SEMINAR PERKEMBANGAN ILMU WARGA PENDIDIK 2012

Published April 22, 2012 by wana93

Alhamdulillah. Seminar yang sangat ‘awesome’ ni telah dijalankan di Dewan Jubli Perak, Shah Alam pada 21/4/12. Memang tak sia-sia meluangkan masa dari jam 9 pagi hingga 5 petang. 3 penceramah yang sememangnya hebat telah diamanahkan untuk menyempurnakan agenda seminar tersebut, iaitu :

1)      Prof. Dr. Zahiri (UIA)

2)      Prof. Dr. Muhaya (PakarSakit Mata)

3)      Raja Ismail a.k.a. Pak Engku

Di sini, ingin saya kongsikan beberapa mutiara hikmah yang telah disampaikan oleh mereka. Semoga bermanfaat dan diamalkan kebaikannya oleh kita. Insya-Allah.

Memartabatkan Pendidikan Islam Berlandaskan Al-Quran dan Al-Sunnah

Oleh : Prof. Dr. Zahiri

Martabat merujuk Kamus Dewan bermaksud : Kedudukan pada mata masyarakat, darjat, pangkat dan tingkat.

Memartabatkan bermaksud : Menjadikan sesuatu bermartabat iaitu mempunyai kedudukan di mata masyarakat.

Pendidikan dan tujuan hidup :

“Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepada-Ku.” (Surah Adzzariyat : 56)

Status ilmuan :

“….Katakanlah: “Adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?” Sesungguhnya orang-orang yang dapat mengambil pelajaran dan peringatan hanyalah orang yang berakal sempurna.” (Surah Az-Zumar : 9)

Pendidikan dan akhlak :

“Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah.” (Surah Al-Ahzab : 21)

Mendidik Tugas Para Rasul :

“Sebagaimana (Kami telah menyempurnakan nikmat Kami kepadamu) Kami telah mengutus kepadamu Rasul di antara kamu yang membacakan ayat-ayat Kami kepada kamu dan menyucikan kamu dan mengajarkan kepadamu Al-Kitab dan Al-Hikmah (As Sunah), serta mengajarkan kepada kamu apa yang belum kamu ketahui.” (Surah Al-Baqarah : 151)

Kurikulum : Futuristik :

“Hai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Surah Al-Hasyr : 18)

Kelebihan Berilmu :

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “Sesiapa yang Allah menghendaki kebaikan baginya maka dia diberikan kefahaman dalam agama..” (Riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Status Guru :

Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : “Sesungguhnya keutamaan dan kelebihan seorang yang alim berbanding seorang abid (ahli ibadah) adalah seperti kelebihanku berbanding orang yang paling rendah antara kamu.” (Riwayat At-Tirmizi)

Guru mestilah menjadikan Nabi s.a.w. sebagai role model dalam kehidupan kita. Guru juga perlu menjadi role model yang baik untuk para pelajar.  🙂

Celik Mata Celik Jiwa

Oleh : Prof. Dr. Muhaya

Kita hendaklah mencintai ilmu lebih daripada penyampai ilmu. Minda sedar kita adalah akal. Orang yang berakal tetapi tidak menerima wahyu, itu bahaya!

Jangan sesekali sebut stress, tekanan atau tension. Sebab, hanya orang yang jauh dari Allah akan menerima stress, tekanan dan tension.

Kita kena bebas daripada penghargaan orang. Orang yang paling bebas ialah orang yang tidak berkehendakkan manusia. Tidak mengharapkan pandangan manusia. Sebaliknya, mengutamakan pandangan Allah.

Kalau kita nak tahu apa yang kita dah buat dekat orang, kita tengok apa yang Allah buat pada kita. Sebab tu, kalau ada apa-apa yang buruk berlaku, tak boleh salahkan Allah. Salahkan diri sendiri.

Siapa yang banyak penyakit, selalu ditimpa penyakit, itu mesti suka mengumpat. Jangan jadikan bilik guru atau sesuatu tempat itu sebagai kelab mengumpat dan sesi makan daging busuk. Orang perempuan senang masuk Neraka atas dua faktor, 1) mengumpat  2) kufur nikmat suami. Suka jaja cerita suami dekat orang lain. Suka buka aib orang.

Siapa yang nak bahagia, jangan sesekali kita mengumpat, jangan menyesal dan jangan asyik nak mengeluh saja.

Jangan asyik nak ponteng. Ponteng adalah alas an kita tak nak buat sesuatu. Jadikan sekolah itu lading pahala kita. Gunakan masa sebaiknya. Biar diri kita sibuk. Sebab, bila kita sibuk, itu bermakna kita berbakti. Semakin besar dan luas minda kita, semakin kecil materialistik dalam diri kita.

Mata ada empat pandangan :

1)      Pandangan mata fizikal : Tengok luaran saja.

2)       Pandangan mata akal : Tak mutlak benarnya.

3)      Pandangan mata nafsu : Selalu fikir salah orang. Bertindak melulu.

4)      Pandangan mata hati : Boleh beza antara hak dan batil. The best choice!

Cerita tentang ustaz Don. Semasa ibu ustaz Don mengandungkan beliau, ibunya terus berhenti bekerja sebab nak susukan ustaz Don sepenuhnya. Setiap hari, bila nak menyusu, si isteri iaitu ibu ustaz Don akan menyandar di belakang badan si suami iaitu ayah ustaz Don. Subhanallah! Sebab itulah ustaz Don, di usia muda, sudah popular dengan ilmu agamanya.

Bila kita bohong, kita akan jadi lemah. Bila kita benar, kita akan jadi kuat! Bila kita suka pada orang jahat, orang bermaksiat, itu yang banyak penyakit tu.

Pastikan kita ada pencen kubur. Kalau kita nak urusan dunia selesai, jaga urusan akhirat sebaiknya. Dunia dalaman kita melahirkan dunia luaran kita.

Hanya orang yang bahagia boleh membahagiakan orang lain.

Nujuman Kendiri

Oleh : Raja Ismail a.k.a. Pak Engku

Guru dalam bahasa Sanskrit bermaksud : pembimbing jiwa.

Nujuman kendiri bermaksud : Bersikap lembut tanpa arahan dalam memberi arahan.

Contoh : “Abah tahu, kamu anak baik, sebab tu lepas makan, basuh pinggan.” Tanpa perlu kita sebut, “Lepas makan, jangan lupa, basuh pinggan tu!”

Dunia bukan tempat untuk berehat. Hiduplah untuk orang lain.

Hayati betul-betul cerita tentang Uwais Al-Qarni. Seorang hamba yang berpenyakit sopak, yang pelihara ibunya yang buta, tua dan lumpuh, yang pernah dianggap gila kerana mendukung lembu yang sudah boleh ditarik dengan tali, yang sanggup berkorban kerana ibunya.

Buang segala kekotoran dalam dada dan jiwa kita. Gunakan hayat kita sepenuhnya untuk menjadi khalifah dan untuk mendaulatkan Islam di mata dunia.

Cerita tentang anak yatim. Beliau ada membuka sebuah rumah anak yatim. Di situ, ada anak yatim yang kehilangan ibu bapa akibat HIV. Dan, budak itu juga menghidap penyakit yang sama. Ada yang cacat, kakinya kecil, tak boleh berjalan, semasa bayi, dia ditinggalkan oleh ibu bapanya di hospital. Pak Engku ambil dan dipelihara di rumah anak yatim tersebut. Sekarang, budak itu sudah berusia 18 tahun. Dia menggunakan kerusi roda.

Cerita tentang pelajar ‘Henry Gurney’. Pak Engku memberi ceramah motivasi selama 3 hari di sekolah itu. Seramai 300 orang pelajar. Ada antara mereka yang membunuh emak sendiri, buang anak dan merogol dll. Pelajar yang mendengar ceramah tak dibenarkan pegang pen atau pensel atau apa-apa.

1) Ketika Pak Engku memaparkan video anak2 yatim di bawah jagaannya, ada seorang budak perempuan berlari. Pak Guard pon kejarlah dia. Lepas dah habis ceramah, pak guard jumpa Pak Engku.

‘Pak Engku! Nampak tak budak perempuan yg lari tadi?’
“Nampak! Kenapa dgn dia?”
‘Dia, budak baru lagi. Tak sampai sebulan lagi dekat sini. Dia sedih tengok gambar anak2 yatim Pak Engku tu. Dia kena masuk sini sebab dia flash bayi. Tapi, bayi tu timbul balik sebab dah tersekat. Tu sebab dapat tangkap dia.’

2) Ada seorang budak lelaki ni pulak, dia kena masuk sini sebab dia bunuh lelaki yang nak rogol kakak dia dekat ladang kelapa sawit. Tindakan dia membunuh tu yg menyebabkan dia dimasukkan ke sekolah ni.

3) Selesai ceramah 3 hari, pak guard jumpa Pak Engkuu.
‘Pak Engku! Budak2 tu nak salam Pak Engku. Boleh?’
“Saya tak nak salam dgn diorang..”
Pak Guard pon blurr je.. Tadi bagi ceramah bukan main penyayang.. Tapi, tak nak salam..
“Saya nak peluk dan bersalam dgn diorang..” Sambung Pak Engku.

Saat diorang berpelukan, pelajar2 tersebut memeluk dgn penuh kasih.
“Pak Engku, doakan saya tau! Lagi 15 hari saya bebas..”
“Pak Engku, terima kasih. Doakan saya ya. Lagi 47 hari saya bebas..”

Dan, ada seorang budak menulis surat ‘cinta’ pada beliau. Sangat tersentuh dgn isinya. Panjang kalau nak ditulis. Huhu.

4) Ada pelajar2 yg dah bebas, diorang jadi kakitangan kerajaan. Alhamdulillah. 🙂 Tapi, ada juga yang masih belum diterima utk bekerja.

# Jangan benci diorang tau!!#

Cerita tentang kahwin dan poligami. ;p

1) Kata beliau, fitrah lelaki : dia boleh mengasihi lebih drpd seorang perempuan. (ramai laki sokong!) =p
Fitrah perempuan : dia boleh mengasihi seorang lelaki je. suami. kalau dia ada kekasih lain, tu maknanya, dia menentang fitrah.

2) Lelaki sekarang, nak kawen, tengok yang cantik je. Ingat! Kecantikan ialah pemerintahan umur yang pendek. Maksudnya, tak kekal lama pon…

3) “Saya dengan isteri pertama, ada 8 orang anak..” Kata Pak Engku.
“Jangan salah faham ye. Isteri saya ada 1 je ye! Now and forever!” Sambung beliau. (kitorang gelak je)
“Tapi, Allah dah amek anak pertama, kedua dan ketiga saya. Accident.” Saya mula sebak. Dalam kebahagiaan dan kejayaan beliau, rupanya, ada dugaan berat. :’)
“Dan, saya redha dgn Allah.” ^^

4) Orang laki, suka kalau bab nak kawen lagi ni. Dah pasang niat dah. Tapi, orang perempuan tak suka. Jadi, orang laki tak payahlah buat ye. ;p

5) Orang perempuan kena faham perasaan lelaki ni. (Kitorang didendangkan lagu Pahit Akan Manis Akhirnya. Haha. Agak tak boleh blahh di situ.. Sambil disuruh menghayati isi liriknya.) ;p

# Tak nak komen apa2 sebab saya masih single! ^_^
# InsyaAllah, nak buat 1 cerpen pasal poligami ni lahh.. Banyak yang saya nak kongsi berdasarkan pengalaman.. (bukan pengalaman saya! pengalaman sekeliling!) T.T

Satu ayat beliau yang saya suka dan saya terharu :
” Gunakan hayat kita sepenuhnya utk jadi khalifah dan utk mendaulatkan Islam. Cita2 saya satu saja iaitu nak mewaqafkan diri utk umat. Sebab itulah yg Nabi kita buat. Baginda hidup utk umat. Baginda sempat berbisik ‘ummati..ummati..ummati..’ Baginda sayangkan kita.”

Dan..
“Bayi dibuang dalam plastik sampah, masih hidup, ada di rumah anak yatim saya! Bayi dibuang dalam semak, ada kesan gigit semut, nyamuk, ada di rumah anak yatim saya juga!”

Cita-cita Baru Saya!

Dulu, cita2 saya :
“Saya nak jadi pensyarah dan penulis novel Islamik.” 🙂

Sekarang, cita2 saya :
“Saya nak jadi pensyarah dan penulis novel Islamik serta nak buka 1 pusat rumah anak yatim. Saya nak jadi pensyarah dan penulis novel sebagai medan untuk saya berdakwah dan mendaulatkan Islam. Dan, jika saya berjaya menjadi penulis novel suatu hari nanti, duit yang saya dapat daripada keluaran novel itu, akan saya salurkan dan gunakan untuk pusat rumah anak yatim saya nanti. InsyaAllah.” ^^,

Besar tau pahala buat baik dan pelihara anak yatim ni.. 🙂
Macam Pak Engku, 20% daripada pendapatan beliau, adalah untuk rumah anak2 yatim beliau. Kata beliau, hidupnya adalah untuk anak2 yatim itu.. Nabi sayang pada anak2 yatim.. 🙂
Saya nak berkongsi rasa seperti itu. Sebab, saya juga bergelar anak yatim.. :’)

~ Doakan saya tau!! Dimurahkan rezeki dan berjaya di dunia dan akhirat!! ~

8 comments on “SEMINAR PERKEMBANGAN ILMU WARGA PENDIDIK 2012

  • Assalamualaikum kak.. sya suka dgn penulisan kak dlm blog nie.. mudah difahami n menarik..
    InsyaAllah smoga cita-cita kak akn tercapai n setiap hamba Allah telah ditetapkan rezeki n nasib msing-masing =) .. sesungguhnya Rasulullah sndiri pown ank yatim., kak jgn la cedih2.. Rasulullah ksih kpd anak yatim ^^

    • waalaikumussalam warahmatullah 🙂
      alhamdulillah, semoga bermanfaat ye dik..
      amalkanlah kebaikannya..
      terima kasih kerana mendoakan diri yang serba berdosa ini..
      insyaAllah dik, akak sudah tak bersedih sebab bergelar anak yatim..
      akak dah lama belajar erti redha dan tabah.. 🙂

      semoga adik berjaya di dunia dan akhirat ye sayang.. ^_^
      moga Allah redha kita.. 🙂

  • ramai guru2 Dluar sana Xperasan fungsi bilik guru sebagai bilik memakan bangkai daging manusia..kene sebarkan perkara ini..

  • salam, sy nk mohon amik isi2 dalm entri ni buat rujukan sy menyiapkan tugasan. sya pergi seminar ni cuma x berkesempatan tuk habis kan…harap halalkan ilmu yang sy amik yek..tq

    • waalaikumussalam warahmatullah.. ^^
      silakan saja..tak perlu minta izin..
      semua milik-Nya.. ^^
      terima kasih kerana sudi berkongsi juga.. 🙂
      moga Allah reda..

  • Leave a Reply

    Fill in your details below or click an icon to log in:

    WordPress.com Logo

    You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

    Twitter picture

    You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

    Facebook photo

    You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

    Google+ photo

    You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

    Connecting to %s

    %d bloggers like this: