SYABAB AL-FARABI!

Published February 25, 2012 by wana93

Alhamdulillah. Syukur pada Allah atas segala nikmat-Nya. Semoga kita termasuk dalam kalangan assyakirin iaitu orang-orang yang bersyukur.🙂

Saya berasa bahagia.🙂 Alhamdulillah. Selesai sudah menaip dan menghantar kertas soalan untuk ujian prestasi 1 pada 2 minggu lagi. Jangan lupa ya murid-muridku sayang, baca buku! (Siapa yang rasa dia murid laa.. ^^)

Tahniah kepada anak-anak murid yang berada di bawah bimbinganku untuk nasyid Minggu Kesenian Islam di sekolah (24/2/2012). Tahniah kerana mereka telah berjaya mendapat nombor 3 daripada 5 kumpulan untuk tahap 1. Memang saja nak bagi mereka seronok. Tak nak terlampau tekan sangat. Bila melatih tu memanglah tegas, ada marah-marah, tapi yang banyaknya, main-main dan gelak-gelak saja budak-budak tu. Aduhai.

Sesungguhnya, sudah banyak pengalaman yang diri ini kutip sepanjang bergelar guru selama hampir 3 bulan. Bidang ini sedikit sebanyak mengajar diri erti sabar, tabah dan sayang. Sungguh, hati ini memang mudah luluh! Hati ini juga mudah memaafkan. Mungkin, itulah sekeping hati milik guru. ^^

Selesai saja keputusan nasyid diumumkan, budak-budak sibuk nak hadiah.

“Ustazah, kitorang dah dapat nombor 3. Belanjalah ustazah. Ustazah kata kalau dapat nombor 1,2,3 ustazah nak belanja…” Rayu mereka. Haha. (Atoyai!)

“Ya..tapi, bukan sekarang! Sabo ya! Surprise!” (Huhu)

Nama kumpulan nasyid saya sedaaaap! (Kot!) Syabab Al-Farabi! ^^,

Merekalah "Syabab Al-Farabi" Saya.. ^^ Mereka inilah pakwe2 saya.. ^^

 

Setelah 5 hari berlatih hingga lewat petang dari pukul 2-3.30 petang…..

Gigih berlatih nasyid.. ^^

Minum duduk yaaa…Banyak kali dah cakap…atoyai…

Lega dapat minum air kotak yang dibelanja setelah2 jam berlatih.. sweet.. ^^

Hasilnya.. 24/2/2012..

Ready!! ^^

Gemuruh di khalayak ramai.. ^^

Itulah anak-anak saya.. Comel kan?? ^^,

Saya cuma nak beritahu that I LOVE THEM VERY MUCH even THEY ALWAYS GET ME ANGRY… ^^

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: