HARINYA SEMAKIN TIBA!

Published November 12, 2010 by wana93

Hari berganti hari, masa itu semakin kian menghampiri,
Tengok kalendar denyut nadi terasa laju,
Lihat jadual peperiksaan SPM 2010, semangat mula tercabar,
Renung muka ibu abah, jiwa semakin inginkan kejayaan,
Wajah penat lelah guru bermain di kalbu,
Impianku ingin menghadiahkan kejayaan pada mereka,
Result Trial ok-ok saja, semakin aku ingin berusaha,
Moga apa yang diimpi kan menjadi nyata.

Ku mohon maaf kepada guru-guru tercintaku,
Memang aku bukan pelajar terbaik di hatimu,
Namun aku akan usaha untuk menjadi lebih baik dari semalam dan kelmarin,
Itu yang hatiku sering bicarakan,
Mampukah aku?
Itu semua bergantung pada usaha kerasku,
Dan doa pada Allah,
Kata-katamu menjadi pegangan dan azimat di hatiku,
InsyaAllah..!

Kepada sahabat-sahabat tersayang,
Aku mohon seribu kemaafan,
Andai aku sering melukakan,
Andai aku sering men’touching’kan perasaanmu,
Itu semua lumrah kehidupan,
Ada tangis dan ada senyum,
Yang penting, kita mesti berusaha untuk cuba menggenggam kejayaan bersama-sama.

Kepada semua,
Doakan kejayaanku dan teman-teman seperjuanganku,
Dalam menghadapi SPM 2010,
Moga kita bertemu dan berkasih sayang lagi di Syurga yang penuh harmoni.

Apa pun keputusanNya nanti,
Aku akan redha,
Targetku tidaklah setinggi pelajar ‘best student’,
Hanya sekadar yang ku mampu, aku akan cuba,
Moga Allah permudahkan segalanya.

Ya Allah, permudahkanlah urusanku dan rakan-rakanku dalam menghadapi peperiksaan. Bimbinglah kami. Amin.

*Saya kini berada dalam zon ‘DARURAT’. Jadi, kita akan bertemu lagi pada 20 Disember 2010 (lepas habis SPM). Maaf andai saya lambat reply mesej di YM atau di FB. Fokus saya kini hanya SPM, so, saya akan kembali meng’online’kan diri pada tarikh yang disebutkan tadi kecuali jika ada hal-hal yang penting, saya akan menyelit untuk online (+_+). Saya akan cuba buat yang terbaik dan berkorban untuk SPM kerana Allah, insyaAllah. Ingat daku dalam doamu.

Wassalam..

3 comments on “HARINYA SEMAKIN TIBA!

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: