FESTIVAL USAHAWAN ISLAM DI MASJID NEGERI SHAH ALAM

Published February 26, 2010 by wana93

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Di sini, saya saja ingin membuat sedikit pengumuman tentang Festival Usahawan Islam di Masjid Negeri Shah Alam selama 4 hari (25-28 Februari ini). Banyak aktiviti2 menarik yang telah pengurus sediakan.

Antara aktiviti2nya ialah..

25 Februari 2010, Khamis, 9.00 malam

–  Perasmian oleh Dato’ Haji Mohammed Khusrin bin Haji Munawi, Pengarah JAIS.

–  Persembahan artis Renggo Arrow dan Muaz.

26 Februari 2010, Jumaat, 9.00 malam

–  Forum Perdana Hal Ehwal Islam

–  Ahli panel : Ustaz Wan Sohor Bani Leman, Pensyarah UIA Gombak.

Ustaz Fauzi Mustafa

–  Pengerusi Forum : Ustaz Sapian

27 Februari 2010, Sabtu

9.00 pagi

–  Pertandingan Mewarna Terbuka, 7 tahun – 10 tahun

9.00 malam

–  Persembahan Dikir Barat Kumpulan Tunas Arjunasuka dari Tanah Merah, Kelantan.

Tema : Membangun Bersama Islam.

28 Februari 2010, Ahad

9.00 pagi

–  Ceramah Kemanusiaan Palestin bersama Yayasan Aman

9.00 malam

–  Konsert Kesenian Islam bersama Rabbani, UNIC, As-Saufi serta pengacara jemputan, Khairul Azhar Santan Berlada.

Selain itu, terdapat juga gerai-gerai jualan di sana. Banyak kedai baju la. T-shirt labuh muslimah yang dijual di sana, lawa-lawa. Tak sabar nak beli. Dapat satu pun jadilah. Hehe. Abah pun ada niaga kat sana. Jual produk jambu Pak Cu 916. Jangan lupa singgah ye! Hehe. Kat sana, ada seorang hamba Allah ni..istimewa orangnya. Insaf tengok dia. Simpati pun ada.  Walaupun diri ini juga punya keistimewaan dan kelebihan yang ALLAH beri, diri ini tetap bersyukur kerana sempurna dalam melakukan tugasan harian. Alhamdulillah 🙂

Lihatlah orang yang kurang bernasib baik, nescaya diri akan berasa insaf dan bersyukur akan nikmat pada diri.

Masa hari Khamis, saja je datang sana, abah suruh jalan2. So, pergi la kat sana dengan adik-beradik naik kereta kakak. Saya bawak sekali buku yang baru dibeli iaitu Bawa Hatimu Kepada Tuhan. Boleh baca2 kat sana kalau kebosanan melanda. Best tau buku tu! Jangan lupa baca ye!  Sejuk telinga ni mendengar zikir taubat yang didendangkan di sana oleh tak ingatlah namanya. Tapi, best la. Kat sana, boleh pulak terjumpa dengan Ustaz Shahmuzir (bekas guru di skul tercintaku, SAMSHSB) dan si comel Faisal. Lama tak nampak, tetibe terserempak. Baru lepas solat di masjid. Alhamdulillah. Ada kesempatan bertemu lagi dengan ustaz 🙂

Alhamdulillah. Homework pun dah nak siap. Ada lagi sikit je. Boleh siapkan awal2, Jumaat malam, nak dengar Forum Perdana. Hari Sabtu pagi ni, insyaAllah kalau takde aral melintang, nak ajak my loving friends pergi sana. Hope diorang boleh. Tak sabar tunggu hari Ahad ni sebab ada UNIC and Rabbani. My favourite team nasyid. As-Saufi pun best jugak! All nasyid is the Best!

Marilah sama2 kita mengimarahkan masjid dan selepas itu, memenuhi ruang Festival Usahawan Islam ini. Banyak ceramah2 agama yang dianjurkan. Jika Sureheboh boleh beribu orang yang datang, kenapa tidak di festival Islam ini? Sebab tak best? Sebab takde artis dan pelakon popular? Sebab takde penyanyi perempuan? Sebab tak boleh dating berdua kat kawasan masjid? Tepuklah dada dan tanya serta suluhlah iman masing2.

Wassalam..

3 comments on “FESTIVAL USAHAWAN ISLAM DI MASJID NEGERI SHAH ALAM

  • tu la..
    kite g pun xde orang sgt kan..
    sbb mesti ramai orang yg g Jomheboh kan..
    mlm ni Rabbani ade ek?
    tak tau la dpt g ke x..
    esok dh nak skola..
    keje pun aku tak siap lagi..
    hehe

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: