MENUJU KE GERBANG KEREDHAAN ILLAHI

Published July 10, 2009 by wana93

Sijil Pelajaran Malaysia sudah 5 tahun berlalu. Alhamdulillah, aku telah mendapat keputusan yang cemerlang. Kini, aku sedang menyambung pelajaran di Universiti Yarrmouk,Jordan dalam bidang agama yang aku minati. Sedar tidak sedar, sudah 5 tahun aku mengenali si dia. Seorang lelaki yang sangat istimewa bagi diriku iaitu Zamani. Tak pernah aku sangka, peristiwa memalukan aku tertinggal bas di sekolah 5 tahun yang lepas telah membuat hati kami bertaut. Terima kasih kepada Allah kerana mentakdirkan aku tertinggal bas dan terima kasih juga kerana Allah telah menggerakkan dia untuk menumpangkan aku dengan kereta ayahnya. Siapa pernah terfikir, peristiwa sekecil ini mampu mengikat hati dua insan. Walaupun berjauhan, kemudahan teknologi benar-benar mengikat kepercayaan kami.

Aku sedar, hari demi hari aku semakin menyenangi kehadiran dia dalam hidupku. Aku bersyukur atas hubungan ini. Bersyukur kerana aku dan dia bukanlah seperti pasangan yang lain. Kami bukanlah pasangan yang ‘berdating’ ke hulur ke hilir berpegangan tangan melakukan maksiat. Kami hanya berhubung melalui ‘sms’ dan berinternet sahaja dari jauh. Aku di Jordan dan dia di Malaysia. Aku tidak pernah mengucap kata rindu, apatah lagi kata sayang. Seingat aku, dalam masa 5 tahun ini, kami cuma pernah berjumpa 5 kali sahaja. Itupun kerana dia dan kelurganya datang beraya ke rumah aku. Aku juga bersyukur kerana ibu bapa kami saling meredhai persahabatan kami. Hari berganti hari, kami semakin matang. Aku semakin mengenali dunia, semakin mendalami ajaran Islam yang sebenarnya. Dulu, memang aku selalu berfikir bahawa hubungan kami ini tidak salah. Ya, memang tidak salah daripada pandangan mata luar. Namun, jauh di sudut hati aku, aku sering merindui dia biarpun tiada siapa antara kami yang melafazkannya. Pernah juga aku impikan dia untuk menjadi suami dan pembimbing hidup aku suatu hari nanti. MasyaAllah, begitu jauh sekali aku lalai..Astaghfirullah…

Aku termenung jauh sendirian. Mengingatkan Amira dan Ina, sahabat karib yang sudah kembali ke tanah air tercinta. Ina pernah menasihati aku. “ Kau serius ke dengan si Zamani tu? Dah 5 tahun korang bercinta. Bila lagi nak naik pelamin? Daripada korang mengumpul dosa,baik korang nikah muda. Elak maksiat dan dosa.” Amira juga pernah memberitahuku “ Zamani tu baik budaknya kan.. Korang bercinta sampai dah nak masuk 6 tahun. Bila lagi dia nak masuk minang kau? Bercinta ni banyak dosa dan risiko yang kau kena tanggung tau. Seksa hati tu!!” Aku berfikir panjang. Betul kata mereka. Faidhi dan Rahimi, kawan rapat Zamani juga pernah menegurku, “ Zawana, kau ni muslimah, kenala jadi contoh yang baik untuk pelajar-pelajar junior. Kau belajar sampai ke Jordan, amik aliran ilmu agama,takkan tak tau lagi kot. Satu-satunya cinta yang diredhai Allah adalah cinta selepas kahwin. Kau bercinta dengan Zamani sampai 5 tahun. Bila lagi nak kahwinnya? 0rang ramai dok sebok bercakap tentang kau dan Zamani tau. Walaupun korang berjauhan sekarang,tapi ramai yang dah tahu pasal hubungan cinta kau dengan Zamani tu..” Itu kata dari Faidhi. Rahimi juga sempat berkata “ Eloklah aku rasa korang berdua kahwin muda. Takla banyak dosa. Eh, kahwin muda ni dapat elakkan kita dari berlakunya fitnah tau. Ingat tu. Aku cuma nasihat je. Kau dengan Zamani tu kawan aku. Kalau korang berdua nikah, lega la hati kitorang. Takla kau pun terseksa hati tu. Ingat, dalam bercinta ni, elakla zina apa pon tapi, zina hati tetap berlaku. Lu fikirlah sendiri..!” Rahimi agak kasar sedikit orangnya, namun tegurannya itu benar-benar memberi makna yang mendalam. Betul kata Rahimi. Aku selalu juga merindui Zamani dan membayangi dia. Betapa lalainya aku! Zina hati sememangnya kelihatan kecil, namun dosanya tetap sama. Hmm..

Astaghfirullah..lama betul aku termenung. Aku beristighfar panjang. Terima kasih sahabat-sahabatku kerana sering mengingatkan aku akan kejahilan diriku. Dengan segala kekuatan yang ada, aku menghantar ‘sms’ kepada Zamani. “ Jangan pernah hubungi saya lagi melainkan awak ingin menjadikan saya sebagai permaisuri hidup awak dengan cara yang halal iaitu kahwin.” Aku sendiri tidak pasti dengan apa yang aku lakukan. Gilakah aku? Aku sedar, dia pasti kebingungan dengan kata-kata aku kerana antara kami tiada yang istimewa. Aku juga sedar hakikatnya, dia juga mempunyai perasaan dan rasa cinta terhadap aku biarpun dia diam membisu seribu bahasa. Hubungan kami terputus begitu saja. Aku dan dia sudah tidak pernah lagi berhubung antara satu sama lain. Itulah mesej terakhir aku untuk dia.

Setiap hari,aku tidak lupa untuk berdoa “ Ya Allah, jika Zamani adalah yang terbaik untuk ku, maka pertemukanlah jodoh di antara kami berdua suatu hari nanti. Namun, jika dia bukanlah calon yang baik buat ku, maka campakkanlah perasaan cinta dan sayang ku ini jauh-jauh dari mendekatinya.Amin..”Ingin aku katakan, betapa sukarnya aku hendak melupakan dia. Namun, dengan tekad dan harapan semata-mata kerana ingin menggapai redha Illahi,aku teruskan juga usahaku untuk melupakan dia. Dalam kesibukan aku melupakan dia, enam bulan berlalu begitu sahaja. Terasa cepat benar masa berlalu.

Usai peperiksaan akhir tahun, aku pulang ke tanah air. Setibanya aku di rumah, tiba-tiba aku dikejutkan dengan rombongan peminangan. Dari dia, Zamani!! Pergh..Biar betik..!! Alhamdulillah Ya Allah!! Andai dia dapat melihat hati ini, betapa terkejutnya dan bahagianya aku di saat itu. Dia datang lagi ke rumah aku,tapi kali ini dengan sebentuk cincin. Yes..!! Ya Allah, Engkau kabulkan jua doaku. Alhamdulillah, aku bersyukur kerana kini, aku sudah sah menjadi permaisuri hidup dia. Sekarang, aku bebas merindui dia tanpa rasa berdosa, aku bebas berbicara dengan dia tanpa rasa bersalah dan aku juga bebas menyayangi dan mencintai dia dengan sepenuh hati kerana dia lah ‘putera agamaku’, pembimbing hidupku dan pilihan hatiku.

kawen

nikah

Terima kasih Allah kerana menghadirkan Zamani semula ke dalam hidup aku. Terima kasih juga Ya Allah kerana Engkau telah mengizinkan aku memilih jalan percintaan yang halal dan diredhaiMu iaitu cinta selepas kahwin. Alhamdulillah, kerana Engkau telah memberikan aku petunjuk untuk menuju ke gerbang keredhaanMu. Itu tujuan sebenar kami. Walaupun aku nikah dalam usia remaja semuda 22 tahun, namun, aku bersyukur kerana kini, aku akan dapat elakkan dosa, maksiat dan fitnah. Terima kasih Ya Allah. Redhailah perhubungan kami ini dengan payung keredhaanMu kerana sesungguhnya hidup di dunia ini takkan bererti dan bermakna tanpa redhaMu. Semoga hubungan kami berkekalan dan sentiasa berada dalam payung rahmatMu yang akan membawa aku dan Zamani ke syurga yang abadi dan hakiki.

nikah

Advertisements

4 comments on “MENUJU KE GERBANG KEREDHAAN ILLAHI

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: