CINTA REMAJA

Published November 13, 2009 by wana93

JAUHI MAKSIAT, JANGAN HAMPIRI ZINA!!

 Firman Allah :

“janganlah kamu menghapiri zina. Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang buruk ( yang membawa kerosakan)” (al-Isra’ : 32 )

 Pesanan Rasulullah SAW :

“ janganlah engkau bersendirian dengan seorang wanita kecuali ketiganya dalah syaitan” (Riwayat Tabrani)

 Alangkah jelasnya sabda Rasulullah SAW :

“Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman.” ( Riwayat HR Muslim dan Abu Daud)

 “ Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah” (Riwayat Ibn Majah)

 Firman Allah :

Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu di dalam syurga serta makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai, dan janganlah kamu hampiri pokok ini, (jika kamu menhampirinya) maka akan jadilah kamu orang-orang yang zalim. ( al-A’araf : 19)

 Laki-laki yang berzina tidak mengawini melainkan perempuan yang berzina, atau perempuan yang musyrik; dan perempuan yang berzina tidak dikawini melainkan oleh laki-laki yang berzina atau laki-laki musyrik, dan yang demikian itu diharamkan atas orang-orang yang mukmin. (al –Nur : 3)

Sesungguhnya laki-laki dan perempuan yang muslim, laki-laki dan perempuan yang mukmin, laki-laki dan perempuan yang tetap dalam ketaatannya, laki-laki dan perempuan yang benar, laki-laki dan perempuan yang sabar, laki-laki dan perempuan yang khusyuk, laki-laki dan perempuan yang bersedekah, laki-laki dan perempuan yang berpuasa, laki-laki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, laki-laki dan perempuan yang banyak menyebut (nama) Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka ampunan dan pahala yang besar. ( al-Ahzab : 35)

Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. (al-Ahzab : 36)

Dan jika kamu ditimpa sesuatu godaan setan, maka berlindunglah kepada Allah. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. ( Al-A’raaf : 200 )

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. ( Al-Nur : 30 )

Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertobatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ( al-Nur : 31)

 Berpeganglah pada janji Allah :

Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezeki yang mulia (surga). ( Al-Nur : 26 )

 

JALAN MENUJU KE ARAH ZINA, MAKSIAT DAN DOSA

1)      Ber’couple’. Ingat,cinta yang diredhai Allah hanyalah cinta selepas nikah.

2)      Sms dan bergayut di telefon antara ajnabi (bukan mahram) tanpa sesuatu urusan yang mustahak. Sampai bila boleh jamin hati suci tanpa maksiat??

3)      Bergaul bebas antara lelaki dan perempuan. Pergi tengok wayang, pergi karaoke dengan lelaki dan perempuan. Walaupun ramai, ia tetap pergaulan bebas.

4)      Memandang ajnabi secara sengaja, berjumpa, keluar makan. Mula-mula kawan, lama-lama,jadi ‘couple’ dah. Bila dah ‘couple’, mula la nak keluar malam-malam, siang ramai orang, nak jumpa kat tempat ‘privacy’ konon. Lama-lama, jadilah benda yang tidak diingini spt bersentuhan,makin dekat n then, hanyut sama-sama.

 

say no to couple

LA TAKROBUZZINA

TIPS MENGELAK DIRI DARIPADA TERJEBAK DENGAN CINTA DAN ‘COUPLE’

1)      Katakan, “TIDAK” pada CINTA.

2)      Katakan “CINTA” dan “COUPLE” itu maksiat dan dosa.

3)      Katakan “CINTA” dan “COUPLE” itu menjatuhkan maruah.

4)      Jangan berbincang tentang CINTA. Tiada faedah.

5)      Jangan berkawan dengan orang yang dilamun CINTA, nanti mudah terpengaruh.

6)      Bila perasaan terlonjak-lonjak untuk bercinta, beristighfarlah mohon keampunan, mohon kekuatan menghadapi ujian.

7)      Jangan membuka ruang diri untuk berCINTA dan diCINTAI.

8)      Bila berhadapan dengan panggilan CINTA, bisikkan pada diri, “ini adalah hasutan syaitan!!”.

9)      Bila ada orang melafazkan kata CINTA, katakan, “aku takut pada larangan Allah”.

10)  INGATLAH, orang yang didesak oleh perasaannya untuk berCINTA tetapi dia melawan persaannya, iman dan hatinya sedang diuji oleh Allah, supaya Allah melihat bagaimana hamba-hambaNya berusaha mentaatiNya.

11)  INGATLAH, orang yang tinggi maruahnya tidak akan berCINTA kecuali dengan pasangan hidupnya yang sah nanti selepas ijab kabul.

12)  INGATLAH, cinta remaja tidak ada masa depannya. Tidak kesampaian jaminannya. Jika sampai ke jinjang pelamin, ianya menjadi hambar kerana semakin manis hubungan sebelum bernikah, semakin tawar hubungan selepas nikah nanti.

 

FAEDAH CINTA

  1. Hilang tumpuan belajar.
  2. Kekecewaan dan kegagalan.
  3. Keluh kesah dan tidak tenang.
  4. Hilang maruah diri.
  5. Kemusnahan diri.
  6. Sesat dari jalan yang lurus.
  7. Tiada rahmat dan keberkatan.

TUNJUKKANLAH BAGAIMANA TAUBAT NASUHA :

Taubat Nasuha adalah taubat yang murni. Taubat yang sebenar-benarnya. Taubat Nasuha memenuhi 3 syarat,iaitu :

1)      Tinggalkan perbuatan maksiat. Putuskan hubungan cinta yang tidak diredhai Allah ini. Berpisah kerana Allah, ada jodoh takkan ke mana!!

2)      Menyesal. Menginsafi diri di atas tindak tanduk hidup yang menjurus diri dalam lembah percintaan yang membawa ke kancah maksiat.

3)      Berazam. Bertekad di dalam hati untuk tidak akan mengulangi lagi perbuatan yang salah dan bermaksiat. Berazam untuk tidak akan bercinta lagi dengan sesiapa kecuali dengan yang halal buat diri sendiri iaitu seorang yang bernama isteri atau suami. Saatnya adalah selepas ijab kabul.

 “ Ya Allah, hambaMu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hambaMu ini. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepada hamba untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepada hamba perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah hambaMu ini dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau telah menjaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa aku tidak membalas kasihmu?? Aku curahkan kasih itu kepada orang lain. Orang yang belum pasti lagi akan menjadi milikku. Oh Tuhan, hambaMu berdosa..ampunilah hamba, Ya Allah”

 Amin ya rabbal ‘alamin..

18 comments on “CINTA REMAJA

  • artikel yg amat bagus utk remaja..
    KAMI minta izin ye utk copy bahagian jauhi mksiat,jgn hmpiri zina ..
    utk dimsukkn dlm blog kami..
    teruskn berdkwah..
    bley jd dr cinta nie..
    byk juga psl cinta ye dlm blog nie..
    hehe..
    ok,ziarahla blog kami😉

  • bt0l tu hak1m..
    jauhi maksiat,jgn hampiri zina!
    drdakwahremaja,silakan..
    yg baek kite sebrkn..
    sm0ga dpt byk kemnfaatan drpdnye..
    slalu gak ana zirah blog utk remaja tu..
    dr cinta?? haha
    ade gak kwn bg pgkat tu kat ana sblm nie..
    haha..klakar plk..
    syukran luangkan masa lawat bl0g ana..🙂

  • Assalamualaikum dr cnte…
    hahaha..
    diriku dilamun cnte plak…
    bley x pndkwah or dr cnte bntu sye???
    hehe..
    juz kidding…
    ko nie emg sesuai jdi pndkwah..
    2 cite2 ko kn??
    klow aq de prob,ko bgi aq cermh taw..
    hihi

    • waalaikumussalam dik..
      ermm,soalan ni prnh kwn akak tanya gak..
      mula2, agak konfius jgk nk jwb, tp, alhmdulillah..
      dgn petunjuk Allah brdsrkn al-quran dan hadis, insyaAllah, dh jumpa jwpnnye..🙂

      First, memang betul..rasa sayang, cinta, rindu dan yg sewaktu dgnnya tu fitrah..Allah yg jadikan..
      mcm makan dan minum, tu kan fitrah, tp, ada yg halal dan haram kan..
      Babi haram dimakan, arak pula haram diminum..
      sama juga mcm soal perasaan ni..benda tu fitrah, kita kena pandai kawal dan jaga..
      Allah tak pernah bunuh fitrah hambaNya..DIA menyediakan jalan yg terbaik lg iaitu NIKAH..
      ada sebab kenapa ustaz dan ustazah cakap “couple” tu HARAM..
      kita kan masih lg belajar..juzt focus on it! tunaikan harapan ibu bapa..
      elakkan semua tu..jgn beri peluang pd syaitan..

      Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.
      (Surah al-Israa : 32)

      cinta sesama insan (sebelum nikah) memang susah nk dijaga sebb syaitan dan nafsu selalu bergabung tenaga utk menyesatkn kita dan melupakan Allah..
      bila kita dah mulakan pergaulan tersebut, memang sush nk dibendung lg..
      dah xnk dgr cakap mak ayah ke, cikgu ke, kawan ke..
      sbb dh ada dlm dunia masing2 iaitu dunia percintaan..
      sekali dah masuk, susah nak keluar balik bila dah tenggelam..

      Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata. (Surah al-Ahzab : 36)

      bila perasaan cmtu timbul, mujahadahlah sedaya yg mampu..
      jgn dilayan sgt sbb makin dilayan, makin menjadi-jadi..
      mohonlah pd Allah supaya dikuatkn iman melawan hawa nfsu..
      sibukkn diri dgn hal2 agama (tazkirah, ceramah, solat di msjid, dll)..
      dekatkan diri dgn Allah..
      jauhkn dan elakkan diri drpd mukadimh zina (couple, pergaulan bebas, dating, tak jaga batas laki dan prmpuan)..
      kena sentiasa jaga pandangan sbb dari mata, turun ke hati..

      Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya. (Surah al-Israa : 36)

      kita kena ingat, hidup ni takkan ada makna tanpa REDHA Allah..
      ape2hal yg kita nk buat pun, first thing first, utamakn dulu pandangan Allah..
      Kalau kita dah faham sume tu, tp, hati dan nafsu masih lg nak buat dosa dan maksiat, peganglah api..
      letakkan di jari kita, stakat mana kita mampu bertahan..
      ingatlah, Neraka Allah berganda2 lg panasnya..
      sama2lah kita mujahadah melawan nafsu🙂

      Ibnu Qayyim berkata : “orang berakal tidak mudah tergelincir jatuh hati dan rindu, dia tidak ditimpa pelbagai kerosakan. Barangsiapa yg terjun ke dlmnya maka ia termasuk org yg menzalimi diri sndiri, trtipu dan akhrnya binasa. jika dia tidak melakukan pandangan berkali-kali terhadap org yg dikagumi dan usahanya itu meragut benang asmara, pastilah asmara tidak akan kukuh mencengkam jiwanya.”

      Cinta itu indah..
      Bila berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah..
      Bila tujuannya kerana Allah..
      Bila matlamatnya Syurga yang barakah..🙂

  • salamun alaik, membetulkan pemahaman masyarakat ttg cinta yang sebenar mungkin akan membantu,insya’allah.sejauh mana manusia lari dari cinta pasti akan jumpa juga,semoga alalh membimbing dalam mencari cinta sebenar,amin3 ya allah,terus kan menulis,semoga dalam redha allah, senyum2 sll

  • assalam kak,
    antara lelaki dan perempuan pun ada ukhwah ke?lg satu,klu budak lelaki bg mesej kt fb nk jawab ke?harap dpt jwb…time kasih…..

    • waalaikumussalam warahmatullah..
      ukhuwah itu bermakna persaudaraan..
      bersaudara itu adalah kita semua, lelaki dan perempuan..🙂

      kalau mesej lelaki di FB itu 1 keperluan, maka balaslah.. kalau sekadar utk nak berkenalan atau tanya sesuatu yg bukan keperluan, nak mesej2 kosong, maka tak perlulah dibalas..🙂

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: