BILA DOSA JADI BIASA

Published November 18, 2011 by wana93

Kini..
terlalu ramai orang yang buat dosa tetapi dianggap biasa

‘weyh kau tengok couple tu, sweetnya…’
‘cantik tak aku pakai heels ni?nampak seksi tak?’
‘aku nanti nak keluar dengan mamat tu la, boring la, nak pergi tengok wayang’
‘seronoknya cerita korea ni, cinta sejati betullah mereka ni’
‘bestnya lagu gwen steffani ni, lagu justin bieber ni pun best’

Melihat aurat walau sesama perempuan dianggap biasa..
Melihat adegan romantik di kaca tv tiada rasa malu dan bersalah malah menikmatinya..
Bergurau senda dengan yang berlainan jantina seoalah DIA tiada adalah perkara biasa..
Tidak menutup aurat dengan sempurna tiada apa yang salah..
Terpesona,lalai dan leka, terlalu mengagungkan artis dianggap hebat dan bijaksana..
Mendengar lagu cinta, yang membuat diri terleka dan terbayang adalah biasa dan membuat diri di awang-awangan merasa bahagia..
Bercinta dengan pasangan yang bukan halal dianggap cinta sejati dan bahagia..

Kini dosa dianggap biasa..
Malah keluar istilah
‘semua orang buat, tak ada yang salah pun’
Tidak pelik di mata manusia tetapi pelik di mata makhluk lain ciptaanNya.

Tidak terbit rasa bersalah dan malu kepada Pencipta.
Tidak terbit rasa menyesal dan serba tak kena pabila tidak melaksana perintahNya

Kini manusia lebih mengagungkan laranganNya
Bangga pabila telah melaksanakannya
Kehilangan dara tidak salah
Membuka aurat tidak salah
Pergaulan bebas tidak salah
semuanya biasa…

Tapi, jangan sesekali kita lupa..

Nanti di sana jangan terkejut dengan murkaNya yang luar biasa..
Tiada lagi peluang kedua..
Yang tinggal hanya Neraka..
Seakan kini manusia telah mempersiapkan diri untuk menempah nerakaNya

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.” (Surah al-Israa : 36)

Kerana apa?

KERANA DOSA SUDAH MENJADI BIASA..

Mari sama-sama kita muhasabah diri..

Bila dosa jadi biasa, hilang rasa gerun pada Yang Maha Esa.. Bila dosa jadi biasa, hilang rasa malu dalam jiwa.. Bila dosa jadi biasa, calit hitam sudah tidak dapat dikesan  di dalam hati yang bersarang noda.. Bila dosa jadi biasa, maksiat makin melata tak kira tempat dan masa.. Bila dosa jadi biasa, semua yang haram dipandang indah di mata manusia..

Wahai hamba Ilahi
Dirimu bukan hamba kepada nafsu diri
Dirimu adalah hamba kepada Penciptamu di muka bumi

Mengapa dengan mudah dirimu bertuhankan nafsu dan syaitan?
Tidakkah dirimu merasa malu membiarkan mereka mentadbir dan merosakkanmu?
Seakan rela menjadi tunggangan dan pak turut kepada tuhanmu yang baru.

Lupakah akan asal usulmu dari setitis air mani kepada dirimu kini?

Lupakah akan taraf dirimu??

Kita hanyalah hamba. Tapi bukan hamba kepada nafsu dan syaitan. Hanya hamba kepada Allah Yang Maha Esa.. Bukankah tugas seorang hamba itu hanya akan mengikut segala perintah tuannya? Maka kita mesti menurut segala perintah Allah dan menghindarkan diri daripada segala larangan-Nya..

“Dan tiadalah kehidupan dunia ini, selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertakwa. Maka tidakkah kamu memahaminya?” (Surah al-An’am : 32)

– Peringatan buat diri sendiri yang sering lupa, lalai, leka dan alpa dengan tipuan duniawi –

 

6 comments on “BILA DOSA JADI BIASA

  • memang bile kite yang buat majoriti kite akan menghalalkan pe yang kite buat..tapi kalau kawan kite, adik kite buat yang kite nampak haram sahaja..ada yang kata islam ni mengongkong bile semua keseronokkan itu haram..saya pun pernah terjebak dan sekarang sedaya upaya menjaga diri…moga2 menjadi insan yang bersyukur setiap nikmat tang tuhan berikan ini..
    -nikmat Tuhan yang manakah yang engkau nafikan?-

    • benar..
      “Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?”
      ayat ini berulang-ulang Allah sebut dalam surah al-Rahman..
      semoga kita menghayati isi makna surah ini..🙂

      Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda : “Jalan ke Syurga dibentangi perkara yang tidak disukai manakala jalan ke Neraka dibentangi dengan syahwat.”
      *Syahwat yang diharamkan spt arak,zina,mengumpat dan lain2 perkara yang haram dan berdosa.

      sama2lah kita berusaha menjaga diri daripada terjebah dengan gejala dosa dan maksiat yg akan menghumbankan diri kita sendiri ke dalam Neraka-Nya..
      Biarlaah kita diketawakan oleh manusia kerana mengikut syari’at Allah..
      Asalkan tidak diketawakan Syaitan kerana menjadi peneman mereka di Neraka..

      • lagi satu..
        tertinggal…
        “Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah Al-Tahrim : 6)
        🙂

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: