JOM BERSEDEKAH

Published May 2, 2011 by wana93

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “ Setiap sendi tubuh manusia wajib mengeluarkan sedekah, setiap hari di matahari terbit padanya, engkau berlaku adil terhadap dua orang (yang bertelingkah) adalah sedekah, menolong seseorang pada kenderaannya lalu engkau membantunya untuk naik ke atas kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas adalah sedekah, ucapan yang baik adalah sedekah, setiap langkah ketika engkau berjalan menuju solat adalah sedekah dan menghilangkan gangguan daripada jalan adalah sedekah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Antara tujuan terpenting yang ingin dicapai oleh Islam adalah menyatukan hati kaum Muslimin, tertegaknya kebenaran antara mereka, kukuhnya barisan mereka dan kemenangan terhadap musuh.

Tujuan ini tidak akan tercapai kecuali dengan kerjasama dan tolong-menolong.

Dorongan untuk tercapainya kerjasama tersebut adalah melalui ucapan dan perbuatan.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : “Dan tolong-menolonglah kamu dalam mengerjakan kebajikan dan takwa dan jangan tolong-menolong dalam berbuat dosa dan perlanggaran.” (Surah al-Mai’dah 5 : 2)

Jom Bersedekah


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Perumpamaan orang Mukmin dalam berkasih sayang ibarat satu tubuh, jika ada salah satu anggota tubuh yang sakit, maka seluruh tubuh akan demam dan kurang tidur.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Pengajaran :

1. Allah s.w.t. mencipta manusia dengan sebaik-baik kejadian.
2. Kita perlu bersyukur atas kesempurnaan ciptaan anggota badan, pancaindera, tulang-belulang hingga kepada ira-ira jari.
3. Kesyukuran kepada Allah s.w.t. akan menambahkan kenikmatan.
4. Kerana nikmat Allah s.w.t. itu, bersedekahlah kepada orang lain, bukan sahaja dalam bentuk harta benda, malah senyuman, mendamaikan dua orang yang berkelahi, membawa beban orang lain atau sekadar berjalan ke masjid untuk bersolat yang merupakan sedekah untuk diri sendiri.
5. Sedekah yang berupa perkataan yang baik ialah seperti:
– Menjawab salam
– Mengucapkan “yarhamukallah” jika ada orang yang bersin
– Mengucap alhamdulillah
– Berbagai bentuk zikir
– Ucapan yang baik ketika berucap
– Ucapan yang baik apabila diminta
– Memberi maaf kepada orang yang meminta maaf
– Doa kepada orang Mukmin yang lain
– Pujian yang ikhlas
– Nasihat
– Menunjukkan jalan
– Segala perkataan yang menyenangkan hati orang yang mendengar yang akan mengeratkan hati
6. Membuang sesuatu yang berbahaya di jalanan juga sedekah
7. Tunaikan solat sunat Duha sekurang-kurangnya dua rakaat setiap hari tanda kesyukuran atas kesempurnaan anggota tubuh badan dan mohon dimurahkan rezeki
8. Banyakkan memuji Allah s.w.t. atas nikmat yang telah diberikan sebagai tanda syukur.
9. Ikhlas hanya kepada Allah s.w.t. dalam melakukan amalan-amalan kebaikan

Huraian dan intisari hadis di atas adalah berdasarkan buku HADIS 40 IMAM NAWAWI, penulisnya, ustaz Zahazan Mohamed dan ustaz Muhammad Zakaria. Buku tersebut ana beli di Pesta Buku Antarabangsa di PWTC. Bukunya padat dengan isi dan huraian ringkas dalam memahami sesuatu hadis untuk diambil pengajaran dan diamalkan dalam kehidupan kita. Tak rugi membelinya. Ana sekadar berkongsi ilmu.

Bersatu kita TEGUH, bercerai kita ROBOH!!

Semoga kita semua mendapat manfaat daripada pembacaan-pembacaan bahan ilmiah agama dan tarbiyah. 🙂

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: