FATWA ULAMA’ TENTANG “COUPLE”!!

Published June 26, 2009 by wana93

* Syeikh Muhammad bin Shaleh al-Utsaimin pernah ditanya tentang hubungan cinta sebelum menikah. Jawab beliau; Jika hubungan itu sebelum nikah, baik sudah lamaran atau belum, maka hukumnya adalah haram, kerana tidak boleh seseorang untuk bersenang-senang dengan wanita asing (bukan mahramnya) baik melalui ucapan, memandang, atau berdua-duaan.

Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Al-Bukhari & Muslim)

* Syeikh Abdullah bin Abdur Rahman al Jibrin ditanya; Jika ada seseorang lelaki yang berhubung dengan seorang wanita yang bukan mahramnya, yang pada akhirnya mereka saling mencintai, apakah perbuatan itu haram?

Jawab beliau; Perbuatan itu tidak diperbolehkan, kerana boleh menimbulkan syahwat di antara keduanya, serta mendorongnya untuk bertemu dan berhubungan, yang mana hubungan seperti itu banyak menimbulkan fitnah dan menanamkan dalam hati seseorang untuk mencintai penzinaan yang akan menjerumuskan seseorang pada perbuatan yang keji, maka dinasihati kepada setiap orang yang menginginkan kebaikan bagi dirinya untuk menghindari surat-suratan, perbualan melalui telefon, dan sebagainya, demi menjaga agama dan kehormatan dirinya.

* Syeikh Jibrin juga ditanya; Apa hukumnya kalau ada seorang pemuda yang belum menikah menelefon gadis yang juga belum menikah? Jawab beliau; Tidak boleh berbicara dengan wanita asing (bukan mahram) dengan pembicaraan yang boleh menimbulkan syahwat, seperti rayuan, atau mendayukan suara (baik melalui telefon atau lainnya).

Sebagaimana firman ALLAH SWT; Dan janganlah kalian melembutkan suara, sehingga berkeinginan orang-orang yang berpenyakit di dalam hatinya. (al-Ahzaab: 32). Adapun kalau pembicaraan itu untuk sebuah keperluan, maka hal itu dibolehkan selagi tidak mendatangkn fitnah.

Rujukan tambahan :-  Fatwa Cinta

Wallahua’lam..

Advertisements

14 comments on “FATWA ULAMA’ TENTANG “COUPLE”!!

  • akhirnya tjwb teka teki sy..
    alhamdulillah..
    mmg sy sdang cri fatwa ni..
    trime ksih..
    tenang hati ni..
    sy sokong fatwa ni..
    mlah dah xboleh dipertikaikn lg..
    moga Allah mberi sy kkuatan

    • dalam cinta, takde istilah couple pun..
      itu semua Barat punye..
      ramai org kite yg menirunya..
      Islam menggalakkan malah itu adalah sunnah iaitu nikah, bukan sekadar couple..
      kalo couple itu membawa maksud berdua-duaan, bercinta sakan, dating di taman2, berpegangan tgn, asyik calling dan sms, asyik menatap sang kekasih..itu bukan cinta..
      cinta itu suci dan murni..
      tanpa dosa, tanpa noda..
      jangan samakan cinta dgn couple..
      ia berbeza sama sekali..
      cinta yg suci hanya tercipta slps nikah..
      nikah ketika kita sudah betul2 bersedia..
      kerana sgala rasa syg dan cinta serta rindu yg muncul slps itu, adalah halal..
      apepon, cinta Allah jua yg kekal abadi 🙂

  • Assalammulaikum,
    Saya berasal dari Selangor dan nama diberi adalah affiq.
    Saya ingin bertanya, apakah hukumnya jika sepasang lelaki dan wanita, bercouple hanya pada nama sahaja.? Tetapi mereka tidak melakukan perkara yang boleh mendatangkan fitnah, cthnya, berpegangan tangan, berdua-duaan, selalu bermcj kosong dan sebagainya.

    Apakah hukumnya jika terdapat kes seperti ini.?
    Harap saudari boleh menerangkan kepada saya, saya benar2 ingin tahu..
    salam.

    • Waalaikumussalam.
      Terima kasih saudara Affiq sebab sudi berkunjung di blog ni, dan sudi membaca serta sudi pula bertanya pendapat saya yang masih lagi merangkak menuntut dan mendalami ilmu agama.

      Sebenarnya, saya, kerap kali jugak ditanya pasal cinta, nikah (walaupun saya ni belum bernikah lagi. =.=)couple, pergaulan dll.
      Dalam blog ni, ataupun dalam inbox FB..

      Dan, disebabkan itu, saya ada berkongsi beberapa perkara yang berkaitan perkara spt pertanyaan saudara.

      Saudara bolehlah menjenguk ke link ini :-
      1) Cinta Bermatlamatkan Syurga – https://wana93.wordpress.com/2011/12/21/cinta-bermatlamatkan-syurga/

      2) Perkongsian : Kehidupan, Cinta dan Persahabatan – https://wana93.wordpress.com/2012/06/05/perkongsian-kehidupan-cinta-dan-persahabatan/

      Ini hanya sebahagia daripada pendapat dan pekongsian saya.

      Jika saudara ingin merasai dan menjiwai watak ‘seorang pencinta’, saya cadangkan saudara cari dan miliki serta baca novel Denyut Kasih Medik, Cinta High Class,
      Tautan Hati dan ‘Sebelum Aku Bernikah’.. 🙂 Novel2 ni bukan saja bercerita tentang cinta akan tetapi memberitahu kita tentang cinta yang Hakiki, memotivasikan diri kita dan banyak lagi.

      Apapun, bila kita sudah mula ada rasa dan niat yang suci pada seseorang, beritahu pada ibu bapa dahulu.. 🙂
      Kemudian, barulah ste by step yang seterusnya.. 🙂
      Tapi, kenalah bersedia kan.. dari semua aspek lah..
      Kalau tak bersedia, buat apa nak bercinta? ^^
      Wallahua’lam.

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: