LAIN REMAJA, LAIN PEMAHAMAN AGAMANYA.

Published February 12, 2012 by wana93

Dua orang sahabat sedang ‘chat’ untuk berkongsi dan membincangkan sedikit ilmu tentang cinta. Si A memulakan sapaannya.

A : Assalamualaikum sahabatku. Apa khabar? Saya nak tanya pendapat sikit boleh?

B : Waalaikumussalam warahmatullah. Alhamdulillah, sihat belaka. Insya-Allah. Tentang apa ek?

A : Kan ada seorang ustaz tu cakap. Haram jadikan kekasih kalau tak ada niat nak kahwin. Ramai kawan saya yang salah faham dengan statement tu.

B : Erm.. Maksudnya? Salah faham macam mana ek?

A : Yela, diorang kata, boleh je ada kekasih hati, asalkan kena ada niat nak buat jadi bini or suami. So, kekasih diorang tu masih berpegangan tangan dan lain-lain serta ada niat nak kahwin.

B : Okey la, kalau awak tanya pendapat saya. Tak semua orang teruatamanya remaja zaman sekarang ni faqeh dan faham agama. Ya. Mungkin, mereka belajar tentang dosa, pahala, aurat dan lain-lain di sekolah. Tapi, bila dah berganjak usia, dari sekolah ke universiti, kita semakin bebas dan bebas sehingga ada segelintir yang sudah pun terbabas. Lagi pula, gejala ber’couple’ dan ber’kekasih’ ni sudah popular dalam kalangan kita. Betul tak? Kita fikir positif sajalah. Pasti ustaz tu ada seribu satu sebab kenapa dia cakap macam tu.

Saya fikir, mungkin, remaja-remaja dan pasangan kekasih mereka akan punya kesedaran untuk bersegera ke arah pernikahan apabila mengetahui haram menjadikan seseorang tu kekasih kalau tak ada niat nak berkahwin dengannya. So, diorang akan berusaha dan bersegera untuk berkahwin. Bukankah itu sudah dikira bagus? ^^

Tapi, kalau bagi diri saya sendiri, saya suka ambil fatwa yang agak keras. Supaya kita lebih takut untuk melakukan dosa. Sebab kita belajar agama. Kita faham kehendak dan tuntutan agama. Seperti yang kita tahu, ber’couple’ itu sudah pun difatwakan Haram berdasarkan hujah-hujah sohih. Bercintan-cintun sebelum bernikah itu salah (dating, calling, messaging) dan sebagainya lagi. Sebab tu banyak beza antara orang yang belajar agama dengan orang yang beragama.

Lagi satu, bab soal hati ni, memang saya agak tegas. Sebab hati ni mudah lembut dan cair kalau tak dijaga dengan berhati-hati. Hati ni mudah dirasuk Syaitan kalau kita sambil lewa dengannya. Saya suka ambil fatwa yang keras untuk selamatkan diri sendiri dahulu. Untuk perbaiki diri sendiri dahulu.

“Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah At-Tahrim : 6)

A : Erm, betul juga tu kan. Selain dari tu? Ada lagi tak penjelasannya? Sebab tak nak ada orang mempermudah-mudahkan apa yang mudah. Mentang-mentang Islam itu mudah, semuanya nak dimempermudahkan. Hatta bercinta sebelum kahwin pun ramai remaja mudahkan prinsip. Asalkan ada niat nak kahwin, on! Cool saja ber’dating’ sana sini. Ermm..

B : Erm.. Okey.. Contoh lain, saya ada seorang kawan yang agak sosial. Ilmu agamanya juga agak kurang. Apatah lagi pemahamannya pada agama. Dia ber’couple’ dan selalu ber’dating’. Suatu hari, saya cuba menutur sesuatu untuk menasihati dia. Bukan dengan emosi amarah. Jangan! Kita kena relaks dan berhikmah. Saya pun beritahu dia, “Nak bercintan-cintun ni, terpulang pada diri sendiri. Tapi, berpegangan tangan dengan yang tidak halal tu salah, haram. Lainlah kalau dah kahwin, bolehlah pegang. Lagi satu, kalau nak pergi ber’dating’, ajaklah adik-beradik atau ibubapa (paling baik), barulah okey.” Dia tak marah, malah tersenyum saja. Sejak dari tu, dia sudah tidak keluar berdua berpegangan tangan bersama bf. Hanya berhubung melalui telefon dan berbalas emel sahaja. Kalau berjumpa pun, dia akan ajak sahabatnya bersama. Kita kena slow-slow dalam nak merubah seseorang. ^^

Saya juga memiliki seorang sahabat yang belajar serta memahami tuntutan agama. Cuma, hatinya sedikit tergugat kerana mungkin tatkala itu, imannya merundum. Dia sebaya saya. Dia kadang-kadang teringin ber’couple’ seperti sahabat-sahabat lain di universiti. Saya pun menasihati dia, “Kita kena selalu ingat, syaitan tu bijak. Dia ada banyak taktik untuk tarik kita ke Neraka bersamanya. Bila kita sudah mula mengejar cinta manusia, tanpa memikirkan soal cinta pada-Nya sehingga mengenepikan batas-batas, ada sesuatu yang tidak kena dengan ibadah kita. Selalulah bermuhasabah. Memang cinta itu fitrah. Jangan jadikannya fitnah! Biar cinta kita nanti bermatlamatkan Jannah, bukan dihumban ke Neraka.

Ketika ramai kawan-kawan kita menjerumuskan diri dalam cinta duniawi, ber’couple’ sana sini, huhahuha dengan lelaki, bergelak dan bermesra dengan teman sehati, menonton wayang bersama pasangan sendiri, bergayut di telefon sehingga lewat malam tanpa arah tujuan, bermanja-manjaan, tetapi kita masih berpegang dengan pendirian al-Quran dan as-Sunnah. Kita pelihara mukaddimah zina. Kita dipulau, dikutuk, dijadikan bahan umpatan, digelak tawa bersama teman. Pernahkah? Jangan disebabkan itu iman kita terus mengalah. Jangan terus rebah! Bangkit dan bermujahadahlah!”

Beza kan cara penyampaian kita dengan seorang yang beragama dengan seorang yang kurang ilmu agama. Tapi, permasalahan mereka sama, iaitu cinta. Hati. So, relaks. Jangan cepat melatah dan menghukum. Terima dengan akal, bukan dengan emosi. Mungkin, kita terlupa atau terlepas pandang satu lagi statement ustaz yang sama itu mengatakan, haram hukumnya bercinta sebelum kahwin kerana bukan dari sunnah Nabi. Itu sajalah perkongsian pendapat saya. Wallahua’lam.

=D

A : Terima kasih ya atas perkongsian pendapat tu. Erm, ada betulnya juga ya. Lain orang, lain ragamnya, lain pula caranya. Lain remaja, lain cara pemahamannya. ^^,

“Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” (Surah al-Israa’ : 32)

Sekian. Wallahua’lam. ^^

* Di kesempatan ini juga, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI LAHIR  kepada dua orang ustaz yang amat saya dan anda semua kagumi. Ilmu agama mereka tinggi.  Semoga dengan bertambahnya usia, bertambah dan meningkat jugalah kerja-kerja dan amalan-amalan pahala mereka. Teruskan berdakwah untuk memenuhi Islam di hati para remaja, belia dan semua. Insya-Allah. 🙂

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-28 buat Imam Muda Asyraf. ^__^

SELAMAT HARI LAHIR YANG KE-48 buat Ustaz Azhar Idrus. ^__^

Selamat Hari Lahir ^^

 

 

 

Advertisements

2 comments on “LAIN REMAJA, LAIN PEMAHAMAN AGAMANYA.

  • cerita sebenar saya pada hari ini:

    A : adik minta maaf Xbangun pagi cz adik Xsuke ortg yg pandang remeh pkra wajib lagi fardhu tapi meraikan amalan sunat..bagi adik tu Xadil pdNya..maybe YE akak penat, tp bak kt kate akak pade adik dulu2, bangun r subuh kalau nak bende lain pandai j nak cepat..yang lain leh wat..adik ni same j cam axxx..hahaha!! tu yang adik perli akak klu kuar dating dgn sepenuh hati..tapi akak cakap adik Xpaham akak..camne?

    jawapan kakak saya

    B : memang adik Xpaham pun coz akak penat bagitaubefore ni tapi adik susah no nak paham nape ea? nak ke akak bgtau lagi nape akak sanggup dan nak solat isyak pagi2? perlu ke cakap lagi alasannye? lupe ke buat2 lupe? kalau ayat nak perli dan mengata org no.1 ko ni ye,huh!

    kenape saya tegur kakak saye?

    sebab die kerje dari pagi samapai petang..YE saya tahu die penat..saya yang ada kuliah pun mengaku penat dan keletihan..saya boleh terima kalau dia tumbang lepas solat marghrib..
    tapi…
    saya perhatikan kakak saya bile ada unsur luar seperti ada lelaki yang menghubungi dia dia akan cuba layan..hurm…yang buat saya tegur dia hari ni adalah kerana semalam dia keluar makan dengan seseorang..ok r tempat ramai orang dan sangat terang dan terbuka..tapi..bila samapai rumah dia tumbang depan tv..dah 2 – 3 kali saya suruh dia solat isya; dulu baharu tido tapi…ZZZZZZZZZZ………

    saya tahu kita kene berusaha untuk cari calon suami dan membuat penilaian..tetapi kalau saya bangun pagi untuk solat isya’ dan solah sunat yang lain saya Xsetuju kerana bukankah yang fardhu lebih penting dari yang sunat?bukankah sebelum tido kita akan wat solat witir..then tido baharulah solat tahajud,hajat,taubat mahupun istikharah?

    #saya memang liat bangun subuh pun..tapi bile dah kene tegur dulu boleh j bangun n Xtido lagi pas subuh..hehehehe!!bukan nak backup diri..YE saya pakai tudung tapi masih tidah tutup dengan sempurna..dan YE saya tidak bersetuju dengan cara orang berkenalan antara lelaki dan perempuan sampai Xmenjaga apa yang perlu dan wajib buat dulu..dan sebab itulah saya pernah menolak ajakan kawan lelaki saya untuk bercouple..saya Xtau nak cakap apa dan dengan sapa lagi pasal saya dan kakak saya ni..ada cadangan X dari anda semua?

    • Tugas kita hanyalah menyeru dan mengajak..
      Hidayah itu milik-Nya..
      Hati itu Allah yang pegang..
      Mungkin, boleh baca di sini..
      https://wana93.wordpress.com/2011/07/03/iman-bukan-warisan/

      Betul tu..
      saya sendiri pun pernah menolak ajakan lelaki untuk keluar berjumpa saja-saja dll..
      saya sendiri pernah menegur mereka yang lebih tua dr saya dan pasti kita akan dimarahi oleh mereka..kan?? haha..lumrah kot.. ^^

      lagi 1,
      memang ada sesetengah orang yang sukar untuk bangun tahajud,
      dia akan melewatkan Isyak untuk terus bertahajud skali..
      bagi saya,
      itu boleh, tapi, untuk sesekali..
      bukan untuk dijadikan amalan..
      sebab solat Fardhu itu lebih utama..
      dan memang tak boleh nak melambat2kan solat..
      walaupun waktu solat Isyak adalah panjang..
      tapi, bukankah lebih afdhol menyegerakannya??
      dan tidak melengah2kannya?? ^^

      Utamakan yang lebih utama..
      Teruskan menyeru dengan hikmah tanpa ada rasa berputus asa..
      Moga Allah reda.. ^^,

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: