KENANGAN KASIH KITA

Published December 2, 2011 by wana93

Alhamdulillah! 30.11.2011 hingga 1.12.2011,aku bersama kawan-kawan STAM 2011 dan guru-guru STAM 2011 selamat pergi ke Port Dickson dan selamat sampai di rumah. Selama 2 hari 1 malam kami meluangkan masa bersama. Seronok! Tapi sangat penat kerana terpaksa bermandi dengan peluh lantaran bilik sewa yang memaksa kami menggunakan khidmat tangga yang sememangnya menyemputkan kami. Huhu. Tinggi! Penat tapi ada hikmah. Perut kempes dan lemak pun hilang. Walaupun sikit. Hehe. Aktiviti paling best, BBQ!! Sebab dapat makan. Sedaaaaap!! Hehe. 😉

02012018874

546217_435975976419850_100000223554610_1992988_125001794_n

529118_435988736418574_100000223554610_1993076_1248149633_n

Tak nak cerita panjang-panjang sangat fasal di Port Dickson sebab panjang kalau nak diceritakan. Kesimpulannya, seronok! Walaupun ada suka dan duka menghadapi seribu rintangan dan halangan untuk menjayakan aktiviti-aktiviti yang telah dirancang. Yelah, kita hanya mampu merancang, Allah jua yang menentukan. Tak gitu?  Apapun, perasaan ini memang seronok bersama kalian.

Nak masuk bab sedih ni. Huhu.

Apa dia??03012018968

Bas selamat sampai di sekolah selepas 2 hari 1 malam berada di sana. Bila bas dah sampai, itu bermakna perpisahan semakin hampir. Kita akan segera berpisah nanti. Tak tahu bila lagi akan bertemu. Kami membuat salam jama’i buat terakhir kalinya.

Memang saat itu, hati-hati kami telah direnjis dengan air mata perpisahan. Banyak titisan manik jernih yang semakin tumpah di kalangan para sahabatku saat tubuh memeluk erat tubuh sahabatnya dan saling memaafi sesama kita. Pada mulanya, aku memang tak menangis. Air mataku seakan membeku. Aku bukan seorang yang mudah menumpahkan air mata walaupun rasa sedih menyelubungi jiwa. Aku hanya menangis dalam hati.

Tapi, bila tiba giliran seorang sahabat comelku, ‘Iffah, dia mendakap erat tubuhku, aku merasa sesuatu. Pelukan itu sarat dengan kasih dan sayang serta cinta seorang sahabat. Manik jernih mula keluar dari kelopak mataku. Dan ia terus mengalir deras. Aku sayang semua sahabat-sahabatku! Kami semua saling berpelukan dalam sendu tangis untuk menghadapi sebuah perpisahan yang kami sendiri tak tahu bila lagi akan ketemu.

Aku juga menyalami guru-guru tercintaku dan mohon maaf pada mereka serta mengucapkan ribuan terima kasih. Tanpa mereka, siapalah kita kan…

Dan di sini, inginku titipkan sebuah kisah dongeng tentang kehidupan STAM SAMTiSH 2011. Hehe. Hasil nukilan dua hamba Allah yang mengharap reda-Nya. Bacalah ya. Khas untuk kalian semua! 🙂

~~~~~~~~~~~~~~~`

Lafaz bismillah pembuka bicara,

Pantun dihulur sebagai permulaan,

Assalamualaikum salam sejahtera,

Sisipan cerita sebagai tanda ingatan.

 

Santapan kenangan buat semua,

Khususnya buat pelajar STAM I dan II,

Bertekak bertengkar perkara biasa,

Namun kami tetap ceria bersahaja

 

Family kita 42 orang sahaja,

15 teruna dan 27 dara,

Bermulalah alkisah story semua,

Diharap dapat dikongsi bersama.

 

..ABC CENDOL ROJAK PASEMBUR GEDEBAK GEDEBUK TING TONG..

Aaa….chakkk!! Giler-giler Production Sdn. Bhd. dengan penuh rasa bangga, takabbur dan riaknya mempersembahkan story very the most sensasi, yang mana filemini bertajuk “Astana Mahligai Indah” di daerah STAM  I dan STAM II dalam sebuah Negara SAMTiSH, di planet Bumi, galaksi Milky Way..

Alkisahnya bermula… di dalam sebuah Astana Mahligai Indah ini terdapat 42 penghuni yang terdiri daripada 15 putera yang soleh rupawan dan 27 puteri yang solehah menawan..

Alkisah STAM I ini menempatkan 9 putera soleh dan 8 puteri solehah yang sentiasa mendamba Syurga Ilahi. Seperti yang semua sedia maklum, astana kita merupakan sebuah teratak yang tersembunyi dan terpencil di dalam kota alam maya yang luas tersergam indah. Disebabkan itu, Maharani Khairiah Sujud telah menitahkan Permaisuri Siti Nor Jaffar untuk mengelola dan mengemudi bahtera minda rakyat setianya yang terdiri daripada putera dan puteri yang dikasihi Ilahi. Putera Firdaus telah mendapat kenaikan pangkat untuk membantu segala urusan pentadbiran Astana Mahligai Indah. Putera yang segak itu dibantu oleh seorang puteri yang putih melepak iaitu Puteri Afiqah. Mereka berganding bahu untuk menggalas tanggungjawab menjaga kepentingan rakyat di astana indah. Mereka sedar, sepakat pasti membawa berkat! Putera Khalil Al-Ghazi merupakan salah seorang penghuni setia astana yang mana namanya amat popular di persada sastera arab. Beliau sentiasa dilihat mengawal keadaan astana bersama dua orang pengikut setianya, Putera Faris dan Putera Haikal Mat Rahim. Mereka bertiga merupakan putera soleh yang dihiasi dengan sifat qanaah dan pemalu. Putera Ruzain juga sebahagian daripada mereka. Beliau seorang putera soleh yang sentiasa menjaga pandangan matanya daripada melilau melihat pemandangan maksiat di dalam mahupun di luar astana. Semua puteri amat menghormati pendirian si putera itu.

Pesta makan secara besar-besaran seringkali diadakan di astana indah ini. Bila sudah kenyang, pasti terdengar alunan sendawa Puteri Sakinah Huda yang sentiasa membuat Puteri Fara Diana berasa loya tekaknya. Kedua mereka amat molek untuk membuat kami tergelak sakan. Gelagat mereka yang sporting itu membuat kami berasa senang mendekati. Ada seorang putera ni, bila belajar, memang bertungkus lumus. Tak pernah kenal erti penat dan jemu. Itulah dia si Putera Ali Yunus. Beliau sering mengganggu ketenteraman rakyat di astana dengan helah gurauannya. Sahabat karibnya, Putera Fahmi Nahrawi juga 2×5. Suasana astana bertambah kecoh dengan kehadirannya. Namun, kami bersyukur kerana ia membawa kami untuk hidup bahagia bersama senyum terindah. Haaaa!! Cakap bab senyum, teringat pada seseorang. Ya! Memang Putera Luqman Zaki yang paling suka membuat iklan gigi. Almaklumlah, bila bergambar, pasti putera kacak itu sempat mempamerkan sebaris senyuman bersama gigi indahnya. So sweet kan?? ^^,

Bila berhujah, lantang sekali suara kebenarannya. Itulah gerangan Putera Azam Halim. Putera soleh itu sememangnya mendapat perhatian banyak pihak media astana. Bukan saja itu, malah, putera itu seringkali menjadi putera idaman setiap puteri yang menghuni di situ. Puteri Azreen sering berduet bersama putera tersebut bila mana tujuan mereka ingin menghangatkan penyertaan dalam setiap pertandingan yang diadakan di Astana Mahligai Indah. Turut menjuarai pertandingan gelak paling semangat adalah siapa lagi kalau bukan pemilik nama Puteri Shareena. Gelaknya mampu mengalahkan tawa pontianak dan sering menjuarai pertandingan ini. Tahniah buat puteri solehah itu. Punyelah bahagia rakyat dibuatnya. Puteri Fatma pula sentiasa bertenaga dalam melakukan sebarang tugasannya kerana gerangan itu memiliki sebuah kenderaan istimewa iaitu Perodua Kancil berkaki empat yang sering membantunya ke sana ke sini. Puteri itu hatinya baik sekali kerana sering menumpangkan Puteri Shaqira Aina apabila selesai menjalankan tugas di teratak terpencil ini. Mereka sering berbincang tentang masalah kepincangan akhlak di kalangan rakyat astana. Dan…puteri solehah terakhir kami bagi daerah STAM I ini adalah Puteri Noor Syazana. Puteri itu mempunyai karakter tersendiri yang mampu memikat hati putera puteri sekelilingnya. Puteri solehah itu sentiasa berdoa agar namanya tercalon dalam Anugerah Penghuni Syurga Ilahi.

Inilah kami, 6 STAM 1

Inilah kami, 6 STAM 1

Alkisah STAM II pula menemukan pengenalan 6 putera soleh dan 19 puteri solehah. Mereka juga mendamba Syurga Yang Maha Esa. Demi menjaga keamanan alam maya, Raja Yusri Miskan diperintahkan oleh yang berhormat Maharani Khairiah Sujud untuk mentadbir singgahsana dengan adil, tegas dan berwibawa.. Bagi mewujudkan suasana yang aman dan tenteram agar tidak berlaku gejala yang boleh merosakkan akidah penghuni Astana Mahligai Indah, Putera Muhammad Hazim telah dilantik untuk bersama-sama menjaga keamanan astana.. Bagi meringankan bebannya,Puteri Nurul ‘Iffah telah ditugaskan untuk membantu, ini kerana beliau mempunyai semangat yang kuat, tinggi dan rajin sehingga boleh menggegarkan Astana Mahligai Indah.. Bagi memudahkan belanjawan negara berjalan lancar, Puteri Ezza Aniza telah diamanahkan untuk menguruskan segala harta benda penghuni di astana.. Bagi menceriakan lagi suasana, Puteri Nurul Ain dan Puteri Maazatil Adawiyah yang turut dibantu oleh Puteri Ummi Huwaina telah dipertanggungjawabkan bersama untuk menceriakan astana.. Ini kerana, mereka amat kreatif terhadap seni-seni melayu.. Dewan organisasi bersetuju untuk mewujudkan Majlis Perbendaharaan Astana Mahligai Indah (MPAMI).. Puteri Farah Izzati dan Puteri Rabiatul Adawiyah telah dipertanggungjawabkan untuk menjaga kebersihan astana.. Walhal, Astana Mahligai Indah tidak pernah tercalon sebagai astana terbersih… Adehh..!! Tetapi, punyalah gembira apabila astana ini tersenarai sebagai astana terbising.. ‘Tercalonlah jugak!!’ oleh raja-raja dan permaisuri-permaisuri yang berperananan menjaga daerah STAM.

Disebabkan putera-puteri astana tidak begitu lasak, memudahkan lagi petugas-petugas menjalankan tugas.. Malangnya pula, lantai astana sering retak.. Ini kerana dek penghuni-penghuni astana sering terdengar nyanyian merdu yang didendangkan oleh Puteri Nurul Nadia.. Penghuni astana sebulat suara, melantik Putera Meor Haikal dan Putera Muhammad Nadzif untuk mengganti tempat puteri tadi.. Kini hampir seluruh dunia SAMTiSH mengenalinya.. Astana Mahligai Indah amat bersyukur kerana mempunyai laksamana yang menjaga keamanan astana daripada diserang musuh.. Seorang putera telah dipertanggungjawabkan iaitu, Putera Hafizuddin Hanapi..Astana Mahligai Indahjuga berasa bangga kerana mempunyai 3 orang wakil temenggung dari kalangan tuan puteri berhormat iaitu, Puteri Fatimah Azzulfa, Puteri Nur Amirah dan Puteri Nawa Hanim yang kerap kali membuat rondaan dalam sehari di beberapa kawasan di daerah STAM tersebut terutama sekali di Kota Kantin dan Kota Kooperasi..

Raja-raja dan permaisuri-permaisuri di daerah STAM II dalam Negara SAMTiSH telah masak bebeno dengan perangai penghuni astana yang suka buat hal sendiri dan sering membute buat tahi mata tak kira waktu.. Sifat taiko yang ada dalam diri Putera Muhammad Arif, Puteri Ain Syakila, Puteri Nazurah Aida, Puteri Nur Baitie serta tidak lupa juga yang turut sama menyertai kumpulan ini Puteri Hanan al-Iman el-Azzam yang gemar melakukan halnya sendiri telah menyebabkan penghuni astana diserang Raja Yusri Miskan.. APE NAK JADI DAA..?? Member astana yang sorang lagi nih lagilah pemalu ya Rabbi.. siapa lagi kalau bukan Puteri Nurfarhana.. Nie lagi dua orang nih, kalau bab cuti je muka diorang lah, Puteri Zulaikha Shahirah dan  Puteri Saidatul Syazwa.. Diorang nih suka buat public holiday sendiri.. Haii, suka hati kau orang lah.. Geng kita orang nih lagilah.. merantau punyalah jauh untuk menuntut ilmu di negara SAMTiSH, orang Kedah lah katakan.. dari jauh mai ke mari nih.. ehm, siapa lagi kalau bukan Putera Hafizuddin Dahlan.. Dia nie ada geng sorang lagi, nak kata cina jauh sekali, nak kata jawa mungkinlah kowt.. Namanya Puteri Jariyah.. Oohh, melayu rupanya…

Inilah kami, 6 STAM II

Inilah kami, 6 STAM II

Untuk membuka minda putera-puteri Astana Mahligai Indah yang sempit ini, sesi pembelajaran diwujudkan.. Tiga orang raja iaitu Raja Yusri Miskan, Raja Nizam dan Raja Shukri telah menawarkan diri untuk mendidik penghuni astana.. Permaisuri-permaisuri juga turut serta menabur bakti, iaitu Permaisuri Siti Aisyah, Permaisuri Siti Nor Jaafar, Permaisuri Siti Kholijah, Permaisuri Siti Nor Othman, Permaisuri Asma’ Ruswiza dan Permaisuri Sapura Harun.. Raja-raja dan permaisuri-permaisuri sanggup berkorban segala masa dan tenaga demi melahirkan penghuni-penghuni yang cerdik pandai.. Punyalah gembira penghuni Astana Mahligai Indah, kini daerah STAM I dab II di negara SAMTiSH telah lengkap semuanya.. Insya-Allah jika diizinkan yang Maha Esa, panghuni Astana Mahligai Indah 2011 akan memecahkan rekod kecemerlangan.. Amiin, insya-Allah..

Sekian, tamatlah sudah..

Penulis skrip : Wakil STAM

Pengarah : Pelajar STAM

Penerbit : samela jugak..

Para Pelakon : Warga STAM I & STAM II

Akhir kata,

Maaf kawan kalau terasa,

Ini hanya sekadar gurau senda,

Sebagai nostalgia sepanjang masa,

Pengubat rindu di kala duka.

 

Wahai guru, rakan dan taulan,

Berkat dan doa kami harapkan,

Semoga semua beroleh kejayaan,

Azam dihati MUMTAZ menjadi kenyataan.

 

Sampailah masa mengundur diri,

Tamatlah sudah alkisah kelas kami,

Segala perjuangan tidak ternoktah di sini,

Ada jodoh, insya-Allah kita jumpa lagi.

~~~~~~~~~~~~~~~~

Mempunyai sahabat seluruh dunia,

Kalau berucap boleh tahanlah lama,

Mesti ada gelak dan tawa,

Ustaz Yusri Miskan itulah empunya nama.

 

Orangnya baik memikat hati,

Adakalanya ‘OK’, adakalanya garang,

Ustazah Aisyah Saad tuan empunya diri,

Selalu berdoa agar pelajarnya cemerlang.

 

Ustazah Siti Nor Othman nama dikenali,

Amanah diberi tidak pernah dilupai,

Mengajar kami meneroka diri sendiri,

Sukar kami mencari pengganti.

 

Dari Johor datang kemari,

Sentiasa berjubah..tenang sekali,

Ustazah Siti Nor Jaafar murabbi kami,

Gemar bergambar..ikutan putera puteri..

 

Orangnya dikagumi ‘senior junior’ kami,

Dari Kelantan diimport mari,

Ustaz Shukri orangnya sangat baik hati,

Sifat pemalu sentiasa menghiasi diri.

 

Hitam manis baik sekali,

Bila disapa..senyum sentiasa,

Ustaz Nizam guru Tauhid Mantiq kami,

Bila mengajar..gagah semangatnya.

 

Ustazah Kholijah guru Fiqh Faraidh kami,

Tegas dan penyabar itulah identiti,

Waktu di kelas selalu menguji,

Buat kami jadi rajin mengulangkaji.

 

Berkulit cerah manis sekali,

MUET diajar penuh dedikasi,

Bersifat peramah sentiasa memuji,

Teacher Sapura nama dikenali.

 

Mengajar MUET di sekolah kami,

Orangnya molek cantik sekali,

Pening kepala gara-gara kami,

Itulah Teacher Ruswiza guru kami.

 

Akhir sekali, saya mengucapkan ribuan dan jutaan terima kasih yang tak terhinga buat para asatizahku yang sudi berkongsi ilmu bersama anak-anak didiknya. Hanya Allah yang mampu membalas budi jasa kalian. Insya-Allah, kami, anak didikmu akan cuba mengamal dan mempraktikkan segala ilmu yang diajar dan nasihat yang disuntik melalui tazkirah dan motivasimu. Doakan kami berjaya di dunia dan di akhirat ya! 🙂

Kepada sahabat-sahabatku sayang..Aku amat menyayangimu! Aku sayangkanmu kerana Allah. Ukhuwah ini terlalu indah untuk diungkapkan dengan kata-kata. Semoga ukhuwah kita akan berkekalan sampai ke Syurga-Nya. Selamat tinggal semua! Semoga kita berjumpa lagi! Jaga diri baik-baik. Jaga iman baik-baik! Terima kasih sebab sudi jadi kawanku! 🙂

InsyaAllah, kita jumpa lagi kalau tak mati.. UHIBBUKUM FILLAH… :’)

-2/12/2011-

10 comments on “KENANGAN KASIH KITA

  • soooo sweeeeet!!!!!! 🙂
    sedeyla pulak.. rinduuu.. (@_@)
    semoge ukhuwah kitew kekal selamanye smpai ke syurga..
    terima kasih kawan2 sume..
    terima kasih ustaz-ustaz..
    terima kasih ustzh-ustzh..

  • alkisah cerita ini sungguh menarik dan tertarik, mmg dabomb…

    rsa sayng dan berat nak berpisah, insya-allah, kita akn berjumpa lagi, dgn ini ukuhuwah kita akn bertrusan…

    insya-Allah, ukhuwah kita x akn berhenti setakat ini sahaja, dan insya-Allah, kita akn meneruskn perjuangan kita bersama :D.

    -i luv u wana-

  • itulah asam garam belajar di SAMTSH Kg Jawa…. yg baik jadikan teladan, yg buruk jadikan sempadan… yg penting ilmu yg dipelajari jgn dilupa!

    • ye..betul tu ustzah..hehe 🙂
      insyaAllah..saya tak lupa semua nasihat dan teguran serta motivasi dari ustazah2 dan ustaz2..
      malah, saya cuba praktik dan amalkan dalam kehidupan..
      terima kasih atas segalanya..
      sayang kalian! 🙂
      doakan kejayaan kami, di dunia dan akhirat.. 🙂

  • allahummaftah aleikum jamiean…
    seronok,gembira,sedih,geram,semua perasaan ada…sms mengajar antum…tp sekarang yg ada hanya RINDU…
    hu…hu…huwaaaaaaaaa!!!

  • apapun tindakan kami ms mengajar dl,semuanya kerana perasaan SAYANg pd antum…bkn benci…dan natijahnya antum bersungguh2 dlm menuntut ilmu,kami saksikan semuanya…terima kasih Tuhan…kerana mengurniakan anak didik yg sgt taat,yg sgt mencari redhaMu…

  • ustazah siti nor jaffar.. alhamdulillah.. 🙂
    kami, anak2 didikmu juga bersyukur dan bahagia sgt sebab dapat murabbi2 yg sentiasa prihatin akan pelajaran dan sentiasa bg nasiht dan teguran yg membina…
    insyaAllah, semoga ukhuwah fillah ini kekal hingga ke Syurga..
    kami juga sayang kalian semua!! 🙂

  • Baru dapat baca…whereever u are chrish all the good memories u had..keep ur head high, but dont forget to look down…KEEP YOUR FAITH….it is priceless

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: