SKETSA TUDUNG

Published December 16, 2011 by wana93

Seorang kawan free hair bertanya kepada seorang sahabatnya yang memakai tudung.

Free hair : Kenapa kau pakai tudung?
Bertudung : Sebab aku nak tutup aurat.
Free hair : Kenapa? Tak panas ke?
Bertudung : Sebab Allah wajibkan perempuan tutup aurat. Perkara wajib tak ada pilihan. Kau pernah terkena api atau mancis tak?
Free hair : Pernah. Jari aku melecur kot!
Bertudung : Api Neraka lagi panas sampai boleh melecurkan seluruh tubuh kita.
Free hair : ….(gulp!)….

Keesokannya, si Free hair tu pun mula bertudung. Kerana Allah. Alhamdulillah. Indah kan ukhuwah itu? Sebab mampu mengarah langkah kita ke arah Syurga-Nya.. ^^,

”Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya.” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

“Katakanlah kepada wanita yang beriman: “Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya,……” (Surah Al-Nur : 31)

5 comments on “SKETSA TUDUNG

    • yup. abang ipar bukan mahram. so, tak boleh.
      erm..pakcik suami kpd abah/ mak? (blur sikit ni,hehe)

      ok..
      contoh ye..
      saya dan awak adik-beradik..
      saya kakak dan awak adik..
      saya kahwin..
      suami saya bukan mahram awak.
      pakcik suami saya pun macam tu juga.
      bukan mahram dengan awak.
      (tu ke maksudnya?)

      “…dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putra-putra mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita.” (Al-Nur : 31)

      wallahua’lam.. ^^

  • masa saya freehair, saya tanya kawan saya yg bertudung;

    sy : kenapa awak pakai tudung tapi tak solat. bukan orang pakai tudung kene solat ke?
    (soalan bodoh sebab saya jahil masa tu, hihi)

    si bertudung : orang solat belum tentu masuk syurga, tengok kisah zaman nabi, pelacur dan pencuri pun masuk syurga.

    sy : ohhh macam tu.

    alhamdulillah beberapa bulan lepas tu saya diberi hidayah. saya mula belajar solat.

    si bertudung : awak ingat tuhan nak terima solat awak tu? dah la tak pakai tudung, seksi pulak tu.

    sy : tapi saya belum sedia, jadi solat saya sia-sia ke?

    si bertudung : yelah.

    saya pun berhenti mendirikan solat sebelum Allah menemukan saya dengan orang yang sepatutnya untuk membetulkan fahaman saya terhadap islam.

    saya pegang kata hamba Allah yang mulia membimbing saya masa tu,

    “segala yang baik bermula melalui solat. solatlah, yang selebihnya akan datang kemudian”.

    Alhamdulillah kini saya ikhlas bertudung dan menutup diri (bukan lagi membungkus diri, haha).

    • nice sharing…
      terima kasih ya..
      betul tu..
      solat itu satu kewajipan..
      sama seperti menutup aurat..
      wajib kita lakukan..
      solat itu juga tiang agama..
      x solat, bererti kita meruntuhkan tiang agama kita sendiri..
      alhamdulillah, semoga kita terus istiqamah di jalan-Nya.. 🙂

  • Emm bagi isteri yang belum bergelar isteri, free hair depan abg ipar dah jadi perkara biasa. Bila dah kawin, perangai tu terikut-ikut..Emmm…

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: