IMAN BUKAN WARISAN

Published July 3, 2011 by wana93

Allah s.w.t berfirman dalam surah Ibrahim ayat 27, yang bermaksud :
“Allah meneguhkan (iman) orang-orang yang beriman dengan ucapan yang teguh itu dalam kehidupan di dunia dan di akhirat; dan Allah menyesatkan orang-orang yang zalim dan memperbuat apa yang Dia kehendaki.”

Setiap insan yang bernama Muslim pasti mengharapkan secalit dan secebis iman kan tetap kukuh dan terpahat di hati seorang hamba Ilahi. Semoga kita kembali ke pangkuan-Nya dalam keadaan husnul khatimah. Amin…

APA ITU IMAN?

Diriwayatkan daripada Abu Husain yang dikenali sebagai Ibn Bathal al-Maliki, dia berkata :

“Pendapat golongan ahli sunah baik yang salaf mahupun khalaf menyatakan bahawa iman itu berupa perkataan dan perbuatan yang terkadang bertambah, terkadang berkurang.”

Seperti firman Allah s.w.t. yang bermaksud :
“Dia lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada).” (Surah al-Fath : 4)

Iman kita boleh bertambah dengan beberapa asbab. Antaranya :
– rajin beribadah kepada-Nya
– rajin menghadiri majlis ilmu
– rajin membantu insan lain
– sentiasa mengingati mati
– sentiasa zikrullah
– sentiasa menghindari dan meninggalkan larangan-Nya

Iman kita juga boleh berkurang disebabkan beberapa faktor :
– melihat maksiat
– melampaui batas pergaulan
– melakukan maksiat
– meninggalkan perintah-Nya
– menzalimi orang lain
– sentiasa berhibur hingga melalaikan

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :
“Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.” (Surah Hud : 114)

Bersegeralah kita bertaubat dan melakukan ketaatan serta kebaikan seandainya tersilap melakukan keburukan dan dosa, kerana kebaikan akan menghapus keburukan. Taubat merupakan syarat menghapuskan dosa-dosa besar. Allah Maha Pengampun.

IMAN BUKAN WARISAN

Iman bukan warisan. Dari seorang Nabi kepada umatnya, dari seorang ustaz kepada muridnya, dari seorang ayah yang soleh kepada anaknya dan lain-lain lagi. Harta benda boleh diwariskan tapi bukan iman.

Nabi kita, Muhammad sollallahua’laihi wassalam seorang insan soleh. Namun, baginda tetap tidak dapat mengislamkan bapa saudaranya sendiri, Abu Lahab dan Abu Jahal. Bapa saudara kesayangannya juga, Abu Talib bukan seorang Islam. Kita hanya mampu menyeru dan terus menyeru. Hidayah itu milik Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“…dan kaum Lut” (Surah Qaaf : 13)

Selain itu, Nabi Lut dan Nabi Nuh juga ditentang hebat oleh isteri baginda kerana mempertahankan agama Allah s.w.t.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :
“Allah membuat isteri Nuh dan isteri Lut perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada kedua suaminya, maka kedua suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikit pun dari (seksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya); “Masuklah ke neraka bersama orang-orang yang masuk (neraka)”. (Surah at-Tahriim : 10)

Firaun juga seorang yang ingkar akan Allah, namun, isterinya tetap beriman pada Tuhan yang satu, Allah s.w.t. Kisah Firaun ini memang popular.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud :
“Dan Allah membuat isteri Firaun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata: “Ya Tuhanku, bangunlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam surga dan selamatkanlah aku dari Firaun dan perbuatannya dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim.” (Surah at-Tahriim : 11)

Jadi, tidak hairanlah andai ada dalam kalangan ahli kelurga kita yang hatinya jauh daripada Allah s.w.t. sekalipun kita berpegang teguh pada Islam. Kita hanya manusia biasa, lemah dan bergelumang dengan dosa. Setiap hari, pasti akan tercalit dosa di jiwa kita.

SERU DAN TERUS MENYERU!

Tugas kita hanyalah menyeru dan terus menyeru di jalan Allah dengan hikmah bukan dengan kekerasan atau paksaan. Agama adalah nasihat. Tidak ada paksaan dalam agama. Selagi denyut nafas belum berhenti, selagi itulah seruan dakwah menjadi kewajipan kita. Hidayah itu memang milik mutlak Allah. Namun, tak bermakna kita lepas tangan daripada tanggungjawab kita. Doa, usaha, istiqamah dan tawakal. Insya-Allah, kita boleh.

Allah s.w.t berfirman yang bermaksud :
“Dan tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda-gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan Al Quran itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka, kerana perbuatannya sendiri…” (Surah al-An’aam : 70)

Berdakwah itu bukan hanya memberi ceramah atau tazkirah semata-mata. Banyak lagi aspek yang perlu kita ada dalam usaha untuk berdakwah. Antaranya :
– Cara pemakaian kita. Yang tertutup itu indah. Indah itulah akhlak Islam.
– Cara pergaulan kita dengan masyarakat. Bukanlah bererti menjaga batas pergaulan itu dengan hanya duduk terperap di rumah tanpa bergaul dengan masyarakat.
– Tingkah laku kita. Akhlak yang baik menggambarkan peribadi seseorang.
– Cara percakapan kita. Hanya cakap-cakap kosong atau ada isi berhikmah di dalamnya.

Jangan sesekali berputus asa walau seribu kali kita kecundang untuk memimpin saudara sendiri ke arah jalan kebenaran Ilahi. Cuba dan terus mencuba.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud :
“Sesungguhnya orang-orang yang mengatakan: “Tuhan kami ialah Allah” kemudian mereka meneguhkan pendirian mereka, maka malaikat akan turun kepada mereka (dengan mengatakan): “Janganlah kamu merasa takut dan janganlah kamu merasa sedih; dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) surga yang telah dijanjikan Allah kepadamu”. (Surah al-Fushshilat : 30)

Wallahua’lam..

3 comments on “IMAN BUKAN WARISAN

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: