INDAHNYA DIRI MENJADI MAWAR BERDURI

Published November 27, 2009 by wana93

Aromamu harum mewangi.. kelopakmu merah menawan.. namun berpagarkan duri.. demi mempertahan hakikat keindahan.. mekarlah dirimu di taman Islam..

best!!

Andai diri ini dapat mencontohi watak Khazinatul Asrar dalam novel karya Fatimah Syarha, Seindah Mawar Berduri, Subhanallah..Pasti indah akan ku rasa.. Setelah membaca dan menghayati isi kandungannya betul-betul, baru ku sedar, tanggungjawab seorang muslimah dalam konteks Islam amat susah untuk dipraktikkan. Islam terlalu asing dalam praktik hidup seorang muslim.

Sebagai seorang muslimah, memang amat banyak batas-batas yang perlu dijaganya. Setiap perlakuannya mestilah dimulai dengan wujudnya perasaan malu! Kerana malulah yang menjadi hiasan pakaian kita sebagai muslimah. Utamakan dahulu pandangan Allah. Jangan biarkan pandangan manusia saja yang kita ambil kira. Pandangan manusia tidak semua membawa kepada mulianya pandangan Allah. InsyaAllah, akan ku usahakan yang terbaik untuk diriku menjadi seindah mawar berduri. Akan ku tekadkan dalam hati!

Di kesempatan yang ada ini, ingin saya kongsikan kepada semua serba sedikit tentang topik CINTA yang terdapat dalam novel hebat tersebut yang memang sudah popular dalam kalangan remaja pada hari ini. Ramai remaja zaman sekarang ini yang sudah hanyut dibuai cinta nafsu semata-mata. Nauzubillah.. Fitrah sudah menjadi fitnah. Astaghfirullah..

Cinta memang melalaikan. Cinta kerana Allah itu hanyalah istilah hiasan untuk menafikan kelalaian cinta. Bagaimana seseorang boleh menganggap cintanya kerana Allah jika praktikalnya menjauhkan diri daripada Allah?? Selalu berjumpa, SMS, ‘calling’, asyik merindu pada yang ajnabi?? Inilah ragam hidup, praktikal sering tak seindah teori. Jatuh cinta memang tak salah kerana ianya fitrah. Asyik bercinta itu yang salah. Kikislah keaiban-keaiban cinta seperti hari-hari bergayut dengan ‘handphone’, bermujahadah untuk buang nama si ‘dia’ dalam solat dan sebagainya yang sewaktu dengannya. Perbuatan-perbuatan ini yang sebenarnya salah, bukan perasaan jatuh cinta itu! Mujahadahlah perlahan-lahan dan penuh kerelaan kerana takut dan cintakan Allah. Cinta itu buta apabila nafsu yang memandunya.

Dr.Abdullah Nasih Ulwan meletakkan 3 peringkat cinta iaitu yang agung, pertengahan dan cinta hina berdasarkan surah al-Tawbah, ayat 24 yang bermaksud :

Katakanlah: “Jika bapak-bapak, anak-anak, saudara-saudara, istri-istri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan Rasul-Nya dan (dari) berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasik.

Cinta paling agung sudah tentulah cinta kepada Allah, Rasul dan Jihad di jalanNya. Tiada cinta yang boleh menyamai kedudukan cinta ini. Seterusnya cinta pertengahan ialah cinta yang terhasil daripada ikatan seseorang dengan seseorang yang dikasihinya sama ada dengan ikatan akidah, ikatan keturunan, kekeluargaan, kaum kerabat, perkahwinan atau persaudaraan. Manakala cinta yang hina pula ialah cintakan thagut, syaitan, musuh-musuh Allah, hawa nafsu, syahwat dan mengutamakan kasih terhadap ibu bapa, anak-anak, isteri, keluarga, perniagaan dan kasihkan Negara melebihi kasih dan cintakan Allah, Rasul, dan Jihad di jalanNya.

INGATLAH!!

Cinta bukan saja tidak mengenal siapa tapi tidak mengenal batas halal dan haram juga! Dalam bercinta ni, liciknya syaitan menipu pemikiran sang kekasih. Syaitan ada strateginya yang tersendiri untuk menghasut kita apabila kita sudah membuka pintu permulaannya.

Orang yang ber‘sms’ dengan kekasihnya beralasan, alah, mesej je,tak dengar suara pun! Orang yang ‘call’ mendengar suara pula berkata, alah, tak berjumpa pun! Orang yang berjumpa dengan kekasihnya memberi alasan, alah, tak pegang-pegang pun! Orang yang berpegang-pegang pula berkata, alah, bukannya berzina pun! Orang yang berzina pula masih ada alasan, takdelah sampai mengandung! Begitulah liciknya syaitan! Nauzubillah..!!

Janganlah kita membuang masa dan duit untuk sesuatu yang belum pasti ketentuannya menjadi milik kita. Ingatlah, selagi kita masih belum bernikah, hubungan sebelum itu tidak pernah diiktiraf oleh Allah. Hanya hubungan selepas nikah saja yang mendapat pengiktirafan daripada Allah. Kata-kata sayang, cinta, rindu, suara merdu dan manja, bersentuhan dan berpelukan itu hanyalah untuk yang halal bagi kita saja. Sia-sia saja kita bazirkan semua itu untuk kekasih hati kita. Apa yang kita dapat?? Hanyalah dosa semata-mata. Janganlah dikongsikan semua itu dengan ajnabi sebelum kita bergelar suami kepada isteri atau sebelum kita bergelar isteri kepada suami kita. Ingatlah, semakin manis hubungan sebelum nikah, semakin tawar dan hambar hubungan selepas nikah.

 

“JADILAH SEKUNTUM BUNGA MAWAR YANG INDAH BERPAGARKAN DURI. JANGAN BIARKAN DIRIMU MENJADI SEBARANGAN BUNGA YANG TETAP JUGA INDAH TAPI SAYANG, TIDAK BERDURI. APABILA TIADA DURI, TIADA LAGI BENTENG YANG BOLEH MELINDUNGI KEINDAHAN SI BUNGA DARIPADA SEWENANG-WENANGNYA DIKHIANATI. LANTAS, TERCEMARLAH KEINDAHAN DAN MURAHLAH NILAINYA. DURI MAWAR ITULAH YANG DIIBARATKAN DENGAN PERBATASAN AURAT, AKHLAK DAN AL-HAYA’. JADILAH SEINDAH MAWAR BERDURI. KELAK, AKAN MENGUNDANG KEKAGUMAN DI HATI SANG KUMBANG HINGGAKAN SANG KUMBANG BERFIKIR BEBERAPA KALI UNTUK MENDEKATINYA”

Advertisements

19 comments on “INDAHNYA DIRI MENJADI MAWAR BERDURI

  • salamalaikum…

    subuhanallah…sememangny Allah memberikan banyak cara kepada hambaNay, untuk meningkatkan iman dan memperingati seama insan..alham dulillah diri ini terpujuk juga untuk menjadi hambaNya yang sangat dahagakan cinta Ilahi…
    Syukran ya ukthi..;)

  • mantap!
    tapi masih pening cara nak tegur kawan dengan cara hikmah..banyak yg Dpersoal’n kpdnya banyak lagi yang menjadi alasan untuk menghalalkannya..

    • ya..sebab itu ilmu di dada penting..
      untuk menjawab persoalan..
      untuk memahami dan tak mudah menerima secara bulat2 tanpa membuat usul periksa akan kesahihannya..
      banyak ragam, banyaklah cara.. 🙂

      • salam..
        cuma sekadar bertanya agar diri yang jahil menjadi takut kepadaNya..

        soalan saya apakah pendapat anda mengenai seorang muslimin dan muslimah yang sedang bertakruf tetapi bertanyakan soalan yang bagi saya agak pelik seperti apakah baju yang saya pakai, tolong buatkan air kopi, teh untuk dia atau saya, tolong ironkan baju saya atau dia dan lain2 pernyataan dan pertanyaan seperti mereka telah duduk serumah..perkara ini banyak berkalu dikalangan remaja dan agak menjelakkan serta jijik dimata saya..

        bila ditegur saya akan dimarahi…so apakah cara terbaik untuk saya menegur mereka yang berkelakuan bergini sedangkan mereka tidak tinggal solat dan membaca alQuran..

  • Siti :

    Hati yang menjadi raja kepada jasad boleh mengarahkan anggota badan seperti lidah, tangan, kaki, mulut, & telinga untuk bertindak bertentangan dengan panduan syariat. Apabila lisan & perbuatan mula melaksanakan arahan hati itu, ketika inilah fitrah menjadi fitnah.

    Fitrah boleh menodai serakah. Walaupun hati akur bahawa fitrah cinta ialah anugerah Allah SWT, ironinya, hati juga ingkar bahawa fitrah cinta itu ada peraturannya daripada Alah SWT. Apa-apa yang Allah SWT haramkan, dilakukan. Apa-apa yang Allah SWT perintahkan, ditinggalkan. Demi cinta, segala-galanya menjadi “halal” belaka. Kerana si dia, Allah SWT dipersia-siakan. Na’uzzubillah

    Urusan antara lelaki & perempuan pada asalnya dibolehkan. Namun, ramai orang yang beralasankan “urusan” untuk menghalalkan ikhtilat (perhubungan) yang terlarang. Call, SMS, dating, chatting tanpa urusan kian membarah sebagai budaya.

    “Dah makan ke?”
    “Tengah buat apa tu?”
    “Esok nak pakai baju warna apa?”
    “Dah tidur ke?”

    Adakah ini dikatakan urusan?
    Perlukah berurusan dengan soalan-soalan ini?
    Bukankah ini boleh mengheret seseorang kepada langkah seterusnya?
    Adakah ini boleh membawa seseorang makin ingat Allah ataupun sebaliknya makin lalai kepada Allah?
    Wallahu a’lam.
    Manusia tidak berhak menghukum hati sesiapa. Bertanyalah sendiri kepada Pencipta hati masing-masing.

    -Solusi 26-

    banyak lg yang awak boleh dapat melalui majalah Solusi..
    pelbagai persoalan akan terjawab dgn membaca Solusi..
    setiap isi kandungannya amat berguna dan memberi ilmu pd diri kita..
    percayalah…cuba, dan bacalah.. 🙂

  • nak tanye..benarkah kadangkala kita Dtakdirkan utk lelaki yg Xbaik..perasaan Xdapat Delak dan sebagainya..saya keliru melihat telatah kawan2 yg kehulu kehilir dgn ajnabi..sedih..tapi Xmampu nak tegur..asyik kene marah je..usaha dah, doa pun dah..

    • yup..kadangkala, memang begitu..
      ada yang baik, tp dapat yg kurang baik..
      boleh jd itu satu ujian buat kita..
      boleh jd ia juga hadiah buat kita..
      mungkin, kita bakal peroleh pahala berganda jika kita berjaya mentarbiyahnya.. 🙂

      tegurlah dengan berhikmah.. 🙂
      jangan sesekali kita menyindir dengan kata2 yang membuatkan mereka semakin sakit hati..
      jangan sesekali kita menghina mereka..
      andai kita tidak berani tegur, teruskanlah berdoa.. 🙂
      mohon pada-Nya.. 🙂

    • waalaikumussalam..
      memang..siapa kata berubah senang?? oh tidak..
      sebenarnya, berubah itu sesuatu yang agak sukar dan payah..
      lagi2 bila kita nak berubah ke arah kebaikan menuju Allah..

      tapi, bagi insan2 yg benar2 mahu jadi baik kerana Allah..
      bagi hamba2 yang ingin berhijrah kerana-Nya, semua kerana-Nya, maka, dia akan usaha..
      usaha sedaya upaya untuk berubah..
      bukan kerana manusia, tapi, hanya kerana-Nya.. ^^

      Bila kita berubah kerana manusia, maka, kita takkan mampu bertahan lama..
      tapi, bila kita berubah kerana Allah, insyaAllah, diri akan mudah untuk istiqamah (berterusan)..
      hanya keinginan yang benar2 yakin padaNya akan bersungguh2 utk berubah dan berhijrah.. ^^
      bersangka baiklah dengan Allah..
      kita semua mampu berubah ke arah kebaikan..
      sikit2 kita mendaki, insyaAllah, akan sampai ke puncak jua.. ^_^

      mungkin, artikel di blog Langit Ilahi ini boleh membantu.. 🙂
      http://langitilahi.com/8528

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: