SELAMAT TINGGAL SEKOLAHKU!

Published December 21, 2010 by wana93

Berakhirnya peperiksaan SPM, berakhir jugalah sesi persekolahanku di sekolah tercintaku, Sekolah Agama Menengah Sultan Hisamuddin Sg.Bertih. Hati rasa puas dan gembira sebab dah habis peperiksaan, tapi, jiwa tetap sayu dan pilu sebab nak berpisah dengan sekolah ( especially guru-guru ).

Sekolah ni banyak mengajar dan mendidik aku tentang suka duka, tawa gembira, kecewa terluka dan macam-macam lagi tentang kehidupan.

Di sini aku bertemu dengan insan-insan yang tak mengenal erti jemu dan lelah dalam menaburkan ilmu pengetahuan kepada aku dan semua pelajar iaitu guru. Guru memang aku akui bahawa hatinya sarat dengan kasih sayang, jiwanya kental dengan kerenah murid dan dirinya tak pernah penat dalam menabur bakti. Walaupun kadangkala guru memarahi kita, itu tandanya dia menyayangi kita. Tidak ada guru yang membenci murid-muridnya. Tetapi kebanyakan muridlah yang membenci guru-gurunya. Alhamdulillah, aku tidak pernah menyimpan perasaan benci pada mana-mana guru. Kerana aku tahu, berkat seorang guru dalam kehidupan seorang pelajar amat penting. Terima kasih cikgu!!

Di sini juga aku menemukan kasih insan yang bergelar kawan, sahabat dan teman. Berkenalan, kemudian menjadi kawan, kemudian menjadi sahabat yang sentiasa ingat mengingati ke arah kebenaran dan menjadi teman yang setia atas naungan Yang Maha Esa. Memang tak semua kawan dan sahabat yang kita jumpa dapat membawa kita ke jalan-Nya tetapi kitalah yang harus dan mesti sentiasa mencuba untuk menjadi seorang kawan dan sahabat yang membawa sahabatnya ke jalan Ilahi. Janganlah sesekali kita menjadi seorang sahabat yang menghumbankan sahabatnya ke dalam Neraka. Na’uzubillah. Berpesan-pesanlah kita dengan kebenaran dan kesabaran.

Sekolah ini juga yang telah menemukan aku dengan hidayah-Nya. Dengan bimbingan tazkirah, nasihat dan ceramah daripada khidmat sekolah ni, bukan sedikit tapi banyak yang telah disalurkan kepada aku dan pelajar lain bagi membentuk hati dan jiwa nurani yang berakhlakkan Islami. Sekolah bukan tempat untuk dipersalahkan andai gejala sosial dalam kalangan pelajar semakin menular walaupun bersekolah agama kerana sekolah hanyalah wadah, yang menjadikan diri kita sebagai apa adalah pendirian diri sendiri dan persekitaran kita termasuklah ibu bapa, pengaruh rakan sebaya, dunia luar (internet,handphone) dan lain-lain lagi.

Pasti aku akan merindui suasana sekolah. Pasti aku akan merindui leteran guru, marahnya dan keletahnya. Aku juga pasti akan rindukan suasana dalam kelas. Bergaduh dengan kawan, ‘touching’, usik mengusik, merajuk, menangis dan macam-macam gelagat lagi yang takkan dapat aku lupakan tetapi akan menjadi satu kenangan yang membuatkan aku ketawa sendirian apabila mengingatinya. 🙂


Terima kasih Cikgu! Terima kasih kawan-kawan! Terima kasih sekolah! Im gonna miss u school!

2 comments on “SELAMAT TINGGAL SEKOLAHKU!

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: