TAUBAT SEORANG PENCINTA

Published June 5, 2009 by wana93

Tika hati diuji manisnya cinta
Ingatan hanyalah pada si dia
Rindu padanya kian membara
Sayang dan kasih berputik untuknya..

Hati ingin mencintai
Hati juga ingin dicintai
Diri ingin menyayangi
Diri juga ingin disayangi..

Dan seketika, aku termenung jauh sendirian
Mengenang akan dosa-dosa yang ku lakukan
Aku sentiasa tertanya-tanya
Adakah hubungan cinta ini satu dosa???

Aku telah diberi petunjuk olehNya
Manual Al-Quran dan As-Sunnah telah menjelaskan hukumnya
Hubungan cinta sebelum kahwin
Adalah satu daripada cabang panahan syaitan
Syaitan sentiasa menjadikan kita
Memandang kemungkaran sebagai suatu kebaikan
Dan begitu juga sebaliknya..

Baru aku sedar, berpasangan dan bercinta sakan sebelum kahwin
Adalah salah di sisi ISLAM
Ia dikatakan HARAM!!!
Kerana ia mendekati zina
Hubungan cinta yang tidak halal mendatangkan banyak dosa dan maksiat
Kepada setiap pelakunya..

Dalam berpasangan dan bercinta, zina hati tetap akan berlaku
Kerana di mana adanya cinta di situ adanya rindu

Bukanlah rindu itu salah, akan tetapi..

Bila rindu itu disalurkan bukan pada tempatnya

Bila rindu itu tidak kita dekati pada Ilahi, maka, itu yang salah..

Zina tangan, zina lidah dan sebahagiannya lagi
Senantiasa menanti penuh pasti pasangan-pasangan yang bercinta
Kerana syaitan sentiasa menjadi
Orang ketiga dalam hubungan percintaan ini..

Ya Muhaimin,
Aku insaf akan kejahilan diriku
Aku telah memutuskan hubungan cintaku dengan si dia
Walaupun luka menyelaputi hati ini
Akan ku cuba untuk ubati..

Ya Rabbana,
Alhamdulillah kerana engkau telah menyedarkan aku
Daripada kejahilan cinta buta ini
Aku ingin menemui cinta yang diredhaiMu
Aku ingin menuju ke jalan percintaan yang halal
Iaitu hanyalah berpasangan dan bercinta selepas kahwin..

Aku ingin hidup selari dengan landasan ISLAM
Aku sanggup berkorban demi untuk mendapatkan redhaMu
Aku insan biasa yang tak pernah luput daripada dosa
Ampunilah aku yang selalu alpa..

Ya Rabbul Izzati,
Bimbinglah hatiku ini senantiasa
Agar aku tidak jatuh dalam sumur dosa
Aku bertaubat padaMu..
Terimalah taubatku..
Ampunilah aku..

-Muhasabah Hamba Yang Serba Berdosa-

2 comments on “TAUBAT SEORANG PENCINTA

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: