TAHNIAH CALON STAM 2011!!

Published January 27, 2012 by wana93

Alhamdulillah. Kita masih bernafas dan diberi peluang untuk terus berjuang menghadapi dunia ini menuju akhirat di sana kelak. Sudah bersediakah kita?? ^^

Tanggal 26/1/2012, keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) telah pun keluar. Masing-masing ada perasaan yang bermacam. Betul tak? Samalah kita! Hehe. ^^

Saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua calon-calon STAM 2011. Tahniah kepada Maahad Johor kerana keputusan mereka sentiasa meningkat. Baguslah.

Saya baca dalam akhbar, 60.7% lulus dalam semua subjek (10) dan berpeluang menyambung pelajaran. Alhamdulillah. 🙂

Tapi, sekolah saya, tahun ni, tak ada mumtaz sofi. Mumtaz pun hanya 6 orang. Saya memang tak tergolonglah dalam golongan mumtaz tu. Huhu. Saya tak sehebat anda! ^^ Saya memang tak mampu nak menguasai 10 subjek tu. Ramai yang inbox FB saya nak tahu result. Sebok saja kan..(hehe, gurau saja). Saya hanya mampu mancapai 1 mumtaz, 7 jayyid jiddan dan 2 jayyid. So, keputusan keseluruhannya adalah Jayyid sahaja. Ya, memang saya akui agak sedih tapi saya dah pun reda. Ibu saya pun sama.

Cuma, ibu tertanya, “kenapa banyak Jayyid jiddan pun tak boleh dapat jayyid jiddan juga?”

Saya pun jawab, “kena at least 3 mumtaz baru boleh dapat jayyid jiddan..”

Ibu saya hanya membalas, “takpelah, okeylah tu. Alhamdulillah, semua lulus. Ada 1 je mumtaz. So, hadiah pun 1 je la ye. Nak apa?”

Saya tersenyum bahagia. “Erm..nanti kalau dapat universiti, nak laptop sendiri boleh? ^^”

Ibu saya pun tersenyum. “Boleh. Tunggu nak masuk universiti nanti barulah beli.”

Saya hanya mengangguk. “Okey ibu! Nak laptop warna merah tau!”

Alhamdulillah. Syazana! Kenapa malas belajar dulu? Kenapa main-main? Kan dah rugi 9 mumtaz! Rugi 9 hadiah! Hehe. (Jangan jadi macam Syazana ni ya!)

Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud : “Lihatlah kepada orang yang lebih bawah daripada kamu, dan janganlah kamu melihat orang yang lebih tinggi daripada kamu ; ianya lebih wajar, agar kamu tidak memperkecilkan nikmat Allah.” (Riwayat Muslim)

Bersyukurlah selalu ya! ^^

Okey, dah. Nak tahu siapa sahabat-sahabat saya yang hebat dan dapat mumtaz tu? Inilah gerangannya.

Mabruk! ^^

Luqman. Beliau seorang yang amat rileks orangnya. Biasa-biasa saja bila kita lihat tapi bila keluar result, memang luar biasa natijahnya. Tahniah ya sahabatku! Dia ni rajin. Ikutlah langkahnya. Bekas pelajar Sg.Bert (nak jugak..huhu). Masih solo lagi kot. Silakanlah ye! (haha..jangan marah ye Luqman!) ^^

Mabruk! ^^

Nadzif. Beliau seorang yang amat suka bertanya. Dalam kelas, tak sah guru mengajar kalau tak ada soalan dari si dia ni. Ikutlah juga langkahnya ini. Rajin bertanya dan khusyuk menghafaz. Solo juga kot. (huhu)^^

Mabruk! ^^

Abdullah Azam. Seorang yang petah dalam berbicara. Ada saja hujahnya. Mantap dalam ber’speaking’ arab. ^^ Dia ni orangnya aghaddu lilbasori (tundukkan pandangan). Tu yang hafalan mantap! Alhamdulillah. Tirulah sikapnya ya. Dia juga gemar bertanya pada para asatizah. Katanya, belajar biar lepak. Asalkan result gempak! Solo juga rasanya. (haha)^^

Mabruk! ^^

Ain Hazali. Beliau memang bersungguh-sungguh dalam menghafaz. Tak kira di mana, tak kira masa, sentiasa ada nota ringkasnya. Bila buat kerja, memang sungguh-sungguh. Contohilah dia ya. ^^

Mabruk! ^^

Shareena. Beliau ni ceria orangnya. Sangat rajin dalam menghafaz dan mengulang kaji pelajaran. Serius! Sikap inilah yang perlu kita contohi. ^^

Mabruk! ^^

Iffah. Beliau juga seorang yang rajin dalam belajar dan suka juga bertanya. Beliau gemar membantu kawan yang kurang faham. Yang lain pun, begitu juga. Saling bantu-membantu. ^^

Kepada sahabat yang kurang berjaya, jangan sesekali berputus asa ya! Ingat, gagal sekali bukan bermakna kita gagal selamanya! Dekatkan diri dengan-Nya. Dia Maha Mengetahui.

Saya nak ucapkan tahniah kepada sahabat-sahabat STAM saya kerana kita semua berani mengambil aliran daie ini, result hanyalah syarat untuk ke universiti sahaja, tapi insya-Allah, dengan STAM kita mudah dapat masuk u dalam negeri mahupun luar negeri. Rujuk Peluang Sambung Belajar dan Kelayakan

TAHNIAH kepada sahabat STAM kerana tabah dalam menghadapi dugaan dan cabaran, di kala ramai kawan-kawan kita yang keluar untuk masuk ke universiti di tengah perjalanan, kita setia dengan aliran ini yang sudah tentu ramai yang tidak berminat dengan aliran STAM ini.

TAHNIAH sekali lagi kerana dengan STAM ini, jalinan persahabatan kita terjalin, alhamdulillah. Semoga semuanya kerana Allah.

STAM 2011!! Uhibbukum Fillah!! ^^

TAHNIAH juga kepada guru-guru yang sudi dan sentiasa mendidik dan mengajar kami dengan penuh kesabaran, ketekunan dan kesungguhan. Sungguh! Jasa kalian, hanya Allah yang dapat membalasnya. Kawan-kawan! Jangan sesekali kita lupakan guru-guru kita ye! Kami akan sentiasa ingat segala pesanan, nasihat dan teguran kalian.  We all love you!^^

Terima kasih guru! ^^

Sekian, semoga perkongsian ini dapat membakar semangat adik-adik junior yang nak ambil STAM. Ingat! Targetkan Mumtaz tau! Jaga hubungan dengan Allah dan jaga hubungan dengan manusia iaitu guru, ibu bapa, kawan dan sekeliling kita. Belajar dan amalkan ilmu! Semoga kalian berjaya terbang ke Mesir atau Jordan atau Morocco. Jangan sesekali berputus asa! Ingat, Allah sentiasa ada! ^^,

“jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Allah akan menolongmu.” (Surah Muhammad : 7)

14 comments on “TAHNIAH CALON STAM 2011!!

  • alhamdulillah, memang mereka layak… semoga mereka dicontohi oleh adik2 junior…

    x rugi dengan stam ini, tabahkan hatimu untuk kekal dengan stam….

    tabahkan hatimu juga supaya cita-cita untuk terbang menjadi kenyataan..

    Insya-Allah…

  • ada kawan dapat lebih kurang macam saya juga..
    cuma, dia 8 jaid jiddan, 1 jayyid dan 1 mumtaz..
    tapi, keseluruhan keputusannya, Jaid Jiddan..
    untunglaaa…rezeki dia… ^^
    tahniah kepada semua ya… ^^,

  • salam alhamdulillah… sya pon student stam 2011.. sya dr maahad muhammadi tumpat kelantan… ok lr kite kene byak sabar… sya pon dpt lebih kurang awk lr jga.. pgkat pon sama… tp insyaallah kite sama2 berdoa dpt smbung study kt U.. tak kira over sea or local u… blajar mne2 pon sama.. tuntunlah dr buaian shgga liang lahad…

    • waalaikumussalam warahmatullah..
      ooo.. kelantan.. saya sgt teringin ingin menjejakkan kaki ke situ.. ^^
      dan saya sgt kagum dgn maahad muhammadi di sana. ^^

      betul2..
      mabruk ye!
      semoga ilmu yg dipelajari akan dikongsi dan diamalkan dlm khpdn..
      insyaAllah..

  • salamun ‘alaik…{◕ ◡ ◕}
    alhamdulillah…. mabruk ‘alaik ya sodiqoti!!
    jgn sedih2 ye! bg kite result wana tu sgt membanggakan! ❀◕ ‿ ◕❀
    bkn sng kn nk lulus… inikan dpt jayyid… lg la susah… hehe
    sy tabik pd wana n antum semua yg amik STAM…
    sy sendiri pn xyakin blh amik STAM…
    InsyaAllah… rzeki tu pasti ade kt mne2 kn?
    harap wana dpt smbung study kt mne2 u yg terbaik..(✿◠‿◠)
    Ameen Ya Rabbal ‘Alamin….

  • assalamualaikum wana93,salam ukhwah..
    tertarik saya dgn blog nih…search pasal stam then terjumpa blog ni..pastu ada sebut maahad johor aikh..ingatkan student maahad..(sebab saya dr maahad johor(^-^)…)
    alhamdulillah…
    urmm…saya da add awak di fb..approve yer..then saya boleh amek kebaikan dr org baik2 mcm awak..
    wassalm..

  • assalamualaikum.. kaifahalukum?? sy amik stam thun nie.. sy nk tnya skit.. cmne nak dpt soalan past year stam pnya.. sy search x dpt pn.. (“,)

    • waalaikumussalam.. 🙂
      itu selalunya kena rajin minta dengan guru..
      selalu, sebelum periksa, guru akan buat latihan soalan2 lepas.. 🙂
      bittaufiq wannajah ye! ^^

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: