ILMU IKHLAS

Published October 16, 2010 by wana93

Selalu orang kata, “kalau nak buat sesuatu, kena ikhlas, bukan kerana terpaksa atau dipaksa.” Apa sebenarnya ikhlas ni?? Cakap senang kan..nak praktikkan tu yang agak payah kalau kita tak tahu tentang ilmunya. Jom kita sama-sama belajar ilmu ikhlas.

Yakin adalah sesuatu yang abstrak kerana ia sukar diukur. Yakin adalah perkara penting dalam hati manusia. Hanya dengan yakin sahaja, kita mempunyai rasa perhambaan dan pergantungan kepada Allah s.w.t. yang mencipta kita.

Daripada yakin, kita memperolehi ikhlas. Ilmu ikhlas seperti yang disebut dalam filem Indonesia, Kiamat Sudah Dekat adalah ilmu yang memberi pengertian kepada ‘inna solati wanusuki wamahyaya wamamati lillahi rabbal a’alamin’. Pengertian yang akhirnya menyebabkan kita :

>> Belajar bukan kerana peperiksaan.
>> Mengelak bertemu dengan bukan mahram bukan lagi kerana takutkan kehadiran dan pujukan jahat syaitan.
>> Berpuasa dan terus bersembahyang tanpa mempedulikan sama ada orang memandang atau tidak.
>> Menderma tanpa berasa ragu-ragu dengan balasan Tuhan di akhirat kelak.
>> Membantu sesama insan tanpa prejudis.
>> Membaca al-quran sebanyak-banyaknya tanpa jemu dan bimbang tidak mempunyai cukup masa mengulangkaji pelajaran.

Dan banyaaak lagi!! Segala-galanya menjadi indah apabila dilakukan ikhlas kerana Allah.

Tetapi, bagaimana hendak memperoleh keyakinan yang betul yang Tuhan itu adalah seperti 99 namaNya??

Nabi Muhammad saw pernah berkata, seperti yang dilaporkan oleh Anas, Bukhari dan Muslim, “Ada tiga perkara yang apabila terdapat dalam hati manusia, dia merasa manisnya iman. Pertama, mencintai Tuhan dan utusan Tuhan melebihi segala-galanya di dunia. Kedua, mencintai seseorang kerana Tuhan dan yang ketiga, benci kembali kufur sebagaimana dia benci dicampakkan ke dalam neraka.”

Perkongsian ilmu dari buku Akrab Dengan Tuhan..

2 comments on “ILMU IKHLAS

  • “Mengelak bertemu dengan bukan muhrim bukan lagi kerana takutkan kehadiran dan pujukan jahat syaitan”.

    Maafkan andai terasa jika teguran ini tidak kena pada tempatnya atau mengguris hati.

    ‘Mahram’ bukan ‘muhrim’.
    Muhrim itu orang yang sedang mengerjakan ihram.

    Maafkan juga jika ana salah.
    Jazakillah.

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: