SOLAT DALAM HIDUP KITA

Published October 30, 2011 by wana93

Solat merupakan rukun Islam yang wajib dilakukan oleh setiap muslim. Solat itu adalah perintah daripada Allah s.w.t. Apabila ianya perintah daripada Tuhan sekalian alam, maka wajiblah kita menunaikannya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : “Dan dirikanlah solat itu pada kedua tepi siang (pagi dan petang) dan pada bahagian permulaan daripada malam. Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu menghapuskan (dosa) perbuatan-perbuatan yang buruk. Itulah peringatan bagi orang-orang yang ingat.” (Surah Hud : 114)

“Kami telah menjadikan mereka itu sebagai pemimpin-pemimpin yang memberi petunjuk dengan perintah Kami dan telah Kami wahyukan kepada, mereka mengerjakan kebajikan, mendirikan solat, menunaikan zakat, dan hanya kepada Kamilah mereka selalu menyembah, ” (Surah Al-Anbiyaa : 73)

Solat dapat menyihatkan tubuh badan kita. Apabila kepala terasa pening, maka sujudlah. Sujudlah lama-lama agar kepala kembali tenang. Cubalah! Syaitan juga akan menangis saat kita bersujud menghadap Yang Maha Esa. Ketika kita bersujud, berdoalah kerana itu adalah salah satu tempat mustajabnya doa kita.

“Dan dirikanlah solat, tunaikanlah zakat, dan taatlah kepada rasul, supaya kamu diberi rahmat. ” (Surah Al-Nur : 56)

Solat juga dapat mencegah seseorang daripada melakukan maksiat dan perkara mungkar, andai solat kita berkualiti dan kita memahami serta menghayati makna dalam setiap bacaan solat.

“(yaitu) orang-orang yang jika Kami teguhkan kedudukan mereka di muka bumi niscaya mereka mendirikan solat, menunaikan zakat, menyuruh berbuat ma’ruf dan mencegah dari perbuatan yang mungkar; dan kepada Allah-lah kembali segala urusan. ” (Surah Al-Hajj : 41)

Jangan sesekali kita meremeh-remehkan soal solat. Sengaja melewatkannya, sengaja meninggalkannya dan lain-lain lagi. Mari sama-sama kita hayati video ini….Betapa pentingnya solat….

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: