AKU NAK JADI KEKASIH HALAL DIA!!

Published January 17, 2010 by wana93

Langit kelihatan cerah tersenyum. Awan biru terpamer indah di mataku. Aku teruskan perjalanan untuk mencari ‘gelifriend’ di Cafe. Jumpa! Aku dan dia mencari satu port khas untuk kami berdua berborak bersama. Di situ, bermulalah sketsa sang ‘buayafriend’ mengayat ‘gelifriend’.

“Saya sayang awak. Sungguh, saya tak tipu.” Luah aku penuh suka tanpa sebarang rasa di jiwa. Wajahnya girang sahaja. Aku pun tersenyum bahagia kerana berjaya memikat sekeping hati si dara.

Lia membalas emosi cinta kepura-puraan aku dengan sebaris senyuman manis. “Saya pun sayangkan awak. Cinta awak. Mulai hari ini, kita dah jadi pasangan tau. Kita kena sama-sama setia ya!” Aku membalasnya dengan kata-kata yang sama. Aku ketawa gembira dalam hatiku. So easy to treat this girl!

Haha..senang saja nak ‘tackle’ budak perempuan si Lia ni..cepat cairlah katakan..bagus..lepas ni giliran si Fiona pula..tunggulah kedatanganku di Café nanti..kau pula jadi mangsa ‘couple’ aku..haha!

“Awak, kita ‘couple’ nak tak? Kita dah lama kawankan..apa salahnya kalau kita maju ke depan lagi.” Aku mengeyitkan mata sambil mengukir senyum nakal. Dia kelihatan tergoda akan helahku.

“Lama saya tunggu awak cakap macam ini tau. Hehe. Saya terima awak. Tapi, ‘girlfriend’ awak tak marah ke?” Fiona tersenyum sambil berkata penuh mesra.

Hatiku tergelak besar. Berjaya lagi!

“Haha. Saya mana ada ‘girlfriend’, semua tu kawan saja. Mereka yang anggap saya ni ‘boyfriend’ mereka. Saya sayang awak seorang saja. Percayalah.” Fiona gembira mendengar pengucapan dusta dari bibirku. Dia pun meluahkan bicara cintanya. Penuh dengan bunga-bunga cinta. Geli telingaku mendengar ucapan I love you!

“Terima kasih Sayang. Saya pun sayang awak seorang saja. I love you.”

I love you too.” Balasku sambil hatiku terus-terusan ketawa besar.

Yes..Fiona pun dah dalam tangan..senang kerja-kerja ‘assignment’ aku lepas ni..suruh ‘girlfriend-girlfriend’ aku yang buatkan..haha..tapi, baru dua..tak cukup lah..aku nak tambah lagi dua..biar cukup empat..nak ikut sunnah..haha..mesti best nak ‘tackle’ budak-budak perempuan UIA ni..harap saja belajar agama, tapi, layan lelaki juga.. hampeh! Jangan haraplah aku nak buat jadi isteri kalau perangai tak ubah macam ‘playgirl’!

Aku menapak lagi ke lokasi seterusnya. Di situ, Melissa setia menantiku.

“Betul, awak seorang saja wanita kesayangan saya. Saya tak tipu.” Godaku lagi dengan janji-janji cinta berbaur dusta. Melissa membalas renungan mata buayaku sambil berkata,

“Ya. Saya percaya awak. Saya pun sayangkan awak. Awaklah satu-satunya lelaki idaman hati saya.”

Haha..aku berjaya lagi..tinggal seorang saja lagi..Saira orang yang bertuah itu!

“Sai, saya cintakan awak. Sudi tak awak jadi pasangan saya? Saya betul-betul dah jatuh hati dan gila bayang pada awak.” Aku mempersembahkan senyuman paling manis. Saira tersenyum tanda setuju untuk menjadi pasanganku.

“Hanif, saya terlebih sudi untuk jadi pasangan awak sebab itulah impian gadis-gadis di sini termasuk saya.” Saira ingin memegang tanganku tetapi cepat-cepat aku tepis kerana aku tahu itu satu dosa. Tak ingin aku nak menggatal dengan perempuan murahan macam tu! Segatal-gatal aku, aku takkan sentuh perempuan yang bukan mahram! Itu prinsip cinta si Hanif Al-Radzi.

Menggatal betullah Saira ini..biasalah tu..perempuan..haha..aku lelaki buaya pun tahu pegang-pegang tangan itu satu dosa, inikan lagi muslimah-muslimah UIA..haha..dalam UIA muslimah, luar UIA semua nak tayang..tudung pun dah hilang..fikir aku nak sangat ke budak-budak tu? Haha..jangan harap..semua nak harta ayah aku saja..materialistik! Jangan haraplah..aku nak yang suci dalam debu..mawar berduri..barulah namanya muslimah..bukan macam Lia, Fiona, Melissa dan Saira tu..menggatal saja lebih, muslimahnya hampeh..haha!

Selesai sudah tugas pencarian ‘pekerja-pekerja’ assignment aku. Lepas ni, tak payahlah aku nak sibukkan diri sangat dengan benda-benda alah ni. Daripada terperap dalam bilik bersama assignment, ada baiknya aku lepak dekat taman release tension yang bersarang dalam kepala otak aku ni. Tengok pemandangan yang menghijau mampu menenangkan fikiran kita. Itu berdasarkan apa yang pernah aku baca. So, enjoy the beauty of garden!

********

“Hanif, kau apa khabar? Assignment kau dah siap ke? Wah..makin kacak aku tengok kau sekarang ini! Patutlah ramai budak-budak perempuan minat dekat kau.” Usik Shahrizal, rakan sekelasku, ketika pensyarah belum tiba lagi. Dia itulah satu-satunya sahabat sejati yang sentiasa ada dengan aku. Suka dan duka. Walaupun bagi aku, ilmu agama dia lagi tinggi berbanding aku. Kalau aku cop dia sebagai ustaz pun okey rasanya.

Aku tergelak besar. “Aku sihat. Alhamdulillah. Assignment aku selalu siap sebab ada empat pembantu setia di sisi yang membuatkannya siap. Haha..aku memang sentiasa kacak macam kau juga kan.” Kami sama-sama tergelak. Dia dengan aku memang selalu sekepala.

“Hanif, kau tahu tak ada budak perempuan baru yang akan masuk dalam kelas kuliah sebelah kita ini. Dengar cerita, cun melecun budaknya. Tak nakcubanasib ke? Hehe..tapi…” Shahrizal cuba mengumpan kelelakian aku. Dia ni, tak seratus peratus ustaz lagi. Aku tarik balik anggapan aku.

“Betul ke Rizal? Kalau kau dah kata cun, aku mestilah nak mencuba nasib..mesti dapat punyalah..haha..tapi apa?” Tanyaku penuh minat. Maklumlah, aku pantang dicabar!

“Aku dengar dia tu susah sikitlah nak layan lelaki sebab dia tu macam mawar berduri. Muka tak pernah nak senyum dengan lelaki. Semalam aku sajalah nak tegur dia. Dia buat tak tahu saja. Muka tak nak senyum langsung dengan aku. Muslimah betullah beb! Ada peluang ke kau? Perempuan ni susah sikit.. Haha..” Jawab Shahrizal sambil cuba memperlekehkan kemampuan aku.

Aku mengerutkan dahi sambil membalas kata-katanya,

“Erm..nampak macam susah saja. Tapi aku ni lainlah, kau tak sekacak aku. Manalah muslimah tu nak pandang kan..Haha. Aku akan pastikan yang aku dapat ‘tackle’ dia juga. Kau tengok sajalah. Ini Hanif Al-Radzi tau, bukan calang-calang lelaki. Belum ada perempuan yang pernah tolak cinta pura-pura aku ni..haha. Akan aku buktikan. Wait and see!

Shahrizal tersenyum sinis. Dia memang tidak yakin dengan semangat yang baru aku bina sebentar tadi.

“Tapi, budak perempuan yang seorang ni lainlah beb. Tak sama! Apa-apa pun, aku ucapkan semoga berjayalah kau nak ‘tackle’ dia.”

Aku tersenyum.

“Yang tak sama itulah yang aku nak. Bukan perempuan-perempuan yang jual murah sangat tu. Haha. Okey, aku akan cuba buktikan pada kau yang aku boleh.” Aku nekad untuk ‘tackle’ muslimah yang dikatakan Shahrizal sebentar tadi untuk membuktikan kelelakian aku.

Pensyarah sudah pun masuk. Perbincangan aku dan Shahrizal berkaitan seorang muslimah yang dikatakan mawar berduri terhenti di situ. Namun, niat dan semangat aku untuk mengayat si dia takkan pernah aku hentikan. That’s me!

********

“Assalamualaikum saudari.” Akucubauntuk berbual dengannya sewaktu rehat sudah bermula. Dia keseorangan ketika itu.

“Waalaikumussalam.” Jawab muslimah itu. Aku mula rasa bahagia dalam kalbu.

Yes.. ‘line clear’ punya!  Ada peluang ni..Haha..

“Saya….” Belum sempat aku nak habiskan ayat perkenalan aku, dia dah pergi. Macam tu saja? Tak pandang aku langsung! Apatah lagi nak senyum! Tak patut betullah budak perempuan ni! Ish..!! Memang betullah apa yang Shahrizal cakap dekat aku. Tapi, aku takkan putus asa. Aku akan pastikan juga yang aku dapat ‘tackle’ kau suatu hari nanti wahai muslimah. If you really want her, you shouldn’t give up!

KRING!! KRING!! Telefon genggam membingitkan gegendang telingaku! Panggilan dari Fiona. Ah, malaslah aku nak layan! Buang masa aku saja. Perempuan-perempuan tu dah tak penting dan tak pernah pun penting dalam hidup aku. Yang penting sekarang, aku kena fikir cara nak ‘tackle’ budak perempuan tadi tu! Dia lain. Entah kenapa, aku rasa lain macam.

Hatiku tiba-tiba membisikkan sesuatu. Sesuatu yang tak pernah aku terfikir dalam benak jiwaku ini.

Cun juga budaknya. Arggh! Bukan tu yang aku nak. Pakaian yang budak perempuan tu pakai memang menyejukkan mata aku. Jubah labuh berwarna merah dan tudung labuh hitam. Memang sejuk mata aku memandang. Tapi, betul ke dekat luar UIA ni dia macam tu juga? Aku akan siasat dalam diam. Kalau betullah dia muslimah yang sejati, aku takkan lepaskan dia. Susah nak cari isteri yang sebegitu solehah macam dia zaman sekarang ni. Mungkin, aku dah jumpa calon isteri aku. Haha! Hope she will be mine!

********

Pagi ini, tenagaku memiliki aura tersendiri. Aura yang sukar untuk aku terjemahkan. Mungkinkah sebab si muslimah itu? Aku sendiri pun tak tahu. Yang pasti, hari ini, aku lebih bersemangat untuk belajar.

HANIF!!

Siapa pulalah yang menjerit memanggil nama aku ni. Aku memusingkan sedikit kepalaku. Oh, Shahrizal rupanya. Memekak saja!

Dalam keadaan tercungap-cungap keletihan berlari, Shahrizal menarik nafasnya dalam-dalam sebelum menutur bicaranya.

“Wei, ‘girlfriend-girlfriend’ kau semua cari aku tanya fasal kau. Aku penatlah asyik nak menjawab jawapan yang sama saja tiap-tiap hari. Boleh jadi gila kepala otak aku ni.”

Dengan muka selamba, aku tersengih.

“Apa? ‘Gelifriend’? Haha.”

“Seriuslah beb!” Tegas nada Shahrizal. Tertekan agaknya.

“Alah, kau bagi sajalah apa-apa alasan pun asalkan aku tak jumpa dah dengan perempuan-perempuan tu. Mengganggu ketenteraman hidup aku saja!”

Rizal ketawa mendengar luahan jujurku. Dia menyusun kata untuk memaku aku.

“Tak sampai sebulan lagi takkan kau dah bosan kot. Cun apa pasangan-pasangan kau tu. Siapa suruh kau tamak nak sekali empat? Padan muka! Dahlah semuanya tergila-gilakan kau. Haha..”

Aku terdiam sebentar.

“Aku tak kisahlah kau nak cakap apa Rizal, yang pastinya, aku tak nak fikir dah fasal perempuan-perempuan tu. Bukan tergila-gilakan aku, tapi tergila-gilakan harta ayah aku saja! Kalau kau nak semua pun, aku tak kisah dah. Percuma aku bagi kau. Puas? Dahlah, aku penatlah, nak keluar pergi café sekejap.” Aku terus pergi menuju ke café tanpa mempedulikan Shahrizal lagi.

Fikiran aku betul-betul celaru sekarang ni. Aku betul-betul nak berkenalan dengan budak perenpuan muslimah kelmarin yang aku jumpa tu. Tolonglah muuncul wahai muslimah idamanku…

Terpana mataku memandang gadis yang berdiri di hadapan pintu café tu. Budak perempuan muslimah itulah! Wow! Adapeluang ni. Gayamacam dia tengah tunggu seseorang. Bolehlah aku ambil kesempatan masa yang ada ni. Get your step!

“Assalamualaikum saudari.” Seperti biasa, dia menjawab salamku. Aku memperkenalkan terus diriku sebelum dia pergi seperti kelmarin. Melepas aku nanti.

“Saya Hanif Al-Radzi, kelas Ustaz Zahar. Awak pelajar yang baru masuk 3 hari lepas tukan? Kita pernah jumpa sebelum ni di kantin. Ingat tak?”

“Ooo..Ya, saya pelajar baru di sini. Saya tak berapa nak ingatlah. Kawan saya dah datang tu. Minta diri dulu.”  Jawab muslimah itu acuh tak acuh.

Alamak, dia dah nak pergi pula. Aku cepat-cepat bertanya padanya dengan satu laungan.

“Nama awak….?” Dia hanya menggelengkan kepalanya dan terus berjalan menuju ke arah sahabatnya itu tanpa menghiraukan pertanyaan aku. Geramnya!!

Mata aku terlihat kelibat kawan si muslimah itu. Bibirku mengukir sebuah senyuman. Good! I have an idea!

Eh, aku kenallah kawannya tu. Lina Ziana rupanya. Senanglah aku nak tanya fasal perempuan muslimah tadi tu. Haha.. Betul-betul mencabar kelelakian akulah perempuan muslimah tu. Tak layan aku langsung! Pandang aku pun tak! Pandang sekali lepas tu dia terus alihkan pandangan dia. Tak kacak ke aku pada dia? Tak mengapalah. Lepas ni, aku akan susun strategi lain. Erm..Lina mesti kena tolong aku. Dah jumpa satu jalan. Yes!!

********

Semasa Lina Ziana sedang berjalan sendirian di kantin, aku cepat-cepat berlari ke arahnya dan menjerit namanya.

“Lina! Lina!” Pekik aku. Lina Ziana terperanjat dan pusing ke belakang.

“La..kau Hanif. Aku ingatkan orang gila manalah tadi yang menjerit-jerit nama aku. Haha. Apa mimpi kau ni tiba-tiba saja cari aku?” Tanya Lina Ziana kehairanan.

Aku menarik nafas panjang-panjang dahulu sebelum menjawab pertanyaannya kerana masih mengah dengan larianku tadi. Fuuuh! Penat!

“Kau kawan dengan budak perempuan yang baru masuk tu ya?”

Lina mengerutkan dahinya sambil tersenyum sinis padaku. Seakan sudah mengerti akan tujuan kedatanganku.

“Iyalah, kenapa kau tanya? Nak berkenalanlah tu kan. Dah agak dah. Kau ni perangai masih tak berubah. Apalah nak jadi. Jangan haraplah kawan aku tu nak dekat dengan kau kalau perangai ‘playboy’ kau tu melekat dalam diri kau. Sedarlah. Dia tu bukan perempuan-perempuan ‘taste’ kau lah. Tak payahlah kau nak menyibuk! Dia takkan layanlah lelaki macam kau ni.” Panjang lebar Lina Ziana membebel. Aku hanya memekakkan telinga. Perempuan bila membebel, memang panjang! Tak tahan!

“Eleh, kenapa pula kau cakap macam tu? Kau tak tahu apa-apa diam. Aku dah berubahlah. Aku nak tanya kau! Pernah ke dalam dua minggu ni kau nampak aku keluar makan dekat café dengan perempuan-perempuan tu?” Tanyaku dengan selamba. Ingin buktikan bahawa aku tidak seperti sangkaannya.

Lina Ziana cepat-cepat menggelengkan kepalanya kerana itulah kebenarannya. Memang sudah sekian lama aku tidak ber’dating’.

“Tahu pun. Kalau kau nak tahu, budak perempuan baru tu lah yang ada semua ‘taste’ yang aku nak. Dialah satu-satunya gadis idaman pilihan hati aku ni. Haha. Tolonglah aku ya. Siapa nama dia? Aku dahcuba banyak kali tapi tak dapat-dapat. Tolonglah.” Rayuku dengan wajah yang penuh mengharap.

Lina Ziana hanya tersenyum sambil berkata padaku,

“Telinga aku ni salah dengar ke? Si Raudhatus Sakinah tu  ciri-ciri wanita idaman lelaki ‘playboy’ macam kau ni? Haha. Kau jangan buat lawak boleh tak? Dia tu lain ok! Dia tak sama! Untuk pengetahuan kau, ‘playboy’ hanya layak berpasangan dengan ‘playgirl’ sajalah. Lupakanlah niat kau nak dekat dengan Sakinah tu. Dia tu ustazah, sesuai dengan ustaz saja, bukan ‘playboy’.”

Aku tersenyum sedikit kerana kini, aku sudah pun tahu siapa nama si dia yang mengganggu hatiku. Lina Ziana ni asyik paku aku saja.

“Kau boleh cakap apa sajalah Lina. Aku tak kisah. Yang penting, nama dia aku dah tahu. Kalau ada apa-apa lagi nanti, aku akan minta pertolongan kau. Boleh kan? Hehe. Cuma, peringatan bagi kau. I AM NOT A  PLAYBOY ANYMORE OK! Understand? Assalamualaikum!” Aku terus pergi dari situ dengan satu senyuman. Aku langsung tak ambil hati dari kata-kata Lina Ziana tadi kerana aku berasa gembira dengan jawapannya tadi. Dia menyedarkan aku. Thank you!

Hatiku berbunga riang. Kini, aku akan susun strategi untuk memenangi sekeping hati milik si dia. Aku yakin! I am very sure that I really want her!

Gadis idaman kalbuku, kini aku sudah tahu namamu. Raudhatus Sakinah. Aku akan cuba memikat pemilik nama itu untuk menjadi permaisuri hidupku. InsyaAllah. Bantulah aku, ya  Allah!

********

Siang sudah pun menutup tirai. Giliran malam menjelang jua. Bintang-bintang kelihatan indah tersergam di atas sana. Aku menadah pandangan ke atas langit. Terasa betapa kerdilnya aku. Jahilnya aku di sisi-Nya!

Aku segera masuk ke bilik kerana rasa sejuk mula menyelubungi tubuhku. Aku termenung sendirian sambil menyiapkan assignmet. Tiba-tiba, Shahrizal masuk. Dia memberi salam padaku. Aku menjawabnya dengan nada gembira.

“Hanif, kau macam dah berubahlah. Aku dah tak nampak pun kau keluar ‘dating’ dekat café tu. Kau asyik memerap dalam bilik saja. Sibuk betul kau nak siapkan ‘assignment’ tu. Selalunya, ‘girlfriend-girlfriend’ kau yang buatkan. Kenapa tiba-tiba kau yang buat pula? Perenpuan-perempuan tu dah pencen ke? Haha.” Usik Shahrizal.

Aku tersenyum bahagia walaupun dipaku rakan sendiri. Aku sedar, itu zaman jahiliah aku. Setiap orang ada zaman jahiliahnya tersendiri.

“Kau ni Rizal, aku ‘dating’ kau ceramah aku. Aku tak ‘dating’ pun kena ceramah juga ke? Haha. Perempuan-perempuan tu semua dah pencen. Aku dah pecatlah. Assignmen aku, biarlah aku yang buat sendiri kan. Kau baru balik dari mana ni? Surau?” Tanyaku ringkas.

“Alhamdulillah. Kawan aku ni dah berubahlah. Bagus! Istiqamah tau. Hehe. Ha’ah. Aku dari surau. Tadi ada tazkirah daripada budak perempuan baru tu. Ramai betul yang kagum dengan dia.Adaciri-ciri ustazah. Itu yang aku balik lambat sikit, tunggu tazkirahnya habis.” Shahrizal menjawab penuh girang.

Mata aku terbeliak besar. Agak terkejutlah juga dengan perkhabarannya itu.

“Betul ke ni Rizal? Budak perempuan tu bagi tazkirah? Mesti Ustaz Zahar yang suruh kan? Ruginya aku tak datang. Esok kita pergi surau sama-sama nak tak? Lama betul rasanya aku tak ziarah surau kita tu. Rindu pula rasanya. Bosan juga hari-hari solat dalam bilik ni saja.” Aku tersengih.

Rizal menggelengkan kepalanya. Pelik dengan sikapku.

“Eh Hanif, bukan ke kau ni kaki lepak dekat café? Sejak bila pula tiba-tiba nak pergi surau ni? Mesti nak menggatal dengan budak perempuan baru tukan. Haha. Takkan dapatlah. Dia tu muslimah betul, kau tu, muslim pura-pura saja. Tapi, aku tetap rasa gembira dengan perubahan kau ni. Mesti ada udang di sebalik batukan? Cerita sajalah. Macamlah aku ni baru kenal kau.” Shahrizal memaku aku lagi. Dia duduk di sebelahku untuk mencungkil misteri di hati ini.

Aku tersenyum saja dan memberitahu Shahrizal perkara sebenar. Shahrizal juga tersenyum gembira untukku. Dia juga berkata seperti Lina Ziana, ustazah hanya layak berpasangan dengan ustaz, bukan ‘playboy’! I understand that!

Aku mula menyemat tekad di dalam hati. Tekad yang pasti. Kerana Dia.

Raudhatus Sakinah, akanku usahakan diriku untuk menjadi lelaki pilihanmu yang terbaik. Aku selalu nampak dia di café. Dia banyak menghabiskan waktunya dengan mengaji. Al-quran comel berwarna merah sering dibawanya ke mana saja dia pergi. Aku memang kagum dengan dia. Aku tak pernah nampak dia ‘dating’. Bila di luar pun, dia tetap dengan imej muslimahnya. Itulah yang aku suka. Betul kata Shahrizal dan Lina Ziana, dia tak sama. Dia lain. Kelainan itulah yang membuatkan aku tertarik padanya. Kebaikan dia, kesolehan dia, ketaatan dia dan kesopanan dia. Berjayakah aku untuk memetik mawar berduri itu? Ya Allah, aku takkan berjaya tanpa bantuanMu. Bantulah aku, ya Allah. Aku bertaubat padaMu atas segala dosa dan kesalahanku kerana lalai terhadapMu.

********

Malamnya, aku bangun untuk bersujud pada-Nya. Aku berdoa agar diampunkan segala dosa-dosaku. Selama ini memang aku lalai mengingati-Nya.

Di atas hamparan sejadah suci

Hamba menadah kedua telapak tangan ini

Bagi memohon keampunan dan rahmat dariMu

Agar diberikan hamba hidayah serta taufiqMu

Supaya tidak tersimpang hamba dari jalanMu…

 

Hati hamba merasa hambar dan sunyi

Tanpa iman dan semangat taqwa dalam hati

Jiwa hamba kosong dan takkan berisi

Melainkan dengan redha Yang Maha Mengetahui

Yang menemukan hamba dalam bingkisan restu Yang Maha Mengasihani…

 

Saat tasbih mengisi ruang kosong di jari-jari

Mulut dan hati hamba bersatu berzikir mengingat ILAHI

Jiwa hamba terisi dengan munajat di malam hari

Diri ini hamba abdikan buat Pencipta langit dan bumi

Moga dosa-dosa lampau dapat dihapusi dan diampuni…

 

Kening ini hamba rapatkan di atas hamparan murni

Sujud dahi hamba mencecah ke bumi

Tanda syukur hamba akan kebesaran ILAHI

Tidak terukur nilai cintaMu yang tinggi

Tidak terhitung nilai kasihMu yang bertambah setiap hari…

 

Ya Rabbul Izzati…

Sudikah Kau menerima cinta hamba yang hina dengan longgokan dosa ini??

Semoga keampunan mendapat tempat untuk hamba yang sering lupa diri

Semoga rahmatMu sentiasa hadir menemani

Agar kehidupan duniawi dan ukhrawi hamba diredhai …

 

Hamba amat mendambakan cinta dariMu

Hamba juga mengharapkan pertemuan denganMu

Diri hamba ini dahaga akan belaian kasihMu

Hamparan sejadah suci hamba buktikan padaMu

Sujud cinta hamba hanyalah untuk Tuhan yang berkuasa di atas segala sesuatu…

 

Mataku berkaca seusai sujud dan bertaubat pada-Nya. Kali ini, benar-benar air mata taubat yang mengalir. Moga manik-manik jernih itu mengusung segala dosa-dosa silamku. Moga Dia sudi menerima permohonan taubatku.

Aku selalu mohon pada Ilahi agar aku mendapat jodoh dengan insan pilihan-Nya. Aku ingin cintaku dekat dengan-Nya. Aku ingin mendapat bimbingan-Nya dalam melayari kehidupan bahagia yang ku idamkan.

Dalam mencari sebuah hikayat cinta

Hati yang tulus murni amat sukar ditemui

Sukar mencari jiwa yang menerima seadanya

Cinta manusia hanyalah pinjaman di duniawi

Cinta ILAHI jualah yang kekal selamanya

Hanya insan terpilih akan memiliki cinta sejati di uhkrawi…

 

Hadirkanlah dalam cerita hidupku

Seorang insan bernama teman

Yang sentiasa berada di dalam doaku

Bersama diriku menempuh onak perjuangan

Rela sehidup semati dalam pimpinan agamaMu

Agar dapat merasakan kemanisan iman…

 

Temukanlah aku dengan cinta yang mencintaiMu

Cintakanlah hatiku dengan cinta yang merindui syahid fisabilillah

Bukan cinta yang berlandaskan hawa nafsu

Kerana syaitan akan menjadi pemisah

Antara cinta hakiki dan cinta palsu

Yang hanya  menyebabkan hati terbelah dan berpecah…

 

Berilah hatiku kekuatan dan ketabahan

Dalam mencari cinta seorang insan

Bersenjatakan kekebalan iman

Berperisaikan doa dan kesabaran

Dalam mengahadapi dunia yang penuh kepura-puraan

Menjadi sebuah permainan hidup yang mensia-siakan…

 

Satukanlah hatiku ini dengan sekeping hati murni

Yang membawa aku ke arah jalan kebenaran ILAHI

Yang bisa menjadi bukti lafaz cinta suci

Pada pandangan ALLAHURABBI

Agar berkekalan hingga ke syurga abadi

Dan berbahagia di taman indah firdausi…

 

Bisakah dicari dalam dunia yang fana’ ini

Seorang teman hidup idaman hati

Yang memiliki keteguhan iman yang tinggi

Dan mempunyai hati yang tulus suci

Serta kaya dengan budi pekerti dan akhlak terpuji

Dalam menghulurkan cinta sejati???

Semoga cinta yang sejati akan ku temui

Semoga hari itu akan menjadi saksi

Pertemuan dua hati murni di hadapan ILAHI

Di depan pintu gerbang syurga  hakiki dan abadi…

            ********

Hari-hariku berjalan dengan penuh kelancaran dan kemudahan. Setiap detik yang berlalu diisi dengan perkara-perkara yang berfaedah. Aku sudah biasakan diri dengan mengaji, solat berjemaah di surau bersama Shahrizal setiap kali masuk waktu solat dan mendengar tazkirah-tazkirah serta menghadiri majlis-majlis ilmu yang diadakan di universiti ini.

Aku juga menyertai diskusi berkumpulan yang aku kenali sebagai usrah. Dengan usrah, jiwa aku terasa makin rapat dengan Allah. Dengannya, segala masalah akan dikongsi dan sama-sama mencari solusinya. Dengan usrah juga, aku lebih mengenal Islam. Terasa jiwa yang selalu mengeluh sepi kini terisi dengan ilmu-lmu agama-Nya.

Suatu hari, aku dipanggil oleh Ustaz Zahar untuk menyampaikan tazkirah selepas solat Isyak. Aku menerima tugasan itu dengan hati yang terbuka dan bahagia. Alhamdulillah, akhirnya aku diberi peluang untuk menjadi Ustaz Hanif. Hehe.

Aku memulakan tazkirahku dengan hadis-hadis Nabi. Aku memberi tazkirah tentang Hari Kiamat. Dalam aku memberi tazkirah kepada orang, pada masa yang sama, aku juga sedang mengingatkan diriku. Aku bersyukur kerana aku kini sudah berubah kepada yang lebih baik.

Lina Ziana pernah berjumpaku dan berkata,

“Hanif, sekarang aku kagum dengan kau. Kau memang dah berubah. Kau dah buktikan. Tahniah. Semoga berjaya cita-cita  kau nak memenangi hati Ina. Hehe. Aku doakan.”

Aku terharu bercampur bahagia dengan kata-katanya. Amat bermakna bagiku. Adakala, aku terpandang wajah tenang Raudatus Sakinah saat aku sedang memberi tazkirah. Dia memberi sepenuh penumpuannya pada tiap-tiap tazkirah yang dilontarkan. Aku menghuraikan isi surah Al-Qari’ah ayat 1-11 yang membicarakan tentang kedahsyatan hari Kiamat.

“Hari Kiamat (1)

Apakah hari Kiamat itu? (2)

Tahukah kamu apakah hari Kiamat itu? (3)

Pada hari itu, manusia seperti anai-anai yang bertebaran (4)

Dan gunung-gunung seperti bulu yang dihambur-hamburkan (5)

Dan adapun orang yang berat timbangan (kebaikan) nya (6)

Maka dia berada dalam kehidupan yang memuaskan (7)

Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan) nya (8)

Maka tempat kembalinya adalah neraka Hawiyah (9)

Dan tahukah kamu apakah neraka Hawiyah itu? (10)

(Iaitu) api yang sangat panas” (11)

 

Aku ingin menemui Raudhatus Sakinah sebentar apabila balik dari surau nanti.Adasesuatu yang ingin aku beri padanya.

“Raudhatus Sakinah!” Aku melaung nama itu dengan nada yang agak tinggi. Langkahnya terhenti apabila nama manisnya dipanggil.

“Assalamualaikum Raudhatus Sakinah.”

Dia membalas ucapan salamku,

“Waalaikumussalam Hanif Al-Radzi”

“Sebenarnya, saya ada hal nak cakap dengan awak. Semua hal-hal yang ingin saya katakan pada awak ada dalamsuratini. Harap awak baca sampai habis dan tolong jangan buangsuratini. Lagi dua minggu akan ada Konvoi UIA, harap dapat jumpa awak lagi. Assalamualaikum.”

Dia menjawab ringkas,

Insya-Allah, saya akan baca. Waalaikumussalam, Lina tengah tunggu saya tu.”

Kami sama-sama pergi menuju ke destinasi masing-masing. Aku menarik nafas lega setelah memberinyasuratitu. Surat itu aku tulis khas untuk menyuntingnya. Aku harap, dia akan membaca dan menerima aku seadanya. Aku benar-benar ikhlas ingin memilikinya kerana Allah. Inilah coretan isi hatiku pada si dia.

Assalamualaikum saudari Raudhatus Sakinah..

Maaf kerana mencuri masa saudari. Saya cuma ingin memberitahu saudari sesuatu. Mungkin dulu ramai yang mengenali saya sebagai seorang lelaki yang ‘playboy’. Mungkin termasuk juga saudari kerana Lina Ziana adalah rakan saya juga. Mungkin dia ada bercerita tentang saya pada saudari.

Tapi, itu semua tiga bulan yang lepas. Hidup saya terus berubah dengan kehadiran saudari. Allah telah menganugerahkan saya hidayah. Saya kembali bertaubat pada-Nya. Saya terpikat dengan imej muslimah yang menjadi identiti hidup saudari. Memang susah ingin mencari yang solehah.

Walaupun UIA, masih ramai lagi pelajarnya yang di luar sana tidak menutup aurat. Di dalam UIA, bertudung. Tapi, bila berada di luar, tudungnya hilang. Tidak ada rasa malu tapi berasa megah dengan menayangkan aurat-aurat mereka. Sikap saya berubah sejak saya mula mengenali saudari melalui tazkirah-tazkirah di surau, blog saudari dan daripada rakan saudari sendiri, Lina Ziana.

Saya ingin menjadikan saudari sebahagian dari hidup saya. Saya pasti, saudari faham maksud saya. Saya telah pun berbincang dengan kedua ibu bapa saya. Mereka tiada halangan. Cuma sekarang, saya ingin bertanyakan pada saudari. Jika saudari setuju, insya-Allah selepas habis belajar hujung bulan ini, saya akan pergi ke rumah saudari untuk berjumpa dengan kedua ibu bapa saudari. Saya tahu hukum-hukum agama.

Memang dulu saya lalai dan asyik hendak berseronok saja. Mungkin sebab itulah saya digelar ‘playboy’. Asyik sangat dengan perempuan. Tapi, itu semua sejarah saya. Saya tak pernah pegang tangan-tangan yang cuba menggoda saya. Baru sekarang saya mula mendalami hukum-hukum agama.

Allah memerintahkan agar menundukkan pandangan dalam surah An-Nur, ayat 30 hingga 31. Patutlah saudari selalu menundukkan pandangan ketika berdepan dengan saya. Baru kini saya faham. Islam tidak pernah ajar kita tentang bercinta atau ber‘couple’ sebelum nikah. Perkara itulah yang sering saya lakukan dulu. Tapi sekarang, tidak lagi! Saya takkan buat! Saya hanya ingin merasai nikmat cinta halal yang mendapat reda Allah iaitu cinta selepas nikah. Sebab itulah saya nak jadi kekasih halal saudari. Saya mohon saudari balaslah surat saya ini dengan jawapan YA atau TIDAK. Saya menghormati apa pun jawapan yang bakal saudari berikan. Wassalam.

Ingin menjadi kekasih halal Raudhatus Sakinah,

-Hanif Al-Radzi-

********

Setiap hari, aku menunggu pembalasan surat daripada dia. Sudah seminggu suratku itu tidak berbalas. Pembelajaranku akan berakhir pada hujung bulan ini. Tinggal beberapa hari saja. Dua minggu lagi akan ada Konvoi. Aku ada kejutan untuk dia. Aku ikhlas ingin jadikannya permaisuri hidupku. Aku akan terus bersabar menunggu jawapan daripadanya. Semua ini memerlukan masa. Ya! Aku tahu.

“Lina, Raudhatus Sakinah ada cerita apa-apa tak dekat kau? Aku dah lama tak nampak dia. Ada apa-apa ke yang berlaku dekat dia? Hari ini hari terakhir aku. Lagi dua minggu barulah kita jumpa lagi,insya-Allah.” Aku memulakan bicara.

Muka Lina Ziana tidak ceria seperti selalu. Dia nampak sedih dan muram saja. Kenapa ya?

“Hanif, aku sokong kalau kau nak kahwin dengan dia. Tapi, aku tak tahulah apa jawapan dia. Dia sekarang ni memang sibuk sikit. Minggu nikandia semester terakhir. Insya-Allah kalau umur ada lagi, nanti kita jumpa di Konvoi. Aku akan pergi dengan Ina. Jangan risau.” Lina Ziana cuba mengukir sebuah senyuman. Senyuman palsu.

Aku mengucapkan salam terakhir padanya dan beredar dari situ. Aku ingin berjumpa dengan sahabat karibku pula, Shahrizal.

“Rizal, jaga diri baik-baik. Insya-Allah nanti kita jumpa lagi di Konvoi. Kau memang kawan baik aku yang terbaik. Hehe. Aku nak balik dah ni. Assalamualaikum.” Aku menyalaminya dan tergesa-gesa beredar dari situ kerana teksi sudah lama menunggu.

Hatiku terasa berat untuk pergi. Kakiku juga seakan membeku tidak mahu berganjak meninggalkan seseorang. Aku kuatkan juga hatiku. Aku percaya pada Allah. Andai aku dan dia punya jodoh, kami pasti akan bertemu lagi. Insya-Allah. Selamat tinggal UIA. Selamat tinggal Raudhatus Sakinah. Semoga umurku panjang untuk bertemu denganmu lagi.

Aku mendongak ke atas. Kelihatan burung-burung berkicauan. Seakan mengucapkan selamat tinggal padaku. Aku hanya tersenyum. Hatiku mengukir kata dalam sendiri.

Burung-burung, tolong sampaikan rasa cinta ini pada seorang hamba Allah yang bernama Raudhatus Sakinah. Doakan aku ya burung! Aku ingin memiliki cinta bersama kekasih halalku!

********

Hari ini, genaplah dua minggu aku meninggalkan UIA tercintaku. Aku masih tertanya-tanya kenapa Raudhatus Sakinah masih belum membalas suratku. Tapi, aku tetap akan menanti jawapan daripadanya. Aku sedang bersiap-siap ingin mengikuti Konvoi UIA di Bukit Cahaya, Shah Alam, hari ini. Semoga aku dapat bertemu dengan dia.

Setelah semua orang datang, kami berkumpul di satu tempat khas. Lelaki dan perempuan duduk berasingan. Kami hanya duduk beralaskan tikar yang di bawahnya terdapat rumput. Kami berkelah sambil berjumpa dengan kawan-kawan lama. Alhamdulillah, Raudhatus Sakinah datang. Dia bersama dengan Lina Ziana. Mukanya agak lain. Pucat dan bibirnya kering.

“Kenapa ya?” Aku asyik bertanya pada diriku sendiri. Ada sedikit rasa bimbang dalam hatiku. Maklumlah, prihatin yang teramat.

Tanpa melengahkan masa, Shahrizal menjemputku untuk menghiburkan rakan-rakan yang datang. Mereka membawa radio yang boleh dipasang CD. Aku meminta Shahrizal memasangkan nada lagu ‘Kekasih Halal’ daripada kumpulan Wali Band. Di saat itu, berdebar hatiku ingin menyanyi lagu tersebut.

“Lagu yang bakal saya nyanyikan ini adalah khas buat si dia yang bertudung merah. Dengarkanlah.” Semua mata yang ada di situ memandang ke arah Raudhatus Sakinah. Ya! Kerana hanya dia seorang yang memakai tudung labuh merah seperti yang dimaksudkanku. Dia terkejut dan mukanya mula merona merah kerana tersipu-sipu malu.

Aku tersenyum dan  mula menyanyi.

Aku telah lelah memilih-memilah

Mencari wanita

Siapakah dirinya yang kan

Menjadi kekasih halalku

 

Tiba-tiba aku terpana

Ada kejutan tak terduga

 

Dia gadis bertudung merah

Hatiku tergoda tergugat

Tak cuma parasnya yang indah

Dia baik dia solehah

 

Dia gadis bertudung merah

Bawalah diriku padanya

Tak akan habis ku berdoa

Jadi kekasih halalnya

 

Jadikan diriku halal memeluk

Halal menciummu

Lekaslah..

Jangan tunda..

Untuk menjadi kekasih halalku..

 

Lagu ini ku nyanyikan khas buatnya kerana mempunyai maksud yang ingin aku sampaikan padanya. Aku harap dia akan membalas suratku.

Selesai saja aku menyanyi, satu tepukan gemuruh berkumandang. Aku melihat ke arah Raudhatus Sakinah. Dia hanya mampu tersenyum. Malu. Bibirnya nampak kering. Mungkin keadaan panas menyebabkan bibirnya kekeringan. Dia duduk bersama teman-temannya.

Sedang aku asyik perhatikan gelagatnya, aku terlihat satu cecair merah mengalir melalui hidungnya. Darah! Dia sakit ke? Atau keadaan panas yang menyebabkannya jadi begitu? Aku nampak dia cepat-cepat mengelap darahnya itu supaya tidak dikesan oleh sesiapa. Tapi, dia gagal kerana aku telah berjaya mengesannya! Risau hatiku dibuatnya. Ya Allah, bantulah dia!

Saat  semua orang sedang leka menikmati hidangan makanan BBQ, tiba-tiba kecoh ada orang pengsan, perempuan. Akucubamelihat siapakah orangnya? Tapi, kesemua perempuan mengerumuninya. Aku mengundurkan diri menuju ke belakang. Aku terdengar mereka menyebut-nyebut nama Ina. Adakah yang pengsan itu Raudhatus Sakinah? Tak mungkin! Aku inginkan kepastian daripada Lina Ziana. Aku memanggil namanya dengan nada yang agak kuat kerana suasana amat bising pada waktu itu.

“Lina, siapa yang pengsan tu?” Tanyaku dengan penuh rasa gusar ingin tahu.

Dengan muka yang serba salah dan sedih, dia memberitahuku,

“Ina pengsan tiba-tiba tadi. Aku dah suruh Syafira dan Ainul hantarkan dia ke hospital dengan segera. Maafkan aku. Sebenarnya dia….” Sengaja Lina Ziana memberhentikan cakapnya itu.

“Sebenarnya dia apa? Cakaplah!!” Tinggi getar suaraku.

Sambil mengalirkan air matanya, dia berkata,

“Ina menghidap penyakit buah pinggang.Adasejenis bakteria  merbahaya membiak dalam buah pinggangnya. Doktor kata, dia kena buat pembedahan secepat mungkin untuk membuang virus merbahaya itu sebelum bakteria tu merebak dan meragut nyawanya. Tapi, kos pembedahannya terlalu mahal sampai dia sendiri tak mampu nak bayar. Mungkin sebab dia tahu dia takkan hidup lama, dia tak balassuratlamaran kau tu. Maafkan aku sebab tak beritahu kau awal-awal perkara ni. Dia tak benarkan aku cerita perkara sebenar dekat kau.”

Air mata lelakiku tidak dapat ditahan lagi. Menitis juga akhirnya. Ya Allah!

“Kenapa dia nak sorokkan perkara besar macam ni? Aku nak pergi ke hospital sekarang. Jom!” Aku, Shahrizal dan Lina Ziana menaiki kereta masing-masing menuju ke hospital di mana Raudhatus Sakinah ditempatkan.

Sampai saja di hospital, aku terus bertemu dengan Syafira dan Ainul yang membawa Raudhatus Sakinah ke sini.

“Ainul, Fira, macam mana keadaan Raudhatus Sakinah? Doktor ada cakap apa-apa tak?” tanyaku dengan nada kerisauan.

“Doktor tengah tunggu ibu bapa Ina datang. Kami dah maklumkan. Ina sekarang ada dekat bilik ICU. Keadaannya kritikal.” Jawab Ainul.

Aku bertanya lagi dengan nada yang agak kurang puas hati,

“Kenapa tak mulakan pembedahan lagi? Kata keadaannya kritikal!”

Doktor menuju ke arahku. Dia mula menyusan kata.

“Bertenang semua. Pihak kami hanya akan mulakan pembedahan jika ibu bapa pesakit bersetuju dengan bayaran yang telah ditetapkan.”  Tenang suaranya.

Aku bertanya dengan sopan,

“Berapa bayarannya doktor?”

Doktor menjawab,

“RM 135,255 semuanya.”

Semua orang yang ada di situ resah kerana bayarannya terlalu mahal. Mana mungkin mereka mampu.

“Baiklah, saya setuju. Biar saya yang tandatangan. Mungkin ibu bapanya lambat lagi nak sampai.” Doktor segera menyerahkan dokumen yang perlu aku tandatangani dan segera mulakan pembedahan.

Satu jam kemudian, barulah ibu bapa Raudhatus Sakinah sampai.

“Pakcik, makcik, saya dah tandatangankan dokumen pembedahan Raudhatus Sakinah. Janganlah risau ya. Insya-Allah, semuanya selamat.” Aku berkata pada kedua ibu bapanya.

Ayahnya, Hamidi bertanya padaku,

“Berapa kos pembedahannya?”

Aku menjawab jujur,

“RM 135,255.”

Pakcik Hamidi tiba-tiba seperti sesak nafas mendengar kos tersebut. Dia mengurut dadanya. Aku cepat-cepat memberitahunya bahawa semua kos pembedahan Raudhatus Sakinah, aku yang akan tolong bayarkan. Pakcik Hamidi terharu bercampur pelik.

“Anak ni siapa? Pakcik tak nak orang lain susah disebabkan anak pakcik.”

“Saya kawan dia. Tak menyusahkan pun pakcik. Lagipun, saya memang bercadang hendak berjumpa dengan pakcik. Saya nak meminang anak pakcik. Saya jujur dan ikhlas ingin membantu. Lagipun, saya memang dah pasang niat untuk memperisterikan dia.”

Dengan riak muka terharu, pakcik Hamidi tersenyum sambil berkata padaku,

“Alhamdulillah, pandai si Sakinah tu cari calon suami. Pakcik dan makcik ni restu kalau kamu nak kahwin dengan anak pakcik. Sejuk mata pakcik tengok kamu. Kamu ni ustaz ke?”

Aku tersenyum girang mendengar kata daripada bakal bapa mertuaku itu. Aku dicop sebagai ustaz? Hehe.

“Saya bukan ustaz. Saya belajar di UIA juga. Sama dengan Raudhatus Sakinah.” Kami sempat berkenalan lebih lanjut. Dia banyak bertanya tentangku. Perbualan kami terhenti apabila doktor keluar daripada bilik ICU setelah dua jam setengah berada di dalam.

“Doktor, macam mana dengan dia?” Aku terus bertanya pada doktor tersebut. Gundah gulana dalam hatiku masih belum surut.

“Alhamdulillah, saat-saat kritikal pesakit sudah lepas. Pesakit stabil sekarang. Hanya keluarga terdekat saja yang boleh ziarah pesakit waktu sekarang ini. Bayaran boleh dilakukan di kaunter. Pesakit boleh pulang dalam masa tiga hari lagi. Saya pergi dulu.Adapesakit lain menunggu. Assalamualaikum.” Doktor itu melangkah pergi.

Hatiku lega mendengar jawapan doktor itu.

“Alhamdulillah, terima kasih doktor. Bayaran saya akan buat sebentar lagi. Waalaikumussalam.” Aku mempersilakan ayah dan ibu Raudhatus Sakinah masuk ke biliknya terlebih dahulu. Aku ingin membuat pembayaran di kaunter. Aku mengajak Shahrizal menemaniku untuk membuat cek bernilai RM 135,255.

“Hanif, kau betul-betul pemurah dan baik hati. Kau tak berkira pun. Mahal pun kau sanggup bayar. Itu yang buat ibu bapa Ina terima kau jadi menantu. Hehe. Tahniah!”

Aku tergelak. Terharu kot!

“Haha. Aku ikhlaslah Rizal. Aku tak mengaharapkan balasan pun. Raudhatus Sakinah tak materialistik. Sebelum ni pun, dia tak tahu lagi yang aku ni anak Datuk. Kita banyak harta pun, kalau sombong dan tak bantu orang yang perlukan pertolongan, apa guna? Nanti Allah tarik balik rezeki kita. Insya-Allah, kalau ada jodoh, aku kahwinlah dengan dia. Hehe. Kau jangan lupa datang. Tapi, dia masih belum membalassurataku. Aku masih menanti jawapan daripada dia. Aku nak jadi kekasih halal dia!”

Rizal cuba menenangkan emosi gundahku,

“Sabarlah. Aku pasti dia terima kau. Dia pun nak jadi kekasih halal kau juga. Hehe. Belum pernah aku tengok kaki lepak dan ‘playboy’ macam kau ni berubah jadi ustaz yang warak’ macam ni. Ina berjaya membuat kau berubah. Alhamdulillah.”

Aku tersenyum sambil membalas,

“Alhamdulillah. Thanks to Allah. Sebab Dia yang buka pintu hati aku ni.”

********

Seminggu pun berlalu. Begitu cepat masa beredar.  Sudah lebih kurang empat hari Raudhatus Sakinah keluar dari hospital. Aku belum pernah lagi menjenguknya. Malu. Semasa hari dia dimasukkan, aku tidak sempat hendak menziarahinya kerana kesibukan yang melanda diriku. Aku masih menunggu jawapan daripadanya. YA atau TIDAK bakal menentukan sama ada aku jodoh dia atau sebaliknya. Doa pada Ilahi tidak pernah aku abaikan.

Sedang aku asyik mengelamun, tiba-tiba, telefon bimbitku berdering. Nombor yang tak ku kenali. Aku menjawab panggilan itu,

“Assalamualaikum.”

Pelik! Suara orang tua yang menjawab.

“Waalaikumssalam. Hanif, ini pakcik Hamidi. Kenal lagi kan?”

“Mestilah saya kenal, pakcik. Mana pakcik dapat nombor telefon bimbit saya ni?”

“Pakcik dapat nombor telefon kamu daripada doktor yang merawat Sakinah tempoh hari. Bila kamu nak datang rumah pakcik? Sakinah dah beritahu jawapannya pada pakcik. Dia sedia menerima kamu.”

Aku bagaikan tak percaya! Mimpikah ini? Raudhatus Sakinah menerima lamaranku? Alhamdulillah. Ku tahan air mataku dari membasahi pipiku.

“Alhamdulillah pakcik. Nanti saya beritahu abah dan ibu saya. Terima kasih. Insya-Allah, minggu depan saya akan datang untuk majlis walimatul urus.”

Selesai berbincang di telefon bersama bakal bapa mertuaku, air mataku deras mengalir dan aku terus pergi berwuduk untuk sujud syukur pada Ilahi kerana telah memperkenankan doaku. Thank you Allah! Aku cinta dan sayang pada-Mu.

********

Selesai lafaz ijabkabul di Masjid Shah Alam, aku dan Raudhatus Sakinah sah menjadi pasangan ‘couple’ suami isteri. Akhirnya, berjaya juga aku jadi kekasih halal dia. Alhamdulillah. Ku kucup dahinya sambil dia menitiskan air mata terharu bercampur bahagia. Air mata gembiraku juga turut mengalir. Subhanallah!! Indahnya pertemuan kisah cintaku ini!! So sweet!!

Malamnya, sebelum aku dan dia merebahkan diri untuk merehatkan badan, aku mengamati wajahnya. Aku cuba menyusun kata untuk dilafazkan pada isteri tercinta.

“Sayang, terima kasih sebab sudi terima Abang jadi kekasih halal Sayang.”

Dia membalas kata-kataku dengan mengukir sebuah senyuman indah. Khas untuk tatapanku.

“Kasih diterima, Abang. Bukan ke Abang yang minta persetujuan Sayang untuk jadikan Abang kekasih halal Sayang? Terima kasih juga sebab sudi jadikan Sayang kekasih halal Abang. Thanks a lot sebab Abang sanggup bayar kos pembedahan Sayang. Tapi, Abang jangan salah faham pula tau. Bukan sebab tu Sayang terima lamaran Abang.”

Sejuk hatiku mendengar kata-katanya.

“Habis tu? Sebab apa ya?” Ujiku.

“Sebab agama yang ada dalam diri abang. Sebab Allah. Sayang bahagia dapat jadi peneman hidup Abang.”

“Alhamdulillah. Kita dah jadi ‘couple’ kan sekarang. Tak payahlah nak berterima kasih lagi. Abang akan sentiasa menerima kasih Sayang. Hehe. Yes! Abang boleh buat apa saja sekarang. Abang boleh rindu Sayang, cium Sayang, pegang tangan Sayang dan peluk Sayang!” kataku sambil menunjukkan reaksi seperti hendak memeluknya.

Dia tersipu malu. Pipinya berubah menjadi putih kemerah-merahan.

“Abang ni, gatal!” katanya sambil mencubit pehaku. Aku ketawa bahagia.

“Kalau Abang tak menggatal dengan Sayang, Abang nak menggatal dengan siapa lagi? Okeylah. Abang nak menggatal dengan jiran sebelahlah esok. Jangan cemburu tau.” Usikku lagi.

Pehaku dicubitnya.  Aku dan dia sama-sama ketawa. Alangkah indahnya nikmat cinta halal ini. Terima kasih Allah! Aku teringat akan janji-Nya dalam surah Nur ayat 26. Terakam janji Allah yang bermaksud :

“Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji, dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula).”

Sebelum tidur, aku memberitahunya bahawa aku akan mengejutkannya bangun untuk qiamulail bersamaku sebelum Subuh untuk memohon restu, reda dan bersujud pada Allah s.w.t. Aku ingin berjumpa dengan kekasih agungku bersama kekasih halalku kini, Raudhatus Sakinah.

********

Jam menunujukkan pukul 3.30 pagi. Aku mengejutkannya supaya bangun daripada tidur. Kami berwuduk dan mengerjakan qiamulail bersama diketuai aku, selaku imam. Usai qiamulail, aku membacakan doa. Isteriku, Raudhatus Sakinah mengaminkan isi doaku. Kami bermunajat pada Ilahi. Aku berdoa pada-Nya dengan penuh pengharapan. Isteriku mengaminkan doa yang ku baca dengan penuh pengertian.

Ya Allah, kami mohon pada-Mu agar diampunkan dosa kedua ibu bapa kami, dosa-dosa kami dan dosa seluruh umat Islam. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang bakal menjadi pejuang syahid fisabilillah. Redhailah dan restuilah tali pernikahan kami ini agar berkekalan hingga ke syurga Firdausi. Janganlah Kau biarkan kami hanyut dengan nafsu duniawi sehingga melupakan ukhrawi-Mu. Bimbinglah hati kami sentiasa. Jadikanlah kami pasangan bahagia dunia dan akhirat. Terima kasih ya Allah kerana dengan izin-Mu, Kau jadikan kami  kekasih halal. Kau perkenankan juga doaku untuk menjadi kekasih halal isteriku. Semoga Kau panjangkan jodoh kami agar kami dapat berjumpa dan berkasih sayang lagi di akhirat kelak. Di Syurga-Mu.

Amin ya rabbal a’lamin…

Usai membaca doa, dia menyalamiku. Aku menghadiahkan sekuntum senyuman manis padanya dan mengucup dahinya. Subhanallah!! Cinta di hatiku mula berbicara. Berbunga dan terus berbunga. Moga mekar hingga ke Syurga.

Ya Allah, jadikanlah isteriku ini seorang isteri yang mentaati-Mu dan mentaati suaminya. Jadikanlah dia ibu yang akan mengasuh anak-anakku dengan ajaran agama mulia-Mu. Berkatilah hubungan kami ini agar aku dan dia kekal bahagia  sehingga maut menjemput kami untuk kembali ke pangkuan-Mu.

***TAMAT**

 

113 comments on “AKU NAK JADI KEKASIH HALAL DIA!!

  • bestnya..
    terharu la dengan sikap Hanif..
    baiknya..
    smoga kita sbg muslimah, dapat mncontohi imej Raudhatus Sakinah..

    cerita ni best..
    suka duka ada..
    hampir nak menangis baca cerita ni..
    dah besar nanti, buat novel pula tau..
    mesti lagi best..
    gudluck!

  • subhanallah…
    aq pon hmpir nk ngs….
    ni la cite yg aq nnt2kn…
    agk’y,klow dorg b’2 mati lg sdih kot…
    slmt ko xwt jln cte mcm 2…
    wana…,
    cte nie memg bez laaa…
    sayang ko!!!!!

    • alhamdulillah..
      syukran kasiran buat yg telah sudi utk mmbacenye..
      ade yg smpai nk nanges..

      reader : citer ni maen reka je..sje je tulis nk isi mase lapang..hehe

      sakinah : aku memang xnk tulis jln cternye di0rang mati..
      nnt lg lah k0 nanges kan..hehe

  • nice love story!
    best!
    memang terharu…
    jgn lupe tau..
    besr nanti, buatlah novel..
    ada bakat ni..
    insyaAllah..
    citer ni memang best!
    lagu wali tu pon best..
    syok mmbacenye..
    🙂

    • salam..
      syukran buat semua ye..

      amal, cter ni tak tau la bt0l ke x..
      sy maen reka2 je..
      tetibe terbit pulak idea yg cm kat ats nie..
      kal0 bt0l, untung Raudhatus Sakinah dan Hanif Al-Radzi tu kan..
      hehe..

  • subhanallah!!
    sngguh mmpsonakan….
    marilah kt brsama sama mnjadi spt hnif & raudhatus sakinah…

    smoga kt bahgia dgn cinta dr Allah & brsykur dgn sgala nikmatNya…IsyaAllah.

  • best la crite nie….

    “ Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang
    melabuhkan cintanya padaMu agar bertambah kekuatan ku untuk menyintaiMu…

    Ya Muahaimin, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku ke dalam jurang cinta nafsu..

    Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatikupadanya agar tidak berpaling daripada hatiMu”

  • terima kasih semua sebab sudi baca cerpen yg x seberapa matang aytnya ni..
    masih dlm proses pematangan ayat..hehe
    x sangka ramai pulak yg suka..
    alhamdulillah..
    TERIMA KASIH YA.. 🙂

    jadikanlah cerita ni sbg pedoman bg hati2 yg ingin kembali fitrah kepada-Nya..
    jgn disalahgunakan CINTA..
    cinta itu amt mahal dan x terucap pengertiannya..
    cinta bukan sesuatu yg boleh diukur, dijual, dijaja..
    cinta bukan hiburan nafsu semata-mata..
    cinta bukan harta dan mainan rasa..

    tapi, CINTA itu sesuatu yg akan membawa kita kembali kpd fitrah manusia..
    kita hanya di taraf hamba..
    cinta itu indah..bila berlandaskan al-quran dan as-sunnah..
    bila tujuannya kerana Allah..dan bila matlamatnya Syurga yg barakah.. 🙂

  • alhamdulillah…
    bersyukur rasanya kalau dpt suami yg betul2 menyayangi isterinya.. pandai menjaga maruah dirinya walaupun sifatnya yg agak suke main2 2 kn..

    zaman skrg mmg susah nk cari wanita yg btul2 solehah taat pada agamanya, menjaga batas pergaulannya…

  • Subhanallah pada kiraanku amat bagus sekali cerita sebegini…moga2 kita tanpa mengira jantina dapat bertemu dengan jodoh yg pantas dan cocok dengan kita…amin

    Kepada saudari wana93, terima kasih kerna menulis cerpen sebegini…harapan kami agar kamoo menjadi penulis yang baik & penulisan kamoo semakin bermutu..شكرا لك يا صديقي

  • salam…mabruk!! moga kita suma tmasuk dlm golongn yg soleh & solehah…amin.. insyaAllah,terukn usaha dlm mghasilkn karya yg mnarik umat islam ke arh kebaikan..

  • salam…mabruk!! moga kita suma tmasuk dlm golongn yg soleh & solehah…amin.. insyaAllah,terukn usaha dlm mghasilkn karya yg mnarik umat islam ke arh kebaikan..

  • satu jln crita yg sgt menarik dah sejujurnya,mmg terkesan dalam hati,..alhmdlillah,..smoga driku juga trplih utk mnjd golongn yg sntiasa brada dlm krdhaan Allah

  • cite ni dah wt sy yg membacanya terharu..saya berharap dpt jd muslimah sejati seperti die dan mendapat kekasih halal yg sgup brkorban demi cintanya kpd allah dan isteri

  • geli r cerpen camni… tak cukup realiti… watak terlalu sempurna… cuma angan2 dan impian golongan tertentu shj… hakikat sebenar… fikir2kan lah

    • cter ni memang ade realitinya..
      banyak dah..
      setahu sy la..
      semua orang fitrahnya ingin jadi baik dan berubah jd baik..
      itu fitrah..
      xde manusia yg ingin terus-terusan jahat dan diselubungi dosa..
      xde manusia yg ingin masuk ke Neraka..
      jika ditanya, semua ingin ke Syurga..
      namun, sejauh manakah amalan kebajikan dan kebaikan serta ibadah yg kita lakukan utk masuk ke dlmnya??
      atau..hanya kata-kata saja??
      jangan fikir dari mana kita bermula..
      tapi, fikirlah di mana pengakhiran kita??
      baik atau jahat…??
      tepuklah dada..tanya iman diri kita sendiri..
      segala-galanya kerana Allah..
      🙂

  • alhamdulillah….sme2 lah kte mgmbil pgjrn drpda cerpen ini.subhanallah….inilah cerpen yg pling hebat n ana xprnh mmbce cerpen yg semantap dan sebaik ini…moga kasih ALLAH brsmamu wahai saudaraku.mabruk ilaik(“,)

  • assalamualaikum..
    terkejut..
    sama dgn nama sy..
    jalan cerita hmpir sma dgn yg sy alami..
    harapan hanif dlm cerita ni sama dgn harapan sy..
    mmbuat titisan air mata brlinangan……

    • opssss..
      yeke? hehe..
      citer ni xde kaitan dgn sesape pon..
      maaf yer kalo terasa..
      semoga bertemu bahagia..
      mohonlah pada Allah..
      jangan pinggirkan Allah dlm soal hati..
      jagalah Allah, nescaya Allah akan menjagamu..

      • x terasa pn..
        hebat la cerita ni..
        cuma taraf pendidikan,
        taraf keluarga,
        & status sja y bbeza..
        kebetulan y sgt menarik..
        =)

      • menarik,, prnh baca skali dlu…
        Lg best klu ada suasana mcm “bunyi burung berkicauan”, “embun yg mengalir”, “panas terik”, etc… Kiranya ada complete latar2 yg kte bljr dlu(latar msyrkt, tmpt, etc…)
        Hope terus cmrlng k….! Gud lux ! =D

      • syukran ye firdaus..
        ye..memang menarik kalau ade suasana mcm tu..
        tp..cter ni dulu maen2 je buat..
        malas nk edit2 sgt..hehe..
        insyaAllah..semoga sukses jugak..di dunia dan akhirat.. 🙂

  • kalau dalam cerita memang kita boleh cari kesudahan yang kita bayangkan, cuma dalam dunia realiti hanya Allah shj yang tahu apakah kesudahan cerita kita ini..
    bagi kaum hawa minta jgn lah terlalu percayakan lelaki..kalau iri hati dgn kawan2 yang dah jumpe dgn pasangan hidupnya cuba r minta lah mereka mendoakan utkkita juga dan fikirkan adalah kita benar – benar sedah bersedia untuk mengharungi alam rumah tangga? atau sekadar ingin halalkan apa yang haram? saya lebih suka fikir yang kadang2 lebih baik sendiri jika kalau berkahwin tetapi tidak bahagia..terpulang kepada pendapat masing – masing..bukan anti perkahwinan cuma lebih berhati2..

    • sila-sila..
      tak perlu minta izin..
      segala yang ada dalam blog ini adalah untuk perkongsian kita bersama..
      semoga bermanfaat.. ^^
      moga Allah reda.. =D

  • Cerita bagus.saya terharu dgn cerita ini.harap penulis cerita ini dpt in touch dgn saya.ade sesuatu yg sy nk beritahu.saya harap penulisnya akan kirimkan email kepada saya.terima kasih.syabas!

    • alhamdulillah. 🙂
      moga dpt kita amalkan sama2 kebaikannya..
      saudari boleh tinggalkan mesej di inbox FB saya.. 🙂
      insyaAllah..salam ukhuwah.. 🙂

  • Leave a reply to nick Cancel reply