AZAM UNTUK LEBIH BAIK DAN LEBIH BERIMAN

Published December 31, 2011 by wana93

Alhamdulillah.. ^^

Kita masih bernafas untuk hidup. Masih berfungsi mata dan akal untuk membaca dan memahami. Masih ada kaki untuk meneroka alam ini. Masih ada tangan untuk menaip blog ini. ^^,

Semakin hari, semakin iman kita digoda. Semakin iman kita tak tetap. Ada kala ianya turun, adakala ianya naik. Ada kala juga ia mendatar saja. Namun, kita tak berdiam diri dengan dosa. Kita cepat-cepat bangkit dengan beristighfar dan bertaubat pada-Nya. Bersyukurlah! Kita masih ada iman dan islam.

Azam Sebagai Hamba-Nya

Berazamlah untuk jadi lebih baik dan lebih beriman di sisi-Nya. Renew azam kita. Topup pahala dalam diri. Upgrade iman di hati. Delete dosa dan tompok-tompok noda.

–          Taat perintah Allah dan Rasul-Nya

–          Sentiasa amar ma’ruf dan nahi mungkar

–          Tutup aurat dengan sempurna

–          Pelihara diri daripada api Neraka (pergaulan bebas, anak derhaka, dll)

–          Tarbiah diri dengan sifat sabar dan kurangkan marah

–          Pemaaf dan sentiasa meminta maaf

–          Solat fardhu 5 tidak ditinggal

–          Solat sunat ditingkatkan

–          Tahajud sentiasa diambil berat (at least 2 kali seminggu)

–          Mengaji quran (at least 2 m/s sehari) dan mentadabbur maknanya

–          Menghafaz quran ( target surah : sikit-sikit lama-lama jadi bukit)

–          Sentiasa dengar dan patuh cakap ibu bapa

–          Kerapkan solat berjemaah di masjid (bagi lelaki)

–          Kerapkan usrah dan menghadiri majlis ilmu (tingkatkan ilmu di dada)

–          Sentiasa ingat Allah dan kematian (sediakan bekalan untuk bertemu dengan-Nya)

–          Ingin mensoleh dan mensolehahkan diri

Target 2012 : Husnul Khatimah, ingin mati dalam iman berlafazkan syahadah!

“..Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang bertawakal kepada-Nya.” (Surah Ali ‘Imran : 159)

Selamat Tahun Baru 2012 Masihi

Teringat satu quote daripada novel Contengan Jalanan..
“The man that decided to change on the twelfth hour dies on the eleventh”
“Seseorang yang hendak berubah pada jam 12, mati pada jam 11”

Cuba kita tukar sikit untuk hari ini..
“The man that decided to change on year 2012, dies on the end of year 2011”
“Seseorang yang hendak berubah pada tahun 2012, mati pada akhir tahun 2011”

~ Renung2kan dan selamat beramal. Segera bertindak untuk perubahan! ^^
~ Sama-sama kita berhijrah menuju Jannah-Nya.. Sama-sama kita melangkah ke arah gerakan berpahala di bawah reda-Nya.. ^^
~ Insya-Allah.. Bittaufiq Wannajah.. 🙂

Advertisements

2 comments on “AZAM UNTUK LEBIH BAIK DAN LEBIH BERIMAN

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: