UKHUWAH

Published July 31, 2009 by wana93

Ukhuwah merupakan kekuatan iman. Tiada ukhuwah tanpa iman dan tidak sempurna iman seseorang tanpa ukhuwah islamiyah sepertimana firman ALLAH S.W.T yang bermaksud.. “sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara..”(AL-HUJARAT:10)

Tahukah ukhuwah itu dibina bagaimana?? ukhuwah…perlulah ikhlas kerana ALLAH dan mestilah disertai dengan iman dan taqwa. ukhuwah juga perlulah berlandaskan manhaj islam iaitu bersama-sama berjanji untuk menegakkan syariat ALLAH dan menjadikan RASULULLAH sebagai rujukan dalam setiap keadaan.

Ukhuwah didirikan atas dasar nasihat menasihati kerana ALLAH DAN tidak lupa juga ukhuwah dalam keadaan susah dan senang…………….. Sahabat… ukhuwah merupakan pemberian RABBANI yang dianugerahkan ALLAH ke dalam hati hamba-hambaNYA yang ikhlas menerima dan beriman.

Mari kita renungi keutamaan berukhuwah…
-Terpancar sinar cahaya daripada wajah-wajah mereka..
-Mendapat perlindungan ‘Arasy ALLAH S.W.T pada hari kiamat kelak
-Dimasukkan ke dalam syurga ALLAH dan mendapat keredhaanNYA
-Diampunkan dosa-dosa mereka
-Akan mendapat kasih sayang ALLAH
-sesungguhnya mereka inilah yang akan mendapat halawatul iman sahabat….

Ukhuwah dapat diselami apabila kita:

“sekiranya seseorang menyukai saudaranya,hendaklah dia beritahu saudara tersebut bahawa dia menyayanginya.” (sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)

“sekiranya berpisah,maka mintalah saudaranya untuk mendoakan dirinya semasa ghaib.” (sabda NABI S.A.W riwayat ABU DAUD & TARMIZI)

“hendaklah memaniskan muka dan bersalaman setiap kali bertemu.”

“memperbanyakkan ziarah saudaranya dari semasa ke semasa” “hendaklah ucapkan tahniah tatkala berjaya dalam apa jua keadaan>”

“hendaklah memberi hadiah pada waktu-waktu tertentu”

“hendaklah prihatin keadaan saudaranya dan sentiasa menghlurkan bantuan apabila diperlukan.” “memenuhi hak ukhuwah secara sempurna.”


2 comments on “UKHUWAH

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: