DUNIA YANG MELELAHKAN

Published November 5, 2013 by wana93

Aku bertanya sendiri..

Kerana sayang akan keluarga, sanak-saudara dan sahabat semua..

Maka, kita perlu menegur sesama kita..

Bukan masing-masing buat dosa, semua buat tak tahu saja..

Tapi, itulah lumrah di dunia.

Urusan kau, kau saja.

Urusan aku, aku saja.

Bilamana ada yang salah, kita disuruh sepi saja.

Alasannya, tak mahu ada yang terasa.

Tak mahu keruhkan suasana.

Namun, aku masih bertanya sendiri..

Untuk apa belajar tinggi-tinggi, kalau kita disuruh diam sembunyikan diri?

Untuk apa belajar sana sini, kalau nak tegur pun dihalangi?

Untuk apa talaqqi kitab agama, kalau mahu tegur pun sering disalahi?

Nak kongsi pengajaran pun salah.

Nak semua ambil iktibar pun salah.

Nak tegur bagi semua muhasabah pun salah.

Semuanya dipandang negatif.

Semuanya dibilang buka aib.

Orang tua mahu orang muda tegur secara berhikmah.

Tetapi, bila orang muda buat sesuatu, pada pandangannya salah, orang tua terus marah-marah.

Di manakah hikmah?

Kata mahu ditarbiyah.

Tetapi, bilamana ada nasihat dan teguran terkena batang hidung sendiri.

Ada terasa dan terkesan di hati.

Mulalah diri goyah.

Terus hentam menyalahkan itu dan ini.

Aku bertanya sendiri.

Kenapa air mata pilu suka membasahi?

Senyumlah kerana Allah.. :)

Senyumlah kerana Allah.. :) 

Ya.

Aku sudah lelah.

Aku mahu lari dari semua yang payah.

Namun, aku sedar akan sebuah mujahadah.

Selagi belum menapak ke Jannah.

Selagi itu aku takkan menyerah kalah!

Kadang, kita rasa lelah sangat nak hadapi dunia ini.

Kadang, hanya air mata kecewa yang menekan dan menghimpit diri.

Kadang, kita rasa tewas dengan cercaan manusia yang tidak mahu memahami.

Kadang, kita mahu saja tinggalkan semua beban ini.

Suatu saat nanti.

Aku akan diseru pergi.

Meninggalkan dunia yang fanaa ini.

Kerana kematian itu adalah pasti.

Bersediakah kamu wahai diri?

-Muhasabah Hamba Yang Serba Berdosa-

About these ads

One comment on “DUNIA YANG MELELAHKAN

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    Join 125 other followers

    %d bloggers like this: