas harta majikannya. Seorang anak bertanggung jawab atas penggunaan harta ayahnya. (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Jangan asyik-asyik hendak ‘tangan’kan sahaja. Jangan disebabkan kesalahan kecil, kita terus ‘tangan’. Salah tu! Usaha dan tegurlah dengan kata-kata motivasi. Marahlah dengan analogi-analogi yang mereka mudah fahami. Jangan sesekali ikut telunjuk dan bisikan syaitan durjana.

Kasihani mereka..

“Demi Allah, sesungguhnya Kami telah mengutus rasul-rasul Kami kepada umat-umat sebelum kamu, tetapi setan menjadikan umat-umat itu memandang baik perbuatan mereka (yang buruk), maka setan menjadi pemimpin mereka di hari itu dan bagi mereka azab yang sangat pedih.” (Surah An-Nahl : 63)

Kalau guru merotan anak muridnya disebabkan sesuatu kesalahan, pasti ada ibu bapa yang tidak puas hati dan sering menyalahkan guru. Kan?? Tu yang berlaku saman-menyaman.

Tapi, bila ibu bapa memukul anak mereka sendiri, guru tidak puas hati, adakah berlaku saman-menyaman? Belum pernah lagi kot.. ^^

Lainlah kalau anak tak solat. Malas solat. Liat hendak beribadat.

Sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud : “Perintahkanlah anak-anakmu untuk solat ketika berumur tujuh tahun, dan pukullah mereka atas pengabaian terhadap solat ketika berumur 10 tahun.” (Riwayat Abu Daud)

Memanglah sayangkan anak tangan-tangankan, tapi, memukul anak bukan sembarangan.. ^^

 

Keluarga Bahagia =)

ANAK-ANAK JUGA MANUSIA

Ya. Mereka juga manusia. Ada hati dan ada rasa. Mereka dahagakan kasih sayang kita. Kasih yang tulus khas untuk mereka. Sayangi anak-anak anda. Cintailah mereka. Nakal itu tidak salah kerana ianya fitrah budak-budak. Biar mereka nakal, asalkan tak jahat dan tak buat dosa. ^^

 

Terimalah dengan akal, bukan dengan melayani emosi semata-mata.. ^^,

* Saya sayang anak2 murid saya.. Walaupun mereka nakal.. ^^

Sekian, wallahua’lam. :)

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

Join 133 other followers

%d bloggers like this: