WEDNESDAY PUBLIC LECTURE : 7 QUESTIONS ON THE BASIS OF CHRISTIANITY’

Published March 7, 2014 by wana93

1800345_604434396306504_1853429603_n

Alhamdulillah. Persatuan Mahasiswa Pengajian Akidah dan Agama (PERWADAH) berjaya menganjurkan satu program yang mampu memenuhkan dewan DKF1.2 dengan manusia yang dahaga akan ilmu-ilmu yang berkaitan dengan akidah. Ramai yang membanjiri dewan kuliah fakulti itu.

Hal ini sedikit sebanyak mempositifkan fikiran orang ramai yang lazimnya kita dengar, ‘muda-mudi sekarang dah tak minat belajar agama’, ‘budak-budak zaman sekarang mana nak ambil tahu hal-hal agama ni’. Orang mudalah yang semangatnya paling berkobar-kobar untuk mencari dan menuntut ilmu, terutama ilmu-ilmu agama.

Camera 360

Camera 360

Camera 360

Bro Lim Jooi Soon merupakan seorang bekas penganut agama Buddha dan Kristian. Beliau menghafaz al-quran dan juga Bible.

Beliau kekalkan nama beliau, walaupun setelah memeluk Islam, atas beberapa sebab. Salah satunya, beliau tidak mahu adat masyarakat memandang bahawa, orang Islam mesti ada pada nama-nama Arab saja. Beliau juga menjelaskan makna nama beliau.

Lim – nama keluarga

Jooi – nama keturunan

Soon – nama beliau yang bermaksud menuju kejayaan

Perkongsian Bro Lim selama hampir 2 jam itu banyak berkisar tentang perbezaan Islam dan Kristian.

Bro Lim menerangkan bahawa, Kristian bermakna mereka yang ikut Jesus Christ iaitu Nabi Isa ‘alaihissalam. Muslim pula merupakan satu-satunya, yang bukan Kristian yang percaya pada Nabi Isa ‘alaihissalam. Berdasarkan perkongsian ilmu oleh Bro Lim tempoh hari, di sini, dikongsikan secara ringkas beberapa nota yang dirasakan penting untuk kita ketahui.

1) Dosa Warisan – Menurut Kristian, dosa itu boleh diwarisi. Dosa akan diwarisi oleh seluruh keturunan manusia. Setiap kanak-kanak yang dilahirkan, pasti akan mewarisi dosa. Tetapi dalam Islam, dosa tidak diwarisi. Sebagai contoh, ayah suka makan dan minum manisan, akan tetapi, si anak yang terkena penyakit kencing manis. Relevankah?

“Sesungguhnya kami menurunkan kepadamu Al Kitab (Al Qur’an) untuk manusia dengan membawa kebenaran; siapa yang mendapat petunjuk, maka (petunjuk itu) untuk dirinya sendiri, dan siapa yang sesat maka sesungguhnya dia semata-mata sesat buat (kerugian) dirinya sendiri dan kamu sekali-kali bukanlah orang yang bertanggung jawab terhadap mereka.” (Surah az-Zumar : 41)

2) Isa adalah anak kandung Allah

Ini sangatlah bertentangan dengan Islam.

“Sesungguhnya telah kafirlah orang-orang yang berkata: “Sesungguhnya Allah adalah Al Masih putra Maryam”, padahal Al Masih (sendiri) berkata: “Hai Bani Israel, sembahlah Allah Tuhanku dan Tuhanmu” Sesungguhnya orang yang mempersekutukan (sesuatu dengan) Allah, maka pasti Allah mengharamkan kepadanya surga, dan tempatnya ialah neraka, tidaklah ada bagi orang-orang lalim itu seorang penolong pun.”

3) Isa mati disalib untuk menebus dosa manusia.

Logikkah? Cuba kita fikirkan sejenak. Tuhan yang mengutus Isa, jadi sepatutnya kita perlu berterima kasih pada yang mengutus atau pada yang diutus? Hakikatnya, Isa tidak mati disalib. Puncanya adalah Judas (anak murid Isa) yang mengkhianatinya.

“dan kerana ucapan mereka: “Sesungguhnya Kami telah membunuh Al Masih, Isa putra Maryam, Rasul Allah”, padahal mereka tidak membunuhnya dan tidak (pula) menyalibnya, tetapi (yang mereka bunuh ialah) orang yang diserupakan dengan ‘Isa bagi mereka. Sesungguhnya orang-orang yang berselisih paham tentang (pembunuhan) Isa, benar-benar dalam keragu-raguan tentang yang dibunuh itu. Mereka tidak mempunyai keyakinan tentang siapa yang dibunuh itu, kecuali mengikuti persangkaan belaka, mereka tidak (pula) yakin bahwa yang mereka bunuh itu adalah Isa.

Tetapi (yang sebenarnya), Allah telah mengangkat Isa kepada-Nya. Dan adalah Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.”  (Surah an-Nisaa’ : 157-158)

4) Isa adalah Tuhan  dalam bentuk manusia.

Perkara ini juga bertentangan. Dalam Bible sendiri, tak pernah ada disebut bahawa Isa adalah Tuhan.

Kebanyakan ajaran dan kepercayaan dalam agama Kristian ini adalah berasal daripada Paul.

1

Kesimpulan

Allah Maha Berkuasa. Dia mampu melakukan apa-apa saja, mengikut sifat-sifatNya yang Maha Baik dan Penyayang itu. Allah mencipta malaikat bukan untuk meringankan kerja-kerjaNya, akan tetapi, sebagai bukti bahawa Dia Maha Berkuasa mencipta mahkluk yang 100% taat dengan perintahNya.

Orang Islam terbahagi kepada dua iaitu :-

1) Islam pada keturunan

2) Islam pada amalannya yang betul-betul mengamalkan Islam berdasarkan sumber.

Jadi, jika mahu berdakwah dengan orang bukan Islam seperti Kristian, kita perlu akan hujah dan dalil ‘aqli dan naqli serta perlu tahu tentang isi kandungan Bible atau nama Melayunya, al-Kitab. Bilamana kita dapat kuasai ilmu hujah dan perdebatan dengan baik dan berhikmah, maka, di situ kita takkan goyah seperti yang telah dibuktikan oleh Rasulullah, para sahabat, Imam Ghazali yang digelar Hujjatul Islam, Imam al-Baqillani dan sebagainya. InsyaAllah.

Camera 360

Camera 360

P/S : Untuk bacaan dan penerangan lebih lanjut dan mendalam, boleh rujuk dan baca buku penulis sendiri, ‘7 PERSOALAN BERKENAAN ASAS-ASAS AGAMA KRISTIAN’ dan juga buku ‘SOALAN KONTEMPORARI’. Sangat bermanfaat.

Moga bermanfaat perkongsian yang serba sedikit ini. Sekian. Wallahua’lam. :)

Dikongsi daripada : http://perwadahusim.blogspot.com/2014/03/talk-7-questions-on-basis-of.html

About these ads

One comment on “WEDNESDAY PUBLIC LECTURE : 7 QUESTIONS ON THE BASIS OF CHRISTIANITY’

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    Follow

    Get every new post delivered to your Inbox.

    Join 133 other followers

    %d bloggers like this: