KERANA SIAPA??

Published October 29, 2011 by wana93

Hidup tanpa ujian adalah mustahil bagi manusia. Hingga kadangkala, saat ujian dan dugaan itu datang menemui kita, terasa berat dan tidak tertanggung rasanya. Sulit dan sukar. Hanya luahan air mata sepi yang tidak ada siapa memahami. Hanya Dia Maha Mengetahui.

Ketahuilah, ujian para Nabi dahulu lebih berat jika nak dibandingkan dengan kita. Sebab itulah Nabi indah dan terlalu istimewa di ‘mata’ Allah.

Adakah kita reda? Adakah kita ikhlas? Kerana siapa sebenarnya hidup dan mati kita? Kerana siapa kita berbuat amal dan kebaikan?

Ingin membuktikan bahawa kita cinta pada Allah tak semudah melafazkannya menggunakan media lidah dan bibir semata-mata. Tanpa penghayatan dari hati, tanpa kesedaran dari jiwa, cinta pada Allah itu seakan kosong dan kontang tanpa sebarang rasa.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : “Sungguh,orang yang beriman ialah apabila disebut nama Allah,akan gementarlah hati mereka, apabila dibacakan ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka kerana-Nya, dan hanya kepada Tuhan mereka sahajalah mereka bertawakal.” (Surah Al-Anfal : 2)

Kadang-kadang, mudah sangat hati ini berkecil hati dan terasa dengan perbuatan manusia yang kadangkala mengguris hati dan perasaan kita. Namun, kita lupa, itu juga merupakan ujian untuk mentarbiyah hati dan jiwa agar tetap sabar dan tegar. Lemahnya engkau duhai hati!

Sa’ad bin Abi Waqqas berkata : “Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w. ; ‘Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berat ujian dan cubaannya?’ Nabi s.a.w. menjawab ; ‘Para Nabi, kemudian yang meniru (menyerupai) mereka. Seseorang diuji mengikut kadar agamanya. Kalau agamanya nipis (lemah) dia diuji sesuai dengan itu (ringan) dan apabila imannya kukuh diuji sesuai dengan itu (keras). Seseorang diuji terus-menerus sehingga dia berjalan di muka bumi, bersih daripada dosa-dosa.’” (Riwayat Bukhari)

Hidup di dunia ini merupakan ujian, dugaan dan masalah yang tidak berpenghujung. Datangnya tanpa diundang, silih berganti dalam pelbagai bentuk ; kesusahan, kemudahan, kebaikan dan keburukan.Ketahuilah, di mana ada suka, di situ ada duka.

Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud : “Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menguji kamu agar Kami mengetahui orang yang berjihad dan bersabar antara kamu dan agar Kami menyatakan (baik buruknya) hal ehwalmu.” (Surah Muhammad : 31)

Hayati lirik Cahaya Hati…

 

BAHAGIA SEBUAH JIWA

Kebahagiaan itu adalah apabila kita mampu membahagiakan orang lain dengan menzahirkan senyum di bibir mereka meskipun hati dan jiwa kita terluka dan kecewa. Berkorban ertinya terkorban. Itulah yang dinamakan pengorbanan. 🙂

Biarlah kita disakiti dan dilukai. Jangan sesekali kita menyakiti dan melukai. Bergembiralah dengan perasaan sedih yang hadir. Kerana, kesedihan itu kadangkala boleh menjadi nikmat untuk kita syukuri.

Biarlah kita ikhlas. Hanya kerana-Nya. Bukan kerana manusia, bukan kerana harta dan lain-lain lagi. Tapi, hanya kerana Allah. Kerana kebahagiaan yang hakiki itu datang dari sekeping hati. Hati yang sentiasa mengingati Allah dalam setiap gerak-geri dan tingkah laku. Hati yang sentiasa berzikir dalam setiap nadi hembusan nafas pinjaman-Nya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : “(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenang tenteram.” (Surah Al-Ra’d : 28)

Tingkatan Zikir Menurut Ibn Qayyim al-Jawziyah :

–          Berzikir dengan lidah dan hati yang kedua-duanya merasai. Hati akan lebih lagi menikmati.

–          Berzikir dengan lidah dan hati tetapi kedua-duanya tidak merasai.

–          Berzikir dengan hati sahaja, sekadar ingat bukan merasai.

–          Berzikir lidah sahaja, hatinya lalai.

Sama ada zikir kita pada tingkat pertama ataupun keempat, Allah s.w.t. tidak akan mensia-siakannya, melainkan diberi pahala. Begitulah Allah s.w.t. menghargai setiap rindu dan ingatan kita pada-Nya. Adakah kita menghargai-Nya??

 

SEMATKAN ALLAH DI HATI

Letakkan Allah dalam hati kita sebagai cinta teragung. Sematkan Dia dalam hati dan jiwa kita dengan mematuhi segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Jadikan Allah cinta pertama dan cintai Dia melebihi segala isi dunia yang fana’ ini.

Segera menyahut panggilan Allah ketika azan dilaungkan. Segera menyegerakan taubat sebelum sampai nyawa terakhir. Segera berbuat baik dan meningkatkan ibadah sebanyaknya seakan esok tiada lagi untuk kita nikmati hidup. Segera menyambut seruan jihad-Nya saat kita diperlukan suatu ketika nanti. Berubahlah ke arah kebaikan dan tingkatan iman hanya kerana Dia.

Kuatlah kerana kita ada Allah Yang Maha Perkasa.

Sabarlah kerana kita punya Allah sebagai penolong.

Maafkanlah kerana kita memiliki Allah Yang Maha Pengampun.

Ikhlaslah kerana Allah segalanya bagi kita.

3 comments on “KERANA SIAPA??

  • Hayati juga mesej ini..

    ✿~ Mengecilkan hati orang adalah berdosa, berkecil hati juga adalah berdosa. Tet…api lebih besar dosanya jika kita berkecil hati ~✿

    ~> I’m so confused ,<)'
    Ayah: Kenapa kita dihina oleh orang tu? Kerana itu adalah ujian dari Allah. Kenapa Allah hadiahkan kita ujian itu? Kerana DIA nak mengingatkan diri kita yang dah leka dengan dunia. Bila kita berkecil hati dengan orang tersebut, bermakna kita tak redha dengan ujian yang Allah turunkan. Kesimpulannya, kita bukan kecil hati dengan orang, tapi kecil hati dengan Allah.
    Anak: Ooooooo… Ook…(n_n)'
    Ayah: Lagi parah bila kita pun cerita pada kawan-kawan kita. “Dia dah banyak buat aku macam ni, macam tu…” dan sebagainya. Dan kawan-kawan kita pula akan cerita pada kawan-kawan lain. “Kesian kawan kita tu.. budak tu dah banyak sakitkan hati dia…” jadi keredhaan kita terhadap ujian Allah itu akan lesap.
    Anak: *termakan cili . hee (",)'

    ♥~ So, the conclusion is…Jangan mudah terasa hati…
    ♥~ Maknanya kita tak redha dengan Allah…
    ♥~ Nanti Allah pun tak redha dengan kita…Na’uzubillah…

    ~♥ "Sebenarnya, setiap kali orang memuji kamu…Seharusnya kamu rasa malu. Ucaplah astaghfirullah al-azim kerana orang memuji kamu disebabkan Allah S.W.T telah menutup aib dan kelemahan kamu."

    Dipetik daripada Facebook. 🙂

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: