HARI PERTAMA BERGELAR ‘USTAZAH’

Published January 4, 2012 by wana93

Alhamdulillah, setelah ditemuduga, saya diterima dan diberi peluang untuk menjadi guru sementara. Sementara menunggu keputusan STAM 2011, tu yang saja-saja cari kerja kosong. Tak tahulah sampai bulan berapa. Tak kisahlah, yang penting, nak kutip pengalaman sementara bergelar guru ni. Insya-Allah. ^^

Nak jadi camni.. huhu.. 🙂

Kawan saya, Fara, menggantikan guru yang sudah berpindah. Begitu juga dengan Syazwa. Mereka berdua memang sibuk. Masing-masing agak tertekan melayan kerenah budak darjah 2. Saya, sempoi saja. Hehe. Saya akan gantikan seorang guru yang akan bercuti bersalin tak lama lagi. Lepas tu, kalau ada rezeki, akan gantikan guru yang bakal berpindah pula. Hope dapatlah rezeki tu! Amin..! Sebab kalau duduk rumah saja, tak lain tak bukan, badan akan makin mengenbang. Hehe. ^^,

Kerja saya hari ini membantu ustazah yang sedang sarat itu dan mengawal kelas. Ya Allah! Memang payah bertambah kalut nak kawal budak-budak darjah 3 tu. Biasalah, budak-budak. Asyik nak main saja. Asyik bising. Nakal pun lumrah kan. Huhu. Memang penat! Tak menang tangan nak melayannya. Masing-masing dengan kerenah tersendiri.

“ustazah umo bape?”
“ustazah duduk mana?”
“ustazah remaja lagi ke?”

“adik-beradik ustazah ada berapa?”

“hari jadi ustazah bila? Boleh kitorang bagi hadiah!”

“ustazah ajar apa?”

“ustazah ni comellah!” (hahaha ^^,)

“ustazah, dia kata, ustazah cantik!”(lawak k0t ^^)

“ustazah ni tembamlah pipinya..” (kuang asam! sab0 je! ^^)
“ustazah, nak main!” Jerit mereka.

“korang ni, asek main je! Tak penat ke??” Saya pula bersuara.

“Kitorang kan budak-budak..” Jawab mereka. (Sabar kan? huhu)

Masa nak balik, saya pun ambil beg sekolah untuk didukung. Mereka menyibuk lagi.

“ustazah pun ada beg sekolah?”

“kenapa? tak boleh?” Tanya saya.

“macam budak-budak.haha.” (Saya hanya membuat reaksi muka mencemberut, haha)

Memang menguji kesabaran! Tapi, saya ingat pesan ustazah saya. Katanya, “jangan cepat menghukum sesuatu, jangan cepat melatah! Terima dengan akal, bukan emosi!”.

Jadi, saya cuba mengawal emosi amarah. Memang suara kena tinggikan. Sakit tekak dibuatnya. Sabar jelah! Belum lagi mula mengajar. Kalau dah mula nanti, tak tahulah macam mana. Doakanlah saya mampu didik mereka ya!

Teringat pula zaman saya sekolah dahulu. Agaknya nakal macam ni lah. Memang guru itu penyabar! Dahlah menybar pengetahuan, masya-Allah, besar pahalanya. ^^

Daripada Abu Umamah al-Bahili, Rasulullah s.a.w. bersabda : “Sesungguhnya Allah, malaikat, dan ahli (penduduk) langit dan bumi ; hinggakan semut di dalam lubang juga ikan paus (meliputi seluruh haiwan di darat dan di laut) mendoakan kebaikan atas orang yang mengajar perkara yang baik kepada manusia.” (Riwayat al-Tirmizi)

Sekolah rendah agama ini menekankan sahsiah dan penghayatan. Itu berdasarkan talimat yang saya terima. Semoga mereka berjaya dalam segala aspek. Semoga Allah bantu untuk lembutkan hati-hati mereka. Semoga mereka menjadi murid,anak dan hamba yang baik.^^

“Allah menganugerahkan al hikmah (kefahaman yang dalam tentang Al Qur’an dan As Sunah) kepada siapa yang Dia kehendaki. Dan barang siapa yang dianugrahi al hikmah itu, ia benar-benar telah dianugerahi kurnia yang banyak. Dan hanya orang-orang yang berakal lah yang dapat mengambil pelajaran (dari firman Allah).” (Surah al-Baqarah : 269)

Sekolah ini memang sederhana. Tidak gempak dan tidak kaya seperti sekolah anda. Seperti sekolah saya. Inilah bekas sekolah saya. Saya pernah bersekolah di sini dua tahun saja. Darjah 1 dan darjah 2.  Inilah Sekolah Rendah Islam Al-Farabi. Alhamdulillah, hari ini, dapat tabur bakti pada sekolah. Walaupun sedikit dan tak lama, tapi, insya-Allah, ada ganjaran-Nya. ^^

Daripada Abu Mas’ud al-Ansori r.a., Nabi s.a.w. bersabda : “Sesiapa yang menunjukkan kebaikan, ia mendapat ganjaran amalannya itu dan ganjaran seumpama orang yang mengikutinya.” (Riwayat Muslim)

Wallahua’lam. Semoga Allah reda usaha kita untuk merebut ganjaran Syurga-Nya. Semoga hati dan jiwa kita ikhlas kerana-Nya. Insya-Allah. ^_^

Advertisements

2 comments on “HARI PERTAMA BERGELAR ‘USTAZAH’

  • cabaran dalam bidang pendidikan bukan sahaja dalam mendidik pelajar menjadi manusia, tetapi guru sendiri perlu bersedia dengan sebarang kemungkinan yang berlaku kepaada murid. guru juga perlu peka terhadap informasi terkini kerana pelajar biasanya lebih maju daripada kita. seperti contoh teringat masa latihan mengajar tahun lepas bagaimana nak mengajar pelajar memaku dengan betul tetapi akhirnya dia memaku dengan cara yang salah..dengan bangga menjawab tren baharu..tak lupa juga perlakuan yang sangat menguji kesabaran apabila meminta buku nota untuk ditanda dan lihat latihan yang diberi, orang yang sama juga tidak bawa buku nota..kertas latihan dalam kelas yang diberi ntah kemana, aktiviti kumpulan yang Dwajibkan hantar pada hari itu dia hantar dengan secebis kertas dari yang dikoyak separuh dari diari sekolah..masa tu kalau Dikutkan hati dah kene dah..
    pelajar yang lain sorang tu lain pula cerita, dia mencarutkan saya apabila saya soal dia mengenai apa yang saya ajar di dalam kelas..masa itu mata dan muka sahaja yang reflek dgn apa yang Dkatakan oleh pelajar tersebut. kawan2 yang lain agaknya menunggu suara atau tangan saya melayang kepada pelajar itu. akhirnya saya arahkan mereka pulang ke kelas dari bengkel dan terus berjumpa dengan penyelia petang..untuk tindakan sebagai pengajaran bukan nak tunjuk sapa lebih berkuasa.
    semua itu dah berlalu, beruntunglah kepada mereka yang mendidik mereka yang belum baligh dan masih suci. apa yang Dajar terus masuk ke dalam hati mereka..
    untuk masa depan saya rasa guru juga perlu mempelajari bahasa lain selain bahasa melayu dan inggeris kerana kita lebih mudah berinteraksi dan menyampaikan pelajaran kepada mereka..ini bukan isu perkauman, tetapi realiti seorang bakal pendidik yang mengajar di sekolah menengah khasnya. huhuhu!

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: