SELAMAT TINGGAL SAMTiSH

Published November 20, 2011 by wana93

Berakhirnya peperiksaan MUET pada 19/11/2011 maka berakhirlah hari persekolahanku di bumi SAMTiSH. Itulah sekolah persinggahan terakhirku dalam menuntut segunung ilmu. Doakan semoga usahaku berbuah hasil. 🙂

Tak sampai setahun pun aku berada di sana. Selama 10 bulan 19 hari aku bertapak di sekolah itu dan cuba mencungkil segala rahsia ilmu yang diajar oleh para asatizahku(guru-guruku). Ustaz-ustaz dan ustazah-ustazaku semuanya baik-baik belaka. Semuanya tidak pernak lokek untuk berkongsi ilmu. Mereka tidak pernah jemu untuk terus memberi semangat dan keyakinan walaupun di saat akhir peperiksaan semakin hampir dahulu. Lantaran ingin mengejar barakah Ilahi, ingin mempersembahkan yang terbaik pada Yang Maha Esa, mereka berusaha sebaik mungkin untuk mendidik anak-anak muridnya. Kerjaya sebagai guru adalah kerjaya yang mulia dan besar pahalanya kerana menyampaikan ilmu.

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesungguhnya Allah, malaikat, dan ahli (penduduk) langit dan bumi ; hinggakan semut di dalam lubang juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia.” (Riwayat al-Tirmizi)

Ya! Aku pasti dan sentiasa akan merindui suara-suara para asatizahku. Suara marah lantang kedengaran saat diri ditegur dalam proses menimba ilmu. Suara berbaur hikmah dan nasihat masih terngiang-ngiang saat diri semakin hanyut dibuai arus duniawi. Suara beralun ketawa masih jelas kedengaran saat diri sama-sama bergurau senda bersama para guru tercinta. Terima kasih asatizahku! Jasa kalian, hanya Allah yang mampu balas. Aku hanya berupaya mendoakan kesihatan dan kebahagiaanmu di dunia dan akhirat. Dan, semoga kita dapat bertemu lagi.

Setiap hari, apabila rindu mula mengetuk hati, pasti aku akan tersenyum sendiri sambil menyelak helaian-helaian tazkirah dan kata-kata nasihat daripada para asatizahku. Aku memang suka mendengar tazkirah dan nasihat serta teguran daripada guru-guruku. Dan aku akan menyalin setiap butir ungkapan berisi hikmah itu ke dalam sebuah kalam yang ku tulis tajuknya, ‘Celoteh Pembakar Semangat’. Bila rindu, buku itu akan selalu ku buka. Bila rindu, gambar-gambar kenangan selalu ku selak di dalam komputer.

Ku akui, sekolah terakhirku ini banyak memberi dan meningkatkan motivasi iman dalam diriku. Dengan solat hajat setiap Jumaat, tazkirah, usrah dan lain-lain aktiviti yang mendekatkan diri pada Allah sedikit sebanyak memberi manfaat untuk diriku ini agar terus tetap dengan agama-Nya. Di sini, aku banyak mendalami apa yang tidak aku ketahui sebelum ini. Ya! Semakin banyak kita belajar, semakin kita tahu bahawa kita ni jahil. Banyak perkara lagi yang kita masih tak tahu.

Setiap kali ilmuku bertambah, aku bertambah kenal akan kebodohanku. – Imam Syafie –

Di sini juga, aku belajar apa itu erti ukhuwah yang sebenarnya. Ukhuwah yang mengalirkan kita ke Syurga-Nya kelak adalah ukhuwah yang dibina atas dasar kerana-Nya. Bila ukhuwah itu atas dasar kerana-Nya, maka, jalan untuk mengharungi sebuah ukhuwah itu sudah pasti jalan kebenaran dan nasihat-menasihati yang menjadi tunggak utama. Bukan jalinan ukhuwah yang menghumbankan kita ke Neraka kerana penuh dengan hiburan dan keseronokan duniawi semata-mata. Yang hanya melalaikan hati dan jiwa seorang insani daripada mengingati Ilahi.

“Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.” (Surah Ali ‘imran : 104)

Guru-guru yang mengajar subjek STAM dan MUET hanya beberapa sahaja. Dan, memang beberapa itu sajalah guru yang aku tahu namanya dan kenal karakternya memandangkan aku pelajar yang baru tahun ini menapak di sekolah itu. Aku amat sayangakan semua guru-guru yang mengajar STAM dan MUET. Aku sayang mereka sebab mereka sentiasa memberi tunjuk ajar. Aku sayangkan mereka sebab mereka banyak bersabar. Aku sayang mereka kerana kebaikan dan agama yang ada pada mereka. Aku sayang guru-guruku kerana Allah. 🙂

Daripada Abu Mas’ud al-Ansori r.a., Nabi s.a.w. bersabda : “Sesiapa yang menunjukkan kebaikan, ia mendapat ganjaran amalannya itu dan ganjaran seumpama orang yang mengikutinya.” (Riwayat Muslim)

Akhir bicara, aku memang manusia biasa yang takkan terlepas daripada berbuat salah dan dosa. Sebab itu, kita kena selalu meminta maaf dan sudi memaafkan. Selagi kita masih bernafas, selagi kita masih meneroka, selagi itulah kita akan terus belajar, belajar dan terus belajar. Belajar tanpa henti. Belajar bukan hanya di atas kertas dan buku. Tetapi, belajar itu banyak. Belajar daripada keadaan sekeliling, belajar daripada alam semesta yang indah ini, belajar daripada masa silam dan banyak lagi pelajaran yang boleh kita belajar daripada kehidupan ini.

“Dan apakah mereka tidak memperhatikan, bahwasanya Kami menghalau (awan yang mengandung) air ke bumi yang tandus, lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu tanam-tanaman yang daripadanya (dapat) makan binatang-binatang ternak mereka dan mereka sendiri. Maka apakah mereka tidak memperhatikan?” (Surah Sajadah : 27)

Terima kasih Allah!  Kerana memberi aku peluang untuk menuntut ilmu bersama para asatizahku. Semoga Engkau berkati ketulusan mereka.

Renung2kan.. Hasil kerja pelajar STPM bawah dan STAM 2011 😉

Terima kasih guru-guruku! Terima kasih bumi SAMTiSH!

4 comments on “SELAMAT TINGGAL SAMTiSH

    • memang terharu kalo dgr lagu nasyid tu..
      terima kasih ye aishah..
      amin..
      doakan wana berjaya dunia dan akhirat..
      aishah pun, semoga berjaya di dunia dan akhirat.. 🙂

  • wana! sEdiH k0t bAcE nIe.. 😦
    aKu pUn saYaNg sUmeW cIkgU2 kiTew..
    saYaNg sUmew KaWan2 kItew..
    i wiLL miSs mY scH0ol anD aLL mY teAcHerS anD fRienDs….

    tEriMa kAsIh sAmTiSh!! syUkrAn aSatiZah!! 🙂

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: