TERIMA KASIH, SAHABAT!

Published March 5, 2010 by wana93

Sahabat adalah orang terdekat kita setelah ibu bapa dan adik-beradik. Sahabatlah yang sering menjadi tempat luahan dan aduan dikala kesedihan melanda diri. Sukar mencari sahabat yang baik yang boleh membawa kita kepada kebaikan di dunia dan akhirat. Payah untuk memiliki sahabat yang suka memberi nasihat dan teguran untuk memperbaiki diri daripada kesilapan sama ada sedar atau tak sedar.

Alhamdulillah..Saya memiliki sahabat2 yang insyaALLAH akan berusaha bersama-sama menuju Ilahi. Ada juga sahabat2 yang terlalu sosial. Saya tidak mendekati sahabat yang terlalu sosial ini kerana takut akan terpengaruh oleh pengaruh negatif (spt ‘couple’ , merokok, mengumpat, bergosip, fitnah-menfitnah) yang akan menyebabkan iman boleh berkurang dan hilang. Na’uzubillah.. Cuma, dalam hal pelajaran saja saya mendekati mereka.

Terima kasih buat 2 orang sahabat lelaki ku yang telah menegur saya dan seorang rakanku. 2 orang sahabatku itu ku doa agar mereka menjadi orang yang soleh dan beriman, insyaALLAH.  Nak tahu siapa? orangnya ialah  *a*** dan *a**** 🙂

Mereka tegur kerana kitorang tergelak. Bisingla kan. Mula2 dulu memang tak suka! Benci! Mana taknye, asyik2 kena marah! Orang lain gelak ketawa diorang tak tegur pulak! Siapa tak geram kan? hehe. Tapi, suatu hari tu, tetiba seorang sahabat tu menegur saya dan bertanya dengan terus-terang, “Kau ada simpan apa-apa tak puas hati dengan aku ke? Kau tak selesa ke bila aku tegur2 kau. Aku bukan marah. Aku tegur.” Saya diam jela.. dalam hati, memang pon! Huhu.. tapi, time tu la masing2 meluahkan apa yang tak puas hati..! Saya dan seorang rakan, *a*** berdebat dengan diorang. Macam2 isu umat yang kitorang bincangkan. Akidah seseorang itu amat penting untuk jiwa setiap mukmin. Dan banyak lagi. Best tau! Banyak yang baru kitorang tahu. Niat diorang baik, cuma, caranya je tak kena. Tapi sekarang, alhamdulillah.. kitorang mintak maaf dan semuanya zero!  InsyaALLAH.. Dah tak ada perasaan benci2 dah! Dah tak ada simpan apa2 perasaan tak puas hati. Saya sayang semua kawan2 saya.

*a*** dan *a***** pernah memberitahuku bahawa bukan senang nak jumpa kawan yang selalu boleh nasihatkan kita, yang selalu tegur kesilapan kita. Maybe betul dia tegur. Kadang2 kita tak sedar kesilapan kita. So, terima jela apa yang diorang cakap tu. Ada betulnya. Alhamdulillah.. Untung ada sahabat yang macam diorang tu.. tak ramai dan sukar dicari sahabat yang sebegitu. Sahabat yang baik.

terima kasih kepada sahabat2ku di Myspace, Facebook, Tagged, Hi5, Ym dan lain2 lagi kerana selalu memberi tazkirah, nasihat dan teguran..
syukran banyak2.. 🙂

Hadis ada mengatakan,

Daripada Abu Hurairah r.a. ,Nabi s.a.w bersabda:”Seseorang insan adalah terikut-ikut dengan adat kebiasaan sahabatnya.Maka hendaklah kamu melihat dgn siapa kamu bersahabat.”(Riwayat al-Tirmizi dan al-Hakim)

Daripada Abdullah bin Amr r.a..,Rasulullah s.a.w bersbda:”Sahabat yg terbaik di sisi Allah adalahsahabat yg paling banyak berbuat baik kpd sahabatnya.”(Riwayat Ahmad dan al-Tirmizi)

Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita. Carilah sahabat yang membawa kita kepada Ilahi. Yang mengingatkan kita dikala kita alpa. Menegur kita dikala kita buat silap dan menjaga maruah dan keaiban diri kita.

Pengajarannya di sini ialah, sentiasalah kita bersyukur dan berterima kasih jika kita dikurniakan kawan dan sahabat2 yang baik iaitu yang selalu ingin menasihati dan menegur kesilapan kita. Jangan benci! Tak baik tau! Jangan gaduh2! Lagi tak baik!

Daripada Jubair bin Mut’im r.a., Nabi s.a.w. bersabda : “Tidak akan masuk syurga pemutus silaturrahim” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Terima Kasih, Sahabat2ku! I LOVE U ALL BECAUSE OF ALLAH! 🙂

One comment on “TERIMA KASIH, SAHABAT!

  • Alhamdulillah Syazana…
    Dengan kesempatan niy aku nak minta maaf…
    Aku tak tau nak cakap mcm mne..
    Mmg aku niy bukan la org yang berilmu…
    Ilmu niy..jangan org beri..klau boley kte cri dan lalui…
    bru kte dpt mnfaat kn..dan kte amalkn…
    aku mmg x ske org yg beri ilmu kt aku…
    sbb bile org yg mmberi…kite sush nk amlkn…
    mgkin boley diamalkn…tp,ckit…
    Bile kite cri sndiri…kite lbih mudh memahami….
    dan mghyati…
    Apabile mnyentuh bab sahabat…
    Manusie x smpurne termasuk ape yg ALLAH anugerahkan kepada kite iaitu sahabat kite…
    Ape yang ALLAH anugerahkan…merupakan juga ujian…
    Baik sahabat kite…baik lah kite…
    Buruk sahabat kite..buruk lah kite..
    bukan kite xboley kwn dgn org2 yg kurg akhlak nye…
    tp,,jgn smpai kte terpgaruh dgn mreke…
    Manusie yg mmbsar niy…perskitaran main peranan termasuk shbat…didikn ibu bapa..termasuk perkara yg berlaku dpn mte die..
    ……………………………………………………………………………………………..

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: