KUASA TAHAJUD

Published September 5, 2010 by wana93

Tahajud atau amalan bermunajat di sepertiga malam adalah cara yang paling mustajab untuk kita sebagai hamba berhubung dengan Allah s.w.t.

Tetapi, satu persoalan boleh ditimbulkan berhubung perkara ini ialah kenapa Allah meletakkan masa untuk sembahyang Tahajud pada tengah malam ketika suasana sunyi, sejuk dan penuh keheningan??
Jawapannya : Allah mahu menguji sejauh mana taatnya seorang makhluk yang mengaku berTuhankan Allah.

Sesungguhnya ketika itu adalah waktu yang paling nikmat untuk tidur. Namun, pada kesukaran inilah tersembunyi suatu rahsia Allah yang hanya sedikit sekali diketahui hambaNya. Sekalipun senbahyang Tahajud sekadar sunat, tetapi kelebihannya amat besar di sisi Allah.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : “Dan dari malam, hendaklah engkau bertahajud (tinggalkan tidur untuk sembahyang) semoga Tuhanmu mengangkat kamu pada kedudukan yang terpuji.” (Surah al-Israa’ : 79)

doa itu senjata Muslim

Ia peluang keemasan untuk manusia daripada Allah untuk mengukuhkan hubungan mereka dengan Pencipta.

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan akan membangunkan isterinya dan kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Dan Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan sembahyang dan membangunkan suaminya dan jika suaminya enggan, dipercikkan air di wajahnya.” (Riwayat Abu Daud)

Apabila diberitahu kepada Rasulullah s.a.w tentang seorang lelaki yang tidak bangun Tahajud dan bangun ketika waktu sudah Subuh, Rasulullah s.a.w bersabda : “lelaki itu telah dikencing syaitan di dua telinganya.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)

Orang yang lemah imannya akan berasa berat untuk sembahyang, berat untuk menolak selimutnya walaupun berat selimutnya tidak sampai setengah kilogram.

Saidina Umar Al-Khattab menyatakan fadhilat atau kelebihan sembahyang malam dengan berkata, maksudnya : ” Sesiapa mengerjakan sembahyang malam (Tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat.

Kurniaan di dunia ialah :
– Jauh daripada segala penyakit
– Lahir kesan takwa pada wajahnya
– Percakapannya mengandungi hikmat
– Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan diberkati)

Kurniaan di akhirat pula ialah :
– Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri
– Dipermudahkan hisab
– Cepat melalui titian As-Siraat > seperti kilat
– Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan

Walaupun manusia sedar akan ketinggian kedudukan sembahyang Tahajud, namun, sedikit sekali manusia yang sanggup dan bersedia melakukan sembahyang ini. Bagi mereka, tidur lebih seronok dan lebih utama.

sujud seorang hamba

Biasanya, permohonan seseorang untuk mendapat sesuatu itu cepat mendapat layanan apabila tidak ramai orang memohonnya. Oleh itu, mohonlah keampunan dan limpahan rahmat Allah di saat orang lain sedang nyenyak tidur diulit pelbagai mimpi. Selepas itu, hiaskan Tahajud kita dengan solat sunat Taubat dan Hajat. Sebab itu, kurangkanlah tidur dan banyakkanlah bersolat dan beramal ibadah di tengah malam. Sama-sama kita bermunajat pada Ilahi. 🙂

4 comments on “KUASA TAHAJUD

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: