AKIDAH DAN PERJUANGAN

Published January 17, 2012 by wana93

Al-Quran merupakan sumber segala ilmu. Percayalah, segalanya berpandukan Al-Quran. Kalamullah itu dustur (panduan) hidup kita. Kita kena selalu tanya diri sendiri, sekuat dan setakat manakah ikatan akidah kita dengan Allah. Makin kukuh atau makin rapuh? Adakah makin kukuh dengan meninggalkan solat? Adakah makin kuat dengan melengah-lengahkan solat? Dua perkara asas ini akan melonggarkan ikatan akidah kita dengan-Nya. Akidah bermaksud ikatan dan kepercayaan terhadap Allah Yang Maha Esa.

Selalulah dan senantiasalah kita mantap dan teguhkan akidah dalam diri agar kita menjadi insan yang benar-benar beriman. Mesti ada niat ‘Aku Nak Perjuangkan Agama Allah’. Barulah diri kita tidak terpesong dek ajakan Barat seperti satu kes terbaru. Kecoh dibuatnya. Seorang yang pernah berjaya dalam SPM dan melanjutkan pelajaran ke luar negara. Tup tup! Dah berubah jadi seksi meksi. Na’uzubillah!

Tiga unsur untuk mantapkan akidah kita :

1)      Tidak mencari Tuhan selain Allah ^^

2)      Tidak mengambil pemimpin dan pelindung selain Allah ^^

3)      Tidak mencari hakim selain Allah ^^

Sebuah kisah benar. Ayahnya bekerja sebagai seorang Pilot. Anaknya pula seorang mahasiswa. Isterinya sudah meninggal. Ayahnya kahwin lagi. Ayahnya jarang ada di rumah kerana sibuk bekerja. Ayahnya membeli sebuah rumah bersebelahan dengan universiti anak lelakinya itu. Bila raya dan raya haji, ayahnya selalu mengajak anaknya ke masjid. Suatu hari, si ibu tiri tergerak hati untuk melihat bilik anak lelakinya itu. Dia meminta izin dan dibenarkan oleh suaminya. Betapa terkejutnya si ibu dan si bapa! Apa yang ditemui dalam bilik tu, BOTOL ARAK bertaburan atas meja dan GAMBAR SALIB tertampal besar di atas dinding. Rupa-rupanya, sejak di tingkatan 5 lagi anaknya itu sudah memeluk Kristian. Na’uzubillah..!

Golongan muda kena selamatkan agama. Sebab mereka muda dan bertenaga serta masih kuat dan proaktif untuk menggerakkan kerja-kerja dakwah ini. Panduannya, kita kena buat dan amalkan apa yang telah kita pelajari. Contohnya, solat, baca Al-Quran, baca Ma’thurat dan sebagainya sebagai panduan asas. Dalam bab agama Allah, perkara besar ke, kecil ke, kita kena buat betul-betul. Kena bersungguh-sungguh.

Umat Islam makin mundur kerana :

1)      Sambil lewa dengan Allah

2)      Sambil lewa dengan sunnah Rasul s.a.w.

3)      Sambil lewa dengan selawat

Sesungguhnya orang-orang yang tidak beriman kepada negeri akhirat, Kami jadikan mereka memandang indah perbuatan-perbuatan mereka, maka mereka bergelimang (dalam kesesatan). Mereka itulah orang-orang yang mendapat (di dunia) azab yang buruk dan mereka di akhirat adalah orang-orang yang paling merugi. (Surah Al-Naml : 4-5)

Akidah dan perjuangan memang tak boleh nak dipisahkan. Tanpa akidah, mana mungkin kita menang berjuang. Tanpa berjuang, mana mungkin akidah dapat dipertahankan?? Andai kita tidak boleh untuk menjadi seorang jutawan di dunia, sama-samalah kita berusaha untuk jadi jutawan di akhirat sana. Yang penting, usaha. Kita ada dan sentiasa buat kerja-kerja dakwah menyeru manusia kea rah kebenaran-Nya. Berjaya atau tidak, itu cerita lain. Hasil itu bab lain. Pokok pangkalnya, berpegang pada Al-Quran dan Sunnah. Muhasabah diri setiap hari. ^^,

-nota kaki dari Kem Kembara Remaja-

Advertisements

2 comments on “AKIDAH DAN PERJUANGAN

  • . sesungguhnya kita smua banyak telah melupakan Allah, dan kdg2, kita terhnyut di dlm dunia dn hdup kita sndiri… (berilah hidayah kpd kami Ya Allah)
    tanpa sedar, umat islam mundur disbbkn diri kita sndiri… ( perbetulkan apa yang kami silap, Ya Allah).. amin Ya Rabb

    alhmdulillah syazana berkngsi ilmu kt blog syazana, kita nk ckp terima kasih sbb syazana sudi kngsi ilmu…
    dsbbkn kita x join kem kembara remaja, mmg kita hrpkn ada org kongsi ilmu. luv u syazana, muahhh…

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: