ISRAK DAN MIKRAJ

Published July 12, 2010 by wana93

FORUM PERDANA ‘ISRAK DAN MIKRAJ’

DI SEKOLAH SAMSHSB

Moderator : Ustaz Izwan Baidawi

Penceramah 1 : Ustaz Marzuki Manan

Penceramah 2 : Ustazah Norlelawati

Penceramah 3 : Ifthiqal 5(1)

Forum Perdana dekat sekolah selama 1 jam memang best dan syok mendengarnya. Cerita pasal macam-macam tapi tentang Israk Mikraj laa. Sedikit perkongsian ilmu yang dapat saya catat semasa telinga mendengar forum berkenaan.

Zaman Nabi s.a.w. dulu, orang Yahudi tak percaya cerita tentang perjalanan Nabi. Abu Bakar as-Siddiq yang membenarkan kata-kata Nabi.

Firman Allah dalam surah al-Israa ayat 1 yang bermaksud :

Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al Masjidilharam ke Al Masjidil ‘aksa yang telah Kami berkahi sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebagian dari tanda-tanda (kebesaran) Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

–       Orang yang suka bersedekah, hartanya tak akan berkurangan atau habis.

–       Mulianya seseorang itu adalah apabila dia hidup.

–       Yakin hanya Allah saja yang dapat bantu kita.

–       Bila kita sedih, duka, lara, mengadulah sepuas-puasnya pada Allah dan kembali padaNya. (Nabi juga bersedih : Tahun Sedih (‘amulhazan) kerana kematian isteri tercinta baginda, Siti Khadijah dan bapa saudaranya, Abu Talib)

–       Taat kepada Allah ( Jaga hubungan dengan Allah)

–       Taat kepada Rasul (Ikut dan cinta Nabi)

–       Taat kepada kedua ibu bapa (Jangan melawan cakap, merendah diri di hadapan mereka)

–       Solat itu menghubungkan hamba dengan Allah

–       Nabi dilihatkan orang yang menghempap kepalanya dengan batu,  kemudian, hancur kemudian pulih semula dan melakukan perbuatan itu berkali-kali tanpa henti sebab lalai dalam solat, tak khusyuk dan suka lambat2kan solat.

–       Kita kena sentiasa check kualiti solat kita kerana solat yang baik akan dapat membimbing seseorang itu ke jalan yang benar.

–       Solat kita baik, insyaAllah, akhlak kita juga akan baik dan akan dapat mencegah kemungkaran.

Firman Allah yang bermaksud :

Hai anakku, dirikanlah salat dan suruhlah (manusia) mengerjakan yang baik dan cegahlah (mereka) dari perbuatan yang mungkar dan bersabarlah terhadap apa yang menimpa kamu. Sesungguhnya yang demikian itu termasuk hal-hal yang diwajibkan (oleh Allah). (Surah Luqman : 17)

–       Nabi juga diperlihatkan wanita yang memakan dagingnya sendiri sedangkan di bawahnya terdapat neraka. Balasan bagi wanita yang berhias secara berlebihan dan suka membuka keaiban orang lain.

–       Nabi juga melihat wanita yang kena bakar rambutnya dan otaknya mendidih. Balasan tidak menutup aurat.

–       Wanita kena pandai pelihara dan jaga diri baik2.

–       Hiduplah secara beragama.

–       Sentiasa patuh dan taat pada perintah Allah dan tinggalkan yang dilarangNya.

–       Sentiasa memperbaharui iman kita dengan beristighfar dan berzikir selalu.

–       Memantapkan diri dengan ilmu pengetahuan agama.

–       Mencintai ilmu.

–       Jauhkan diri daripada gejala maksiat.

–       Hendaklah sentiasa jaga batas pergaulan.

–       Tambahkan iman.

–       Membina ukhuwah yang baik sesame insan.

–       Memelihara dan mempertahankan agama Islam tercinta.

–       Sentiasa memaafkan dan meminta maaf.

Wassalam 🙂

Advertisements

One comment on “ISRAK DAN MIKRAJ

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: