YA ALLAH, BERI KAMI KEJAYAAN..!!

Published October 4, 2011 by wana93

Kepada calon-calon Penilaian Menengah Rendah (PMR) yang menduduki peperiksaan bermula hari ini, semoga adik-adik berjaya. Buatlah yang terbaik untuk dapatkan keputusan yang gempak dan terbaik! Semoga berjaya adikku, Faris. Berjuanglah dalam pertempuran ini dengan hasil usaha, doa dan tawakalmu pada Ilahi.

Selamat berjuang juga buat para pewaris ilmu yang bakal menduduki Sijil Menengah Agama (SMA) pada tahun ini. Semoga ilmu yang telah dipelajari dan dihafaz, akan kekal dalam pengaplikasian kehidupan seharian kita. Insya-Allah. Semoga kalian beroleh Mumtaz!

Seterusnya, buat junior-junior yang bakal menduduki Sijil Penilaian Malaysia (SPM). SPM ini bakal menentukan hala tuju anda selepas ini. Buatlah yang terbaik ye adik-adikku! Dapatkan straight A. Boleh punyer!

Selamat berjuang untuk diri saya sendiri dan rakan-rakan seperjuangan yang lain. Kita akancubadan berusaha sebaik dan semampu kudrat kita untuk sama-sama bertempur dimedanpeperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) tak lama lagi. Memang agak seram dan seakan tak percaya! Masa terlalu pantas berlalu. Tapi, insya-Allah, kita semua mampu. Kita boleh! Doakan kejayaan kita bersama ye. Semoga Mumtaz menjadi milik kita bersama. Paling tidak pun, Jaid Jiddan. Huhu.

Akhir sekali, selamat berjuang untuk calon-calon Sijil Tinggi PelajaranMalaysia  (STPM) yang akan menduduki peperiksaan akhir bulan November ini. Semoga berjaya!

Semoga ilmu yang telah kita pelajari selama setahun, dua tahun, tiga tahun, empat ataulimatahun akan tetap kita aplikasikan dalam kehidupan seharian kita. Ilmu bukan sekadar di atas kertas, tapi, untuk diamalkan juga. Ingatlah, belajar bukan semata-mata untuk peperiksaan, tapi biarlah kita belajar kerana inginkan ilmu kerana Allah walaupun peperiksaan akan menilai sejauh manakah penguasaan dan pemahaman kita dalam pelajaran. Selesaikanlah urusan kita dengan manusia dan dengan-Nya. Kedua-duanya penting belaka.

“Ya Allah Yang Maha Mendengar, Kami Datang Pada-Mu Dengan Hati Dan Jiwa Yang Kerdil Dan Hina, Kami Ingin Memohon Restu Dan Keampunan-Mu. Permudahkanlah Urusan Kami Dalam Menghadapi Peperiksaan Ini. Permudahkanlah Urusan Kami Untuk Menjawab Soalan Dalam Peperiksaan Ini. Angkatlah Hijab Yang Selama Ini Menyukarkan Kami Untuk Memahami Dan Mengingati Segala Ilmu Yang Telah Kami Pelajari. Permudahkanlah Urusan Kami Di Dunia Dan Akhirat. Sesudah Itu, Akhirilah Perjuangan Kami Ini Dengan Kejayaan Yang Cemerlang Di Dunia Dan Akhirat. Ya Allah, Beri Kami Kejayaan! Agar Kami Dapat Melihat Senyum Air Mata Bahagia Kedua Ibu Bapa Dan Guru-guru Tercinta Kami. Ya Hayyun Ya Qayyum, Berilah Kami Kejayaan Di Dunia Dan Akhirat. Allahumma Amin..”

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: