UNTUKMU SAUDARIKU SAYANG

Published October 22, 2011 by wana93

Aurat dari segi bahasa bermaksud keaiban. Dari segi istilah pula,aurat didefinisikan bahagian anggota badan,sama ada lelaki ataupun perempuan,yang haram dibuka atau dipamerkan kpd khalayak.

Anjuran menutup aurat jelas difahami drpd maksud ayat Allah :

“Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutupi auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.” (Surah Al-A’raf : 26)

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya,……” (Surah Al-Nur : 31)

Ramai wanita yang ambil ringan soal aurat. Malah ada beberapa kesilapan dari segi pemahaman dan amalan yang wujud dalam kalangan wanita muslimah. Ramai wanita yang menganggap bahawa menutup aurat itu sekadar memakai tudung. Hakikatnya, yang lebih penting adalah menutup bentuk tubuh badan, iaitu tidak memakai pakaian yang sempit atau ketat. Menutup aurat, bukan membalut aurat.

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Ada dua golongan penduduk Neraka yang kedua-duanya belum pernah aku lihat ; (iaitu) kaum yang memiliki cambuk seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan (kedua) wanita-wanita yang berpakaian tetapi tidak sama seperti bertelanjang (kerana pakaian ketat,nipis dan sebahagian aurat terbuka yang dapat dilihat bentuk tubuh) dan wanita-wanita yang mudah dirayu atau suka merayu, rambut mereka (disanggul) bagaikan bonggol unta. Wanita-wanita tersebut tidak dapat masuk Syurga bahkan tidak dapat mencium bau Syurga. Padahal bau Syurga boleh tercium baunya dari jarak yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim)

Ingatlah bahawa wanita yang masih memberi alasan – janganlah gadaikan kebahagiaan akhirat dengan rimas atau tidak selesa berpenampilan Mukminah. Moga Allah Bantu kita menjadi sebaik-baik perhiasan dunia,bukan sebagai senjata syaitan yang menyesatkan lagi anak Adam. Allahumma amin..

Said Ibn al-Musayyab berkata : “Setiap kali syaitan berputus asa mengganggu seseorang, maka dia akan melancarkan gangguannya melalui wanita.”

PENTIGNYA ILMU

Ingatlah,dunia ini hanya sementara. Kehidupan dunia semakin hari semakin banyak penipuan dan fitnah cinta duniawi. Kehidupan ini penuh dengan duri syahwat, duri maksiat, duri angan-angan kosong, duri keraguan dan duri kejahilan. Andai tidak menyiapkan diri untuk melangkah dengan penuh waspada, duri-duri itu akan menembusi langkah kita. Bersiap dengan kewaspadaan itulah ibaratnya takwa.

“…sebenarnya yang menaruh bimbang dan takut (melanggar perintah) Allah adalah dalam kalangan hamba-Nya yang berilmu.” (Surah Fatir : 28)

Sebab itulah pentingnya ilmu di dada. Ilmu bukan setakat untuk dunia tapi untuk akhirat juga. Ilmu bukan setakat belajar akademik tapi ilmu agama juga amat diperlukan. Ilmu bukan sekadar di atas kertas, tapi untuk dipraktik dan diamalkan kebaikannya dalam kehidupan kita.

“Setiap kali ilmuku bertambah, aku bertambah kenal akan kebodohanku.” (Imam Syafie)

Pernah seorang ustazah saya menasihati agar kita mesti ada pendirian yang tetap dalam diri. Bila sudah ada pendirian yang tidak bertentangan dengan syariat Allah, campak di mana pun, kita selamat boleh bawa diri tanpa terpengaruh dengan gejala negatif. Bila kita jaga keperibadian, orang sekeliling akan berasa segan untuk ajak kita buat sesuatu yang tak elok. Tanpa ilmu agama yang mantap dalam diri, amat mudah untuk kita terpengaruh dengan perubahan zaman. Fesyen tudung, baju, dan lain-lain lagi. Segalanya sudah menuju ke arah kebaratan.

Zina itu ada bahagian-bahagiannya. Zina bukan bereti berzina yang seperti kita tahu saja. Tetapi, mata juga boleh berzina dengan memandang perkara maksiat. Telinga berzina dengan mendengar umpatan dan keaiban. Lidah zinanya ialah berkata perkataan kotor dan maksiat. Mulut zinanya mencium yang haram. Tangan juga berzina dengan menyentuh yang haram. Kaki pula berzina dengan melangkah ke tempat maksiat. Dan hati, berangan-angan dan mengingini sesuatu yang haram.

Setiap yang kita lakukan, setiap yang kita buat, takkan terlepas dari pemerhatian Allah sebab Dia Maha Mengetahui. Kita akan dipertanggungjawabkan atas setiap tindakan yang kita lakukan di dunia ini.

“pada hari (ketika Kiamat), lidah, tangan dan kaki mereka menjadi saksi atas mereka terhadap apa yang dahulu mereka kerjakan (di dunia dahulu).” (Surah Al-Nur : 24)

“Pada hari ini Kami tutup mulut mereka; dan berkatalah kepada Kami tangan mereka dan memberi kesaksianlah kaki mereka terhadap apa yang dahulu (di dunia) mereka usahakan.” (Surah Yassin : 65)

Ustazah saya juga pernah berpesan, kalau kita mengaku kita ni baik, pertamanya kena taat pada perintah Allah dan tidak melakukan larangan-Nya.

Jadi, bagaimana mungkin orang yang tidak menutup aurat, bebas dalam pergaulan boleh  berkata bahawa mereka itu baik? Ya, mereka baik. Baik yang mereka maksudkan adalah tidak mencuri, tidak mengumpat dan tidak melawan kata orang tua. Itu baik bagi perspektif sesetengah orang seperti mereka. Itu adalah kebaikan. Pernahkah kita terfikir, bila kita melangkah keluar rumah, adakah dalam keadaan reda Allah atau sebaliknya??

Ya. Memang selalu dengar orang kata, “pakai tudung pun tapi perangai sama je macam orang tak pakai tudung, apa guna. Orang pakai tudung pun mengumpat , berdating juga.” Itu soal akhlak.Adagunanya. Sekurang-kurangnya, orang yang bertudung itu terselamat daripada dosa mendedahkan aurat. Cuma, akhlaknya saja. Andai diperbaiki, segalanya cukup sempurna. Berdoalah kerana hidayah itu milik Allah. Akhlak Islam adalah akhlak yang indah, suci dan baik. Sebab tu kita kena habis belajar agama supaya kita memahami keseluruhannya. Selagi kita masih bernafas, selagi itulah kita kena belajar dan terus belajar.

Ustaz saya pernah pesan, Islam datang bukan menghapuskan tapi memurnikan. Ustaz saya selalu tekankan wanita. Jaga pakaian dan kekalkan perwatakan muslimah. Dan, sumber utama fitnah adalah perempuan. Sebab itulah kita kena jaga dan pelihara diri kita sebaiknya. Momentum iman kena sentiasa jaga dan selalu ukur tahap ibadah kita. Itulah pesanannya yang selalu buat saya muhasabah dan rasa diri ni banyak dosa. Masih jahil akan ilmu agama.

Ustaz saya yang lain juga pernah berpesan, jaga akhlak dan istiqamah dalam kebaikan. Persekitaran banyak mempengaruhi kita. Dunia akhir zaman ni, bila kita nak tegur orang, nak tegakkan Islam, bagai menggenggam bara api. Ustaz saya selalu tegur, perempuan paling susah nak jaga ialah stoking. Ustaz selalu pesan, stoking jangan lupa, tudung kena jaga. Benda-benda yang tak elok selalunya seronok. Contoh, mesej pakwe sampai tengah malam, dedahkan aurat dan lain-lain lagi. Dan akhir sekali, kena kuat iman supaya tak buat dosa dan maksiat.

Saya memang selalu ingat dan refresh segala pesan dan tazkirah guru-guru saya. Setiap butir bermakna daripada mulut mereka, saya salin dalam satu buku khas yang dinamakan ‘Celoteh Pembakar Semangat’. Buku tu saya memang sayang sebab ianya akan mengubat kerinduan bila sudah tinggalkan sekolah tak lama lagi.

ISLAM SEBENAR

Bila kita mengaku kita ni Islam, mukmin dan mukminah, kita mesti merujuk segala perkara berdasarkan dua asas rujukan utama iaitu Al-Quran dan Al-Hadis. Kita mesti akur dengan kehendak Allah s.w.t. Tidak boleh ambil separuh-separuh hukum-hakam yang telah ditetapkan-Nya.

“Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah setan. Sesungguhnya setan itu musuh yang nyata bagimu. Tetapi jika kamu menyimpang (dari jalan Allah) sesudah datang kepadamu bukti-bukti kebenaran, maka ketahuilah, bahwasanya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Baqarah : 208-209)

“Dan tidaklah patut bagi laki-laki yang mukmin dan tidak (pula) bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan Rasul-Nya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barang siapa mendurhakai Allah dan Rasul-Nya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.” (Surah Al-Ahzab : 36)

Berhati-hatilah kerana syaitan akan sentiasa dan sentiasa menyesatkan manusia. Syaitan sentiasa membisikkan nafsu dan kejahatan serta maksiat dalam diri kita. Syaitan sentiasa mengajak kita untuk berseronok dan berhibur hingga melanggar perintah-Nya. Syaitan adalah musuh utama yang tersembunyi dalam diri kita.

“Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh setan sebagaimana ia telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga, ia menanggalkan dari keduanya pakaiannya untuk memperlihatkan kepada keduanya auratnya. Sesungguhnya ia dan pengikut-pengikutnya melihat kamu dari suatu tempat yang kamu tidak bisa melihat mereka. Sesungguhnya Kami telah menjadikan setan-setan itu pemimpin-pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman.” (Surah Al-A’raf : 27)

PELIHARA IMAN SEBAIKNYA

Bila kita sudah mengetahui sesuatu perkara itu tidak bermanfaat dan hanya akan menambahkan dosa, tetapi adakalanya kita buat juga. Kenapa?? Kerana iman itu bertambah dan berkurang..

“Dia-lah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati orang-orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allah-lah tentara langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana.” (Surah Al-Fath : 4)

Bila iman kita berkurang, nafsu dan syaitan akan bergabung tenaga untuk mempengaruhi kita dengan sesuatu yang sia-sia dan berdosa. Kita perlu risau andai iman kita berkurang. Banyak contoh untuk remaja khusunya. Couple sana sini, mesej dan berborak dengan yang bukan mahram hingga lewat malam tanpa ada perkara penting, berdating tiap hari,  berseronok hingga lupa solat dan lain-lain lagi.

“….karena sesungguhnya nafsu itu selalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Surah Yusuf : 53)

Dan, bila kita tidak memahami sesuatu hal atau perkara, jangan sesekali malu untuk bertanya. Tetapi, bertanyalah pada ahlinya iaitu yang berilmu pengetahuan. Bukan pada yang jahil akan ilmu itu. Seperti Science, kalau kita tak tahu, takkan nak tanya cikgu Kemahiran Hidup. Itu bukan ahlinya. Begitu juga dengan soal agama. Takkan nak tanya dekat ahli atau golongan yang sering buat maksiat? Mungkin mereka memang ada jawapan,tapi, adakah jawapan itu seiring dengan Al-Quran dan Sunnah?

“……..maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui,” (Surah Al-Nahl : 43)

KAWAN DALAM KEHIDUPAN

Kawan memainkan peranan penting dalam hidup kita kerana kawan adalah orang kedua rapat dengan kita selepas ahli keluarga. Kawan yang baik ialah kawan yang mengajak kita ke arah kebaikan dan sentiasa menegur salah dan silap kita. Kawan yang jahat pula selalu mengajak kepada kemungkaran.

Bergaul dan bersahabatlah dengan kawan yang baik. Kerana kawan yang baik sentiasa ingin menapak ke Syurga bersama kawan-kawannya yang lain.

Bukanlah bermaksud kita harus meminggirkan kawan-kawan yang sosial. Kita boleh dekati mereka dengan pelbagai cara. Namun, andai kawan kita sudah jauh hanyut dan tidak mempedulikan lagi nasihat kita, kita hanya mampu berdoa. Jangan sampai kita juga berubah dan hanyut bersama mereka.

“Dan tinggalkanlah orang-orang yang menjadikan agama mereka sebagai main-main dan senda-gurau, dan mereka telah ditipu oleh kehidupan dunia. Peringatkanlah (mereka) dengan Al Quran itu agar masing-masing diri tidak dijerumuskan ke dalam neraka, kerana perbuatannya sendiri…” (Surah al-An’aam : 70)

Kawan mampu mempengaruhi kita. Kawan yang baik akan mempengaruhi perkara positif dan baik. Itu sangat dialu-alukan tetapi kawan yang sebaliknya akan mempengaruhi kita dengan sesuatu yang negatif dan tidak elok.

Advertisements

3 comments on “UNTUKMU SAUDARIKU SAYANG

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: