ISU K-POP : SEKADAR MAHU BERKONGSI

Published November 9, 2012 by wana93

Setelah sekian lama tak update blog, maka, hari ini, saya mahu berkongsi sesuatu tentang isu ini hiburan yang sedang ‘top’. Mestilah K-POP, GANGNAM STYLE dan lain-lain tu kan? Tahukah kita akan isu-isu ini? Atau kita hanya sibuk dengan study, exam dan assigment. Yang lain, “Ada aku kesah?”

Harap kita tak macam tu. Sebab, kita sayang Islam kan? ^^

*Saya suka dan setuju bila USIM buat talk untuk mem’boikot’ K-POP dan lain-lainnya tu. Alhamdulillah sebab saya dimasukkan dalam universiti ni. ^_^

Mungkin, ada yang kata,

“Ala..biasalah tu..”.

“K-POP je, bukan boleh peluk penyanyi nye pun!”

K-POP. Satu nama yang cukup ‘hot’ di mata anak-anak muda. Satu kumpulan ‘hit’ yang digilai kebanyakan remaja. Betul tak? Dan, mesti ramai yang ‘happy’  giler sebab diorang bakal datang Malaysia nak buat konsert. Mahal kot tiketnya! Beli buku-buku ilmiah lagi berbaloi! Tapi, satu persoalan, adakah hiburan yang sebegitu dibenarkan dalam Islam?

Adakah Islam menggalakkan tari-menari dengan berpakaian tidak menutup aurat seperti GIRL GENERATIONS dan lain-lainnya? Adakah Islam membenarkan kita terlalu taksub dan terlalu asyik dengan K-POP, BIG BANG dan lain-lain lagi?

Kanak-kanak juga sudah mula minat dengan semua ini. Saya kongsi berdasarkan pengalaman saya yang pernah jadi guru sementara. Sewaktu saya sedang mengajar, ada pelajar sedang khusyuk berdiskusi soal lagu terbaru kegemaran kumpulan mereka, K-POP dan BIG BANG. Beberapa pelajar perempuan pula sibuk menceritakan tentang kekacakan pelakon Korea yang diminatinya, Li Min Ho(tak tahulah ejaannya betul ke tak.). Dan, saya pun mula berbicara,

“Kamu ni, nanti nak suami yang baik dan soleh macam Nabi Muhammad ke nak yang hensem macam Li Min Ho tu?”

Mereka pun jawab, “Mestilah yang soleh ustazah..”

Mereka tahu. Bagi mereka, itu saja-saja. Saya tak salahkan mereka sebab mereka masih di sekolah rendah. Saya cuba nasihat apa yang patut. Yang saya risau, mereka bakal meningkat dan meningkat dan melangkah ke sekolah menengah. Jika di sekolah rendah lagi sudah terlibat dengan hiburan yang sebegitu, bagaimana untuk hari-hari yang bakal menanti?

Ya.! Saya pernah sekali tengok cerita Korea (itu pun sebab nak tahu, siapa Li Min Ho yang mereka sibuk ceritakan, dan, kawan sebilik pasang cerita tu kat laptop dia.) Apa yang saya dapati, cerita ni memang tak sesuai untuk pelajar sekolah rendah. Banyak pasal percintaan. Tu yang kecik-kecik dah bercinta!

Lagi satu, orang Korea ni, kalau diorang ‘tension’, diorang tak mengadu atau luah dekat Tuhan mereka (kalau diorang percaya akan Tuhan). Diorang akan minum arak. Bagi diorang, itu solusi terbaik! Tapi, tidak kita! Kita orang Islam. Punya Allah untuk mengadu segala masalah. Punya Al-Quran untuk meleraikan gundah.

Bagaimana kita dapat jadikan Allah sebagai kekasih hati andai hiburan lagha yang memenuhi segenap ruang di hati kita ??

 Bukan Korea saja, artis-artis mana pun sama. Tak boleh kita jadikan idola, apatah lagi untuk sibuk nak berasa takjub dengannya. Lebih-lebih lagi yang tidak menutup aurat, tidak mengikut syariat Allah.

 Tidak takutkah kita akan firman Allah yang bermaksud :

“Dan sungguh, akan Kami isi neraka Jahanam banyak daripada kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, (tetapi) tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kebesaran Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah.” (Surah al-A’raf : 179)

Hati kita sering diguna untuk merindui suara-suara penyanyi. Mata kita sibuk memandang gerak tari penyanyi yang seksi. Telinga pula sering dipenuhi dengan irama-irama lagha (melalaikan), yang kadang-kadang kita tak faham pun maksudnya, tapi, kita suka dengar (contoh : lagu korea).

Terkadang, kita lupa. Kita mengaku yang kita sayang akan Allah dan cinta akan Rasul, tapi, dalam kehidupan kita, sikit sekali kita bersyukur dan berselawat, sikit sekali kita membaca ayat-ayatNya. Kita amat jarang pergi ke surau atau masjid lantaran sibuk pergi ke konsert atau pawagam. Kita jarang sekali mendengar tazkirah dan ceramah dek terlalu suka mendengar lagu dan muzik. Kita sering melewat-lewatkan solat dek kerana khusyuk menonton filem Korea dll.

Nak berhibur? Jom! Boleh!

Nasyid kan ada! Zikir kan ada! Buku kan ada! Novel Islamik kan ada! Video tazkirah kan ada! TV Al-Hijrah kan ada!

Macam-macam ada! Tinggal kita saja, mahu atau tidak!

Sama-sama kita meminumkan hiburan yang lagha. Perlahan-lahan kita hazaf (buang) hiburan berbentuk lagha dalam hidup kita. Memang ada antara hiburan orang bukan Islam ni, banyak pengajaran dan manfaat. Tapi, tak semua dan amat sedikit sekali. Contoh yang saya pernah tengok, cerita 3 Idiot (lakonan Amir Khan dll). Cerita ni memang banyak manfaat. Menceritakan tentang pelajar,persahabatan,guru dan ibu bapa. Cerita Inggeris (Spiderwick dll) ada yang ‘best’ dan memberi manfaat. Hati-hatilah dalam memilih hiburan. Moga hati kita dapat mengenal mana dosa dan mana pahala. :)

Carilah hiburan saat kau bertemu dengan Tuhan.

Iaitu dalam solatmu.

Dalam doamu.

Dalam tahajudmu.

Dalam istikharahmu.

*Sama-sama kita buktikan cinta kita pada Allah dan Rasulullah dengan tingkah. Tingkah yang bagaimana? Tingkah yang diredhai Allah. Insya-Allah.* :)

-Wallahua’lam-

About these ads

3 comments on “ISU K-POP : SEKADAR MAHU BERKONGSI

  • sokong2..lame tol wana Xupdate’n..hehehe!!nak wat cam ne kalau dah tegur pun Xnak dgr..mase mereka keluar bdua pun minta tukar ikim.fm cz mlm raye tu banyak takbir setiap 15min tapi Xdgr..minta tgk uztaz don punye vidoe pon tanye adakah org yg dgr ceramah tu baik sgt..nak cakap pe lagi?ni r bile terjadi bila telinga dah Dpekak’n secara Xsengaja..plg kecewa bila ada hubungan dgn kawan berlainan jantina jadi cam ni..(-_-)

  • Assalamualaikum,saya setuju dgn stiap hujah awak. saya pown prnah terjebak dlm kpop stuff ni tp Alhamdulillah saya tidak terlalu jauh meminati. namun masih ada secebis ruang dlm diri saya yg masih meminati kpop ni. pd pndangn sy, awak seorg yg hebat kerana dlm arus kpop yg sedg mlanda negara kita, awk masih kekal, dan tidak hanyut. awk malah cuba menyedrkn kami, belia yg mkin hanyut ini…
    tpi…
    jujur saya katakn bhawa pndekatn awk adalh terlalu keras. jika awk brdkwah dgn hujah di atas pd mreka yg obses kpop, awk akn dibash dan org islam kita sendri melabel bhawa islam agama yg leceh. ini x boleh, itu x boleh. lalu,org islam kte sendiri makin jauh dr islam itu. islam itu mudah. jgn beri merka sbb utk cr kesusahn agam yg sbnrnya simple ini.
    pd pndpt sy, awk tidak pernah mnt kpop jd awk x tahu bhw kuatnya arus yg dibawa mereka
    ap kata awk fahami dahulu mereka ini, bkn brmaksud awk memahami kpop itu… cr pluang utk tahu dr mn mulanya kegilaan mereka.
    dr situlah, rncg strategi utk brdakwah. jgn dtg2 teros cop kpop itu ini. mmg kn baling kasut jawapannya.
    awk harus buat perlahan lahan tp berterusan. Insha Allah… mereka akn sedar bhw apa yg mereka minati itu adalah lagha.
    jd, sy hrp awk terus brdkwh,namun berlembutlah. dakwah bukan nya kasar ttp keras.
    saya mengatakn ini adalah cr awk adalh cr mula2 sy brdakwah. terus terg, sy makin dijauhi.
    namun setelah sy rujuk mereka yg bijak pandai, sy cr pendekatan lain dn terus brdkwh.
    Alhamdulillah,sebahagian rkn sy sedar ttgnya dn mula kurgkan obsesi mereka. utk meminta melupakn terus itu mustahil,ttp ia boleh dijauhi.
    akhir kata, ini cuma secebis pndgn. mohon awk jgn terasa andai saya terkasar bahasa.

    • ye betul tu.. :)
      ini hanyalah pendapat secara umum dan keseluruhan..
      saya pernah cuba tengok cerita korea sekali dan dengar beberapa lagu kpop..nak tau jugak apa yg diorg suka sgt ni..kebanyakannya sebab muka2 hensem, putih, comel2 dan sweet2..kan? lg2 Li Min Ho..kata diorang la.. :)
      terima kasih ats perkongsian awak.. :)

      *saya syadid hanya utk diri saya. :) kwn saya, ramai je yg suka kpop n korea ni..bila diorang tengok, ajak saya, saya on je..saya raikan..tp x lama.. contoh, dlm 5 minit..pastu sy bla sebab ada keje or something.. :)

      *saya dulu merupakan seorang yang minat hindustan..dan sekarang, alhamdulillah, dh kurang..sy usaha utk x tengok/kurangkan tgk cter2 hindustan..sebab itu pun lagha juga..mcm2 ada.. sekarang ni, memang byk sgt hiburan..bukan saja kpop, hindustan tp pelbagai lagi..

      pendekatan yg sy cuba pelbagai..dan ini salah satunya je..bila dgn org yg minat kpop, lain plak pendekatannya..yg mcm awk ckp..thanks again.. :) sharing is caring..

      salam ukhuwah.. moga Allah redha.. :)

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    Join 125 other followers

    %d bloggers like this: