KHALIFAH UMAR AL-KHATTAB

Published February 3, 2012 by wana93

Pada malam hari, Saidina Umar Al-Khattab sering melakukan siasatan sendiri untuk mengetahui keadaan rakyat jelata. Suatu malam, beliau telah terdengar tangisan kanak-kanak daripada sebuah rumah kecil. Kelihatan seorang ibu yang dikelilingi anak-anaknya sedang memasak sesuatu di dalam periuk. Walaubagaimanapun, setiap kali anaknya menangis, ibu berkata “Tunggulah, sebentar lagi makanan akan masak.”

Saidina Umar berasa hairan kerana ucapan tersebut diulangi beberapa kali walaupun si ibu telah memasak untuk masa yang agak lama. Saidina Umar memberi salam dan meminta izin memasuki rumah itu, lalu bertanya kepada ibu tua : “Mengapa anak-anak ibu tidak berhenti menangis?”

“Hal ini kerana mereka sangat lapar..” Jawab si ibu.

“Mengapa tidak diberikan makanan yang sedang ibu masak dari awal tadi?” Umar bertanya lagi.

“Tidak ada makanan. Periuk yang saya masak dari tadi hanya berisi batu untuk mendiamkan anak-anak. Biarlah mereka fikir bahawa saya sedang memasak makanan. Mereka akan berhenti menangis kerana keletihan dan tertidur.” Jawab ibu tua itu lagi.

“Apakah ibu sering berbuat begini?” Tanya Umar ingin tahu.

“Ya. Saya hidup sebatang kara. Tidak memiliki keluarga dan suami tempat bergantung.” Jawab ibu dengan nada kesal dan berusaha menyembunyikan keperitan hidupnya.

“Mengapa ibu tidak meminta bantuan daripada khalifah? Bukankah beliau boleh membantu dengan memberikan wang di Baitulmal? Dengan cara itu akan dapat membantu kehidupan ibu dan anak-anak.” Nasihat Umar.

“Khalifah telah berbuat zalim pada saya…” Jawab si ibu.

“Bagaimana khalifah boleh berbuat zalim pada ibu?” Saidina Umar ingin tahu.

“Saya sangat menyesal dengan pemerintahannya. Beliau seharusnya melihat keadaan rakyatnya dalam kehidupan nyata. Siapa tahu, terdapat ramai lagi orang yang senasib dengan saya.” Mendengar jawapan tersebut, Saidina Umar telah kembali ke Madinah menuju ke Baitulmal. Beliau sendiri telah mengeluarkan makanan daripada Baitulmal dan membawanya pada malam itu juga ke rumah wanita tersebut tanpa bantuan orang lain.

* Begitu prihatinnya Saidina Umar sewaktu zaman pemerintahannya.. Semoga pemerintahan di negara kita yang tercinta ini pun akan seperti itu suatu saat nanti.. ^^

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: