HASIL BEDAH BUKU ‘AGENDA POLITIK SYIAH’

Published October 2, 2013 by wana93

1380547_235478736605338_968831040_n

Buku 'Agenda Politik Syiah'.. Miliki dan bacalah! :)

Buku ‘Agenda Politik Syiah’.. Miliki dan bacalah! :)

Alhamdulillah, semalam, 1/10/2013, Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama (PERWADAH) telah menganjurkan program Bedah Buku  yang bertajuk ‘AGENDA POLITIK SYIAH’ di DKF 1.2, USIM. Saya berkesempatan untuk hadir dan tambah ilmu tentang Syiah ni. Budaya Bedah Buku memang sudah menjadi trademark PERWADAH! Teruskan! Saya sokong 1000%! Saya bangga dapat jadi budak Pengajian Akidah dan Agama! Alhamdulillah. :D

Kali ini, saya nak kongsikan sedikit hasil contengan nota yang saya dapat sepanjang 1 jam lebih semalam. Tapi, sebelum tu, saya nak cerita sedikit pasal pensyarah saya yang menulis buku ‘Agenda Politik Syiah’ ni iaitu Professor Madya Dr. Kamaluddin Nurdin Marjuni. Beliau ada keluaran Al-Azhar dan Kaherah, Mesir. Beliau berkelulusan Sarjana Muda (B.A) dalam Syariah di Universiti Al-Azhar, Mesir. Beliau juga berkelulusan Doktor Falsafah (Ph.D) dalam Falsafah Islam dan Sarjana (M.A) dalam Teologi Islam daripada Universiti Kaherah, Mesir. Kepakaran beliau adalah Syiah.

Antara isi-isi penting yang dapat saya kongsikan bersama adalah :-

Kata Dr.Kamaluddin, “Orang yang mengkaji bab-bab akidah, Syiah adalah yang paling berat sekali. Sebab dalamnya banyak cabang. Masa nak buat Ph.D, nak buat buku, saya baca dan rujuk hampir 200 buah buku.”

Dr. Kamaluddin bersama slide beliau.. :)

Dr. Kamaluddin bersama slide beliau.. :)

Syiah ada banyak cabang. Tetapi, yang masih kekal dan popular, adalah :

1) Syiah Zaidiyah – Mereka masih dekat dengan Sunni. Kerana apa? Kerana mereka masih menggunakan hadis Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam hujah mereka.

2) Syiah Imamiyah -  Ajaran sesat.

3) Syiah Isma’iliyah – Kafir. Kerana Syiah golongan ini mempromosikan nikah mut’ah. Tak perlu jumpa wali, kena ada saksi bagai untuk bernikah. Cukup sekadar jumpa sheikh/imam beritahu nak kahwin dengan si dia, berapa hari, berapa jam. Macam nikah kontrak. Puasanya pun tak sama. Kita puasa 30 hari  di bulan Ramadhan. Mereka puasa hanya 3 hari di bulan Ramadhan.

Dan, saya ambil sedikit daripada blog penulisan beliau,

Golongan-golongan Syi’ah:

  1. Syi’ah Zaidiyah, golongan ini adalah golongan awal Syi’ah (Senior), ianya berkembang di Negara Yaman dan hampir 40% daripada penduduk tersebut adalah pengikut Zaidiyah.
  2. Syi’ah Imamiyah, golongan ini merupakan golongan Syiah yang terbesar, wujud di Iran dan Iraq. Golongan ini yang paling aktiv di dunia Islam, sehingga boleh didapati di beberapa buah negara seperti di Pakistan, Afghanistan, Lebanon dan Syiria, bahkan Indonesia sudah menjadi salah satu mazhab Islam.
  3. Syi’ah Isma’iliyah (Pendiri al-Azhar), golongan ini merupakan syi’ah yang ekstrim, sehingga semua golongan Sunni (Asy’ariyah, Maturidiyah), Mu’tazilah dan Ibadhiyah mengkafirkan mereka, bahkan sesame Syi’ah sendiri, Syi’ah Imamiyah dan Syi’ah Zaidiyah ikut mengharamkan dan mengkafirkan golongan tersebut. Pengikutnya di anggarkan berjumlah sekitar 2 juta orang dan berpusat di India. juga pengikutnya boleh di dapati di sekitar Asia Tengah, Iran, Syria dan Timur Afrika.

Sumber: http://www.dakwatuna.com/2013/06/09/34810/bahaya-penyebaran-syiah-di-negara-negara-sunni-bagian-pertama-perbedaan-amalan/#ixzz2gXjSeioQ
Follow us: @dakwatuna on Twitter | dakwatunacom on Facebook

Agenda Utama Syiah :

1) Mensyiahkan ummat Islam.

2) Mengembangkan empayar Parsi khususnya bermula di rantau Teluk, dan saat ini sudah pun sampai di ASEAN khususnya Indonesia (lebih 5 juta), Malaysia (ratusan ribu) dan Thailand (puluhan ribu).

Syiah juga menggunakan beberapa aspek untuk menyebarluaskan ajaran dan fahaman mereka ini, melalui beberapa perkara iaitu politik, ketenteraan, ilmu dan ekonomi. Kata beliau, Malaysia semakin menampakkan aspek politik dan ekonomi yang sedang giat berlaku di sini antara kita dengan puak-puak Syiah.

Modus Operandi (Rancangan Mensyiahkan Dunia Islam 2029) -

1) Memuliakan para imam Ahlul Bayt dan tokoh-tokoh Syiah.

2) Melalui doktrin dan syubhat sumber agama Sunni.

3) Pengkafiran – Iaitu mereka mengakfirkan Abu Bakar As-Sidiq, Umar dan Uthman serta beberapa lagi sahabat Nabi Muhammad.

Antara taktik Syiah untuk menarik kita adalah dengan cara :-

1) Mempromosikan nikah mut’ah di kalangan Sunni khususnya di kampus-kampus universiti.

2) Mempererat hubungan diplomatik, politik dan kebudayaan. Seperti bantuan kemanusiaan, penyediaan biasiswa dan lain-llain lagi.

Juga melalui buku-buku terjemahan Syiah, melalui NGO-NGO Islam, mengadakan seminar ahlul bayt (di Indonesia tidak dilarang kerana Syiah sudah berkuasa dan berleluasa di sana,tapi di Malaysia, tidak!)

Sekian, sampai di sini saja hasil dapatan nota saya. Harap bermanfaat. Saya hanya mahu berkongsi dan menyampaikan. Bukan untuk berdebat dan sebagainya kerana hakikatnya, saya sendiri masih belajar dan masih mahu mendalami ilmu-ilmu Akidah ini. Mahu berdebat? Maaf! Saya langsung tak layak dan masih belum layak. One day, insyaAllah. Doakan saya berjaya di dunia dan akhirat. Wallahua’lam.

Seronok selongkar pasal Syiah semalam! ^^

Seronok selongkar pasal Syiah semalam! ^^

Teringat pesanan beliau iaitu Dr. Kamaluddin : “Bayangkan seorang Ph.D Ahli Sunnah Wal Jamaah lawan hujah dengan 5 orang Ph.D puak-puak Syiah. Agak-agak, siapa menang? Makanya, ini jadi satu cabaran buat kamu. Sambunglah ke peringkat Ph.D, kajilah Syiah supaya masa depan anak-anak cucu-cucu kita terjamin. Kamu di sinilah yang menjadi harapan!”

Saya sangat syorkan supaya anda memiliki buku ‘Agenda Politik Syiah’ untuk mengetahui dan mendalami lebih lanjut lagi tentang bahaya Syiah!

Boleh baca penulisan Dr. Kamaluddin Nurdin Marjuni di sini,

http://www.dakwatuna.com/2013/06/09/34810/bahaya-penyebaran-syiah-di-negara-negara-sunni-bagian-pertama-perbedaan-amalan/#axzz2gXfsK91L

Dan, perhatian! ^^

Insha Allah “Agenda Politik Syiah” akan dibedah lagi di :-

Masjid Negara Kuala Lumpur : 24 Oktober 2013 (Khamis)
Slot 1 : 9.00 pagi –10.30 pagi ( Diskusi 1 )
Slot 2 : 11.00 pagi –12.00 pagi ( Penggulungan dan Soal Jawab)
Tempat : Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara Kuala Lumpur.

Dan, lagi tentang Syiah di USIM, esok! “DISKUSI AKIDAH : BAHAYA SYIAH, APAKAH PERANAN MAHASISWA?”

Mari datang kalau berkesempatan. InsyaAllah. Sekian. Assalamualaikum. :)

-jom!-

-jom!-

 

About these ads

3 comments on “HASIL BEDAH BUKU ‘AGENDA POLITIK SYIAH’

  • salam,
    wanna..nak tanye..menurut kenyataan wana yang berikut

    Syiah Zaidiyah – Mereka masih dekat dengan Sunni. Kerana apa? Kerana mereka masih menggunakan hadis Ahli Sunnah Wal Jamaah dalam hujah mereka.

    jadi mereka ni macam mana ye..cz ade yang kite pneh dengar dekat IKIM.FM tu die cakap yang golongan syiah ni die Xrujuk Quran n hadis, then kalau mengucap pun X same dgn kite, then bpeganag dengan kitab die..

    sebab macam pnah ade member mase g sminar yang cakap die joint syiah tapi yang Xextream..so pening tengok die orang ni..

    terima kasih

    • waalaikumussalam… :)
      Syiah ini banyak cabangnya dan saya tak pakar lagi dalam bidang ini.. Jadi, awak boleh rujuk dan baca link blog yang Dr. Kamaluddin tulis.. beliau lebih pakar dan ‘arif.. :)

      http://www.dakwatuna.com/author/kamalnurdin/#axzz2gXfsK91L

      Di situ, ada banyak ilmu yang boleh kita dapat.. kalau ada apa-apa pun, ada ruang komen di blog tersebut.. :)

      *Yup, mengucap org Syiah, diorang ada tambahan iaitu Ali adalah wali Allah..

      *Azan diorang pun x sama dgn kita..ada tambahan Ali.. :)

      -wallahua’lam-

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    Join 125 other followers

    %d bloggers like this: