Posts Tagged ‘tazkirah’

Alhamdulillah. Masih diberi peluang untuk menulis pengalaman berharga di muka bumi milik-Nya ini. Masih diberi pinjaman kesihatan jasad untuk melaksanakan perintah-Nya. Saya seorang yang suka bercerita dan mem’bebel’. Jadi, saya nak bercerita sikit. Pengalaman saya tidur bersama ‘anak-anak’ saya di sekolah. Berqiamulail bersama mereka. Seronok! Saya suka dan seronok tengok mereka menangis malam tu. Seronok [...]

SIFAT RIAK

Posted: April 13, 2012 in TAZKIRAH
Tags: ,

Riak. Itulah yang menjadi syirik khofi ( خافي ) iaitu yang menyekutukan Allah dalam keadaan tersembunyi dan tidak nampak. Rasulullah SAW dalam sabda bermaksud: “Sesungguhnya yang paling aku takut menimpa kalian adalah asy syirkul ashghar (syirik kecil). Sahabat bertanya: “Apakah syirik kecil itu? Baginda menjawab: Riak.” (Hadis riwayat Imam Ahmad) Baginda SAW bersabda yang bermaksud: [...]

ISLAM YANG SEBENAR

Posted: March 30, 2012 in TAZKIRAH
Tags: ,

Islam. Itulah agama yang satu. Agama yang mendapat pengiktirafan dari Yang Maha Esa. Syumul bermaksud sempurna (kamil) dan menyeluruh. Ya. Islam itu lengkap dan menyeluruh. Islam meliputi segala aspek dunia dan akhirat. Aspek kehidupan, kematian, kemasyarakatan, akhlak murni, sosial, ekonomi dan banyak lagi. Kadang-kadang diri ini berasa pelik dan hairan.Kadang-kadang, sedih juga dengan sikap yang [...]

ERTI SEBENAR TUJUAN HIDUP

Posted: June 3, 2011 in TAZKIRAH
Tags:

Matlamat dan tujuan manusia dalam hidup telah pun tertera di dalam mukjizat yang diturunkan untuk Nabi Muhammad s.a.w. iaitu al-quran. Manusia tidak dijadikan sia-sia.Adatanggungjawab dan tugasan yang perlu dipikulnya. Ia dijadikan untuk tujuan hikmah tertentu. Ia tidak dijadikan untuk dirinya atau menjadi hamba kepada salah satu unsur dalam alam ini. Ia juga tidak dijadikan untuk [...]

MAKSIAT ANGGOTA

Posted: June 1, 2011 in TAZKIRAH
Tags: ,

TANGAN Pelihara tangan kita kerana tangan yang akan : – Memberi mesej kepada ajnabi. – Menyentuh tangan ajnabi. KAKI Pelihara kaki kita kerana kaki yang akan : – Mengatur langkah untuk pertemuan dengan ajnabi (dating dll) – Melangkah ke tempat maksiat MATA Pelihara juga mata kita kerana mata yang akan selalu : – Melihat keaiban, [...]

JOM BERSEDEKAH

Posted: May 2, 2011 in TAZKIRAH
Tags: ,

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “ Setiap sendi tubuh manusia wajib mengeluarkan sedekah, setiap hari di matahari terbit padanya, engkau berlaku adil terhadap dua orang (yang bertelingkah) adalah sedekah, menolong seseorang pada kenderaannya lalu engkau membantunya untuk naik ke atas kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas adalah sedekah, ucapan yang [...]

Bila umur semakin dewasa.. Aku semakin tunjuk kuasa.. Kata Abah aku balas berjela-jela.. Nasihat Ibu aku buat selamba.. Bila jiwa remajaku semakin bergelora.. Cinta manusia mula berbunga.. Warkah biru jadi penghias rasa.. Bayangan kasih menjadi pemula.. Dalam belajar, aku tak amanah.. Aku selalu buat tak endah.. Aku tak suka bila guru marah.. Aku malas nak [...]

Terasa jauh diri ini.. Dari Ilahi.. Terasa sepi jiwa hamba.. Dari kasih sayang Maha Pencipta.. Terasa sayu hati kecil.. Meronta lemah tak berdaya.. Terasa kerdil di pandangan-Nya.. Dengan dosa-dosa.. Terasa hitam dan kotor di lubuk hati.. Dengan bintik-bintik noda maksiat duniawi.. Aku merindui.. Jalan kebenaran suci Ilahi.. Aku merindui.. Hidayah petunjuk hakiki.. Aku mendamba.. Kasih [...]

TERISTIMEWA BUAT MUSLIMAH

Posted: October 9, 2010 in TAZKIRAH
Tags: ,

Muslimah, Sesungguhnya kejadianmu terlalu indah tercipta daripada tulang rusuk Adam yang bengkok untuk dilindungi dan disayangi, bukannya diciptakan daripada kepala untuk disanjung dan dipuja, bukan pula diciptakan daripada kaki untuk dipijak dan dijadikan hamba sahaya. Lantaran daripada keindahan ciptaanmu itu, kau umpama sekuntum bunga yang mana harum aromamu bias menarik perhatian sang kumbang untuk mendekatimu. [...]

KALAH DARIPADA BERBALAH

Posted: October 5, 2010 in DIARI HIDUPKU
Tags:

Kemenangan yang sebenar ialah dengan mengaku kalah.. Ya..! Aku akan sentiasa mengaku kalah dan cuba mengalah.. Dalam menghadapi kemenangan.. Biarlah aku yang asyik mengalah.. Asalkan mereka bahagia dan gembira.. Tanpa berbalah lagi.. Walaupun keadilan tak pernah berlaku adil padaku.. Biarlah hanya Allah saja yang mengadili segalanya.. Sesungguhnya, aku sudah semput dan penat.. Ya Allah, maafkan [...]