LELAKI IDAMAN KU

Published June 9, 2009 by wana93

Lelaki idaman saya adalah seorang beriman yang disalut rasa taqwa kpd Allah S.W.T. Yang jiwanya penuh dgn penghayatan terhadap Islam,yang sentiasa haus dgn ilmu,yang sentiasa dahaga akan pahala,yang solatnya adalah maruah dirinya,yang tidak pernah takut berkata benar,yang tidak pernah gentar melawan nafsu,yang sentiasa berjuang bersama saya berjihad di jalan Allah.

Lelaki idaman saya adalah yang menjaga tutur katanya,yang tidak megah dgn ilmu yang dimilikinya,yang tidak megah dgn harta dunia yang dicarinya, yang sentiasa berbuat kebaikan kerana sifatnya yang penyayang,yang mempunyai kawan yang tidak bersifat jembalang.

Lelaki idaman saya adalah yang sentiasa hormat akan ibu bapanya dan berbakti kpd keluarga, yang bakal menjaga maruah dan kerukunan rumahtangga,yang akan mendidik isteri dan anak-anak yang amat dikasihi serta disayangi untuk mendalami ajaran Islam, yang mengamalkan hidup yang penuh kesederhanaan,kerana dunia baginya adalah rumah sementara untuk menuju rumah abadi.

Lelaki idaman saya sentiasa bersedia menjadi imam,yang hidup di bawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat-sifat Rasulullah S.A.W.,yang menjaga matanya dari berbelanja kepada perkara-perkara maksiat,yang sujudnya penuh kesyukuran dgn rahmat Allah S.W.T. ke atasnya.

Lelaki idaman saya tidak pernah membazirkan masa,matanya kepenatan kerana membaca,suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir,tidurnya lena dgn cahaya keimanan,bangunnya sehari lagi usianya bertambah kematangannya.

Lelaki idaman saya sentiasa mengingati mati,yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat,yang mana buah keimanan dan kehidupan perlu dibaja dan dijaga,agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik soleh solehah,meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian.

Lelaki idaman saya adalah seorang lelaki yang kuat dan tidak mudah terpesona dgn buaian dunia,kerana dia mengimpikan syurga,di situlah rumah idamannya dan dia ingin membawa saya bersama,dialah lelaki idaman saya yang saya impi-impikan. Saya selalu menanti-nantikan lelaki idaman saya. Saya selalu berdoa agar saya bertemu jodoh dgn lelaki idaman saya.

4 comments on “LELAKI IDAMAN KU

  • betul tu…tapi, nak dapat yusuf, kena la jadi zulaikha dlu…nak dapat ‘ali, kne la jadi fatimah dlu…nak dapat lelaki idaman, jom kita siapkn diri menjadi wanita idaman=)

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: