PALESTIN DI HATIKU

Published September 4, 2011 by wana93

Bulan lepas, ada seorang wakil sukarelawan AQSA SYARIF datang ke sekolah dan memberi ceramah tentang keperitan dan penderitaan hidup saudara kita di Palestin. Sungguh pilu dan hiba. Semua yang ada mendengar dan melihat video penderitaan rakyat Palestin yang ditayangkan. Ada manik jernih yang mengalir tatkala melihat bayi dibunuh, budak remaja ditembak, ibu-ibu dizalimi, bapa-bapa ditangkap dan dipenjarakan serta ada yang dibunuh, anak-anak ketakutan untuk menapak ke sekolah kerana dihujani peluru sana sini. Bersyukurlah. Di negara kita, Malaysia, tidak ada sesiapa yang ingin menembak dan mengebom sana sini sewaktu kita hendak ke sekolah atau ke tempat kerja.

Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara…” (Surah al-Hujurat : 10)

Kata wakil tersebut, setiap hari, pasti akan ada berlaku kematian. Semasa beliau datang, beliau memberitahu kami semua bahawa 2 pejuang Al-Quds telah syahid pada hari itu. Itu yang berlaku pada hari itu. Bagaimana pula dengan hari-hari sebelumnya? Hari ini? Berapa ramai tentera Hamas yang telah dibunuh oleh Israel? Pernah kita ambil tahu? Semoga Allah memasukkan mereka yang berjuang di jalan-Nya ke dalam Syurga-Nya.

Daripada Abu Musa al-Asy’ari, Nabi s.a.w. bersabda : “Siapa yang berjuang untuk menjadikan kalimah Allah sebagai kalimah yang tertinggi, maka ia berada di jalan Allah.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Daripada Said bin Zaid r.a., Nabi s.a.w. bersabda : “Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan hartanya, ia adalah syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan agamanya, ia adalah syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan darahnya, ia adalah syahid. Siapa yang dibunuh kerana mempertahankan ahli keluarganya, ia adalah syahid.” (Riwayat al-Tirmizi dan al-Nasa’i)

Agenda Zionis telah banyak mempengaruhi minda dan tindakan kita pada hari ini. Banyak berita tentang Palestin yang kita tidak ketahui. Kita seakan tidak ambil peduli dan tidak ambil berat. Kita dihidangkan dengan hiburan Barat yang melalaikan hati dan melupakan Ilahi. Kita dikenyangkan dengan makanan dan minuman popular buatan Israel sehingga menjadi punca pendapatan terbesar Israel untuk membeli bahan-bahan api, bom dan senjata untuk membunuh saudara kita di Palestin.

Kita pasti akan ditanya di suatu hari yang dahsyat, apa yang kita buat untuk membantu saudara kita di bumi Palestin? Apa bantuan kita? Antara yang kita mampu lakukan untuk membantu saudara kita di bumi Palestin :

  • belajar bersungguh-sungguh untuk menjadi pemimpin dan menegakkan kalimah Allah
  • menyumbangkan wang, makanan atau pakaian kepada wakil-wakil sukarelawan membantu rakyat di Palestin
  • memboikot barangan Israel (kecuali tiada pilihan lain)
  • menggunakan medium Facebook, Twitter dan lain-lain lagi bagi menyebarkan berita tentang kezaliman Zionis dan penderitaan rakyat Palestin
  • mendoakan kesejahteraan dan kemenangan mereka. Palestin pasti akan menang! Dalam hadis ada menyatakan, bahawa tidak akan berlaku hari Kiamat sebelum umat Islam mendapatkan kemenangan.

Isu Palestin sememangnya isu umat Islam sejagat. Orang bukan Islam juga ada segelintirnya yang prihatin akan isu ini. Bantu dan buatlah apa yang kita mampu. Jangan terlalu suka dan bahagia dengan nikmat yang ada. Bersyukurlah selalu dan janganlah lupa pada saudara kita di Palestin. Ya, jika diberi peluang dan kesempatan, teringin juga rasanya untuk menjadi sukarelawan di sana. Ingin melihat dan merasai serta membantu keperitan rakyat Palestin. Namun, mampukah kita?

Melihat video tentang keperitan dan penderitaan hidup rakyat Palestin yang sentiasa bermain dengan nyawa, banyak merawat hati ini yang masih dilanda sedih dan duka apabila hilang insan kesayangan, abah. Di Palestin, lebih ramai anak-anak kecil yang kehilangan bapanya. Ada yang dibunuh di depan mata, dipenjara dan macam-macam lagi.

Semoga kita sudah menanam niat dan tekad untuk berjihad di jalan Allah dan inginkan syahid fisabilillah.

Daripada Sahl bin Hunaif r.a., Nabi s.a.w. bersabda : “Siapa yang bermohon kepada Allah agar ia syahid dengan niat yang benar, nescaya Allah akan menyampaikannya kepada kedudukan para syuhada sekalipun ia mati di tempat tidurnya.” (Riwayat Muslim)

“Ya Allah, berikan kesabaran yang tinggi, ketabahan yang teguh dan tingkatkan iman rakyat Islam di bumi Palestin. Bantulah mereka menghadapi musuh-Mu. Semoga mereka beroleh Syurga-Mu. Amin Ya Rabbal ‘Alamin.”

Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapakan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin. Bergembiralah secara bersederhana, jangan sampai kita lupa pada Yang Maha Esa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: