TIPS MENEPIS CINTA REMAJA

Published October 1, 2009 by wana93

Peringatan ALLAH SWT :

“Dan janganlah kamu mendekati zina. Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk.” (Surah al-Isra’ 17:32)

Kalau suka, jumpalah ibu bapa. Sayangnya, tiada yang berani, tanda tak bersedia. Kalau tak sedia, kenapa nak bercinta?? Bukankah itu pintu zina semata-mata?? Nauzubillah.

 TIPS MENEPIS CINTA REMAJA :

–          Tegas dengan prinsip diri

–          Meletakkan misi yang jelas dalam hidup

–          Bersahabat dengan rakan-rakan sejantina yang soleh

–          Mengekang hawa nafsu

–          Mendekati majlis-majlis ilmu

–          Menyibukkan diri dengan hobi dan minat berfaedah

–          Akrab dengan ALLAH dalam ibadah dan kehidupan

Saranan doa ajaran Rasulullah SAW :

“Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami pasangan kami dan keturunan kami sebagai penyenamg hati(kami), dan jadikanlah kami pemimpin orang-orang bertaqwa” (Surah al-Furqan 25:74)

 “Ya ALLAH jadikanlah hamba-Mu ini menyintai orang yang beriman dan jadikanlah orang yang beriman menyintaiku” (Riwayat Muslim)

Janji ALLAH SWT terakam dalam surah al-Nur :

“Dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik(pula).” (Surah al-Nur 24:26)

Daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi SAW bersabda:

“Dinikahi wanita itu kerana empat perkara: Kerana hartanya dan kerana keturunannya dan kerana kecantikannya dan kerana agamanya maka pilihlah yang mempunyai (mengamalkan) agama, ia menyenangkan kamu.” (Riwayat Muslim)

Rasulullah SAW berpesan:

“Jika datang kepada kamu sesiapa yang kamu redhai agama dan akhlaknya maka nikahilah dia. Jika tidak dilakukan akan berlaku fitnah di muka bumi dan kerosakan berleluasa.” (Riwayat al-Baihaqi)

“Tiada yang lebih membahagiakan dua orang yang saling menyukai kecuali menikah.” (Riwayat Suyuti)

cinta

18 comments on “TIPS MENEPIS CINTA REMAJA

  • buku Pemilik Cintaku Setelah ALLAH dan RASUL tu memang best..
    dan boleh djadikan pnduan utk kita semua..
    artikel kat atas ni bolehlah remaja2 gunakn sbg pnduan..
    good artikel to share in dis blog..
    nice..

  • assalamualaikum..
    ermm sy pun bru jer baca nuku pemilik cintaku..
    best ar…
    syukur akhirnya sy dpt mengenali erti cinta dan cara mengelak dari cinta y mbuat sy alpa dlm byk perkara..
    ermm law ader buku terbaru post ar yer
    hehe
    k wasalam

  • assalamualaikum..
    sy saje je try search psl entry tajuk nie, terjumpa la plk blog Pencari Cinta Ilahi. bgus, sy suka blog nie, byk informasi berguna, sy pun dah penah baca novel karya Fatimah Syarha tu, mmg best..:)

  • assalamualaikum

    maaf, sy xminta izin drpd tuan blog ni. sy ad copy beberapa ayat dan post di fb utk perkongsian dgn rakan2.. maaf sekali lagi

    • waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh..🙂
      eh, takpe2..
      silakan saja..
      mana yang baik, ambil dan manfaatkanlah..
      semua ni milik-Nya..
      untuk kita kongsi bersama.. ^^

    • sibukkan diri kita dengan kerja2 yang berpahala lagi bermanfaat..
      struggle dalam study betul2.. ^^
      hafaz dan fahamkan apa yg kita belajar..
      bila ada masa lapang, baca buku2 agama yang memotivasikan diri kita..
      muhasabah selalu..
      boleh luangkan masa dengar tazkirah di radio atau masjid atau youtube.. ^^
      usrah dengan kawan-kawan..

      erm..kita buat2 tak tahu saja kalau teringat dekat si dia.. ^^
      insyaAllah, boleh..
      banyakkan berzikir mengingati-Nya..🙂

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: