BERKUNJUNG KE PINTU TAUBAT

Published December 1, 2009 by wana93

Pagi itu suasana hening saja. Kedengaran bunyi seruan azan mengejutkan aku yang sedang lena diulik mimpi indah. Ayam turut berkokok seperti tanda mengejutkan manusia supaya bangun daripada tidur dan segera menunaikan perintah wajib Allah. Aku bergegas ke tandas untuk mempersiapkan diriku ke kelas seperti hari biasa. Eh, hari ini hari Sabtu. Aku hampir lupa. Aku dan keluargaku akan ke kampung hari ini.

Selepas solat subuh, aku berdoa dan memohon kepada Yang Maha Mendengar.

Ya Allah, ampunkanlah segala dosa-dosaku,dosa kedua ibu bapaku,dosa guru-guruku, dosa rakan-rakan seperjuanganku dan dosa seluruh umat Islam yang berada di muka bumiMu ini sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia. Semoga roh-roh mereka yang telah menghadapMu dicucuri rahmatMu.

Itu adalah doa asas ku setiap hari selepas aku usai mengerjakan perintah wajib Allah. Tetapi hari ini, aku menambah isi doaku.

Ya Rabbi, berikanlah aku kekuatan dan ketabahan hati dalam menempuh segala cubaan dan dugaan yang Engkau beri padaku. Berikanlah aku petunjuk dan Nur Mu agar aku tidak tersesat dari jalan kebenaranMu. Kurniakanlah aku seorang teman hidup bergelar suami  yang akan membimbing dan menyinari hidupku dunia dan akhirat. Jangan biarkan aku lalai dan alpa seperti dahulu, ya Allah. Bimbinglah aku ke jalan redhaMu. Jauhkanlah aku daripada dosa dan maksiat. Temukanlah aku dengan cinta yang mencintaiMu. Andai tiada cinta insani buat diriku, cukuplah Engkau sebagai penyeri dan penyuluh hidupku. Semoga kelak, akan hadir cinta seorang insan yang mencintaiMu sebagaimana  cintaku padaMu. Temukanlah aku dengan cintaMu. Amin ya rabbal a’lamin..

“Kakak, cepatla sikit. Orang dah nak pergi dah ni!!” Adik bongsuku, Firdaus, menjerit memanggilku. Tersentak aku! Aku cepat-cepat siap memakai tudung labuh 60 inci berwarna hitam dan memakai bedak ala-ala kadar saja kerana terburu-buru.

“Awalnya, baru pukul 8.00 pagi. Hmmm..”. Aku mengeluh sendirian. Aku dan kakakku sama-sama bergegas masuk ke perut kereta. Kami sekeluarga ingin pulang ke kampung kerana ada kenduri kahwin. Kami naik kereta Naza. Aku duduk di bahagian belakang bersama adik-adikku. Aku memang suka duduk di tepi tingkap dan termenung sendirian. Haha..itulah aku!!

Tit..tit.. bunyi mesej menyedarkan aku daripada lena. Adik-adikku sudah nyenyak tidur. Ayah masih tekun memandu.

“Kacau sajalah mesej ni. Ish..siapa pula bagi aku mesej pagi-pagi buta ni?”. Aku mengeluh sendirian dalam hati. Tertera nombor telefon yang tidak aku simpan dalam ‘sim card’ tapi masih berada dalam ‘sim heart’ aku. Aku segera membaca isi mesejnya.

“Salam. Selamat pagi. Lama sudah kita tidak berborak kan? Saya rindukan awak. Saya tahu, antara  kita tidak ada apa-apa lagi. Tapi, saya tetap tidak boleh lupakan awak. Please Nur..saya nak awak semula.”

Aku membacanya dengan tenang. Aku memang tidak merasa apa-apa perasaan setelah aku insaf daripada kejahilan dosa dan maksiat. Ya, ini nombor Aliff Imran, bekas ‘couple’ aku. Patutlah aku seperti kenal saja. Aku termenung seketika. Mengimbau kembali kenangan lalu yang tidak ingin aku ulangi lagi.

********

Tarikh keramat 27.3.2008, aku dan Aliff Imran rasmi menjadi pasangan yang digelar ‘couple’. Aku, Nur Syazliana dan Aliff Imran menjadi ‘couple’. Memang ramai dalam kalangan pelajar yang sudah ‘couple’, termasuklah aku dan dia.

Melalui berbalas-balas mesej, aku dan dia sering saling merindui. Kami satu sekolah, satu tingkatan, tapi berbeza kelas. Kami sering terserempak tapi jarang berjumpa dan bercakap. Sejak mula lagi, aku dan dia sudah berjanji akancubamengawal perasaan masing-masing untuk tidak terjebak dalam dosa dan maksiat. Kami tetap menjaga batas-batas pergaulan. Aku dan Im tidak seperti pasangan lain. Mereka pergi menonton wayang bersama, berpegangan tangan, bergayut di telefon setiap malam, bermesra-mesra tapi aku dan Im tidak. Kami hanya berbalas mesej sahaja. Bergayut di telefon jauh sekali. Hanya kadang-kadang dan amat jarang sekali. Walaupun jauh di sudut hatiku, ingin sekali aku bergayut di telefon seperti teman-teman sekelasku yang lain namun, aku tahu, itu hanya akan membuat hatiku sentiasa rindu dan lalai.

5 bulan aku dan Im bersama. Penilaian Menengah Rendah semakin hampir. Aku dan Im sentiasa memberi semangat dan sokongan moral untuk sama-sama maju dalam pelajaran melalui khidmat pesanan ringkas (SMS). Aku menyimpan semua mesej-mesejnya. Sayang aku nak padam.

Suatu hari, aku dan kawanku berjalan-jalan di sekolah tatkala guru tiada. Kami berjalan pergi mencari guru. Tetapi, lain yang ku temui.

Di sebuah kelas tingkatan 5, ku temui beberapa helaian kertas yang ditulis tajuknya “Renungan Bersama Tentang ‘COUPLE’ ”. Menarik tajuknya.Ada kena-mengena denganku. Aku hendak membacanya, tapi, kawanku tidak sabar hendak masuk ke kelas. Lalu, aku ambil kertas itu walaupun aku tidak tahu milik siapakah 4 helaian kertas itu. Aku tidak mencuri, aku hanya ingin mengambilnya untuk dibaca. Aku dan kawanku bergegas ke kelas.

Semasa rehat, kelasku kosong. Semua kawan-kawanku pergi ke kantin kecuali aku. Aku tetap berada di dalam kelas kerana sedang menyiapkan sedikit nota. Usai menyiapkan nota, terketuk pintu hatiku untuk membaca 4 helaian kertas tadi. Aku membacanya dengan penuh khusyuk dan pengahayatan. Hampir sahaja air mataku ini ingin jatuh membasahi bumi. Lekas-lekas aku seka air mataku. Hatiku berbisik dengan diriku secara perlahan.

Ya Allah, apakah selama 5 bulan ini aku lalai dan berdosa kepada-Mu? Apakah hubungan aku dan Im tidak mendapat restu-Mu? Apakah kami berdosa? Apakah insan yang bergelar ‘couple’ itu mendapat dosa? Apakah rindu, mesej dan bercakap di telefon dengan Im selama ini satu perbuatan yang berdosa?

Hatiku dihentak dengan bertubi-tubi soalan. Rasa bersalah dan berdosa pada Allah menyelubungi hatiku. Benarkah jalanku ini? Berdosakah aku? Hatiku tidak henti-henti bertanya.

Sampai di rumah, aku tidak selera hendak makan kerana asyik memikirkan tentang isi 4 helaian kertas tadi. “Renungan Bersama Tentang ‘COUPLE’ ” memberitahuku tentang ayat-ayat Allah yang melarang pergaulan antara lelaki dan perempuan yang ajnabi daripada berhubungan tanpa sebarang urusan penting. Memandang, berjumpa, mesej yang tidak penting juga adalah tidak boleh. Aku masih tersentak dengan isi yang berbunyi –

Ingatlah, selagi kita masih belum bernikah, hubungan sebelum itu tidak pernah diiktiraf oleh Allah. Hanya hubungan selepas nikah saja yang mendapat pengiktirafan daripada Allah. Kata-kata sayang, cinta, rindu, suara merdu dan manja, bersentuhan dan berpelukan itu hanyalah untuk yang halal bagi kita saja. Sia-sia saja kita bazirkan semua itu untuk kekasih hati kita. Apa yang kita dapat?? Hanyalah dosa semata-mata. Janganlah dikongsikan semua itu dengan ajnabi sebelum kita bergelar suami kepada isteri atau sebelum kita bergelar isteri kepada suami kita. Ingatlah, semakin manis hubungan sebelum nikah, semakin tawar dan hambar hubungan selepas nikah.

Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya; yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka perbuat”. ( Al-Nur : 30 )

Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung. ( al-Nur : 31)

“Kedua-dua tangan juga berzina dan zinanya adalah menyentuh. Kedua-dua kaki juga berzina dan zinanya adalah berjalan (menuju ke tempat pertemuan). Mulut juga berzina dan zinanya ialah ciuman.” ( Riwayat HR Muslim dan Abu Daud)

Betul apa yang dikatakan! Aku berdosa ya Allah! Aku selalu merindui dia, aku pernah memberi kata-kata rindu dan sayang padanya! Aku sering memandangnya! Aku pernah bertemu dengannya! Aku pernah bercakap dengannya walaupun hanya dalam telefon! Aku berdosa ya Allah! Ampunkanlah hamba-Mu ini ya Allah! Ampunkanlah aku!

Apa yang aku dapat daripada semua ini? Hanyalah dosa semata-mata! Bagaimana nanti bila aku berhadapan denganMu? Sudikah Kau menerima hamba-Mu yang hina ini? Ampunkan aku ya Allah! Aku mohon keampunan-Mu ya Allah!

Apa yang harus aku lakukan sekarang ya Allah? Putus? Kuatkah nanti aku ya Allah? Kuatkanlah hatiku ya Allah. Aku mengharap redha dan keampunan-Mu ya Allah!

Tit..tit..bunyi mesej membuatkan aku tersentak dari memikirkan tentang keputusanku untuk memutuskan hubunganku dengan Im.

“Salam rindu untukmu. Tengah buat apa tu? Dah makan? Malam ini saya nak ‘call’ awak boleh? Rindulah..huhu”

Mesej rindu dari Im. Aku keliru! Rasa berdosa dan bersalah mula menyelubungiku! Rindu? ‘call’? rindu? Ya Allah, aku dan Im berdosa! Ampunkan kami ya Allah! Aku membalas mesejnya.

“Salam. Saya tengah sibuk sikit buat ‘homework’ ni. Saya dah makan. Kenyang dah, alhamdulillah. ‘call’? Tak perlulah. Lagipun membazir kredit awak saja. Malam ni kan saya ada tuisyen. Harap awak faham. Kredit saya tinggal sikit ni. Lain kali kita mesej lagi ye. Tunggu saya ‘topup’. Jaga diri baik-baik. Salam.”

Aku memang tidak ada ‘mood’ hendak mesej dengan Im sekarang. Usai solat Zohor, aku kembali memikirkan keputusanku untuk memutuskan hubunganku dengan Im. Macam mana ni? PMR lagi 3 bulan saja. Boleh ke aku fokus kat PMR kalau aku dah putus nanti? Apa kaitannya? Macam-macam soalan bertandang dalam tempurung kepalaku ini. Tidak tahu soalan yang mana satu hendak ku jawab dahulu. Semuanya ku biarkan bersarang di otakku. Aku memang tidak ada jawapan lagi!

Malamnya, aku tidak ke tempat tuisyen. Aku memberi alasan pada ibuku bahawa aku hendak menyiapkan ‘homework’ yang bertimbun ini kerana akan dihantar esok. Usai menyiapkan kesemua ‘homework’, aku kembali merenung tentang Im. Aku kena putus ke? Putus? Putus? Sanggupkah aku? Putus? Hanya persoalan putus yang bermain di benak fikiranku ini. Aku ingin mendapatkan jawapannya daripada Allahku.

Jam menunjukkan pukul 11.00 malam. Aku segera berwuduk untuk menunaikan solat Isyak. Kemudian, aku menunaikan solat sunat Istikharah pula untuk mendapatkan jawapan daripada persoalanku yang tidak dapat ku jawab tadi. Usai solat, aku merintih dan berdoa kepada Allah agar memberiku petunjuk untukku terus berda di atas jalan lurus-Nya.

Hatiku cenderung untuk memutuskan hubunganku dengan Im. Hubungan ini hanya membuatkan hatiku dan hatinya hitam dan kotor oleh dosa dan maksiat. Ampunkanlah kami ya Allah! Sia-sia saja! Mujurlah belum sampai setahun hubungan kami. Baru nak 8 bulan. Masih sempat untuk aku memperbaiki keadaan. Aku ingin berkata kepadanya bahawa ‘couple’ itu dosa. Bukan itu saja, berhubungan dengan bukan mahram tanpa sesuatu urusan penting seperti ber‘sms’, bercakap di telefon, berjumpa  juga adalah berdosa dan jalan menuju ke arah zina! Nauzubillah!

Tapi sayang, hasratku tidak kesampaian kerana aku tidak mahu lagi berjumpa dengannya. Aku hanya menulissuratuntuk meminta putus daripadanya.

Salam buat Aliff Imran..

Saya tahu, sudah 2 minggu kita tidak berhubung. Mungkin awak marah saya. Mungkin awak sakit hati dengan sikap saya yang tidak membalas mesej-mesej awak seminggu yang lepas. Mungkin awak ingat saya dah ada cinta lain. Ya, memang saya dah ada cinta lain. Saya sedang mencari cinta Allah. Saya tak nak lagi kita berhubungan seperti dulu. Saya nak putus dengan awak. Saya harap awak hormat dan terima keputusan saya ni. Sama-samalah kita mencari cinta Ilahi untuk mengisi kekosongan sanubari kita. Tolong jangan balas surat ini. Akhir kata dari saya, buatlah yang terbaik untuk PMR awak. Semoga berjaya dunia dan akhirat. Saya takkan pernah lupakan persahabatan yang pernah terjalin antara kita. Saya mohon, awak lupakanlah cinta ‘monyet’ kita ni dan carilah cinta hakiki iaitu cinta Ilahi.

Wassalam..

Ringkas saja isinya. Aku memang tidak mahu memanjang-manjangkan cerita. Esok aku nekad untuk memberi suratitu kepada kawanku, Ira untuk diberikan kepada Im. Ira adalah jiran terdekat Im. Dia selalu menjadi orang tengah antara kami. Dialah yang menjadi ‘postman’ aku. Terima kasih Ira!

Kini, aku ‘single’! Yeah! Aku berdoa kepada Ilahi. Doa taubat seorang pencinta.

Ya Allah, Kau tetapkanlah hatiku ini supaya tidak tersimpang dari jalan-Mu.Ya Allah, hamba-Mu ini telah tersesat jalan. Ampunilah dosa-dosa hamba-Mu ini. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penerima Taubat. Berilah kekuatan kepada hamba untuk menghadapi godaan keremajaan ini. Anugerahkan kepada hamba perasaan benci kepada maksiat. Hiasilah hamba-Mu ini dengan akhlak yang mulia. Ibu dan ayah, anakmu berdosa. Engkau telah menjaga diriku sedari kecil dengan kasih sayang. Mengapa aku tidak membalas kasihmu?? Aku curahkan kasih itu kepada orang lain. Orang yang belum pasti lagi akan menjadi milikku. Oh Tuhan, hamba-Mu berdosa..ampunilah hamba, Ya Allah.

Terima kasih ya Allah kerana memberiku kesempatan untuk berkunjung ke pintu taubat-Mu. Semoga Engkau menerima taubatku ini. Bimbinglah hatiku ini agar tidak tersesat lagi. Aku ingin bertemu dengan cinta-Mu ya Allah. Redhailah kehidupanku dunia dan akhirat. Amin ya rabbal ‘alamin..                                                             

********

“NUR..!!” tersentak aku dari lamunanku. Namaku dipanggil. Ayah menyuruh aku menemani adik bongsuku, Firdaus pergi ke tandas. Aku turun menemaninya. Aku membawa ‘handphone’ kesayanganku bersama. Aku membalas mesej yang ditunggu untuk dibalas dari tadi. Lama betul aku mengelamun.Ada lagi 1 jam setengah perjalanan untuk kami sekeluarga sampai ke kampung. Sementara menunggu adikku, aku membalas mesej Im.

“Salam, Im. Nur dah tak pernah ingat dekat Im. Buat apa Im nak ingat dekat Nur? Lebih baik Im ingat dekat Pencipta kita. Cintailah yang mencipta lebih dari yang dicipta. Ingatlah, sia-sia dan berdosa saja Im salurkan rindu dan ingatan Im pada Nur. Allah tahu segalanya! Jangan risau. Jodoh dan pertemuan semua sudah dirancang-Nya. Semoga Im bahagia mencari cinta yang hakiki iaitu cinta Ilahi. Salam terakhir dari Nur.”

Aku berbisik dengan hatiku.

Terima kasih Im di atas secebis cinta yang Im beri pada Nur. Andai tiada cinta Im, tidaklah Nur insaf daripada kejahilan cinta buta ini. Alhamdulillah. Semoga Allah mencampakkan rasa insaf dan cinta kepada-Nya dalam hati Im juga.

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Surah al-Israa’ : 32)

Advertisements

10 comments on “BERKUNJUNG KE PINTU TAUBAT

  • salam ziarah..
    bestla cerita ni..
    boleh buat novel..
    ceritanya bagus..
    sedih akak baca..
    ada banyak unsur-unsur dakwah islam yg disampaikan..
    semoga terus menulis utk membangunkan Islam tercinta k..
    cerita utk remaja agar berjiwa teguh dgn Islam..
    🙂

  • alhamdulillah..
    syukran kasiran buat gurl, shfz93, lan n nuar..
    thnx give ur supp0rt..
    n0vel??
    ade cite2 la gak..
    ade rezeki kelak, insyaAllah..
    hehe..
    nuar, citer ni p0n bg ana inspirasi gak..
    salam ukhuwah buat semua
    🙂

  • cerita yg membina minda…
    akn ttp..
    ksh syg sesame mkhluk juga penting…
    nur bole syg im…
    kesian im…
    law im tu bunuh diri..
    mcmne?
    pk2 la…
    kapel pon pndai la jage adab…
    kapel nih ibarat “mint seseorg”
    aggpla ia spt itu…
    maaf dipinta jika hamba berbahasa..
    =)

    • memang kasih sayang sesama manusia itu penting utk buat hidup kita lebih bahagia..
      tapi,ingatlah, xde ketenangan dengan melaupakan Tuhan..
      kasih sayang ada banyak..
      Nur dan Im masih boleh berkasih sayang..
      tp dalam aspek persahabatan, bukan percintaan..
      kerana diri masih bergelar pelajar..
      andai hati lalai dan leka dgn cinta monyet, padahal tanggungjawab sbg anak,pelajar dan hamba Allah masih banyak yg belum digapai,apalah maknanya..
      couple itu bukan sekadar minat..
      tapi bg remaja skrg ni, couple tu lebih drpd minat..
      kalau minat, ada gelarannye, admire..

      lg 1..
      orang yang beriman dan berakal serta memikirkan masa depannye..
      xkan sewenang2nye bunuh diri..
      krn dia dan kita semua tahu, bunuh diri itu hanya sia2 dan takkan dpt masuk ke Syurga..
      jgn risau, Im dlm cter ni x bunuh diri..
      sbb die masih muda..
      bgnya, cinta sejati belum ditemui..
      dan dia mesti terus hidup utk mencari cinta sejati itu.. 🙂

      terima kasih ye.. 🙂

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: