KERANA AKU RINDU…

Published January 23, 2012 by wana93

sahabat until Jannah.. ^^

Ingin aku bicarakan padamu..

Kau tiada di sisiku..

Ingin aku lontarkan emosi padamu..

Kau jauh dari mataku..

 

Saban hari, aku menunggu..

Panggilan dari kejauhan..

Tiap hari, aku ternanti-nanti..

Mesej sebuah ungkapan..

 

Sahabat..

Aku senantiasa merinduimu di sana..

Aku sentiasa mendoakan kebahagiaanmu di sana..

Aku sentiasa ingin kau bahagia di sana..

Meski berkali-kali khabar ku dengar bahawa hatimu derita..

 

Sahabat..

Yakinlah akan dirimu..

Bahawasanya Allah sentiasa bersamamu..

Jagalah Dia dengan baik..

Agar Dia menjagamu dengan baik..

 

Sahabat..

Jangan sesekali kau bersedih hati sendiri..

Jangan sesekali kau membawa jauh hatimu dari kami..

Jangan sesekali kau ragui jalinan kita ini..

Jangan sesekali kau pinggirkan kami dari hati..

 

Sahabat..

Buanglah sangka negatifmu..

Buanglah bisikan syaitan yang ingin melihat kita berpecah..

Buanglah ego yang mengatakan kami semakin lupakanmu..

Buanglah rasukan iblis yang ingin melihat kita jauh dari Allah..

 

Sahabat..

Bukan niatku ingin mengungkit ikatan ini..

Bukan niatku ingin melonjakkan lagi rindu di atmamu..

Tapi kerana aku sudah terlalu rindu..

Rindu untuk mendengar suara tawamu..

 

Sahabat..

Aku hanya mampu membelek memori kasih kita..

Yang tersusun rapi dalam album di lappy ini..

Aku hanya mampu tersenyum bahagia..

Dengan harapan, semoga kau juga bahagia dan tersenyum di sana..

 

Ya..

Kerana aku rindu..

Kerana aku rindu..

Semoga rindu yang mengalir ini adalah kerana-Nya..

Semoga rindu ini kelak akan menemukan kita semula..

Semoga rindu ini menghanyutkan kita ke arah mencari reda-Nya..

 

Ya..

Kerana aku rindu..

Kerana aku rindu..

Perlukah aku menjerit melaung namamu??

Perlukah aku meraung mengatakan jiwaku merinduimu??

Perlukah kau merinduiku??

~ Ya Allah, terima kasih atas persahabatan ini. Jangan sesekali KAU putuskan jalinan kemesraan antara kami. Sahabat, Uhibbuki Fillah. Sahabat until Jannah. ^_^

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: