SEMINAR GENERASI IDAMAN SELANGOR (GeMS)

Published January 1, 2012 by wana93

Di sini, saya hanya ingin berkongsi tentang ilmu pengetahuan yang dapat saya hadam dan catat semasa berada di dewan S.U.K, Shah Alam, untuk program GeMS ini. Saya datang sana bawah NISA’ Kapar selaku urus setia, bukan peserta pun. Tapi, alhamdulillah, berkesempatan juga dengar dan menikmati hidangan perkongsian ilmu yang bermanfaat ni. Seronok walaupun penat. Saya akan cuba menulis secara santai dan ringkas tapi padat untuk perkongsian kali ini.  ^^

Ada tiga program yang telah dilaksanakan dengan jayanya pada 30/12/2011 :

1)      Aku Dibius Cinta

2)      U-Turn

3)      Forum Santai Bersama Ustaz Farhan, Ustaz Zulkifli, Abang Sham Kamikaze dan Joey (perempuan mualaf).

Aku Dibius Cinta

Disampaikan oleh ustaz Hj Ridzuan Mohd Sagir.

>  Kita mudah tersasar sebab selalu lalai dalam bisikan cinta.

Pengaruh Internet :

– apa yang selalu kita lihat dan tengok, lama kelamaan akan terperap dalam minda bawah sedar.

– bila cinta dibuai dalam minda bawah sedar, semuanya OK! Tak apa!

>  Kadang-kadang, kita lupa peringatan dan amaran-amaran Allah dan Rasul. Kita lupa nasihat ibu bapa bila diri dah Dibius Cinta.

>  Kena sentiasa rasa Allah itu ada dan sentiasa memantau kita.

>  Gunakan CCTV Hati – Allah ada di mana-mana.

>  Hati yang bersih – itulah kehendak Allah, itulah sunnah.

>  Bila iman turun dan naik, itu biasa. Tapi, bila kita melanggar perintah Allah, iman akan masuk dan keluar – berpagi-pagi Mukmin, berpetang-petang Kafir. Jangan sampai kita mati saat iman sudah keluar. Na’uzubillah!

>  Akan tiba saatnya, cinta itu mengejar anda.

U-Turn

u-turn menuju-Nya

Disampaikan oleh Ustaz Wan Sohor.

  • Maksud Aku Dibius Cinta :

-lali

-tak sedarkan diri

-tak rasa apa

  • Bila dah dibius cinta, kita tak rasa benda yang kita buat tu haram.
  • Jalan berpegangan tangan, berpegangan pinggang, tak rasa susah nak jalan. Rasa OK saja.
  • Nak patah balik :

–          Kenal diri semula

> kembali kepada asas. (pancaindera asa)

– mata > berapa ramai yang tertipu dengan FB dll.

> sekali mata memandang wajah empunya FB dll, hati dah tertawan.

– telinga > mendengar suara perempuan walaupun di telefon

> suara mengancam (dah jatuh cinta!)

> orang lelaki kalau dengar suara perempuan di telefon (dia bayangkan)

  • Zina :

–          Majoriti kerana cinta!

–          Walaupun dia tahu, bila dia berzina, dia akan banyak kehilangan (kena halau dengan ibu bapa, tak diterima saudara, dll), dia tetap buat sebab dah dibius!

  • Cinta yang sebenar adalah pernikahan. ^^
  • Hampir 85% lelaki yang pernah bersama dengan perempuan sehingga berzina, kemudian mengahwini perempuan itu, bercerai!
  • Lukman Al-Hakim (seorang hamba berkulit hitam) selalu menasihati anak-anaknya : “Kamu kena jaga diri kamu dari zina.”
  • Bila kita buat sesuatu yang halal, kita tak perlu ada rasa takut. Go Ahead! ^^,

Forum Santai

ustaz Zulkifli, ustaz Farhan dan Joey

Ustaz Farhan sebagai Moderator.

–          Islam mengawal dan menjaga, bukan melarang.

–          Berhibur tak salah tapi jangan sampai melalaikan.

Ustaz Zulkifli.

–          Generasi Quran :

  • Dalam jiwa ada quran dan hadis
  • Hidup macam orang biasa
  • Tapi dalam jiwa penuh dengan quran
  • Buatlah apa saja asal berpaksikan Laailahaillallah.
  • Dalam diri ada tiang.

–          Kalau tak giler-giler, bukan orang muda namanya.

–          Bukan nak mempermudahkan urusan, tapi, ini langkah awal sebagai pendekatan untuk remaja zaman sekarang. Mana lagi baik? Pakai tudung dan pakai seluar jin atau tak pakai tudung dan pakai seluar jin??

–          Bercinta tak salah, berpegangan tangan tu yang salah. Nak naik motor dgn gf tak salah, tapi, pastikanlah ayah gf tu duduk dekat tengah. ^^

–          Yang penting, apa-apa pun, balik pada agama.

–          Kena ada space untuk cari ilmu agama.

–          Jadi remaja yang berfikir.

–          Lelaki selalunya nak isteri yang baik-baik, yang solehah untuk dijadikan isteri. Yang couple-couple ke hulu ke hilir tu saja je, spepart katanya.

–          Jangan sampai tangan kita disentuh lelaki bukan mahram. ^^,

Abang Sham Kamikaze.

–          Sekarang ni, trend kebangkitan Islam :

  • Remaja dah mula suka nak pergi majlis-majlis ilmu macam ni.
  • Fitrah manusia nak tahu.
  • Banyak FB ustaz/ustazah dah di‘Like’ dan macam-macam lagi

–          Kadang-kadang, remaja ni malu nak bertanya sebab asal nak Tanya ustaz/ustazah je, kena pakai jubah. Tak boleh pakai seluar jin. Tak boleh brutal-brutal. Itulah remaja.

–          Nak tengok kebangkitan Islam :

  • Lihat pada solat Tahajudnya.
  • Generasi sebaik Sultan Al-Fateh. ^^

–          Dakwah tu tanggungjawab kita semua. Paling mudah nak berdakwah, ajak orang solat. ^^

Joey (perempuan Mualaf).

–          Kristian kepada Islam.

–          Selama ni, segala persoalan yang dicari, jawapannya semua ada dalam Al-Quran

–          Waktu masih Kristian, orang yang paling dibenci adalah Nabi Muhammad s.a.w. Kini, tidak lagi. ^^

–          Selalu berdebat dan bertanya dengan kawan baiknya yang Islam. Kenapa dalam Islam lelaki boleh berpoligami? Tak ke gatal tu namanya? Kenapa perempuan pakai tudung? Bukan ke rambut yang cantik ini anugerah dan perlu ditunjukkan? Kenapa tak boleh minum arak dan makan babi? Selalu cari kesalahan Islam.

–          Barulah empunya diri faham. Boleh berpoligami sebab nisbah perempuan lebih ramai daripada lelaki, boleh elakkan zina, janda-janda memerlukan pertolongan dll. (masa ni, peserta lelaki memang kuat sorakan dan tepuk tangannya. Maklumlah, inilah kegemaran diorang kan. Bukan main lagi! ^^ )

Poligami

–          Barulah tahu. Perempuan kena pakai tudung sebab nak tutup aurat. Zaman Jahiliah dulu, perempuan dijadikan alat atau pameran untuk lelaki melempiaskan nafsu mereka. Islam mengangkat darjat wanita. Maruah diri hanya untuk suami saja! (Betul3!!) ^__^

–          Banyak tentangan daripada keluarga. Mak menangis dan ugut nak bunuh diri. Joey adalah anak tunggal. Ibunya hanya memiliki dia. Saudara mara menghinanya. Dia cuba memujuk maknya. Mak tak payah risau anak mak pergi clubbing, balik lewat malam. Mak tak kehilangan anak sebaliknya mak memiliki anak yang akan mengumpul pahala untuk maknya. Joey bercita-cita ingin menghafaz quran untuk menarik 10 ahli keluarganya masuk Syurga. Insya-Allah. Amin.  Dan, umurnya sebaya saya. Muda kan? Untunglah dapat hidayah. Dia memang kuat dan cekal. ^^

–          Dia serius hendakkan Islam. Dia ingin tunjukkan keindahan Islam pada maknya. Apa yang buat dia masuk Islam, dia berkata, “Jangan judge Islam berdasarkan sebahagian umat Islam zaman sekarang ni, tapi, judge Islam berdasarkan Al-Quran dan diri Nabi Muhammad s.a.w.

–          Dia juga memesan, semoga ustaz/ustazah tidak memaksa remaja untuk terus berubah secara drastik! ^^

–          Allah Maha Adil kepada Islam dan juga bukan Islam. Sangat tidak senang untuk semua ni sebab memang banyak tentangan. Tapi, fitrah manusia itu suka pada yang baik dan tak suka pada yang tak baik.

Usai saja berforum santai bersama, dengan berjubahnya, Abang Sham Kamikaze memainkan gitar kesayangannya dan ustaz Zulkifli mendendangkan lagu Usang dan Silaturrahim. Sedap juga suaranya. Kalau mengaji ni, mesti merdu kan. ^^

Memang sempoi saja forum diorang ni. Maklumlah, nak memikat para REMAJA. ^^

Kesimpulan

Remaja memilik pelbagai ragam. Lain manusia, lain ragamnya. Lain orang, lain cara pendekatannya. Ambillah yang mudah dan slow-slow untuk membina generasi remaja pada hari ini. Bukan dengan amaran keras yang memaksa atau kata-kata amarah yang dihamburkan pada mereka. Lain pula bila remaja beragama. Segalanya terjaga dan terpelihara. Mudah menerima kata nasihat Insya-Allah. Sama-samalah kita berusaha untuk terus memenangi redha-Nya. ^^,

Wallahua’lam…

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: